Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 13, 2015

new.year.new.school.

Happy new year guys!

Semoga dipermudahkan apa apa yang dihajati atau ingin dilakukan pada tahun 2015.
apa juga hasrat yang tak tercapai 2014 - usah dikenang. terus baiki diri di masa hadapan.
cewah! ayat motivasi wei.

Anyway.. aku just nak share pasal fieras dan sekolah barunya.
yeay!
haha. tak yeay sangatla.
memula nak citer gak - fieras tak pernah tukar sekolah sejak umur 3 bulan. 
never. his circle of friends mostly the same person. 
dia cuma experience tukar cikgu.
and he didnt handle it well.

so.. can u imagine how he's doing in new school? 
ha..u are right!
almost disaster.
first day - 2 hours crying and drama. 
aku? nanges.
aku faham ibu ibu lain cuba nak menyamakan situasi mereka dan aku. 
but please don't.
my son is not like your son.
your son is not like mine.
full stop.
dont try to be champion saying your son ok atau ko tak drama tapi aku lebey drama dari ko. and you make it even worst by saying - ha.. misti ko dulu mcm ni. ikut ko la ni.
Don't. Please Don't. 

Fieras adalah seorang anak yang easily attached to someone.
dalam hubungan mak dan anak - fieras lebih rapat dengan aku sebab dia easily attached dengan seorang saja. dan dia comfortable dengan seorang itu aja. 
Even dengan abah dia pun.. fieras tak rapat. 

Bile first day sekolah baru - dia tak rasa comfortable sebab dia takde sape sape. 
He knows nobody there.
so.. dia akan melalak.melalak dan melalak. 
sebab dia rasa tak selesa.
Dan aku?
seorang ibu yang sebenarnya mahu teman anak dia seumur hidup dia.. ya betul seumur hidup tetapi tidak mempunyai pilihan.
Aku bukan surirumah. in fact aku tak mampu jadi suri rumah. 
aku seorang ibu yang kena keringkan hati antar anak ke sekolah untuk ajar dia independent - make new friends dan belajar benda baru setiap hari. 
aku takde option. 
aku diselubungi rasa bersalah sebab meninggalkan anak aku di sekolah baru. 
dan bile si pengkritik hebat mengkritik di media sosial - you make it even worst. 

tapi good things is - fieras pada awalnya memang menangis.
dia tak biasa. dia takut. 
dia cuma nak seorang je cikgu.
dan cikgu tu bukan cikgu dia pun. 
tapi bile balik sekolah - dia rajin bagitahu dia buat apa arini.
tunjuk yang cikgu lukis star kat tangan. 
dia makan apa.
siapa mandikan dia.
sebenarnya dia suka sekolah dia cuma dia tak selesa sebab dia seorang.
dia selalu akan cakap umi temanla. 
sungguh.
kalau aku surirumah - aku teman dia. (even nanti cikgu dia halau aku)

so setiap hari aku berdoa - Allah permudahkan urusan anak aku. ditenangkan hati dan diterangkan hatinya kat sekolah. 
takde apa yang lebih aku mintak selain dipermudahkan semuanya untuk anak aku. 
ini baru umur dia 4 tahun.
its still a long journey ahead.
dan kalau aku mengalah dengannya di umur 4 - mcm mana kemudian?

disebalik keseriusan aku bebel di atas - so far aku suka sekolah tu.
ade la weakness sikit-sikit tapi - if you look for perfection - sila ajar anak ko kat rumah.
hahaha.
dia bukan belajar yang serius belajar pun. aku tengok dia memain je. 
haha. kadang kadang tengok hi-5. 
balik rumah ajak aku menari hi-5. 
aku ok je layan.  
terkinja kinja kat umah. ape ade hal? (bukan peluk artis Kpop kan?)
aku cuma berdoa anak aku gembira. 
cukup. 

niat suci hati aku - bagi masa kat fieras at least 3 months.
kalau selepas 3 bulan pon gitu kekdahnya - maybe aku kene fikir cara lain.
sekolah lain.

jap. share pic fieras masa nak pergi school. 





Mohon kamu doakan baik baik untuk anak aku juga ya. :)



1 comment:

honey bedazzled said...

insya allah amin amin amin... dilema mak mak bekerja gitulah....