Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

k.o.m.u.n.i.k.a.s.i

arini nak ckp psl topik keje. hihi..lama tak borak psl keje kan? :)
pd yg tak tau.. aku dh pindah kementerian lain. iyer.. tidak lagi di MOA/DOF. gembira..sudah tentu ya dong! sbb hidup aku tak sehuru hara dulu. tp..tempat baru takdela seindah mane pun. keje aku ok tp seriously bos aku garang giler..super duper garang. ibu mertuaku pun kalah ok. (mksd aku citer ibu mertuaku bukan ibu cik mila ye!)
ok..ms aku keje kat DOF..its department, and small. dlm cawangan kewangan..kire aku bos. so.. byk keje and decision aku kene buat. so..komunikasi adalah aspek yang aku kurang amek berat, aku justtau buat keje aku sebaik mungkin je. for 3 years aku tak penah polish communication skill aku. lagi2 bile aku dpt bos sengal..kat dof tu yg menyebabkan aku kene buat keje mcm pengarah plak...lgla komunikasi aku ngan bos aku hampes!
tp berbeza ok..kerja kat kementerian. slowly aku kene adapt dengan environment baru ni. komunikasi dengan kwn aku ok. dengan staf.. ok. tp bile dengan bos aku..mcm hampes sket. jadi utk ngelakkan bercakap bukan2 atau ckp bukan dalam manner yang sewajarnya.. aku mls nak berkomunikasi dengan bos aku. communicate bile perlu je. 
and aritu..dia tegur aku. dia tak tegur cara aku communicate..(yela mcm mane nak tegur..aku bukan deal ngan dia selalu kan? kalu kene deal pun dia je bebel..aku senyap!)ok..dia tegur cara aku present slide. for god sake! aku tak penah present slide ms kat DOF. last aku buat presentation ms PTK aku je yang kene present SKT. itu pun cik min cakap aku present sempoi je..siap gelak2. ok..seriously aku mmg tak tau nak berkomunikasi secara serius. bukan present je tapi perbualan biasa. aku xtau bile aku boleh btul2 serius (except ble kene marahla!). ms bos aku tegur tu..aku mcm down giler. actually problem tu mmg aku tau. sejak aku grad dulu. ok.. aku grad ngan first class honor. aku dpt anugerah naib canselor. tp... bayangkan aku pg 12 interview.. and tak penah dpt sebab rata2 komen, aku mcm bebudak. and aku tau dorang ckp sebab dr segi self-presenting aku. :( ade sekali tu.. orang tu ckp aku tak cukup matang utk job tu. aku tau aku boleh buat keje dengan baik.. tp tula..first impression org mesti tgk diri ko tu presentable ke tak kan? bukan dr segi dress up je..tp cara berkomunikasi gakla kan?
ms aku interview ptd utk 2nd time.. aku rs akula candidate paling lama di interview. 45minit smpai hampir 1 jam. mmg aku leh jwb soklan dia tanya tu..tp aku jawab mcm tak serius. aku senyum.. sengih. mujurlan interviewer tu jenis sempoi je.. tp yg tak bestnya dia ckp cara aku ckp mcm bebudak.. and dia tak sure either orang yang dia interview ni adalah orang yg sama dpt anugerah naib canselor tu. :( eventhough orang tu gelak2.. tp ms aku balik dr interview tu aku terasa hati jugakla. tp nak buat mcm mane eh? tu mmg aku. kalu depan orang yang aku tak kenal.. insya allah aku boleh meminimakan kesengalan aku tu..tp bile aku meeting dengan orang2 yang aku dh biasa.. mulalah perangai aku tu muncul semula.
doktor yang rawat aku ms aku deliver fieras tu ckp aku bagus.. sebab happpy je. tgh operate pun boleh gelak2 lagi..dan itulah aku. cuma aku tak berapa pandai nak differentiate aku yang normal dengan aku yang sepatutnya jadi bile kat ofis. adui! bagaimana ye. aku nak try improve (harapnye sy tak lambatla!) tp bagaimana ya? korang ade tips tak??


No comments: