Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 10, 2012

too.beautiful.for.earth.

Hello peeps!
sudah lama rasanya saya tak menghupdate cerita saya dan hidup seharian saya.baru-baru saya mengalami kehilangan. mungkin untuk sesetengah orang..kehilangan yang masih awal tidak menyakitkan tetapi pada saya..sama sahaja. 
Awal Disember lalu.....saya disahkan mengandung anak kedua. gembira? ok..at first admit, rasa risau tu lebih dari rasa gembira. terkenang fieras yang baru setahun.. adoyaii.. susahnya hati saya. so..sy pegi check up sendiri... nak mengesahkan saya mengandung. langsung tak cakap kat cik mila. saya diskus dengan kawan saya yang mengandung anak kedua masa anak sulung dia umur 5 bulan dan kakak ipar saya yang mengandung anak kedua masa anak sulung umur setahun tepat. saya mula2 menafikan yang saya pregnant sebab saya betul2 tak bersedia but after a few of consultations, saya mulai rasa tak sabar dengan kedatangan baby baru. Usia kandungan 5 minggu menghampiri 6 minggu.  mula bercerita pada cik mila. and as usual..dia yang happy lagi banyak dari saya. 

then.. dalam otak saya dah buat pelbagai perkiraan. Play room fieras? on! kene beli kereta baru supaya bole cater dua anak nanti. yela..i naik viva je. kalau dah anak dua.. nak kereta yang selesa la. and..even terfikir nak beli umah. tak nak dah duduk apartment kuarters ni..either dapat kuarters teres atau beli umah teres terus! slowly rasa excited tu timbul. saya even dah fikir nama dia (which saya confident dia perempuan!) tapi saya mengaku..saya mengambil mudah kandungan kali ini. saya aktif macam biasa.. cuma perasan yang saya kuat makan lebey daripada biasa. saya ingat kandungan ni macam mengandung fieras dulu. memang berbeza. masa mengandung fieras...saya aktif macam mana pun.. anak saya teguh. dan dia pun aktif sama. so.. saya masih berlagak biasa dan tiada siapa di dalam ofis pun tahu saya mengandung. 

rabu, 5 Disember 2012.. pagi tu saya rasa dah lain mcm lepas fieras terpijak perut saya. tapi saya malas nak pk negatif. pula tu..saya lebih bimbangkan fieras yang tetibe timbul merah2 di muka dan badan. di ofis.. saya dah rasa sakit perut dan tengok diri mcm nak cirit birit. okla.. mungkin takde apa. then bile balik ofis, saya check saya dah mula bleeding. hmm.. sedikit. tak banyak mcm period. maybe takde ape.. tapi malam tu perut saya mcm cramp sangat. tapi saya masih boleh masak bubur fieras dan siapkan puree buah dia. tido dalam sakit perut tapi bleeding masih tak banyak. niat di hati.. esok saya pegi klinik. 

khamis, 6 Disember.. pagi ade meeting. morning prayer dan meeting bersama TKSU. fine...tengahari sket pegi. bukannya nak lengahkan tapi takde sape bole ganti pegi meeting. tapi jam 1.30 tu perut saya sakit yang teramat sangat.. memaksa call cik mila mintak bawak ke klinik. sepatutnya cik mila ke PD aritu tapi takpela..teman isteri ke klinik dulu. masa kat klinik.. doktor scan,tengok kantung dah takde. doktor tanya bleeding mcm mane.. dah keluar perut ikan ke belum.. how the blood clots etc. doktor terpaksa refer saya ke hospital putrajaya sebab perut saya sakit masa doc tekan untuk scan. supposely i wont hurt! on the way pegi hospital.. saya tak sangka yang saya menanges. saya sedih sebab tuhan amik balik anugerah dia bagi pada saya. dan maybe dia tarik balik sebab sebelum ni saya berharap yang saya tak mengandung. salah saya bile kandungan saya gugur. tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati saya.

 so..smpai hospital putrajaya.. after waited almost 2 hour, dapat jumpe doc. check semua.. dan doc scan lagi.. amik sampel semuanya, doctor sahkan yang saya dah keguguran. takde tanda yang masih tinggal pape. hati saya benar-benar kecewa.
tak kisahla umur 6 minggu 3 hari atau usia dia 2 minggu sekali pun.. dia tetap anak saya. dan saya tetap menanti kehadiran dia 8 bulan lagi. tapi.. tuhan lebih sayangkan dia. 
ada orang cakap dengan saya maybe saya perlu fikirkan tentang implan. tapi sefaham saya implan is for 3 or 5 years which saya fikir bila fieras 4 tahun baru saya berikan dia adik.. saya rasa terlalu lama. kehilangan kandungan saya membuatkan saya hendak ada anak lagi. dan saya tak nak tunggu lagi 3 tahun untuk mendapat seorang lagi anak. 

hati saya masih sedey. dan saya harap saya dapat lupakan kesedihan ini. saya faham.. bukan rezeki kami tapi saya rasa sebab niat saya sebelum ini yang tak mahukan kandungan ini mungkin menyebabkan Allah mengambil dia kembali. sesungguhnya saya rasa amat berdosa dengan sikap saya yang langsung tidak mensyukuri ketika Dia menganugerahkan saya kandungan itu. 

" when I got pregnant, i wish i didn't
  when Allah granted my wish, I wish he didn't"

An angel in the book of life wrote down my baby's birth,
Then whispered as she closed the book,
"Too beautiful for Earth"
-Unknown


Mungkin sesiapa yang lihat saya.. akan rasakan saya tak kisah dengan keguguran itu. saya masih lagi seperti biasa.. gembira seolah tiada duka. tapi sebenarnya.. saya sememangnya kecewa. saya harap saya dapat ulang balik masa supaya saya dapat menjaga dia dalam kandungan ini dan sampai bila-bila. bila saya melihat fieras.. saya tahu fieras akan suka kalau dia ada adik. sebab dia suka baby. :) 



“No one can know how much I love you, because you are the only one who knows what my heart sounds like from the inside.”