Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 27, 2014

copycat.kids.


Salam.
topik menarik utk ibu seperti aku yang mempunyai anak yang super copycat.
bukan copycat ape pun.. tapi penah tak korang mengalami situasi di mana anak korang cuba nak tiru semua bende yang korang buat? 
ko menari ble dengar lagu. dia akan menari setiap kali dengar lagu.
ko menyanyi sama ble ade lagu best kuar kat radio. anak ko join skali. (ok..feveret song : kalau aku kaya)
aku pakai makeup. dia akan amik make up aku dan tepek dimukanya. (sometimes muka abah jadi mangsa!)


anak aku - copycat kids. dari dia kecik sampaila pelbagai vocab dia dah mahir.. dia akan meniru. mulanya aku rasa ok. dia cepat belajar. dia cepat cakap. skang umo baru 2 tahun 4 bulan dia dah bole diajak borak macam orang tua. 
masalahnya adelah.. umi dia bermulut celupar. hahahaha..
maksud aku bukan celupar as mulut jahat but then.. 
ble kita di jalan raya..ade orang yang tetibe je masuk lane kita... dan kita akan #$%@^7 marah kan? 
ya.. itulah celupar yang aku rujukkan. 
kadang kadang aku leh control.
kadang kadang.. u just did it! and fieras akan pandang aku pelik. masa tu baru aku.. omg! dia akan buat nanti! 

ble ntah.. aku tak ingat tapi kami tengok bola.
and ade masa tu aku menjerit "uish..ni pon tak masuk!" and masa tu fieras bukan tengok bola pun. dia tengah main ape ntah. 
tak lama lepas tu.. dia tengok juga bola kot (aku tak perasan masa ni) and tetibe dia cakap "ishhhhh...bla..bla..bla" erk? dush! macam kene sebijik kat muka sendiri. hahah
aku skang ni berusaha untuk tidak cakap bukan bukan depan fieras. cuma..sometimes ko tak leh elak. especially bile anak ko berkepit dengan ko dopolohpatjam!

children make us try to be better parent. better human being.
right?
but umi still trying ya adik. 
sometimes please don't copycat everything!

risau wei.
kalu dah besar nanti...pengaruh rakan sebaya guane? 
masa tu dah lewat dah nak ngajor psl copycat ni. 

and friends... if you have tips to reduce it (at least!) please let me know. 
atau pun ade ayat leh psiko anak aku pon hokey! 

hahah.
thanks in advance ya!

Wednesday, January 22, 2014

new.year.2014



Assalamualaikum wbt.

arini baru teringat nak menaip semula.

*diam

last post was 10 December 2012. Erk... more than 1 year dah. lamanya aku tak menaip kat sini. takde cerita ke? ade je. bersusun, tapi mcm dah takde medium nak menghupdate. ok tipu. sebenarnya..lebih takde mood nak hupdate.
tapi.. baru perasan, bile kita share something dalam blog atau bercerita dengan kawan-kawan barula kita sedar yang hati kita lebih sedap? eh.. salah guna perkataan. hati kita lebih tenang.kot.
Aku tak sure tentang kawan kawan lain. sama ada update juga blog atau tidak. sbb seriously..aku bukan takat tak hapdate blog, baca blog orang lain pon idok. kerja yang banyak atau pun kalu nak hupdate kat umah, erk.. mana sempat wei. biarpon anak sorang tapi kerenah dia yang inginkan perhatian tu mcm anak sepoloh! and aku rs baca facebook kawan kawan dah mcm tau dorang nyer life macam mana. tak payah baca blog pon takpe. *maafkan saya*

tapi rindula gak nak menaip je. yela bile masa lagi.. ko menaip sambil mulut ko cot cet cot cet. udah-udahla tu membebel sesekor um.. bukannya bole automatic masuk dlm blog ni ble ko bebel. still kene taip juga. so.. aku pun senyap sambil menaip. tapi..aku humming. hah! samela tu! then.. before digelakkan oleh officemate.. bebelan aku cuma di otak dan tangan masih laju menaip.

ahh..korang jangan nak gelakkan aku. korang pun sama.
korang menaip sambil bebel. 'atau korang pun humming juga atau otak ko pon bebel same.
siap muncung kuar! hahah..jangan tipu!

hahaha

ok. 2014.
nak cakap pasal azam baru. segan dah.
azamnya tak penah sampai buat.
ade je vangang ditengah jalan..azam pon jadi suku jalan je.

so. 2014 aku lebih nekad nak jadi lebih gembira je.
gembirakan anak aku. family aku. and of course.. diri sendirila.
dan aku harap aku jadikan blog tak seberapa orang nak baca ni diupdate secara rajinnya.
supaya hati kurang rasa susah.
hidup lebih ceria.
wah! bole buat motto nih.

5.31 pm.
perlu pulang mengambil anak.

bye.