Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

weight.issue.

mcm pelik idok tetibe aku sgt semangat membubuh entri kat blog aku ni? ha..ni semua inspired by Dr.Halina nyer blog. aku sgt suka blog dia..and aku follow blog thru emel sbb dia pkai wordpress..blogspot takleh follow. arini dia wat entry psl post-pregnancy issue which dia ade weight issue dan issue tu dh menjadikan dia jadi mcm seriau mau pkai heels semula. oh ya...dia pkai heel up to 5inch ok! and ble dr.sheikh muzaffar tu blikan heels superb cantek utk dia baru2 ni.. dia rs itu ade bahasa berkias asben dia utk dia kurus. haha.. which aku rs pun mcm iya. 
so.. aku nak share sket psl issue after pregnant. ok..ms aku pregnant, aku naik berat badan 10 kg je. iye..betul.sila percaya. maybe sbb aku tak makan mcm ibu2 mengandung yang lain. aku makan dalam kuantiti yang sgt normal utk aku before pregnant. jgn slh sangka.. aku masih ngidam, masih makan mcm-mcm tp tak taula nape..berat naik 10kg je. ms awal tu aku sgt risau naik sket je sbb kakak sepupu aku kata kalu naik sket.. nanti nak deliver normal susah. (syukurla..aku LCCS). and turn out..fieras adelah punca separuh dr kenaikan itu. 4.3kilos bebs! after tolak ngan uri ke air ke..maybe hanya 2-3kg je berat aku naik. so..after bersalin, dalam tempoh sebulan berat aku turun 14kilos. iye kwn2..14kilos. maybe sbb kurang tido, stress, kurang makan.. menjadikan berat aku turun giler2 punya. dan sekarang ianya maintain pada kadar 54kg. takdela kurus mane kan? cuma masalah sket... bile baju2 kurung aku mula nampak mcm baju kurung yang dicuri. haha..seyes wei! mila siap perli ckp.. aku curik baju sape ntah. especially baju kurung pahang aku semua... hampeh nyer besar. kalu bahase orang jhr - gedoboh! jeans? siap kene pkai belt skang! and ade jeans dorothy perkins aku tu..tak payah bukak button and zip tolak sket2 jeans tu boleh tanggal! tp aku bersyukur jugakla.. yg berat aku tak naik byk except for perut yg sedikit buncit dan menggeleber..... 
kawan aku ckp..muka dh nampak sket cengkung dan kurang seri dah sejak aku kurus ni. ade eh mcm tu? betapa ramai ibu2 yang br bersalin nak dptkan berat asal payah... dan aku lebey kurus dr waktu before kawen..pun rs masalah juga. yela..org ckp aku dh nampak mcm org sakit..huhu..pokoknya skang, aku cuba nak maintain berat badan skang tp dalam ms yang sama, belajarla cara-cara nak bg diri nampak berseri sket. sila la.. minum pati prune BRAND's..untuk menaikkan seri wajah! acececece...
ex-ibu mengandung..kamu ade isu apa plak? :)


new.look.

hype peeps!
semalam belek2..blogger ni. br perasan ade design baru. cet! terus bersemangat aku mengubah tulisan.. arrangement etc. nak ubat background design tu mcm tak mo la. aku suka kaler biru hijau ni. nampak ceria!
so..tukarla sekali nama blog ni. dulu dr little part of me tuko ke my white dress sempena amek mood org nak kawen..dan skang nama dia superumiey sempena jawatan baru yang aku sandang skang ni.:p
kadang-kadang rs nak post entry lain kat sini..yela asik ckp psl baby je kan  tp setiap hari ade je bende baru yang fieras buat..yang menjadikan aku sangat excited nak story kat sini. 
sekarang fieras dh masuk 4 bulan. memula aku excited nak bagi semi solid food.. cthnya puree buah-buahan kan..tp paed advise 5 months br start bagi sbb takut perut dia belum develop betul lagi. padahal fieras dah ala-ala excited tgk mak dia makan.. dia mls nak minum susu. takpela.. aku sabar sket.eh salah..fieras sabar sket. lagi 2 minggu je kamu nak masuk 5 bulan..nt umiey sumbat semua makanan kamu nak. hahah.. :p
ms fieras 3 bulan.. mcm-macam dh dia pandai.
berat- 6.3 mommy!!
meniarap - checked! 
golek2 atas comforter- checked! 
kenal muka orang- checked! (ini telah menyebabkan dia mula tak nak kat org..kalu org amek je nanges!)
dan disebabkan dia sgt aktif..membuatkan dia mls nak minum susu. asik nak main jek! cuma ms dia 3 bulan ni sadis sgt sbb dia banyak kali jatuh sakit. demam, cirit birit, batuk2, selsema..mmg sadisla. :(  tp dia still aktif dan tak lembik2. aku siap amek cuti seminggu jg fieras..dan siap aku pon migrain risaukan dia. 
skang berat dia dh cecah 7kg dan dia dh start bangun dari rocker. aku dh tak leh tinggalkan dia kat rocker. dia dh bangun..nak duduk kat rocker. dia tak nak bersandar. perangai baru lagi..xmo duduk dh kat stroller dia. sbb stroller dia attach ngan baby car seat menjadikan dia nyampah duduk situ. ini semua sebab kaki dia berjuntai keluar..dia tak suka. uish..uish..diva kan anak aku? :P pasni maybe kene beli walker plak. makin giatla anak aku tu.
aritu aku pegi motherhood expo kat KLCC. anyway..ok jek expo tu. tapi tak byk bende aku excited nak beli pun. aku just beli food processor ngan bumbo seat untuk fieras duduk. uish.. fieras duduk kat situ mcm bos ok. sbb tulang belakang dia dh kuat..so dia duduk mmg mcm budak besarla. aku potong kuku kaki dia pun suh dia duk situ..senang! :) 

 RP : RM269 (ms expo RM190) tp..kalu time sale cecah RM160!
 
maybe untuk new mom .. atau mom-to-be expo tu okeyla. byk bende berguna untuk newborn. next ni 9mac kat mid valley. jgn lupe join ok? aku maybe pg lagi sbb nak cari buai automatik untuk fieras. fieras tu ha..takleh buai behenti sket, asik terjaga jek. sudahnya..susah aku nak ke toilet ke, masak ke.. mandi ke. buai auto kalu kat kedai cecah rm300 ok..sebab tu aku ingat nak check ms expo.maybe murah kot..(ayat sedapkan hati!). 
ok..pasni janji tak story manyak2 psl fieras. aku ingat pasni nak review kedai baby. hahah.. sje nak menghangatkan hati untuk pegi shopping. :P
okeyla..nak smbung wat keje. nanti aku tulis pape yang patut lagi! :)


 

Saturday, February 11, 2012

ble.dia.masuk.school.

salaam namaste!
barula aku dpt update blog ni setelah sekian lama. :) actually sebab aku dh masuk keje menjadikan aku makin tak sempat nak menghupdate blog.
anyway... setelah 3 bulan life aku berkisahkan fieras semata-mata..akhirnya 30 januari 2011.. aku mula masuk kerja dan fieras start masuk school. jam 7.30 pagi, aku ngan mila dah mula antar dia ke school. arini je cepat sbb mila belum penah msk taska tu so dia tak tau rupa paras taska tu. tp mila terpaksa blah cepat sbb dia masuk keje kul 8. akula antar fieras ke bilik nurseri dia.. jumpe pengasuh yang jaga dia bagi pesanan khidmat masyarakat kat pengasuh dia. 
masa nak tinggalkan dia tu..sedih tu tok sah cakapla. biarpun fieras selamba borak2 ngan cikgu dia, ms aku cium dahi dia tu mmg dh bergenangla air mata. bile aku bangun nak blah, dia behenti borak, dia tengok aku bangun muka dia mcm pelik je.. dia tengok aku smpai aku turun tangga. ms tu aku dh nanges dah.. br tau mcm tula perasaan ibu bile terpaksa berpisah dengan anak dia kan. biarpun kejap.. yela aku jaga dia 3 bulan. dia dh biasa ade mak dia sepanjang masa..aku pun dh biasa ade fieras sepanjang masa. biarpun dia meragam.. dia buat aku tak mandi 1 hari.. tp dia intan payung ok. dia buat aku gelak sepanjang masa.. tak penah boring layan dia. tak penah sunyi bile dia ade. tp akhirnya mak dia masuk keje..mak dia tinggalkan dia kat orang untuk jaga. sedeynya!!
betapa aku harap cik mila naik jadi 48 atau 52 supaya aku leh behenti keje dan jaga fieras. nak membesarkan dia sendiri. xnak ade orang lain jaga dia. :( tula..tp harapan mmg harapanla. bile cik mila dh naik 48 or 52.. makin byk gak expensesnya end up duit still tak cukup kan? so, kerjala umliyana. redha..dan harap yang terbaik untuk fieras. harap dia ok dan sihat walau dijaga oleh orang lain. :( 
setiap hari.. mcm luluh hati antar dia kat school. 
setiap hari..tak sabar tunggu jam 5.30 petang. 
inilah hati ibu kan. kalu leh nak berkepit je ngan anak dia. :(