Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 20, 2012

pray.4.gaza.

Assalamualaikum..

kali ini saya tak ingin bercerita tentang life saya dan fieras seperti kebiasaannya. tp kali ni nak meluahkan apa yang saya lihat dan dengar dari media cetak dan media elektronik and even media alternatif tentang apa yang berlaku dengan saudara kita di Palestin. 
Setiap hari sejak 16 November 2012, media memaparkan kekejaman israel yang kononnya mempertahankan negara mereka yang telah diserang oleh Palestin. membunuh 38 orang bagi menuntut bela di atas kematian 3 orang anggota tentera? separuh daripada 38 orang adalah kanak-kanak. tentera israel memang bersedia untuk mati sebab tu mereka masuk tentera. tapi apa justifikasinya apabila israel terus membunuh kanak-kanak yang tidak faham apa-apa dan tidak pun bersedia dengan perang dunia. 
Setiap hari saya berdoa untuk saudara kita di Palestin. biarpun kedengaran cliche tapi setiap kali saya bangun tidur, saya akan berfikir tentang mereka dan mendoakan keselamatan mereka setiap pagi..dan berharapkan mereka dapat tidur di setiap malam. Saya juga rasa menyesal dengan kekhilafan saya sebelum ini. saya tahu dengan kekejaman israel terhadap penduduk Palestin tetapi saya tidak mempunyai kesedaran sebelum ini. Saya tidak percaya perbuatan saya membeli produk mereka sedikit sebanyak membantu merosakkan bumi palestin.
Tetapi, bila saya terpandang gambar 4 jenazah kanak-kanak yang diletakkan di atas meja mayat... hati saya cukup sayu. mereka kanak-kanak..paling kuat pun mereka baling tentera dengan batu sahaja..perlu kah dibalas dengan roket? kesedaran itu timbul.. mula saya berazam untuk melakukan tanggungjawab saya mendoakan kesejahteraan saudara saya. saya mula menghindari jenama yang berkaitan dengan Yahudi. saya tahu perbuatan saya ini sangat kerdil dan kecil jika di bandingkan apa yang dilalui oleh saudara Palestin kita, tetapi saya percaya sedikit sebanyak saya membantu di dalam perpaduan ummah yang menentang kekejaman zionis.  
Its bad enough people turn their back when Palestinians been murdered by zionis but its more cruel and make yourself as bad as murderer when you belittle other people efforts in supporting them. Kejahatan zionis terhadap Palestin bukanlah satu isu perang agama. ia adalah isu kemanusiaan. Tidak kira apa bangsa sekalipun..apa agama sekali pun... kekejaman sesama manusia adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku di dalam dunia ini. Tetapi sayangnya ramai yang menganggap ini sebagai satu isu agama. sedangkan ianya tidak. adakah kita patut benarkan seseorang kristian membunuh seorang kristian yang lain di hadapan mata kita? mana-mana agama sekalipun menidakkan kekejaman sesama manusia. mana-mana agama di dunia ini sekalipun mengajar keamanan. tiada agama di dunia yaang mengajar manusia untuk berperang. 
Bila saya menaip, saya terkenang wajah kanak-kanak yang saya lihat di FB..meninggal kerana kekejaman israel. dia tersenyum. Begitu bahagia dia meninggalkan dunia yang penuh dengan kekejaman ini. Saya pasti akan berjihad dan rela mati sekiranya itu adalah anak saya. sedih.. 
Biarpun apa yang diluahkan disini, perkara yang diulang-ulang oleh orang lain, saya bermohon agar siapa sahaja yang membacanya berdoa untuk saudara di Palestin. Sekiranya kita tiada kudrat untuk berjihad bersama mereka,tiada wang untuk disalurkan kepada mereka, percayalah doa kita untuk mereka cukup di mata Allah untuk melindungi mereka. Ia senjata berharga untuk perlindungan mereka. 

Saya memohon dan merayu agar kalian tidak putus berdoa untuk mereka. Biarpun di hati saya terkilan kerana saya berharap saya boleh buat lebih daripada itu tetapi kawan saya berkata kadang-kadang hanya doa diperlukan oleh mereka. Mari kita berdoa bersama untuk keselamatan saudara kita di Palestin. Sekiranya kalian ingin menderma, kalian boleh menderma melalui sms dengan menaip PALESTIN 10/5/3/1 ke 39111 atau bantuan juga boleh disalurkan kepada Aqsa Sharif  CIMB ISLAMIC : 12160000452101 atau BANK ISLAM : 12092010034904. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 

umliyana