Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 6, 2014

Godaan


Assalamualaikum wbt.

Day Two.

Lambat pula menghapdate blog. biasanya spend pepagi sebelum mula kerja..hapdate kisah diet semalam. hari ni..sempat buat skang je.
itupun curi-curi masa jap. 

Excited nak bacakan kan kisah milkshake aku. 
hari kedua ... even with recipe milkshake yang kunun sedap.. milkshake strawberry aku masih rasa horrible. but..not as bad as first day. but stillll....
tetapi..masih cuba nak berbangga yang aku berjaya menghabiskan 3/4 daripadanya. erk! 
ble aku buat aduan kat member aku yang kenalkan aku pada herbalife ni.. dia kasi aku resepi siap dengan tempoh masa blend.
ok 2-3 minutes sangat penting.
aku buat less than a minute no wonderla rase lagi serbuk serbuk tu. :)

Tengahari aku makan nasi.
akhirnya! tp lauk biasa je. ikan rebus dengan kuah asam dan sayur tempe sket. 
kenyang dengan milkshake masih terasa even dah lebih 3 jam. 

Yang menggodanya bile malam.
Mila mintak masakkan dinner.
ikan talapia merah masak stim dengan sayur kacang panjang. 
even aku tak pandai masak tapi aku rasa la.. ikan tu sedap. haha.. 
mungkin sebab faktor ikan yang menjadikan ianya sedap.
isi putih beb!
seriously masa ni iman memang senipis kulit bawangla.
nyaris juga aku nak makan nasi.
taaapi aku tabahkan juga diri.
ble aku tanya kawan aku.. dia cakap aku leh makan ratah ikan tu. aku tak biasa makan lauk tanpa nasi tapi nak kuruskan?? at least ko dpt makan ikan tu. 
so niat di hati pas mila abis makan aku plak nak menyebat ikan stim tu.

pffffft!!

laki aku abiskan semua!
sedey kan? 
takpe. takpe. esok masih ade. 
Akan ku buat ikan stim sampai ko pon diet sama mila! hahaha

Milkshake yang aku buat waktu malam taste better than before.
so much better. even aku rasa boleh diperbaiki dengan mem-blend lebih lama lagi. 

meh i share sket resepi milkshake kawan kasi. 

step 1 : 200ml air + 100ml BLISS Yogurt (Strawberry) 
              Milkshake strawberry 3 sudu
              Protein ape ntah nama dia 2 sudu
              Blend dalam 2-3 minit

Step 2 : Masukkan ais. dalam 7-10 ketul kecil. 
               Blend lagi dalam 1-2 minit.

Step 3 : minumla ape lagi?!

Aku berharap lama lama sikit aku biasala dengan rasa yang tak begitu marvelous itu. 
Tapi aku rasa cabaran ble ko cuba makan sihat dan secara tidak langsung ko nak kurus.. bukan rasa lapar yang menghantui. Actually bukan lapar pon. 
taaaapiiii....nafsu wei. 
even masa aku taip ni aku dah terkenang kak Anies Bake House punya Russin Black and White.  otak aku asik pk makan. (dan skang tau mcm mana ko leh gemuk um?!) 

anyway.. nak share sket pencapaian semalam. :)


kagum tak dengan pencapaian ni? hahaha
riakla tu. 

okeyla. nak sambung buat paper yang tak semegah ni. :(

bye. 

Assalamualaikum wbt. 
 


Wednesday, February 5, 2014

Regimen.Diet.

Day One. 

Assalamualaikum wbt. 
apekah tajuk itu? 
ok..sebelum aku mengarut lebih lanjut. 
meh aku kasi background sket.

*membunyikan tulang tangan*

selama hari ini.. aku xkisah pasal berat badan aku.
seriously. i dont care.
yang aku kisah - shape badan aku. sebab konsep kurus pada aku mudah.
berat kau boleh 40 kilo tapi kalu shape badan kau macam tong dram tak guna juga.
so.. mengenai badan aku. i still got shape even with spike weight! 
ok. keindahan itu bersifat sementara.
slowly..baju aku banyak dah tak muat. dalam erti kata lain..ketat sikit. mula menampakkan lemak lemak yang ko cuba sorok selama ari ni.
and then.. setiap pagi aku akan pandang cermin.. dan sedapkan ati, this cant be accurate! 
hahahahaha. seriously. tak tipu.

kemuncaknya - bile aku beli 2 baju kurung online. confident. orang tu cakap best fit M. 
ok. M. of course aku leh muat M. 

bile baju kurung sampai.. memangla muat tapi part The Two B's tu memang tak boleh blah. rasa mcm aku pakai baju kawan aku yang kecik. seperti didi dan yanti. and kisahnya berpanjangan bile aku beli baju kat ZAWARA. M not the size. i have to wear L!! OMG!

kerisauan aku pun bermula. 
aku nekad. aku kene kurus.
pegi gym joging atau zumba bukan lagi option terbaik. 
sebab kaki kiri aku yang injured. 

then aku teringat kawan aku. Najmi. Husband dia behenti keje gomen and starts jadi penaja HERBALIFE. find. this is the time. i need HERBALIFE.*
*sebelum ni aku cakap kat kawan aku melainkan aku betul2 gemuk - aku takkan beli herbalife

so. aku jumpe najmi. nekad nak berubah. 
najmi explain a bit about herbalife. and dia scan body aku.
a few criteria aku ok. tapi ade yang satu buat aku sangat terkejut.
My Body Age. dem!! sangatla tua! no wonderla asik sakit kaki..pinggang etc. 

that's it!

so... semalam 4 Februari bermulalah Diet Regimen aku bersama HERBALIFE.

Jadual makan kawan aku dah provide.
aku bole makan berat sekali sehari je. its either breakfast, lunch atau dinner. 
kawan aku suggest lunch je.
so far aku rasa lunch okla aku makan berat. sbb kalu dinner mmg susah sketla.





Honestly.. aku mmg tak kompiden dengan diri aku sendiri. Hey! you know yourself la kan. 
so aku amik ni sebagai cabaran untuk aku.
aku susah minum air tapi semalam aku selamba minum air almost 3 liter per day. sangat bangga dengan diri sendiri. ok. kenapa aku bangga? sbb korang rasa biasa je 3 liter tu? sebelum ni aku mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan 500ml air. seyes..tak tipu. 
so far. aku ok. aku tak lapar sangat. ble perot aku macam lapar between meals aku makan buah atau biskut. 
tapi aku ngakula. menghabiskan aloe vera dan teamix memang no hal. 
tapi milkshake dia??? ya allah. seksa. sengsara!!
dan dengan malunya aku mengatakan...semalam aku tak abis milkshake!!!
tak bole abiskan sebab tekak aku mula loya.
oh ya.. aku consume milkshake strawberry. 
maybe after this i shall change to something else. :(

ok. ni pencapaian aku minum milkshake semalam. and FYI..malam pon sama je even aku dh tambah yogurt strawberry.

 before

 after

im not proud with this achievement ok.
hari ni saya akan try lebih baik dari semalam. sebab arini saya campur yogurt bliss berry fruits dan fresh strawberry.

lupe nak kasitau. 
target weight loss : 10 kilogram. tanpa had masa. aku pon bukan nak kejar deadline kawen ke ape ke. asalkan badan aku dalam bentuk badan yang lebih normal. supaya aku tak payah beli baju kurung baru atau jeans baru. 

wish me luck peeps!

Assalamualaikum w.b.t. :)

*credit pics with google.