Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 6, 2015

Anniversary.Vacation.2015.

Assalamualaikum people!

selepas berhempas pulas berfikir - apekah anniversaru gift best nak bagi lakiku - aku telah memilih percutian ulangtahun perkahwinan sebagai hadiah 2015 kepada encik mohd fahmi.
eventho.. dia mcm takde perasaan bile dapat hadiah tu dan aku yang over lebey sebab aku dpt gi bercuti - aku tetap happy!
hahaha.

Percutian kami di LANGKAWI y'all!
Abis duit bonus ku jua. haha

Tapi aku nak kongsikan percutian anniversary ni ha. 
Cabaran dan bestnya pegi bercuti. 
dan rasa 3 hari 2 malam tu tak cukup jeee.
actually kalau aku less spend kat hotel - and amik je hotel kat pekan Kuah maybe bolehla nak extend sehari lagi. :P

Day 1 - 2 Februari 2015

Kami naik Malaysia Airlines ke Langkawi. Jam 9.45 pagi.
punyala awal kami naik sbb itinerary ku dh bermula start jam 11.00 tau!
Anyway bile sampai Langkawi, kereta sewa yang aku dah book tak sampai-sampai.
aku kol penyewa kereta tu sampai sudah tak berjawab.
macamla haramnya. 
sudahnya terpaksa amik kereta sewa lain - which aku di refer seramai 4 orang penyewa okeh. buang masa sejam kat airport ok. nasib baik mila fahmi tu tak hangin. tapi akula hangin. rancangan aku tak menjadi. :(



After kereta sampai... kami lunch kat Bukit Malut.
Gerai tepi jalan. 
Actually nak makan seafood kat situ tapi tutup plak tengahari. 
so.. jumpe kedai ade jual ikan bakar kami sebat jekla.
lapar wei. 

Disebabkan hotel hanya leh check in pada 2.30 petang - kami gi underwater world langkawi dulu. Kalau orang tanya - best ke. aku jawab best. tapi kalau compare ngan Aquaria - op kosla Aquaria menang kan. 
Tak kisahla. yang penting anak aku sangatla gembira masuk Underwater World tu. Kami spend masa almost 2 jam ok. Ulang alik ulang alik 3 kali. (punyala kecik tempat tu)
Yang lagi best dapat tengok feeding session Seal ngan Peguins. 
Seronokla wei. siap tengok performance seal lagi. memang bestla. 
Tak rugi korang datang sini. 






Kemudian, kami ke hotel kami. La Pari Pari.
Kat Pantai Chenang. 
Actually bukan betul2 tepi pantai tau.
First time datang - greet by Buddy, one of the crews kat situ. 
First impression - canteknyaaaaa!
seriously tak tipu.
tempat dia ko tengok je terus rasa tenang je. 
Its quite tapi full house. 
macam mana tu? dia kata memang selalu mcm tu. dorang like privacy.
sebab tu mostly client dia adelah mat saleh. 
Bilik dia simple je. 
Harga dia agak mahal tp bile ko datang ko taula you pay for scenery, ambience and private time you can spend. giteew! 




Petang kami lepak Perdana Quay.
Minum petang di The Loaf.
fefeeling orang kaya lepak tepi Marina. hahahah
Malam.. kami ke Pekan Kuah.
Melayan order2 coklat dari kakak dan adik ipar. 
Malangnya Nutella On The Go langsung takde.kempunan adik iparku.
aku beli belah kat kompleks Haji Ismail Group.
Giler wei. pakcik ni. kompleks dia - mmg shopping mall tau. siap hotel.
pokcik kayo sungguh!
After that - sbb kami kebulur tahap dewa 19 - instead makan seafood kat kedai yang bersepah kat Chenang kami makan kat Kuah. Worst decision ever.. Makanan biasa je. tak sedap sangat pun tapi harga macam hampeh! mahal wei. *teringat makan seafood kat Kota Kinabalu yang sedap, banyak dan murah*

After that - straight back to hotel.
nak tido.

DAY 2 - 3rd February 2015

Pepagi kami breakfast di Fat Cupid.
Aku tak taula. baca review ramai recommend. 
tapi bile aku makan - rasanya biasa je.
price op kos a bit pricey tp mcm standard price lifestyle cafe kat KL je. 

memula kami plan nak ke oriental village, mardi agro park dengan wildlife park. 

So.. first lokasi memang oriental village. 
Panas wei masa tu. tapi angin kuat sampai cable car ditangguhkan kejap.
Aku tak nak naik cable car. aku mempunyai kegayatan yang tinggi. Aku suh mila naik ngan fieras, tak nak pula. :P
Nak naik Duck Boat - 40minutes. mcm buang masa lama sgt. lenkali la.

First kami gi elephant riding.
yes people! Malaysia ade elephant riding.
nama gajah tu Lasah. Apparently he is one of the star dalam Anna and The King (dia bukan The King tu). Cuma fieras ngan abah je naik. umi tukang amik gambar je. sekali lagi sebab faktor ketinggian - saya tak nak naik. haha. 





Then kami singgah ke 3d Art Museum. 
Honestly this is the most awesome place at Oriental Village.
Aku sangatla jakun wei.
Eh bukan aku je. fieras sekali sama.
Laki aku plak terpaksa layan amik pic kami. hahah







Kemudian kami horse riding plak.
ni nak puaskan hati anak aku je sebenarnya. 
Asalkan dia gembira - okla. biarpun takdela best mana pun. hahaha

Petang - kami ke Wildlife Park. 
Secara jujurnya - trip ni berbaloi bile kita ke Wildlife Park. 
Agak besar tetapi best sbb diberi peluang experience sendiri feeding animal. 
Masya Allah. memang best. 
Datangla wei sini. best sangat. tak tipu!









Kemudian kami ke Laksa Power untuk merasa Laksa Power yang kunun sedap bersama Pasembornya. Okey. Sangat Mengecewakan. Rasa dia biasa je. ntah ape yang org duk recommend pon aku tak paham. sedap lagi yang warung laksa bawah pokok kat Bangi. :P

Atas kepenatan - kami terus balik ke hotel petang tu. 
Malam - aku dengan kerjasama baik pihak hotel dan fat cupid - arrange surprise anniversary dinner utk mila. 
Takdela surprise sangat.
husband aku pun takdela muka eksaited sangat, hahaha




DAY 3 - 4th February 2015

Memandangkan flight tengahari, hari ni barula kami dapat menikmati suasana hotel La Pari Pari and mandi kat swimming pool. Ambil gambar persekitaran. Dari segi lokasi, hotel ini mmg jauhla dr orang sbb dia mcm ke dalam sikit. Tapi..ia sangatla privacy. suasana minimal tp cantek. Pool tu xyah rebut ngan sesape pun.. fieras ngan abah je. Breakfast pun tak yah nak beratur tunggu dapat kerusi. kalau full house pun..meja cukup je nak accommodate semua orang.  
Aku tak puas rasanya amik pics kat situ. cuma sedikit kecewa sbb treehouse dia tengah renovate. kalau tak dapatla fieras merasa lepak umah atas pokok. Overall hotel ni aku bagi 4 bintang la. 1 bintang tu kurang sbb harga dia. hahahah







Setakat ni jela laporan percutian saya.
Sebarang maklum balas sila bubuh kat ruangan komen. 
hahah..




3 comments:

didi said...

A lot of effort went in there. Syabas!!!!! Tapi Mila ni pon, buat lah aksi fake surprise. Chettt!

rennylesa said...

hi um...seronoknya..

i can feel ur excitement tp mila uhmmmm.. bagilah muka surprise juga mcm didi cakap...

hehehe apapun salute dgn um..bab planning suprise ni um memang boleh dijadikan sbg bench mark.. :)

zaleha abidin said...

Salam ni um yg pernah stay kat kolej cempaka ke....?sekelas dgn tijah??