Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2014

Anak

Assalamualaikum. 

Lamanya lahai tak hapdate ni.
last September masa sibuk cari tadika anak.
ya..isu itu belum settle ya kawan kawan.
kerana apabila kami telah sepakat memilih tadika... itu tadika telah penuh.
hahaha.. hamik ko!
lama sangat nak buat decision. 

ok. mari kita abaikan soal takde tadika aku dapat skang ni.
aku nak berborak.. pasal anak ke dua. 
aku rasa transition daripada ada sorang kepada nak tambah dua orang anak adalah susah.
its harder. 
especially if you dont think you are ready.
ya..akula manusia yang tak ready tu. 

semua orang cakap setiap anak tu ade rezeki Allah peruntukkan untuknya.
Aku faham maksud kalian. 
tapi tahukah anda readiness saya bukan sahaja dari segi kewangan tetapi mental?
How bad my last pregnancy?
not bad at all.
aku akui masa mengandung fieras memang aku tak ready langsung.
maksud aku dari segi mental dan juga sebab masa tu baru kawen. 
tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
dia bagi anugerah terindah tau.
anugerah peneman aku sehingga sekarang.
Allah bagi sebab tak nak aku ni sunyi. 

Tapi seriously..aku takut memikirkan anak no.2 
Ya Allah. 
Takut dari semua sudut.ok.
antaranya.. risau aku takleh manjakan fieras macam sekarang. 
aku tak nak fieras rasa umi kurang sayang dah.
Seriusla wei. jangan gelak. 
pastu financially memang tak ready, 
belum beli rumah. 
nak beli rumah pon berkira kira duit.
sedey je. 
pastu kan ade lagi yang aku takut. haha..bersalin normal.
hahaha.. dulu ms fieras c-sec. 
ok je. cepat je aku melasak.
kalau second aku kene normal - umi!!!!!
pas pikirkan bersalin..aku fikirkan masa pantang. 
uwaaaa,,, pengalaman berpantang bersama fieras tidak indah.
so takutnya!

and lastly - honestly aku takut adelah kegagalan aku nak fully breastfeed anak aku sekali lagi. 
masa fieras.. aku tak pandai. 
easily give up. 
due to unable to directly breastfeed fieras. 
and sampai ke hari ini aku menyesal sebab tak mampu berikan fieras makanan yang terbaik.
Ya allah takutnya aku ngan kemungkinan aku maybe gagal sekali lagi. 
rasanya ralat tak sudah. 
honestly this is my biggest fear after fear of normal birth. hahahah
Beruntungla ibu ibu yang mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya. setiap kali kawan aku dapat anak.. aku akan sentiasa ingatkan jangan give up.
continue sampai anak 2 tahun. 
makanla pape yang tambah susu. 
amik supplement yang bersesuai.
and never ever give up. no matter how hard things are. 

kenapa tetibe aku tulis entry pasal anak ni?
biasala masyarakat kita.
they never stop asking.
blum kawen..tanya bile kawen.
dah kawen..tanya bile nak dapat anak,
dah dapat anak..tanya bile nak tambah.
ingatkan aku kilang? 
hahaha. 
ok. memain. 
tp aku serius bab masyarakat yang tak berhenti bertanya. 
padahal tak sedo ke yang ko tanya semua tu rahsia Allah? 

stop ask question.
somwhow it hurt to certain people.
orang macam aku mungkin tidak terasa sebab aku malas amik port.
tapi mcm orang yang memang tunggu jodoh? tunggu dapat anak? tunggu dikurniakan anak lagi?
kenapa nak tambah persoalan di dalam idup mereka lagi kan?
Allah menjanjikan terbaik untuk hamba-Nya. 
ingat itu ok?

wassalam. 


Friday, September 26, 2014

tadika

one of  things im afraid most - find a right school for fieras. 
scary kot!

beberapa minggu lepas kerja aku adelah survey tadika untuk fieras. 

setiap ibu ada idea berbeza tentang sekolah yang dia nak antar anak dia. 
ada yang tak kisah tentang pembelajaran asalkan anak dia seronok dan nak belajar. 
ambitious mom yang nak anak dia belajar di proper school yang memberi impak positif ke atas pemikiran dan pertuturan dan semua aspek pembelajaranla. 
ada yang nak antar di tadika yang anak dia boleh independent dan bukan hanya pandai abc 123 atau alif ba ta. 

aku?

aku kategori - nak anak aku enjoy dan nak anak aku belajar semua aspek pembelajaran. atau sometimes i hope a year in proper school he might know how to read a book!

over.

yups. 
i know.

yelah..ibu mana yang nakkan anak dia ketinggalan bukan?

tapi meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak ketiga - and we expect everything perfect - aku boleh katakan aku tak rasional. 

dan sebenarnya aku berharap aku dapat ambil rehat dari kerja ini dan melihat perkembangan anak aku di depan mata aku sendiri. 

tapi aku rasa itu pun tak logik. dengan situasa ekonomi yang tak menentu - dan aku nak amik rehat dari kerja ni? ko giler um?
so..untuk kurangkan ketegangan kepada diri sendiri - accept you are not perfect mom. 
but you are the most perfect imperfect mom for your child. accept it um!

anyway..berbalik kepada topik tadika. aku melakukan survey di beberapa tadika di sekitar putrajaya dan cyberjaya. and so far aku shortlisted kan 3 school iaitu :

- real kids cyberjaya
- ikids putrajaya
- smart little bee

mungkin ramai tak sedar - putrajaya mempunyai banyak tadika. tapi tak pernah cukup. and pricey, aku terkejut beruk bile kakak ipar aku bgtau kat jb..dia antar anak dia sekolah tadika RM160 per month! aku highlight sekali lagi RM 160!!

tak dapat wei kat putrajaya nih. 
paling murah ko jumpe pon RM 380 kut. 
itu aku la jumpe. maybe ade lagi murah- tak taula. 

aku suka real kids. 

aku rs dia macam sekolah. 
actually environment dia - sangat sekolah. 
aku suka. i love to learn. i love to teach. 
so aku suka environment macam tu. 
cikgu dia pon berpengalaman. 
fully english medium.
cuma kekurangannya - dia kurang aktiviti di luar. 

ikids putrajaya.

centre ni masih baru.
and first word kuar dari mulut aku first time datang sini - canteknya!!
budak budak masih tak ramai. 
2 kali aku datang.
first time datang bebudak tido. 
second time dapat tengok dorang dalam kelas. 
and kebetulan masa tu art class. 
menarik juga kelas yang dia buat.
buku sekolah dia menarik gile. 
oppss.. lupa nak cakap. dia sejenis montessori.
so memang ko nampakla anak anak situ semua independent. 
montessori memang memberi penekanan kepada kemahiran kendiri. 
anak-anak ade katil sendiri ok.
kekurangan- ia masih baru. kredibiliti masih menjadi tanda tanya.

Genius Aulad.
genius aulad presint 16.
nampak best. kemas. 
takleh komen banyak sebab masa datang sini dorang tgh jamuan raya.
Genius aulad ni dari segi pembelajaran memang dah terbuktila.
dia bukan baru bukak.
dah lama pengalaman dalam bidang tadika ni. 
harga bolehla. murah dari ikids and real kids. 
dan dia islamic based education.
english/malay medium. 
satu je kekurangan - cuti sekolah dia tak beroperasi. huhuhu

CIC 

CIC sama je macam Genius Aulad.
dari segi pembelajaran..yuran sekolah juga. 
dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembelajaran tadika ni. 
harga sama macam Genius Aulad. 
islamic based education.
english/malay medium.
Sini pon tak leh komen banyak sebab datang survey ni masa wiken. 
kelas takde. 

Brainy Bunch Cyberjaya

memula nak cakap - dia la tadika paling mahal yang kami survey setakat ni.
terletak di shaftbury square. 
simple je kelas dia.
kebetulan masa kami datang student tengah solat zuhur.
comel jek. 
kelas dia tak dibahagikan ikut umur. tp ikut aktiviti.
setiap xtvt akan dipetakkan kawasan mengikut kaler.
so far ok tapi rasa mcm panasla. hahaha
ke cuaca panas masa tu?
susun atur di kelas kelas nmpak serabut sket. 
tapi maybe sebab bebudak kan.. mmgla serabut sket.kut. 

yang sekarang ni saya nak tengok - smart little bee kat p11 sebab nampak pembelajaran dia sangat seronok. dan Ikids Cyberjaya. why cyberjaya? cyberjaya dah 2 tahun beroperasi.
kompiden tu lebey sket. hahaha

kalau korang ade idea tempat mana aku leh survey silala maklumkan. 
aku mmg penuh gigih akan pergi. 
pening wei pikirkan anak sekolah ni.
tak masuk lagi kecuakan aku sebab kemanjaan fieras tu.
ntah berapa bulan baru dia stop nanges.. 

memikirkan dia yang jenis clingy dan takut orang.. aku pon jadi takut nak antar dia. 
rs nak home school je. hihi... mampu ko? 


Thursday, July 3, 2014

1malaysia

Ha..ni lagi satu topik tak bole blah aku kasi. 
Tapi aku cuma nak ceritakan pengalaman aku bawak anak aku ke JKids Paradigm Mall. Ala..ni kire mcm adik beradik ngan Yukids kat The Curve ngan One Utama tu la. 

JKids aku rasa better than Yukids The Curve.
aku rasala. 
korang tak taula.
and penat tak hingat. 
Dahla hanya aku dan fieras je. mila outstation masa keseronakan ini.
Ala..kalu mila ade pon bukan dia kisah nak main skali dengan anak aku. 

Anyway kenapa aku pilih topik 1Malaysia ni..adelah sebab bile bawak pegi JKids memang 97% adelah chinese. ade 2-3 orang je Malay and 1-2 indian kot. Mula mula aku rasa risau anak aku di situ. biasala mak. pulak tu ade budak budak besar main skali. risaula anak dia kene buli. 
tapi.. dalam anak aku bermain. aku baru sedar budak kecik tak tau racism yang wujud. Maybe chinese kids put certain gap with us because we are stranger to them. tapi kita stranger sebab kita stranger bukan sebab kita malay. faham ke apa aku cuba katakan?
Look.. aku rasa budaya berkawan antara melayu cina dan india ni makin berkurang sekarang. aku rasa most of it sebab mainan politik yang berleluasa. atau ade parents yang masih kuno anggap - cina india tu pendatang, melayu tu kampung etc. and cuba buat gap.
tapi kanak-kanak dorang suci. especially younger ones. 
dorang suci. dorang berkawan sebab berkawan tu seronok.
dorang main bola sama sama, gelongsor sama sama. 
main pasir. 
Masa aku sekolah menengah aku bersekolah di sekolah yang bilangan student melayu cina dia lebih kurang je. Dan aku ade ramai kawan cina. in fact ade yang aku masih contact sehingga sekarang. aku harap aku leh besarkan fieras di persekitaran yang kita Malaysian. yang berkawan dengan kaum lain bukan sesuatu yang pelik. it should be budaya kita, 
anyway masa kat JKids, fieras dapat dua(2) orang kawan cina.
seorang yang asik bagi fieras bakul untuk kutip bola (ok..bakul telah dikonker oleh bebudak lain smpai umi fieras kene kutip bola guna baju je) dan tembak guna senapang angin.
and lagi sorang budak.. yang ajak fieras main gelongsor, main lompat lompat, belon bola. and they have fun together. 
aku suka suasana tu. 

Topik agak serius.
tapi aku harap semua kawan-kawan aku ajar anak mereka value ni. 
supaya dorang membesar dengan suasana yang lebih baik.

:)
selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan!


Monday, June 2, 2014

hargai masa bersama

topik tak bole blah kan.

haha. 
tapi apa yang nak dikongsikan adalah sangat penting.
untuk diri sendiri. dan mungkin peringatan untuk orang lain. 

setiap hari aku pegi keje.. adelah sesuatu yang aku tak bersemangat nak buat.
bukan pasal bangun tido even aku memang liat bangun pagi.
tentang melalui hariku di kerja tanpa fieras. 
betul. 
aku suka spent time dengan anak aku. 
aku suka ble dia buat aku ketawa. atau aku buat dia ketawa.
aku suka bile dia menghargai semua lawak dan larian aku yang pura pura mengejar dia keliling rumah.
aku suka bile aku dibosankan dia dengan menonton planes, frozen atau cars untuk ke berapa juta kali. 
aku suka bile aku pura pura nanges dan dia memujuk. 
pendek kata aku suka spend time dengan anak aku. 

so every weekend aku memang looking forward.
atau waktu cuti pape sekali pun.
aku akan sedaya upaya mengotakan janji aku padanya setiap minggu.
bawak dia naik thomas (LRT / Monorail / ERL)
bawak dia naik bas keliling putrajaya atau cuma naik sampai ke Alamanda. 
ajak dia round-round putrajaya.
ajak dia berlari di alamanda.
and go to playground atau yukids.  

tapi every weekend ade je plan lain.
its either kami balik kampung atau ... hmm..
and sekarang asben aku selalu outstation.
so weekend dia harap leh balik kampung atau duduk rehat kat umah. 
and try reduce face all jam semata nak bawak anak ke yukids. 
seriously.. its not what im look forward everyday. 
weekend adalah apa yang menguatkan aku untuk bekerja 5 hari. 
sebab aku ade sebab ade mekanisme nak bermain dengan anak aku. 
tapi bile weekend la kita spend time dengan beli barang dapur la...
atau membalas dendam terhadap tido yang tak diperolehi sepanjang minggu
atau mengambil peluang untuk mencuci / memop lantai..yang cuma sejam dua tetapi mengorbankan dua hari spend days dengan anak.. aku rasa sangat menyedihkan. 
aku nak anak aku mcm aku masa kanak kanak.
aku pegi taman permainan.
aku panjat pokok.
aku main dalam longkang belakang rumah.
main bola sepak dengan kawan kawan lelaki aku.
Ya allah..sesungguhnya aku nak semua tu untuk anak aku. 

sampai sekarang aku takde chance lagi bawak anak aku main pasir kat Mines. 
atau gi be;ajar swimming. (bukanla aku nak sangat belajar swimming tp aku nak bagi fieras main air)
di rumah ble aku tengok dia duk main thomas sendirian.. aku rs pilu. 
serius. aku nampak fieras yang sunyi dan fieras yang boring.
dont tell me about have another one.
i dont think it will solve everything. 

ok. ni cuma bebelan.
need to get this out of my chest. 
and guys.. if you dont face this kind of dilemma.. please spend time with your kids. 
ni je waktu yang kita ada untuk layan anak kita. 
only this time.
and before we know it.. dia akan mula berjauhan dengan kita. 


Monday, May 26, 2014

am i teach him right?

Salam. 

Ya allah! berkurun rasanya tak menaip kat sini.
office lama tak boleh hupdate blog.
hari ini second day kat office baru.. dats why masih ade masa nak hapdate blog.
and kebetulan aku ade isu tentang parenting. 

ok. aku akui. 
aku tak baca banyak bende pasal parenting.
except aku belajar sket-sket dengan Teacher Wati masa Kelas Genius Baby on Board fieras. and ade certain isu (specific isu) baru aku google. 
selain dari itu..aku tak baca buku atau pun baca pape.
memula dulu..aku baca. tapi aku sendiri psiko. 
macam semua bende aku buat salah dan aku rs dia demoralized aku - asking myself whether im a good parent or not. 
so..tak nakla baca sudah. 

nway..
lately ni aku perasan aku tak spent much time dengan mengajar fieras. 
baca buku, flash cards or anything related.
fieras cepat boring dengan pembacaan buku.
bile aku bacakan buku.. dia akan amik buku tu dia lakonkan semula as if dia tengah bacakan buku untuk aku. 
so..bile balik kerja.. aku lebihkan bermain dengan dia. sambil tengok tv. 
wikens.. fieras gi kelas and then kami balik umah atok di gombak. 
bile kat umah atok.. dia akan sambung main dengan kucing, achu atau acik dia. 
if tak balik kampung.. bawak dia jenjalan atau ade masa duk rumah je. 
masa duk rumah pon umi ajak main je. 

bile taip ni.. baru perasan.. aku mmg suka main ngan anak aku kan?
hahaha. enjoy itu penting. 
aku seminima nya.. cuba tidak terlalu serius untuk mengajar. if he bored.. aku ajak main. 
tapi tula bile tengok parents lain.. ko jadi psiko kan.
betulke cara ko ajar anak ko.
macam mana nanti anak ko ketinggalan?
mak aii..memang takut okeh. 
itu belom lagi bile aku handle ragam anak aku yang kekadang tantrum. 
aku xtau macam mana nak praktikkan time out kat anak aku. 
kalu dia ngamuk.. aku just pegang dia and tengok je dia. 
and sometimes..kalu dia pukul aku, aku pukul tapak tangan dia semula. 
which at last dia nanges je. 
btul ke cara aku? 
tak mudah wei jadi parents ni.
anak baru sorang aku dh psiko memacam.

aihhh.. 
 
 

Thursday, February 6, 2014

Godaan


Assalamualaikum wbt.

Day Two.

Lambat pula menghapdate blog. biasanya spend pepagi sebelum mula kerja..hapdate kisah diet semalam. hari ni..sempat buat skang je.
itupun curi-curi masa jap. 

Excited nak bacakan kan kisah milkshake aku. 
hari kedua ... even with recipe milkshake yang kunun sedap.. milkshake strawberry aku masih rasa horrible. but..not as bad as first day. but stillll....
tetapi..masih cuba nak berbangga yang aku berjaya menghabiskan 3/4 daripadanya. erk! 
ble aku buat aduan kat member aku yang kenalkan aku pada herbalife ni.. dia kasi aku resepi siap dengan tempoh masa blend.
ok 2-3 minutes sangat penting.
aku buat less than a minute no wonderla rase lagi serbuk serbuk tu. :)

Tengahari aku makan nasi.
akhirnya! tp lauk biasa je. ikan rebus dengan kuah asam dan sayur tempe sket. 
kenyang dengan milkshake masih terasa even dah lebih 3 jam. 

Yang menggodanya bile malam.
Mila mintak masakkan dinner.
ikan talapia merah masak stim dengan sayur kacang panjang. 
even aku tak pandai masak tapi aku rasa la.. ikan tu sedap. haha.. 
mungkin sebab faktor ikan yang menjadikan ianya sedap.
isi putih beb!
seriously masa ni iman memang senipis kulit bawangla.
nyaris juga aku nak makan nasi.
taaapi aku tabahkan juga diri.
ble aku tanya kawan aku.. dia cakap aku leh makan ratah ikan tu. aku tak biasa makan lauk tanpa nasi tapi nak kuruskan?? at least ko dpt makan ikan tu. 
so niat di hati pas mila abis makan aku plak nak menyebat ikan stim tu.

pffffft!!

laki aku abiskan semua!
sedey kan? 
takpe. takpe. esok masih ade. 
Akan ku buat ikan stim sampai ko pon diet sama mila! hahaha

Milkshake yang aku buat waktu malam taste better than before.
so much better. even aku rasa boleh diperbaiki dengan mem-blend lebih lama lagi. 

meh i share sket resepi milkshake kawan kasi. 

step 1 : 200ml air + 100ml BLISS Yogurt (Strawberry) 
              Milkshake strawberry 3 sudu
              Protein ape ntah nama dia 2 sudu
              Blend dalam 2-3 minit

Step 2 : Masukkan ais. dalam 7-10 ketul kecil. 
               Blend lagi dalam 1-2 minit.

Step 3 : minumla ape lagi?!

Aku berharap lama lama sikit aku biasala dengan rasa yang tak begitu marvelous itu. 
Tapi aku rasa cabaran ble ko cuba makan sihat dan secara tidak langsung ko nak kurus.. bukan rasa lapar yang menghantui. Actually bukan lapar pon. 
taaaapiiii....nafsu wei. 
even masa aku taip ni aku dah terkenang kak Anies Bake House punya Russin Black and White.  otak aku asik pk makan. (dan skang tau mcm mana ko leh gemuk um?!) 

anyway.. nak share sket pencapaian semalam. :)


kagum tak dengan pencapaian ni? hahaha
riakla tu. 

okeyla. nak sambung buat paper yang tak semegah ni. :(

bye. 

Assalamualaikum wbt. 
 


Wednesday, February 5, 2014

Regimen.Diet.

Day One. 

Assalamualaikum wbt. 
apekah tajuk itu? 
ok..sebelum aku mengarut lebih lanjut. 
meh aku kasi background sket.

*membunyikan tulang tangan*

selama hari ini.. aku xkisah pasal berat badan aku.
seriously. i dont care.
yang aku kisah - shape badan aku. sebab konsep kurus pada aku mudah.
berat kau boleh 40 kilo tapi kalu shape badan kau macam tong dram tak guna juga.
so.. mengenai badan aku. i still got shape even with spike weight! 
ok. keindahan itu bersifat sementara.
slowly..baju aku banyak dah tak muat. dalam erti kata lain..ketat sikit. mula menampakkan lemak lemak yang ko cuba sorok selama ari ni.
and then.. setiap pagi aku akan pandang cermin.. dan sedapkan ati, this cant be accurate! 
hahahahaha. seriously. tak tipu.

kemuncaknya - bile aku beli 2 baju kurung online. confident. orang tu cakap best fit M. 
ok. M. of course aku leh muat M. 

bile baju kurung sampai.. memangla muat tapi part The Two B's tu memang tak boleh blah. rasa mcm aku pakai baju kawan aku yang kecik. seperti didi dan yanti. and kisahnya berpanjangan bile aku beli baju kat ZAWARA. M not the size. i have to wear L!! OMG!

kerisauan aku pun bermula. 
aku nekad. aku kene kurus.
pegi gym joging atau zumba bukan lagi option terbaik. 
sebab kaki kiri aku yang injured. 

then aku teringat kawan aku. Najmi. Husband dia behenti keje gomen and starts jadi penaja HERBALIFE. find. this is the time. i need HERBALIFE.*
*sebelum ni aku cakap kat kawan aku melainkan aku betul2 gemuk - aku takkan beli herbalife

so. aku jumpe najmi. nekad nak berubah. 
najmi explain a bit about herbalife. and dia scan body aku.
a few criteria aku ok. tapi ade yang satu buat aku sangat terkejut.
My Body Age. dem!! sangatla tua! no wonderla asik sakit kaki..pinggang etc. 

that's it!

so... semalam 4 Februari bermulalah Diet Regimen aku bersama HERBALIFE.

Jadual makan kawan aku dah provide.
aku bole makan berat sekali sehari je. its either breakfast, lunch atau dinner. 
kawan aku suggest lunch je.
so far aku rasa lunch okla aku makan berat. sbb kalu dinner mmg susah sketla.





Honestly.. aku mmg tak kompiden dengan diri aku sendiri. Hey! you know yourself la kan. 
so aku amik ni sebagai cabaran untuk aku.
aku susah minum air tapi semalam aku selamba minum air almost 3 liter per day. sangat bangga dengan diri sendiri. ok. kenapa aku bangga? sbb korang rasa biasa je 3 liter tu? sebelum ni aku mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan 500ml air. seyes..tak tipu. 
so far. aku ok. aku tak lapar sangat. ble perot aku macam lapar between meals aku makan buah atau biskut. 
tapi aku ngakula. menghabiskan aloe vera dan teamix memang no hal. 
tapi milkshake dia??? ya allah. seksa. sengsara!!
dan dengan malunya aku mengatakan...semalam aku tak abis milkshake!!!
tak bole abiskan sebab tekak aku mula loya.
oh ya.. aku consume milkshake strawberry. 
maybe after this i shall change to something else. :(

ok. ni pencapaian aku minum milkshake semalam. and FYI..malam pon sama je even aku dh tambah yogurt strawberry.

 before

 after

im not proud with this achievement ok.
hari ni saya akan try lebih baik dari semalam. sebab arini saya campur yogurt bliss berry fruits dan fresh strawberry.

lupe nak kasitau. 
target weight loss : 10 kilogram. tanpa had masa. aku pon bukan nak kejar deadline kawen ke ape ke. asalkan badan aku dalam bentuk badan yang lebih normal. supaya aku tak payah beli baju kurung baru atau jeans baru. 

wish me luck peeps!

Assalamualaikum w.b.t. :)

*credit pics with google.


 

Monday, January 27, 2014

copycat.kids.


Salam.
topik menarik utk ibu seperti aku yang mempunyai anak yang super copycat.
bukan copycat ape pun.. tapi penah tak korang mengalami situasi di mana anak korang cuba nak tiru semua bende yang korang buat? 
ko menari ble dengar lagu. dia akan menari setiap kali dengar lagu.
ko menyanyi sama ble ade lagu best kuar kat radio. anak ko join skali. (ok..feveret song : kalau aku kaya)
aku pakai makeup. dia akan amik make up aku dan tepek dimukanya. (sometimes muka abah jadi mangsa!)


anak aku - copycat kids. dari dia kecik sampaila pelbagai vocab dia dah mahir.. dia akan meniru. mulanya aku rasa ok. dia cepat belajar. dia cepat cakap. skang umo baru 2 tahun 4 bulan dia dah bole diajak borak macam orang tua. 
masalahnya adelah.. umi dia bermulut celupar. hahahaha..
maksud aku bukan celupar as mulut jahat but then.. 
ble kita di jalan raya..ade orang yang tetibe je masuk lane kita... dan kita akan #$%@^7 marah kan? 
ya.. itulah celupar yang aku rujukkan. 
kadang kadang aku leh control.
kadang kadang.. u just did it! and fieras akan pandang aku pelik. masa tu baru aku.. omg! dia akan buat nanti! 

ble ntah.. aku tak ingat tapi kami tengok bola.
and ade masa tu aku menjerit "uish..ni pon tak masuk!" and masa tu fieras bukan tengok bola pun. dia tengah main ape ntah. 
tak lama lepas tu.. dia tengok juga bola kot (aku tak perasan masa ni) and tetibe dia cakap "ishhhhh...bla..bla..bla" erk? dush! macam kene sebijik kat muka sendiri. hahah
aku skang ni berusaha untuk tidak cakap bukan bukan depan fieras. cuma..sometimes ko tak leh elak. especially bile anak ko berkepit dengan ko dopolohpatjam!

children make us try to be better parent. better human being.
right?
but umi still trying ya adik. 
sometimes please don't copycat everything!

risau wei.
kalu dah besar nanti...pengaruh rakan sebaya guane? 
masa tu dah lewat dah nak ngajor psl copycat ni. 

and friends... if you have tips to reduce it (at least!) please let me know. 
atau pun ade ayat leh psiko anak aku pon hokey! 

hahah.
thanks in advance ya!

Wednesday, January 22, 2014

new.year.2014



Assalamualaikum wbt.

arini baru teringat nak menaip semula.

*diam

last post was 10 December 2012. Erk... more than 1 year dah. lamanya aku tak menaip kat sini. takde cerita ke? ade je. bersusun, tapi mcm dah takde medium nak menghupdate. ok tipu. sebenarnya..lebih takde mood nak hupdate.
tapi.. baru perasan, bile kita share something dalam blog atau bercerita dengan kawan-kawan barula kita sedar yang hati kita lebih sedap? eh.. salah guna perkataan. hati kita lebih tenang.kot.
Aku tak sure tentang kawan kawan lain. sama ada update juga blog atau tidak. sbb seriously..aku bukan takat tak hapdate blog, baca blog orang lain pon idok. kerja yang banyak atau pun kalu nak hupdate kat umah, erk.. mana sempat wei. biarpon anak sorang tapi kerenah dia yang inginkan perhatian tu mcm anak sepoloh! and aku rs baca facebook kawan kawan dah mcm tau dorang nyer life macam mana. tak payah baca blog pon takpe. *maafkan saya*

tapi rindula gak nak menaip je. yela bile masa lagi.. ko menaip sambil mulut ko cot cet cot cet. udah-udahla tu membebel sesekor um.. bukannya bole automatic masuk dlm blog ni ble ko bebel. still kene taip juga. so.. aku pun senyap sambil menaip. tapi..aku humming. hah! samela tu! then.. before digelakkan oleh officemate.. bebelan aku cuma di otak dan tangan masih laju menaip.

ahh..korang jangan nak gelakkan aku. korang pun sama.
korang menaip sambil bebel. 'atau korang pun humming juga atau otak ko pon bebel same.
siap muncung kuar! hahah..jangan tipu!

hahaha

ok. 2014.
nak cakap pasal azam baru. segan dah.
azamnya tak penah sampai buat.
ade je vangang ditengah jalan..azam pon jadi suku jalan je.

so. 2014 aku lebih nekad nak jadi lebih gembira je.
gembirakan anak aku. family aku. and of course.. diri sendirila.
dan aku harap aku jadikan blog tak seberapa orang nak baca ni diupdate secara rajinnya.
supaya hati kurang rasa susah.
hidup lebih ceria.
wah! bole buat motto nih.

5.31 pm.
perlu pulang mengambil anak.

bye.