Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 3, 2014

1malaysia

Ha..ni lagi satu topik tak bole blah aku kasi. 
Tapi aku cuma nak ceritakan pengalaman aku bawak anak aku ke JKids Paradigm Mall. Ala..ni kire mcm adik beradik ngan Yukids kat The Curve ngan One Utama tu la. 

JKids aku rasa better than Yukids The Curve.
aku rasala. 
korang tak taula.
and penat tak hingat. 
Dahla hanya aku dan fieras je. mila outstation masa keseronakan ini.
Ala..kalu mila ade pon bukan dia kisah nak main skali dengan anak aku. 

Anyway kenapa aku pilih topik 1Malaysia ni..adelah sebab bile bawak pegi JKids memang 97% adelah chinese. ade 2-3 orang je Malay and 1-2 indian kot. Mula mula aku rasa risau anak aku di situ. biasala mak. pulak tu ade budak budak besar main skali. risaula anak dia kene buli. 
tapi.. dalam anak aku bermain. aku baru sedar budak kecik tak tau racism yang wujud. Maybe chinese kids put certain gap with us because we are stranger to them. tapi kita stranger sebab kita stranger bukan sebab kita malay. faham ke apa aku cuba katakan?
Look.. aku rasa budaya berkawan antara melayu cina dan india ni makin berkurang sekarang. aku rasa most of it sebab mainan politik yang berleluasa. atau ade parents yang masih kuno anggap - cina india tu pendatang, melayu tu kampung etc. and cuba buat gap.
tapi kanak-kanak dorang suci. especially younger ones. 
dorang suci. dorang berkawan sebab berkawan tu seronok.
dorang main bola sama sama, gelongsor sama sama. 
main pasir. 
Masa aku sekolah menengah aku bersekolah di sekolah yang bilangan student melayu cina dia lebih kurang je. Dan aku ade ramai kawan cina. in fact ade yang aku masih contact sehingga sekarang. aku harap aku leh besarkan fieras di persekitaran yang kita Malaysian. yang berkawan dengan kaum lain bukan sesuatu yang pelik. it should be budaya kita, 
anyway masa kat JKids, fieras dapat dua(2) orang kawan cina.
seorang yang asik bagi fieras bakul untuk kutip bola (ok..bakul telah dikonker oleh bebudak lain smpai umi fieras kene kutip bola guna baju je) dan tembak guna senapang angin.
and lagi sorang budak.. yang ajak fieras main gelongsor, main lompat lompat, belon bola. and they have fun together. 
aku suka suasana tu. 

Topik agak serius.
tapi aku harap semua kawan-kawan aku ajar anak mereka value ni. 
supaya dorang membesar dengan suasana yang lebih baik.

:)
selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan!


No comments: