Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 23, 2012

his.first.food.

alloppp! :)
sangat excited nak update story kat sini. sebab fieras dh masuk 5 bulan!!
apa yang dia dh pandai?? byk dah pandainya.. semakin pandai mengesot..dh angkat badan ngan bontot.cuma takleh angkat serentak.. kalu dh leh angkat serentak kompem dia dh start nak belajar merangkak! 
anyway..yg excited nak citer adalah fieras sudah mula makan!!!
aku tau ni consider awalla kan..bagi fieras makan. tp kalu mu tengok mcm mane anak aku excited tgk orang makan..dr saat kite cedok sudu smpai sudu masuk dalam mulut..dia akan tengokkkkk je..pastu mcm telan air liur. kesian kan??
spt nasihat paed - aku start bagi fieras makan umo dia 5 bulan! :) yeyeh! aku bagi makan HEINZ tu.. rs buah pear. aku mls nak try yang extreme lagi sbb rsnya cukupla bagi makan puree buah je dulu. aku dudukkan fieras kat BUMBO seat dia yang aku belikan tu... kemudian, suap dia! yeah..makanan tu jatuh semula. daripada beberapa sudu aku bagi .. aku rs ade la 2 sudu je kot yg btul2 masuk tekak dia. hihi.. takpe..first attempt mmg mcm tu. :)

so..esoknya kat taska, aku bagi lagi 1 bekas heinz. aku bajet 1 bekas tu leh tahan for 2 days la untuk fieras. bile pick fieras petangtu.. pengasuh dia ckp ade lagi setengah bekas.. fieras makanla tp xdela beriya sangat. susu pun dia masih minum mcm biasa. :) since ade lagi setengah bekas..aku takdela tapau makanan utk fieras lagi. opps..lupe.fieras makan tak tumpah2 kalau pengasuh dia memangku dia..kalu duduk kat BUMBO tu asik jatuh je makanan tu.
after 2 days, aku try another flavor. kali ni carrot + keledek + parnish (aku tak tau ape bende nih!).ok..makanan yang ini dia melantak abis ok! pengasuh dia ckp dia sangat suka bende ini. hihi.. okey! umi take note favorite awak! and arini aku bekalkan epal + mangga plak. saje nak ngetest dia ok ke tak. tp tghari tadi aku datang..dia dh abiskan 3/4 jar tu okeh! fieras...fieras...


actually..aku tak tau yang kite kene bagi 3-5 days baru dia try flavour baru sbb nak mudahkan kite detect if he got any foods allergy. sorry fieras..umi tak taula! :(aku bagi HEINZ sebab tak bli lagi buah2an untuk dia. lagipun HEINZ tu aku beli ms expo baby kat KLCC aritu. pasni mesti aku excited nak buatkan dia makanan. :) aritu aku dh buat puree carrot + susu dia..(aku bc kat tenet, ni mcm nak bg rs creamy kat makanan dia)..haram dia tak mo makan. sama ada dia belum lapar ms tu..atau dia mmg tak suka puree carrot+ susu!:p 
fieras cuma dpt makan waktu siang je. kat taska. bile kat umah aku tak bg sebab aku xnak dia kusyuk sgt makan smpai tak minum susu. sekurang-kurangnya..malam dia masih nyusu seperti biasa. :)alhamdullillah.. so far skang dia tak de meragam pape ke..dia sakit perut pun xde.. buang air pun masih spt biasa. hopefully boleh continue mcm tu lagi. :) dan jujurnya.. aku sgt suka bile fieras dh pandai makan. mcm best jekkkkk... makin bam bam la anak umi macam ni kan? :)

Wednesday, March 14, 2012

k.r.e.a.t.i.f

just nak share salah satu bende yang best bile jadi ibu - kita jadi KREATIF!!


- kreatif reka lagu untuk hiburkan anak..siap dgn rap skali!
- kreatif buat susu smbil dukung anak..
- kreatif untuk buat tarian dukungan baby..mostly i will dance tango with fieras!!
- kreatif buat pelbagai bunyi binatang!
- kreatif menyusun segala harta benda fieras supaya muat dalam satu box!
- kreatif mengeluarkan pelbagai idea supaya si anak stop menanges!


semua tu.. buat aku rs bangga ngan diri sendiri. kamu mcm mane plak??? ade anak buat kamu jadi..... ?

Wednesday, March 7, 2012

k.o.m.u.n.i.k.a.s.i

arini nak ckp psl topik keje. hihi..lama tak borak psl keje kan? :)
pd yg tak tau.. aku dh pindah kementerian lain. iyer.. tidak lagi di MOA/DOF. gembira..sudah tentu ya dong! sbb hidup aku tak sehuru hara dulu. tp..tempat baru takdela seindah mane pun. keje aku ok tp seriously bos aku garang giler..super duper garang. ibu mertuaku pun kalah ok. (mksd aku citer ibu mertuaku bukan ibu cik mila ye!)
ok..ms aku keje kat DOF..its department, and small. dlm cawangan kewangan..kire aku bos. so.. byk keje and decision aku kene buat. so..komunikasi adalah aspek yang aku kurang amek berat, aku justtau buat keje aku sebaik mungkin je. for 3 years aku tak penah polish communication skill aku. lagi2 bile aku dpt bos sengal..kat dof tu yg menyebabkan aku kene buat keje mcm pengarah plak...lgla komunikasi aku ngan bos aku hampes!
tp berbeza ok..kerja kat kementerian. slowly aku kene adapt dengan environment baru ni. komunikasi dengan kwn aku ok. dengan staf.. ok. tp bile dengan bos aku..mcm hampes sket. jadi utk ngelakkan bercakap bukan2 atau ckp bukan dalam manner yang sewajarnya.. aku mls nak berkomunikasi dengan bos aku. communicate bile perlu je. 
and aritu..dia tegur aku. dia tak tegur cara aku communicate..(yela mcm mane nak tegur..aku bukan deal ngan dia selalu kan? kalu kene deal pun dia je bebel..aku senyap!)ok..dia tegur cara aku present slide. for god sake! aku tak penah present slide ms kat DOF. last aku buat presentation ms PTK aku je yang kene present SKT. itu pun cik min cakap aku present sempoi je..siap gelak2. ok..seriously aku mmg tak tau nak berkomunikasi secara serius. bukan present je tapi perbualan biasa. aku xtau bile aku boleh btul2 serius (except ble kene marahla!). ms bos aku tegur tu..aku mcm down giler. actually problem tu mmg aku tau. sejak aku grad dulu. ok.. aku grad ngan first class honor. aku dpt anugerah naib canselor. tp... bayangkan aku pg 12 interview.. and tak penah dpt sebab rata2 komen, aku mcm bebudak. and aku tau dorang ckp sebab dr segi self-presenting aku. :( ade sekali tu.. orang tu ckp aku tak cukup matang utk job tu. aku tau aku boleh buat keje dengan baik.. tp tula..first impression org mesti tgk diri ko tu presentable ke tak kan? bukan dr segi dress up je..tp cara berkomunikasi gakla kan?
ms aku interview ptd utk 2nd time.. aku rs akula candidate paling lama di interview. 45minit smpai hampir 1 jam. mmg aku leh jwb soklan dia tanya tu..tp aku jawab mcm tak serius. aku senyum.. sengih. mujurlan interviewer tu jenis sempoi je.. tp yg tak bestnya dia ckp cara aku ckp mcm bebudak.. and dia tak sure either orang yang dia interview ni adalah orang yg sama dpt anugerah naib canselor tu. :( eventhough orang tu gelak2.. tp ms aku balik dr interview tu aku terasa hati jugakla. tp nak buat mcm mane eh? tu mmg aku. kalu depan orang yang aku tak kenal.. insya allah aku boleh meminimakan kesengalan aku tu..tp bile aku meeting dengan orang2 yang aku dh biasa.. mulalah perangai aku tu muncul semula.
doktor yang rawat aku ms aku deliver fieras tu ckp aku bagus.. sebab happpy je. tgh operate pun boleh gelak2 lagi..dan itulah aku. cuma aku tak berapa pandai nak differentiate aku yang normal dengan aku yang sepatutnya jadi bile kat ofis. adui! bagaimana ye. aku nak try improve (harapnye sy tak lambatla!) tp bagaimana ya? korang ade tips tak??


Monday, March 5, 2012

a.d.d.i.c.t.e.d.

hello peeps!! :)
penat giler rsnya arini msk ofis. last wiken balik JB. tak puas rasanya balik kejap je. tp nak buat mcm mane..susah nak cuti skang ni. so, terpaksala..balik kejap je.  Anyway, entri kali ni,..aku mcm nak share kegilaan aku. atau lebih tepat perkataannya adalah - ketagihan. kalu tagih ni mesti bukan something good kan?? kalu something good .. orang akan guna perkataan obses. :) kegilaan..aku mencari dvd haram. iye.. aku mmg pengumpul dvd haram yang tegar! aku start mengumpul dvd haram ms aku kat U lagi. and aku cuma ade satu je port aku suka kat jb tu. so.. aku mmg pelanggan tetap sejak umur aku 20 tahun kot! uish... dh 9 tahun rupanya aku mengumpul dvd haram dan mengkayakan tokei tu. tokei yang sama ok! aku suka beli ngan dia.. sbb anytime aku boleh tuko kalu dvd tu rosak ke atau tak memuaskan hati. and tokei tu tak penah tipu aku ttg kualiti dvd dia especially yang movie. if kualiti dvd tu taraf.. tgk kat wayang, dia tak bg aku beli pun. dia akan cp "amoi..tggu lagi 1 minggu..datang yang elok punya br sy kasi jual sama lu!"seyes.. kalu dia tipu pun, esok aku dtg pulangkan balik minta dvd lain. 
so..balik baru ni aku pegi jugak. membeli semua dvd (mostly series) yang aku dh lama tak tengok. siap belikan dvd untuk puan didi skali. bile tokei tu tanya 'mana abang?' - aku cakapla 'tu ha..tengah jg baby!' barula aku perasan.. aku melanggan kat sini dh 9 tahun!! daripada aku student, kerja, kawen and now fieras 4 bulan.. aku mmg pelanggan tetap kedai ni! patutla abah aku ckp... "dh ade anak pun, perangai tak berubah.nak jugakkk bazir duit beli dvd tu.um..um.."  entahla..mungkin ade certain things.. mmg takleh nak ubah. ok..bukan tak boleh, aku prefer untuk tak nak berubah sbb bende tu buat aku happpy. :) tengok leverage..castle..burn notice..csi..adelah hobi. uish.. kalu tu membazir, kumpul stamp pun kire membazirla kan? :P maybe ade org tak leh terima gak ketagihan aku ni sbb .. tempat aku kerja skang ni kire mcm tak sesuai dgn sikap aku yang suke men-shopping dvd haram berkilo2. hihi... tak kisahla. aku penah shopping dvd haram ade pakcik polis sekali kat situ shopping gak! 
so baru2 ni aku shopping smpai rm100! ini telah disumbangkan sekali oleh puan didi yang kirim downtown abbey ngan the good wife. before dis aku belanja lagi dasar.. rm200 sbb aku gi beli full season of FRIENDS. uish..uish.. mmgla takde duit untuk diri sendiri nyer shopping sbb semua duit pg kat fieras dgn dvd haram kan? uish..uish..
okeyla..balik ni nak sudahkan castle.pastu leverage dh complete season 4 aku beli dan .. citer the mentalist beli lagi. ok..sy suka! :)