Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 26, 2014

tadika

one of  things im afraid most - find a right school for fieras. 
scary kot!

beberapa minggu lepas kerja aku adelah survey tadika untuk fieras. 

setiap ibu ada idea berbeza tentang sekolah yang dia nak antar anak dia. 
ada yang tak kisah tentang pembelajaran asalkan anak dia seronok dan nak belajar. 
ambitious mom yang nak anak dia belajar di proper school yang memberi impak positif ke atas pemikiran dan pertuturan dan semua aspek pembelajaranla. 
ada yang nak antar di tadika yang anak dia boleh independent dan bukan hanya pandai abc 123 atau alif ba ta. 

aku?

aku kategori - nak anak aku enjoy dan nak anak aku belajar semua aspek pembelajaran. atau sometimes i hope a year in proper school he might know how to read a book!

over.

yups. 
i know.

yelah..ibu mana yang nakkan anak dia ketinggalan bukan?

tapi meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak ketiga - and we expect everything perfect - aku boleh katakan aku tak rasional. 

dan sebenarnya aku berharap aku dapat ambil rehat dari kerja ini dan melihat perkembangan anak aku di depan mata aku sendiri. 

tapi aku rasa itu pun tak logik. dengan situasa ekonomi yang tak menentu - dan aku nak amik rehat dari kerja ni? ko giler um?
so..untuk kurangkan ketegangan kepada diri sendiri - accept you are not perfect mom. 
but you are the most perfect imperfect mom for your child. accept it um!

anyway..berbalik kepada topik tadika. aku melakukan survey di beberapa tadika di sekitar putrajaya dan cyberjaya. and so far aku shortlisted kan 3 school iaitu :

- real kids cyberjaya
- ikids putrajaya
- smart little bee

mungkin ramai tak sedar - putrajaya mempunyai banyak tadika. tapi tak pernah cukup. and pricey, aku terkejut beruk bile kakak ipar aku bgtau kat jb..dia antar anak dia sekolah tadika RM160 per month! aku highlight sekali lagi RM 160!!

tak dapat wei kat putrajaya nih. 
paling murah ko jumpe pon RM 380 kut. 
itu aku la jumpe. maybe ade lagi murah- tak taula. 

aku suka real kids. 

aku rs dia macam sekolah. 
actually environment dia - sangat sekolah. 
aku suka. i love to learn. i love to teach. 
so aku suka environment macam tu. 
cikgu dia pon berpengalaman. 
fully english medium.
cuma kekurangannya - dia kurang aktiviti di luar. 

ikids putrajaya.

centre ni masih baru.
and first word kuar dari mulut aku first time datang sini - canteknya!!
budak budak masih tak ramai. 
2 kali aku datang.
first time datang bebudak tido. 
second time dapat tengok dorang dalam kelas. 
and kebetulan masa tu art class. 
menarik juga kelas yang dia buat.
buku sekolah dia menarik gile. 
oppss.. lupa nak cakap. dia sejenis montessori.
so memang ko nampakla anak anak situ semua independent. 
montessori memang memberi penekanan kepada kemahiran kendiri. 
anak-anak ade katil sendiri ok.
kekurangan- ia masih baru. kredibiliti masih menjadi tanda tanya.

Genius Aulad.
genius aulad presint 16.
nampak best. kemas. 
takleh komen banyak sebab masa datang sini dorang tgh jamuan raya.
Genius aulad ni dari segi pembelajaran memang dah terbuktila.
dia bukan baru bukak.
dah lama pengalaman dalam bidang tadika ni. 
harga bolehla. murah dari ikids and real kids. 
dan dia islamic based education.
english/malay medium. 
satu je kekurangan - cuti sekolah dia tak beroperasi. huhuhu

CIC 

CIC sama je macam Genius Aulad.
dari segi pembelajaran..yuran sekolah juga. 
dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembelajaran tadika ni. 
harga sama macam Genius Aulad. 
islamic based education.
english/malay medium.
Sini pon tak leh komen banyak sebab datang survey ni masa wiken. 
kelas takde. 

Brainy Bunch Cyberjaya

memula nak cakap - dia la tadika paling mahal yang kami survey setakat ni.
terletak di shaftbury square. 
simple je kelas dia.
kebetulan masa kami datang student tengah solat zuhur.
comel jek. 
kelas dia tak dibahagikan ikut umur. tp ikut aktiviti.
setiap xtvt akan dipetakkan kawasan mengikut kaler.
so far ok tapi rasa mcm panasla. hahaha
ke cuaca panas masa tu?
susun atur di kelas kelas nmpak serabut sket. 
tapi maybe sebab bebudak kan.. mmgla serabut sket.kut. 

yang sekarang ni saya nak tengok - smart little bee kat p11 sebab nampak pembelajaran dia sangat seronok. dan Ikids Cyberjaya. why cyberjaya? cyberjaya dah 2 tahun beroperasi.
kompiden tu lebey sket. hahaha

kalau korang ade idea tempat mana aku leh survey silala maklumkan. 
aku mmg penuh gigih akan pergi. 
pening wei pikirkan anak sekolah ni.
tak masuk lagi kecuakan aku sebab kemanjaan fieras tu.
ntah berapa bulan baru dia stop nanges.. 

memikirkan dia yang jenis clingy dan takut orang.. aku pon jadi takut nak antar dia. 
rs nak home school je. hihi... mampu ko? 


3 comments:

Anonymous said...

Saya terbaca entry ni..saya suka sbb saya pon tgh cari learning & childcare centre utk anak. Saya trus check on ikids and called the centre for an appointment.baru nak visit ikids cyberjaya khamis ni. sbb nye lebih dekat dgn rumah saya di puchong. Akak dah tgk ke kedua2 ikids centre?pada pendapat akak yg mana lebih bagus dan ada activity luar?di putrajaya atau cyberjaya?

ummphs.. said...

Hi. akk baru tengok yang kat putrajaya.
putrajaya best sbb building sendiri and dorang ade aktiviti luar.
harga je agak mahal. monthly mahal dan yearly pon mahal.
tp bebaloi kot dengan environment buku dia.
kat cyber..baru nak tgk esok. nanti akk update. :)

.heidee nor. said...

Little Caliph ada tak kat putrajaya? Setakat ni kesan sgt memberangsangkan. both my son kat LC dan dah boleh membaca lepas 3 bulan hantar kat situ.