Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

first.anniversary.



diam..diam .. dh setahun rupanya aku ngan cik mila kawen. rs mcm baru jekk..hihi. sudahla umliyana. anak dh 3 bulan dh boleh ko ckp mcm baru jekk?? :P anyway, marriage is tough for first year u know. eventhough dah kawan 3 tahun lebey.. ade je sikap dia yang buat kite surprised. mungkin itu namanya kawen... bile dh duk serumah, barula tau kan? 
pape pun.. dalam setahun, kami dh dpt anugerah terindah dengan kehadiran muhammad fieras bin mohamad fahmi. dia buatkan dunia kami maaaakin indah. :)
ok..stop citer psl fieras. citer psl setahun kawen.. :
- tak sangka yang diri sendiri sebenarnya pandai je masak.. mungkin tak se-master orang lain tp tidakla sebongek yang aku sangka selama ini. :P
- tak sangka boleh jadi super woman. perempuan yang ade kerjaya, seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak! :) dan sangat kagum ngan diri sendiri. :P
- setiap ari cuba enjoykan diri dan asben .. sentiasa rs diri pengantin baru biarpun setahun dah wey! *actually, we promise each other dat having son won't change us much* hopeeefullly!
- masih belajar untuk jadi menantu ok dan sister in law. rasanya ni yang paaaling mencabar sbb banyak bende nak kene tau dan faham yang life kami bukan tentang kami berdua je. :(
- masih boleh berdikari!! yang ini sy suka. sbb sy tak suka nak susahkan cik mila. if sy leh buat dan mampu buat... sy akan buat sendiri. :)
sebenarnya... semua bende adalah benda baru. bende yang kene belajar. sebab perkahwinan tu bukanla sesuatu yang magic menjanjikan bahagia. ia adalah satu ikatan yang memerlukan kedua-duanya berusaha untuk membahagiakan satu sama lain. :) betoollll tak?
okey..skang ni nak idea..perlukan idea..sy masih tak belikan cik mila pape lagi. sy ketandusan idea. sy nak belikan dia kamera yang menjadi idaman dia.. tp takpela. harga dia cumel sangat. :P 
korang ade idea tak? :)


Thursday, January 12, 2012

first.time.


salaaaaammmm!
selalu takde masa nak bubuh entri kat blog ni. sejak ade fieras... rsnya pembahagian masa tu tak berapa bijak lagi. :( takpe..pelan..pelan..
anyway.. just nak share pengalaman first time jaga fieras sorang. yela..sepanjang fieras 2 bulan, mmgla sy jaga fieras tp still ade umi, ade adik dan ade kakak yang akan tolong kalu ade pape. tapi skang..almost one week kami just berdua je sebab dah balik putrajaya. abah dia koje la kan? :)
first day dengan fieras.. uish memang kekok sangat2. fieras plak mcm tau first time tinggal berdua dengan umi dia.. takleh tinggal kejap. duk melalak je. eventhough tido dalam buai pun dia mcm perasan je sy takde.. then dia terjaga..tgk sy takde dia melalak lagi. nak masak megi pun memakan masa setengah jam untuk settle. bile tgh masak air, dia melalak tutup balik api tu. dia dh ok.. pegi balik dapur, masak balik air. pastu dia terjaga plak.. padam balik. manela tak bende 5 minit jadi setengah jam kan?
mandi? umliyana dapat mandi lepas cik mila balik. bayangkanla.. nak mandi pun tak bole. sy leh nak mandi laju2 tapi.. nak mandi wajib, mane leh mandi kejap kan? cabaran betul. malam dia banyak tido.. cuma bile pagi je dia dh start buat perangai tak nak tido. tak tau nape..asik nanges je.. bagi susu takmo.. tido takmo.. nanges je. ush.. ms tu rs nak menjerit je. adikkkk...umi ngantukkkkkkk!! sib baik ms tu dia buat perangai kul 6 pagi.. terus je campak dia dalam buai. hah! tido pun!
tp ari2 seterusnya dia dh improve. bile dia tido..dapatla sy kemas2 sket apa yang patut. siap sy dpt tido bile dia tido. sukanya! bile dia bangun je sy bwk dia jalan2.. sukala muhammad fieras tu! oh ya.. dia mcm uminya ye. suka berjalan! :)
selain tu nak share, bestnya bile cuti pnjang menjaga fieras. rsnya banyak moment yang takkan lupe seumur hidup..sebagai contoh :
saat dia mula pandai masukkan penumbuk dia dalam mulut.. :)
saat dia mula pandai angkat tangan dia sendiri tinggi dan dia menunjukkan wajah kagum melihat tangan dia sendiri.
saat mulut dia dh mula menegur. owh..sekarang dia sgt becok ok. pantang ajak bual.. dia akan bercakap tak henti.biarpun apa yang dia bualkan cuma.. ooo..huuuu...agegege...uwaa..kadang2 dia senyum2..dan gelak2 mcm pahamla ape kite cakap.
saat dia dh pandai angkat bontot sendiri dan mula nak mengiring..
bile dia dh pandai angkat kaki..dan tengok kaki sendiri dengan rs kagum.. :P
bile  dia muntah kat bahu umi dia, dia senyum2 konon rs lucula tu..

next week dia dh mula antar kat umah pengasuh. susahnya hati sy.bukan tak percaya pengasuh...tp tgkkan gaya fieras yang bile susukan dia, kene byk sabar sbb dia akan nanges, dia akan tak tau duduk diam sambil menyusu. bile dia nanges.. ingatkan dia tak nak lagi.. tp dia cuma kecik ati sbb lambat bg susu.pastu dia ok.. kdg2 dia bangun tido, dia nanges nak susu. tp bile bagi susu, dia minum sket je pastu dia smbung tido. dia cuma nak alas perut je.. paling risau.. dia jenis susah buang air. kalu dia berak kene tolong sket... mcm mane eh? adus..susah hati sy nak bg dia kat orang jaga. :(

tp bile fikirkan sape nak bagi gaji kalu duk jaga fieras... tawakkal jekla umliyana. insya allah takde ape2.. :)