Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 12, 2012

first.time.


salaaaaammmm!
selalu takde masa nak bubuh entri kat blog ni. sejak ade fieras... rsnya pembahagian masa tu tak berapa bijak lagi. :( takpe..pelan..pelan..
anyway.. just nak share pengalaman first time jaga fieras sorang. yela..sepanjang fieras 2 bulan, mmgla sy jaga fieras tp still ade umi, ade adik dan ade kakak yang akan tolong kalu ade pape. tapi skang..almost one week kami just berdua je sebab dah balik putrajaya. abah dia koje la kan? :)
first day dengan fieras.. uish memang kekok sangat2. fieras plak mcm tau first time tinggal berdua dengan umi dia.. takleh tinggal kejap. duk melalak je. eventhough tido dalam buai pun dia mcm perasan je sy takde.. then dia terjaga..tgk sy takde dia melalak lagi. nak masak megi pun memakan masa setengah jam untuk settle. bile tgh masak air, dia melalak tutup balik api tu. dia dh ok.. pegi balik dapur, masak balik air. pastu dia terjaga plak.. padam balik. manela tak bende 5 minit jadi setengah jam kan?
mandi? umliyana dapat mandi lepas cik mila balik. bayangkanla.. nak mandi pun tak bole. sy leh nak mandi laju2 tapi.. nak mandi wajib, mane leh mandi kejap kan? cabaran betul. malam dia banyak tido.. cuma bile pagi je dia dh start buat perangai tak nak tido. tak tau nape..asik nanges je.. bagi susu takmo.. tido takmo.. nanges je. ush.. ms tu rs nak menjerit je. adikkkk...umi ngantukkkkkkk!! sib baik ms tu dia buat perangai kul 6 pagi.. terus je campak dia dalam buai. hah! tido pun!
tp ari2 seterusnya dia dh improve. bile dia tido..dapatla sy kemas2 sket apa yang patut. siap sy dpt tido bile dia tido. sukanya! bile dia bangun je sy bwk dia jalan2.. sukala muhammad fieras tu! oh ya.. dia mcm uminya ye. suka berjalan! :)
selain tu nak share, bestnya bile cuti pnjang menjaga fieras. rsnya banyak moment yang takkan lupe seumur hidup..sebagai contoh :
saat dia mula pandai masukkan penumbuk dia dalam mulut.. :)
saat dia mula pandai angkat tangan dia sendiri tinggi dan dia menunjukkan wajah kagum melihat tangan dia sendiri.
saat mulut dia dh mula menegur. owh..sekarang dia sgt becok ok. pantang ajak bual.. dia akan bercakap tak henti.biarpun apa yang dia bualkan cuma.. ooo..huuuu...agegege...uwaa..kadang2 dia senyum2..dan gelak2 mcm pahamla ape kite cakap.
saat dia dh pandai angkat bontot sendiri dan mula nak mengiring..
bile dia dh pandai angkat kaki..dan tengok kaki sendiri dengan rs kagum.. :P
bile  dia muntah kat bahu umi dia, dia senyum2 konon rs lucula tu..

next week dia dh mula antar kat umah pengasuh. susahnya hati sy.bukan tak percaya pengasuh...tp tgkkan gaya fieras yang bile susukan dia, kene byk sabar sbb dia akan nanges, dia akan tak tau duduk diam sambil menyusu. bile dia nanges.. ingatkan dia tak nak lagi.. tp dia cuma kecik ati sbb lambat bg susu.pastu dia ok.. kdg2 dia bangun tido, dia nanges nak susu. tp bile bagi susu, dia minum sket je pastu dia smbung tido. dia cuma nak alas perut je.. paling risau.. dia jenis susah buang air. kalu dia berak kene tolong sket... mcm mane eh? adus..susah hati sy nak bg dia kat orang jaga. :(

tp bile fikirkan sape nak bagi gaji kalu duk jaga fieras... tawakkal jekla umliyana. insya allah takde ape2.. :) 

4 comments:

sha said...

teringat time fasha baru abih pantang dulu. mmg horror gak la kalo ingat balik. dah la time tu hubby gi offshore, balik dari kg ke sini pun sorang2 ngan danish yg veri manja and kuat melalak. dok rumah sorang2 kat ceruk seri alam nuu. gile sunyi, saspen sumelah. mcm x sangka bole survive. ahaks

suhana azlin said...

biasa la tu bila ada baby jgn kata mandi nak poo2 pun silap bukak pintu toilet tu. dah umur 3 tahun sok baru ko boleh mandi beb, bukak kartun and dia pun dah paham mama nak take bath ke? tu pun cup cap jugak sbb paranoid terbayang dia memanjat sana sini. =)

ummphs.. said...

ooo.. iye. aku mandi, buang air kecik semua bukak pintu. takut tak dgr dia melalak. haha..

Anonymous said...

baby mmg suke tido kalau minum susu. mase minum tu kene slalu kejutkan die supaya habiskan susu die. sbb baby kene cukup nutrisi unt membesar tubuh n minda.cuit2la pipi die spy bangun time menyusu.kalau breastfeed, lg la jenuh ngk tunggu,,hisap2 tido,,hisap2 tido..and tatau brp byk die minum