Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 26, 2015

Gifts

Salaamm rakyat jelata. 

Aktif plak aku nak menghapdate blog yang tak seberapa ni. 
Tapi memandangkan aku mmg blur.. sengal nak pk ape hadiah best nak bagi kat asben aku sempena anniversary kami.. aku memilih hapdate kat blog.
sebab aku tau pemasalahan ini dikongsi oleh para isteri di luar sana. (haha)

ops.
lupa citer.
background story sket - 29 Januari 2015 will be our 4th year of marriage.
4th year of - mengenali laki bini yang sengal.
tahun ke 4 dan masih lagi cuba berkenalan dengan asben aku tiap tiap hari.
marriage is longggg journey guys to share with 1 person your entire life.
so.. make sure its worth every single step!
cewah!

anyway..berbalik kepada isu asas kita iaitu - ape ke benda aku nak bagi kat asben aku ni wei?
sekiranya bertanya apekah feveretnya laki aku - dia suka amik gambar, tengok bola, baca pasal weapons dan jet jet pejuang erk? ha.. dia suka masak. dia suka kereta juga tetapi takdela macam lelaki lain yg duk modify kereta. 
asben aku rsnya suka je ape lelaki lain suka tetapi dalam keadaan minima. 
yang maksima - tu ha peralatan perang dan sebagainya tu. 

sempena anniversary kami ke -4 ni.. aku pk hadiah dia antaranya:

1. Sponsorship to LIMA 2015

- Pro: sure laki aku golek2 kegembiraan sebab memang impian dia nak gi LIMA tu. 
- Cons - aku tak leh follow. dia gi je sensorang sebab harga mahal beb. hotel mahal gedegek. aku ngan anak aku sure nak pegi hotel besh - since kami tidak enjoy LIMA, hotel boleh buat kami enjoy. tapi kalau time LIMA aku rs amik motel je mampu kut. itu baru hotel tak masuk lagi harga kereta sewa. 3/4 kali ganda tau!

2. Special anniversary dinner kat hotel mewah
- Pro: ni aku suka. sebab kekunun nak makan makanan harga 200 dalam pinggan besar tapi portion macam bekpes sekolah anak aku. haha.. aku berangan wei dapat makan tempat macam ni even kekdahnya aku ni tak semegah mana nak makan hotel. muka pun comot. dressing hancus ade hati nak makan hotel (eh jap ni.. pro ke cons?)
- Cons: habisla 1 hotel dengar anak aku nyanyi itsy bitsy spider atau humpty dumpty atau 123 atau abc. sebab masa makan la dia suh aku pasang youtube dan nyanyi skali mcm dalam youtube. ha..aku sure korg yang baca ni pun tersengih sbb korang senasib ngan aku ye tak? hahahah

3. errr.. trus stranded. takde idea. gilerla semua hadiah kat muka bumi Allah ni - hanya 2 je aku terpk? tak sopan btul. 

aku selalu je buat surprise kat dia spt cth bagi bunga kat opis, celebrate birthday kat opis, hantar a bouquet of chocolates kat opis. dan semuanya laki aku tak tau agak dah. dia mmg jenis malas amik port sbb tu semua surprise aku menjadi. 
skang ni mcm mana nak buat surprise lagi? how? 
boring dah duk celebrate kat office. 
korang ade idea tak? 
surprise best and budget friendly. haha..

hadiah ape best?
belikan treadmill? 
mahal bebeno. tak mampula plak i. 

korang slalu bagi ape kat asben korang ek? 

3 comments:

Sareque Rai said...

Mila tak suka gadgets ke? Sama kut harga macam gi LIMA.

ummphs.. said...

tak berapa sareque rai oi.
dia tak kisah dengan ape jenis gadget hapdate di muka bumi ni.
the only thing aku penah blikan dia DSLR itupun pakai kekadang je.

didi said...

Hehe. So habisnya kau beli apa tu? Eh, kalau nak fancy dinner kat hotel, kasi tinggal lah itu Iyash. Hehe