Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 15, 2012

p.e.n.g.a.s.u.h.

salaaam namaste!
last wiken mcm ade moment sedey sket untuk aku. untuk fieras gak..tp ntah mcm mane aku pun rs sedey sama. 
since aku antar fieras kat taska.. mmg pengasuh ni la jaga dia. dr first day fieras jejak kaki kat situ. and fieras mmg jenis yang senang rapat ngan orang (ia disokong dengan keakraban dia ngan cik min).. so, dia mmg sgt manja ngan pengasuh dia. kalu pagi..aku antar gi taska, dpt pengasuh dia..terus ala2 tak heran ngan aku. umi nak pegi keje?? owh..ok.pegila - kire mcm tu la dialog dia kalu dia leh ckp. :P 
and aku sendiri mmg rapat gak ngan pengasuh dia. mcm kakak ngan adik. personally aku suka dia bukan je sebab dia pandai jaga fieras tp sbb dia mmg baik n peramah. dia pun tak berkira kalu jaga fieras.. aku amek lambat fieras pun dia lagi suka. ade sekali aku bagi fieras tido ngan dia.. eventhough aku mcm berat hati tapi aku tau dia bole jaga fieras. in fact fieras tak kisah pun kene tinggal semalaman ngan kakak dia. 
so..last friday, dia bgtau yang bos lama dia dh uruskan penerbangan dia ke mekah. opps..lupe citer. dia sebenarnya tukang masak. dia keje kat taska tu sementara je.. smpai urusan pembukaan restoran kat oversea tu settle..bos yang bukak kafe dengan yang bukak taska tu actually orang yang sama. dia sepatutnya kene pegi germany..tp xtau ape yang berubah, dia end up keje kat mekah. ms dia ckp tu.. dia dh menanges jurai2. sedey tau tengok. aku mmg nak nangesla..tp aku tahan. kalu la aku ni kaya.. aku menggajikan dia je. tak payah dia pg oversea bagai kan.. sedey sngat tengok dia mcm tu. so friday aku bagi fieras stay dengan dia lama sket.. after maghrib baru aku amek fieras semula. aku pun xsangka.. yang smpai umah, aku pun nanges. aku nanges sbb fikirkan mcm mane fieras nanti.. aku tau ade orang leh jaga fieras..pengasuh lain pun ok..baik. tp ummu (nama pengasuh dia) bukan setakat pengasuh ngan fieras. dia mcm.. mak angkat. fieras kompem terasa kehilangan ummu. tp.. aku tau aku nanges pun sbb mcm sedey gak dia takde lepas ni. dia tu mmg aku anggap mcm adik. maybe tak rapat mcm dia ngan kwn2 dia.. tp kitaorg rapat lebey dr setakat parents dengan pengasuh. :( ms aku amek fieras after maghrib tu.. aku try tahan air mata dr nanges. kitaorg amek gambar.. and kebetulan aku ade kaftan mmg niat nak bagi dia.. itu je pun yg aku dpt bagi dia sebab last minute sgt dia tau dan bgtau aku. 
so..start dis week, cik mila yang antar fieras ke taska. aku rs buat sementara, biar mila antar. sbb kalu aku antar, fieras akan nanges nk ikut aku semula. nanti aku end up menanges tengok dia. :( nanti dh seminggu tu fieras dh biasa ngan ketiadaan ummu...br aku antar dia semula ke taska. pagi tadi antar dia kat kete abah dia pun aku dh bergenang air mata. uish...sejak jadi ibu ni air mata ni murah benar! :( bergenang air mata sebab risaukan dia...
aritu.. ade la 2 hari ummu takde kat taska. fieras tak mo tido... bile dia nak tido pun dia merengek je. aku antar dia gi taska.. dia berusaha merangkak nak ikut aku pergi. ms tu air mata mmg berjurai2la..sedey sgt. uish...kalula umi ni duit banyak..kepok2.. kamu tu umi jaga tau!
maafla..entry ni sgt emo. nak buat mcm mane... ku sdg emo!:( 

No comments: