Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 10, 2012

too.beautiful.for.earth.

Hello peeps!
sudah lama rasanya saya tak menghupdate cerita saya dan hidup seharian saya.baru-baru saya mengalami kehilangan. mungkin untuk sesetengah orang..kehilangan yang masih awal tidak menyakitkan tetapi pada saya..sama sahaja. 
Awal Disember lalu.....saya disahkan mengandung anak kedua. gembira? ok..at first admit, rasa risau tu lebih dari rasa gembira. terkenang fieras yang baru setahun.. adoyaii.. susahnya hati saya. so..sy pegi check up sendiri... nak mengesahkan saya mengandung. langsung tak cakap kat cik mila. saya diskus dengan kawan saya yang mengandung anak kedua masa anak sulung dia umur 5 bulan dan kakak ipar saya yang mengandung anak kedua masa anak sulung umur setahun tepat. saya mula2 menafikan yang saya pregnant sebab saya betul2 tak bersedia but after a few of consultations, saya mulai rasa tak sabar dengan kedatangan baby baru. Usia kandungan 5 minggu menghampiri 6 minggu.  mula bercerita pada cik mila. and as usual..dia yang happy lagi banyak dari saya. 

then.. dalam otak saya dah buat pelbagai perkiraan. Play room fieras? on! kene beli kereta baru supaya bole cater dua anak nanti. yela..i naik viva je. kalau dah anak dua.. nak kereta yang selesa la. and..even terfikir nak beli umah. tak nak dah duduk apartment kuarters ni..either dapat kuarters teres atau beli umah teres terus! slowly rasa excited tu timbul. saya even dah fikir nama dia (which saya confident dia perempuan!) tapi saya mengaku..saya mengambil mudah kandungan kali ini. saya aktif macam biasa.. cuma perasan yang saya kuat makan lebey daripada biasa. saya ingat kandungan ni macam mengandung fieras dulu. memang berbeza. masa mengandung fieras...saya aktif macam mana pun.. anak saya teguh. dan dia pun aktif sama. so.. saya masih berlagak biasa dan tiada siapa di dalam ofis pun tahu saya mengandung. 

rabu, 5 Disember 2012.. pagi tu saya rasa dah lain mcm lepas fieras terpijak perut saya. tapi saya malas nak pk negatif. pula tu..saya lebih bimbangkan fieras yang tetibe timbul merah2 di muka dan badan. di ofis.. saya dah rasa sakit perut dan tengok diri mcm nak cirit birit. okla.. mungkin takde apa. then bile balik ofis, saya check saya dah mula bleeding. hmm.. sedikit. tak banyak mcm period. maybe takde ape.. tapi malam tu perut saya mcm cramp sangat. tapi saya masih boleh masak bubur fieras dan siapkan puree buah dia. tido dalam sakit perut tapi bleeding masih tak banyak. niat di hati.. esok saya pegi klinik. 

khamis, 6 Disember.. pagi ade meeting. morning prayer dan meeting bersama TKSU. fine...tengahari sket pegi. bukannya nak lengahkan tapi takde sape bole ganti pegi meeting. tapi jam 1.30 tu perut saya sakit yang teramat sangat.. memaksa call cik mila mintak bawak ke klinik. sepatutnya cik mila ke PD aritu tapi takpela..teman isteri ke klinik dulu. masa kat klinik.. doktor scan,tengok kantung dah takde. doktor tanya bleeding mcm mane.. dah keluar perut ikan ke belum.. how the blood clots etc. doktor terpaksa refer saya ke hospital putrajaya sebab perut saya sakit masa doc tekan untuk scan. supposely i wont hurt! on the way pegi hospital.. saya tak sangka yang saya menanges. saya sedih sebab tuhan amik balik anugerah dia bagi pada saya. dan maybe dia tarik balik sebab sebelum ni saya berharap yang saya tak mengandung. salah saya bile kandungan saya gugur. tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati saya.

 so..smpai hospital putrajaya.. after waited almost 2 hour, dapat jumpe doc. check semua.. dan doc scan lagi.. amik sampel semuanya, doctor sahkan yang saya dah keguguran. takde tanda yang masih tinggal pape. hati saya benar-benar kecewa.
tak kisahla umur 6 minggu 3 hari atau usia dia 2 minggu sekali pun.. dia tetap anak saya. dan saya tetap menanti kehadiran dia 8 bulan lagi. tapi.. tuhan lebih sayangkan dia. 
ada orang cakap dengan saya maybe saya perlu fikirkan tentang implan. tapi sefaham saya implan is for 3 or 5 years which saya fikir bila fieras 4 tahun baru saya berikan dia adik.. saya rasa terlalu lama. kehilangan kandungan saya membuatkan saya hendak ada anak lagi. dan saya tak nak tunggu lagi 3 tahun untuk mendapat seorang lagi anak. 

hati saya masih sedey. dan saya harap saya dapat lupakan kesedihan ini. saya faham.. bukan rezeki kami tapi saya rasa sebab niat saya sebelum ini yang tak mahukan kandungan ini mungkin menyebabkan Allah mengambil dia kembali. sesungguhnya saya rasa amat berdosa dengan sikap saya yang langsung tidak mensyukuri ketika Dia menganugerahkan saya kandungan itu. 

" when I got pregnant, i wish i didn't
  when Allah granted my wish, I wish he didn't"

An angel in the book of life wrote down my baby's birth,
Then whispered as she closed the book,
"Too beautiful for Earth"
-Unknown


Mungkin sesiapa yang lihat saya.. akan rasakan saya tak kisah dengan keguguran itu. saya masih lagi seperti biasa.. gembira seolah tiada duka. tapi sebenarnya.. saya sememangnya kecewa. saya harap saya dapat ulang balik masa supaya saya dapat menjaga dia dalam kandungan ini dan sampai bila-bila. bila saya melihat fieras.. saya tahu fieras akan suka kalau dia ada adik. sebab dia suka baby. :) 



“No one can know how much I love you, because you are the only one who knows what my heart sounds like from the inside.”

Tuesday, November 20, 2012

pray.4.gaza.

Assalamualaikum..

kali ini saya tak ingin bercerita tentang life saya dan fieras seperti kebiasaannya. tp kali ni nak meluahkan apa yang saya lihat dan dengar dari media cetak dan media elektronik and even media alternatif tentang apa yang berlaku dengan saudara kita di Palestin. 
Setiap hari sejak 16 November 2012, media memaparkan kekejaman israel yang kononnya mempertahankan negara mereka yang telah diserang oleh Palestin. membunuh 38 orang bagi menuntut bela di atas kematian 3 orang anggota tentera? separuh daripada 38 orang adalah kanak-kanak. tentera israel memang bersedia untuk mati sebab tu mereka masuk tentera. tapi apa justifikasinya apabila israel terus membunuh kanak-kanak yang tidak faham apa-apa dan tidak pun bersedia dengan perang dunia. 
Setiap hari saya berdoa untuk saudara kita di Palestin. biarpun kedengaran cliche tapi setiap kali saya bangun tidur, saya akan berfikir tentang mereka dan mendoakan keselamatan mereka setiap pagi..dan berharapkan mereka dapat tidur di setiap malam. Saya juga rasa menyesal dengan kekhilafan saya sebelum ini. saya tahu dengan kekejaman israel terhadap penduduk Palestin tetapi saya tidak mempunyai kesedaran sebelum ini. Saya tidak percaya perbuatan saya membeli produk mereka sedikit sebanyak membantu merosakkan bumi palestin.
Tetapi, bila saya terpandang gambar 4 jenazah kanak-kanak yang diletakkan di atas meja mayat... hati saya cukup sayu. mereka kanak-kanak..paling kuat pun mereka baling tentera dengan batu sahaja..perlu kah dibalas dengan roket? kesedaran itu timbul.. mula saya berazam untuk melakukan tanggungjawab saya mendoakan kesejahteraan saudara saya. saya mula menghindari jenama yang berkaitan dengan Yahudi. saya tahu perbuatan saya ini sangat kerdil dan kecil jika di bandingkan apa yang dilalui oleh saudara Palestin kita, tetapi saya percaya sedikit sebanyak saya membantu di dalam perpaduan ummah yang menentang kekejaman zionis.  
Its bad enough people turn their back when Palestinians been murdered by zionis but its more cruel and make yourself as bad as murderer when you belittle other people efforts in supporting them. Kejahatan zionis terhadap Palestin bukanlah satu isu perang agama. ia adalah isu kemanusiaan. Tidak kira apa bangsa sekalipun..apa agama sekali pun... kekejaman sesama manusia adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku di dalam dunia ini. Tetapi sayangnya ramai yang menganggap ini sebagai satu isu agama. sedangkan ianya tidak. adakah kita patut benarkan seseorang kristian membunuh seorang kristian yang lain di hadapan mata kita? mana-mana agama sekalipun menidakkan kekejaman sesama manusia. mana-mana agama di dunia ini sekalipun mengajar keamanan. tiada agama di dunia yaang mengajar manusia untuk berperang. 
Bila saya menaip, saya terkenang wajah kanak-kanak yang saya lihat di FB..meninggal kerana kekejaman israel. dia tersenyum. Begitu bahagia dia meninggalkan dunia yang penuh dengan kekejaman ini. Saya pasti akan berjihad dan rela mati sekiranya itu adalah anak saya. sedih.. 
Biarpun apa yang diluahkan disini, perkara yang diulang-ulang oleh orang lain, saya bermohon agar siapa sahaja yang membacanya berdoa untuk saudara di Palestin. Sekiranya kita tiada kudrat untuk berjihad bersama mereka,tiada wang untuk disalurkan kepada mereka, percayalah doa kita untuk mereka cukup di mata Allah untuk melindungi mereka. Ia senjata berharga untuk perlindungan mereka. 

Saya memohon dan merayu agar kalian tidak putus berdoa untuk mereka. Biarpun di hati saya terkilan kerana saya berharap saya boleh buat lebih daripada itu tetapi kawan saya berkata kadang-kadang hanya doa diperlukan oleh mereka. Mari kita berdoa bersama untuk keselamatan saudara kita di Palestin. Sekiranya kalian ingin menderma, kalian boleh menderma melalui sms dengan menaip PALESTIN 10/5/3/1 ke 39111 atau bantuan juga boleh disalurkan kepada Aqsa Sharif  CIMB ISLAMIC : 12160000452101 atau BANK ISLAM : 12092010034904. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 

umliyana
 

Thursday, September 6, 2012

manja.

salam. :)
rasenya lama dh tak menghupdate blog. xde masala wei.. sibuk je memanjang. kalu tak sibuk pun..buat2 sibuk. hahaha..
anyway arini nak share story psl anak sy yang super duper manja. (extremela kununnya). fieras dh umo 10 bulan skang ni, (kejap je kan?) .. tp dia still sangat manja. actually suka je dia manja tp kadang2 jadi risau. kalau antar dia pegi taska mmg dia mcm trauma je. ade budak ari isnin je kan nanges? tp fieras ari2 nanges.. nak bagi tak mo nanges..kene main trick sket. biasanya trick dia- pengasuh nak bawak dia jalan2. mmg pengasuh dia bwk dia jalan sungguhla.. ajak dia tengok luar tingkap..tengok pokok, tengok burung.. baru dia ok. kalu tak mmg nanges tahap kene pukul. uish..uish..
itu situasi lainla. ade situasinya dia tak bole kene tinggal. mmg sangat kronik..kat taska pun sama..kat umah pun sama. dia nak berkepit je. dia bole main2 sorang tp dia nak berteman. kalu dia sedar..dia sorang je tinggal.. tak mo main dah..terus nangees. kalu kat umah..abah dia takde, and saya nak mandi..terpaksa bubuh dalam baby cot...letak dpn pintu bilik air.. bukak pintu sambil mandi. pastu borak2 ngan dia dari dalam bilik air supaya dia rasa ade orang. hah...smpai tahap mcm tu skali. :( 
saya suka fieras manja tapi ni dah mcm tahap penakut. risau plak saya. korang ade suggestion tak..mcm mane nak overcome problem ni? tak mola smpai ke besar dia penakut kan.. sian dia. nanti kene buli. huhu..
hah...ckp psl kene buli, pengasuh dia citer fieras sangat senang orang amek mainan dia. org amik mainan dia.. dia tengok je orang tu and kemudian dia blah. tak kuasa aku nak gaduh ngan orang ni..mungkin itu yang dia fikirkan. tp pengasuh dia ckp baaaaaikkk sangat. smpai orang amek puting dia pun dia ok je. hmm..shud i be worried about that too?
lepas ni nak masukkan fieras kat playschool la. nak bagi dia bergaul ngan bebudak lain supaya interaksi dia lebih bagus. :) tp seriously..ade idea tak nak buat mcm mane ngan sikap penakut dia?

your cooperation on this matter are highly appreciated. cewah!

Wednesday, August 8, 2012

bebelan.

As salam.

kali ni takde specific topik nak share. sebab dh terlalu lama tak menghupdate blog (ade kome heran?) .. takleh nak terlalu membebel bende yang khusus. hihi..
okey pertama skali.. skang ni sibuk ngan musim persiapan raya. first time raya bertiga.. (rsnya mcm life cepat sangat berubah). kalu mase raya tahun lepas..excited nak pakai baju bertema dengan laki aku..tahun ni sama gak tapi.. yang lawaknya, aku beli baju fieras dulu and semua orang kene ikut kaler baju fieras. tak ke haru?? parents ikut kaler baju anak. hihi.. so, tema tahun ni adelah biru. navy blue. skang ni baju raya aku je tak lepas lagi...aku dh blikan cik mila dan baby fieras je. tp aku?? persiapan raya tahun ni..banyak lebeykan dekat fieras. aku rs mcm nak borong trudy & teddy untuk fieras..hihi. 

raya tahun ni .. bermula di gombak. okey.. first time tak spent raya di johor dulu. rase sedey.. especially bile teringat tradisi yang aku, kakak aku ngan adik aku selalu buat mase raya terpaksa..ditangguhkan ke tahun depan.. atau dorang akan buat tanpa aku?? huhu.. ape tradisinya?? shopping malam raya dan pagi raya dh tolong bukak jusco atau giant. aku ngan adik aku la suka buat.. sebab kitaorg boring duk umah.. biasanya first raya, kitaorng tak melawat umah sedara lagi.,biasanya lebey kepada tunggu orang dtg umah. hihi..tahun ni cik mila ckp nak balik jb raya ke-4. seriously sedey ms dia ckp mcm tu. yela.. raya ke-4 adik beradik aku semua dh balik kl semula. and maybe ade yang dh start keje pun. dan aku sendiri.. jenis yang suka tau jumpe family aku sbb family aku sangat bising. meriah!! itu baru adik beradik aku.. belum jumpe sepupu sepapat aku lagi.. raya ke-4??? sape je tinggal dah..umi abah wafi je. :(



okey. itu citer raya..nak citer psl fieras. owh...dia sangat aktif skang dan semakin bam bam. ape tidaknya semua bende dia nak makan. eventho dia kadang2 memilih (mcm arini dia refuse nak makan quaker oat aku buat) tp basically dia melantak semua bende orang bagi dia. bagus bukan?? tahap kesihatan dia semakin baik tapi allergy dia masih lagi menghantui. sekejap ok..sekejap idok...owh, aku dh start antar dia ke taska semula. so far dia ok.. tp sbb abah dia yang antar. aku tak nak antar dia.. sbb aku tau dia akan melalak tak hingat punya nak ikut aku balik. siap pegang kaki..dh mcm citer ibu mertua ku tau! drama kan anak aku??? :P  dia mls nak berjalan tp dia meniti tepi sofa, rak tv, tu rajinla. bile ajar berjalan..dia nak merangkak..mungkin sbb dia pk, merangkak lebey laju. haha..

esok dpt bonus.. target aku, nak beli car seat fieras dan baju raya ku. yeyeh!! tolongla dapat baju raya ni. kalu tak mo kaler biru... asik kaler tu jekla aku jumpe. ble time nakkkk...hampes takde kaler biru! hanggginnnn jekkkk..

sekian, bebelan saya. :) 
happy fasting peeps!

Tuesday, July 10, 2012

asben.saya.

hihi..sempena cik mila tiada - pegi sweden, ku ingin mengambil kesempatan ngumpat dia jap kat sini. haha.. dah bersawang blog ni and tetibe nak ngumpat laki aku kan? hihi..firstly, blog bersawang sbb terlalu lama aku melepak di hospital menjaga fieras smpai aku takde mood nak hupdate blog. then .. fieras start duk kat gombak, lagi mls aku nak hupdate sbb balik umah lambat. nk hupdate citer fieras admitted.. tak mola. rsnya tak sanggup nak mengingatkan kembali mcm mane fieras dulu.. ari2 aku nanges. anyway..2ndly, ini adalah idea dr gengs, mr.ayol yang bercerita ttg mila.owh..itu akan ku kupas lebih lanjut di bawah. :P




mila pegi sweden 6 Julai 2012 yang lepas..and insya allah akan pulang ke mesia, 8 days after that - 15Julai 2012. so, ari jumaat aku, fieras, umi aku, adik aku dan kakak aku excited antar mila ke airport. naik erl okeh..saja bwh fieras jenjalan. owh...anak sy sgt suka naik erl. mulut dia je bising giler dlm erl. :P ms cik mila pergi, aku just salam dia and dia salam tangan aku. dia kiss fieras.. dia terus check in. and kami pun balik. 
yang lawak tentang kejadian ini, bile ayol kol 9 Julai tanyakan tentang mila. ckpla yang mila gi sweden. soklan pertama dia tanya : eh mila pg sweden? tau ke dia ckp bahasa inggeris?? hampessss! anyway... berikut adalah perbualan antara ayol ngan aku :


ayol : aku tau..mila pegi sana mesti dia kalut2 kan? kemas barang dia sendiri je..pastu ms ko antar dia kat airport, ko salam dia, dia salam ko, dia cium anak ko 1,2 kali pastu dia terus je check in kan?? 
aku : hahaha... betulla yoyol! mane ko tau ni?
ayol : ala..dasar kerusi mmg mcm tu la. haha..
aku : woi! ko ngata laki aku la..haha
ayol : takla..mila mmg mcm tu. dia sayang cuma dia tak reti tunjuk je... haha


ms ayol ckp mcm tu brla aku perasan.. aku selalu persoalkan either mila sayang aku ke tak. aku taula dia sayang aku sbb tu kitaorg kawen.. but then, sayang yang mcm sayang - i cant live without u tu.. so, meh aku citer sket asben ku itu bagaimana orangnya.
mila adelah seorang lelaki yang - lama plak aku nak pk ayat.. okla, ayat senang - romantik kayu  punya olang! hihi.. dia mmg tak romantik. 
ms kitaorg bercinta.. aku pahamla kalu dia tak nak pegang tangan aku depan2 orang.. kan? tp kawen pun sama wei! takde nak pegang tangan ke.. peluk pinggang ke.. kitaorang mcm orang yang dh kawen 20 tahun and ade cucu punya style. haha.. ble ade fieras..lagila.. aku mmg rajin dukung fieras.. so ape ke halnya aku nak pegang tangan dia kan??? mcm tu la jugak dia.
buat suprise?? itu bukan makanan dia. compare dengan aku.. aku sangat suka buat suprise kat dia. romantikkah aku?? owh..idokler. nak pk romantic dinner ke.. pape romantik .. mmg jauhla dr akal pemikiran dia. 
and kadang2 dia ade bagi aku bunga - owh, itu sbb aku merajuk dengan dia.first time tu .. okeyla berjayala bunga tu pujuk aku. tp 3,4 kali.. hihi, takde maknanya bang! :P bayangkan... bile dia bg aku hadiah handphone last 2 weeks, first bende yang aku tanya kat dia - awk buat salah ape kat saya mila? :P haha.. smpai mcm tu sekali. 
first time celebrate besday aku as couple - dia kunun nak buat suprise kat aku. but then, ade ke dia ajak aku tgk wayang citer james bond okeh??? seumo idup aku tak penah tgk james bond sbb aku tak suke, then first time tgk adelah waktu arijadi aku.ape kejadahnya.. owh, ms itu aku sgt kecik ati ok dengan dia. sbb ms tu aku compare kan mcm mane aku celeb besday dia... and ape yang dia buat kat aku ms besday tu...huhu..tak romantik langsung!!
mila selalu ingat, bile romantik ko kene ckp ayat2 jiwang.. so, bile dia try ckp jiwang, aku mulala merapu nak tampar muka dia.. sbb nak sedarkan dia, awk dh kenapa mila??? nak kene siku?haha..
selepas 3 tahun bercinta - aku sket2 boleh terima ketidak romantikkan dia itew. but then, nama pun pompuan.sesekali tu ade gak terdetik mcm sedey.. napela mamat ni tak romantik langsung? tp perasaan tu buang jauh2 and aku amek pendekatan - jangan berharap pape especially ms anniversary ke besday ke.. because u will end up disappointed more with him. so far ... bende tu terpakaila kat aku. bile ko tak mengharap..ko akan kurang kecewa. 
ms kawen plak.. ms memula kawen, aku ingat dptla aku rs sisi romantik dia kat umah. cet! takde gak..mcm tula dia.. xde maknanya. aku ade bc blog sorang wifey ni yang dia citer...dia ngan asben dia akan bebual2 kat katil before tido... ala2 romantik gitu kan.. kitaorg?? tido je terus ok. takde nak loving2.. ke hape ke. :P 
tp..mila dia tunjuk sayang kat aku cara lain. kot. (aku harap btulla). dia tunjukkan dengan meringankan beban aku dengan kerja2 rumah. dia akan tolong basuh baju, sidai baju, vacuum rumah and kadang2 masak. and skang ni, dia dh improve cara dia tolong aku jaga fieras. kalu dulu.. dia mmg manja sket bab jaga fieras. aku kene tolong dia jaga fieras.. dan akhirnya aku end up layan fieras sorang sbb kalu bg dia jaga pun sama je penatnya. tp skang dia dh makin ok. kalu aku biarkan fieras dengan dia sehari.. terurusla anak aku tu. :P salah satu cara lain dia tunjuk dia sayang aku, maybe bertahan dan melayan kerenah aku. mmg diakuila - aku ni mmg kasar sket orangnya and kdg2 terlebey manja.. tp mila still dengan sabar (kdg2 ilang sabar gak!) dengan kerenah aku.hihihi .. peace no war!
berbalik kepada ayat ayol - mila sayang cuma dia tak tau tunjuk tu.. aku rs bersalah plak kat mila. sbb persoalkan sayang dia kat aku. ayol yang lelaki pun bole nampak..takkan aku wife dia and pompuan tak leh nampak kan?and kitaorg bukanla bercinta pas kawen. in fact kitaorang kawan dulu before bercinta.. perangai mila tu aku dh tau dr kawan lagi. :) so.. kalu cik mila bc blog saya ni, saya nak ckp yang saya sayang kamu..eventhough kamu ni mmg tak romantik dan terlalu realistik.. dan juga anda tak sentimental. :P tp kalu kadang2 kamu tunjuk kamu pun romantik..ape salahkan mila?? :P owh..mintak2 fieras ikot perangai saya bab ni. haha.. sila balik dengan selamat dan sihat dari sweden..jangan gedik2 kat sana. :P 


sekian citer saya tentang asben saya. :)








Monday, May 28, 2012

panic.attack.

just nak share short story.
panic attack! hahah.. aku terkena panic attack 2 hari ni.
bukanla attack sangat...tp sgt panic ok. 
at first - perut aku sangat sakittttt. mcm bloated sangat then memulas. terus teringat sesuatu. 
then - demam. aku demam malam. rs seram sejuk dan nak berselubung jek. terus teringat sesuatu. 
then - check jadual.. aik? nape aku tak period lagi nih??
PANICCCC!!
uish.. otak dh pk memacam. mcm mane kalu aku pregnant?? uwaaaa...xnak!!!! fieras kecik lagi.. dan aku mmg tak mooooooooo!!!!
utk pengetahuan - belajar dr ketelanjuran 1st pregnancy, this time i use protection ok. so, aku rs first thing aku buat kalu aku pregnant aku gi saman c***** company tu dulu!!


so..petang smlm pegi bli pregnancy kit kat guardian. nak test malam - uish, orang ckp baik test pagi2. fine. 
pagi2 arini aku test. yeyeh!! im soooooooooooooooooo not pregnant! gelabah je ko um! tp teringatkan ms first pregnant, memula nampak 1 line je pastu dalam 20 seconds br 2nd line appear.. terus aku tunggu lagi sebelum yeyeh lagi. ok.. rsnya dh 30 seconds, xkuar gak 2nd line, so aku tak pregnant. ok yeyeh! (slow je yeyeh sbb mata masih mengerling kat test kit tu bg memastikan yeyeh aku bertahan!) 
ms mandi pun.. kejap2 aku tengok lagi test kit. omg! ko sangat fobia umliyana!! bengong sungguh.
 google image ya!

cik mila cuba sedapkan ati aku.. xpela kalu pregnant pun. tuhan bagi rezeki.aik.. bukan awak pun yang pregnant cik mila oooiiii!! mula la dia ckp.. cuba awk bygkan kalu anak kite yang kedua cumel mcm fieras, baik mcm fieras.. saling tak tumpah mcm fieras? itu perkara berbezala cik abang.  cuba bayangkan perut saya br je pas kene belah.. pastu tetibe pregnant lagi, tak smpai cukup 9 bulan jahitan lama merenggang mcm mane? (ini kisah benar ok. ade adik ipar member mengalami kejadian ini) uish..uish..


pape pun ,i confirm tak pregnant setakat kini. tetapi kejadian gelabah ni membuatkan saya confirm nak amek implan tu. tak mo panik2 lagi pasni. :P


bye. 

Monday, May 21, 2012

7.months.

salaaaaammm!
20 May - fieras genap 7 bulan. dah 7 bulan dh anak umi... besoooo dh anak umi. hihi... rs mcm baru semalam je si kecik ni kuar dr perut aku. :) tak sedar kan dh 7 bulan?? betulla orang ckp.. baby ni cepat je besarnya. 
7 bulan fieras dh pandai ape? owh..dia sudah sgt aktif ok. skang ni kire dah abis pandai merangkak la. actually dia start belajar merangkak umo 5 bulan.. tp ms tu bontot je ke depan ke belakang.. ke depan ke belakang (omg! ms ni kiut sgt!!) umo 6  bulan.. rangkak sket, jatuh pastu terus mengesot. skang ni dh pandai merangkak abisla..cuma takla laju lagi. ms nak msk 7 bulan dia duk belajar berdiri.. dia paut kat badan kita, pastu dia bangun. kalu kita tengah baring.. dia put gak, bangun gak tp lebey mcm rukuk. haha.. kiut gilerrrrr!! kiut la biler tengok dia berusaha nak bangun tu!
fieras dh masuk fasa.. kul 12 tgh malam, bangun ajak main. uish.. bile kuarkan dia dr buai, dia sangat excited. especially bile dia tengok abah dia tgh tido. aku letak je dia kat bawah.. dia akan merangkak pegi kat abah dia ngap! dia terus cubit b**bs abah dia! terkejut la cik mila anak dia cubit.. pastu dia gigit plak. entah ape yang best kat b**bs abah dia smpai dia akan main2 kat situ je. bile boring br dia merangkak pegi tempat lain. ms kul 12 tula  aku sgt kritikal mengantuknya. sbb aku mmg br je tido. :( tp nak tak nak terpaksa gakla layan dia main2. 
skang badan fieras dh kecik sket. hmm.. kalu org tengok mesti tak percaya dia lahir dulu 4.3kg. yela.. ms 6bulan, berat dia br 8.1kg. kalu budak lain yg seberat dia ms lahir.. dh berkilo2 tau. mcm manela nak besar.. dia punyak aktif tu tak leh nak tegah. uish..uish..
opps..lupela. paling excited skang ni fieras dh pandai panggil umi ngan abah. biarpun sebutan umi tu lebey kepada u-meeeeeyyyyyy, tp dia sebut abah tu jelas. a-bah! kalu dia nampak cik mila dr jauh, dia dh sebut a-bah! cuma skang dia sangat manja ok. super duper manja. tak mo ngan orang lain.. so, asik nak berkepit ngan aku je. bangun pagi pun.. xnampak muka aku, atau dia dh nampak muka aku tp abah dia yang dtg amek dia, rengek2 gak smbil sebut u-meyy!u-meeeyyy! and kalu aku amek pun dia bukan nak ape sangat pun.. nak gigit bahu, gigit tudung.. nak berkepittt je. manja sangat! tp aku ok je dia manja. :)
okeyla.. nak gi buatkan pureeee pear untuk fieras.dia ari2 kene makan buah...eventhough dh start makan bubur ngan cerelac..still xleh tinggal buah. kalu idokkk... sembelitla budak nih. perut sensitip..mcm mak dia! hehe..
okeyla..daaa!
dia suka buat muka comel mcm nih!

Tuesday, May 15, 2012

p.e.n.g.a.s.u.h.

salaaam namaste!
last wiken mcm ade moment sedey sket untuk aku. untuk fieras gak..tp ntah mcm mane aku pun rs sedey sama. 
since aku antar fieras kat taska.. mmg pengasuh ni la jaga dia. dr first day fieras jejak kaki kat situ. and fieras mmg jenis yang senang rapat ngan orang (ia disokong dengan keakraban dia ngan cik min).. so, dia mmg sgt manja ngan pengasuh dia. kalu pagi..aku antar gi taska, dpt pengasuh dia..terus ala2 tak heran ngan aku. umi nak pegi keje?? owh..ok.pegila - kire mcm tu la dialog dia kalu dia leh ckp. :P 
and aku sendiri mmg rapat gak ngan pengasuh dia. mcm kakak ngan adik. personally aku suka dia bukan je sebab dia pandai jaga fieras tp sbb dia mmg baik n peramah. dia pun tak berkira kalu jaga fieras.. aku amek lambat fieras pun dia lagi suka. ade sekali aku bagi fieras tido ngan dia.. eventhough aku mcm berat hati tapi aku tau dia bole jaga fieras. in fact fieras tak kisah pun kene tinggal semalaman ngan kakak dia. 
so..last friday, dia bgtau yang bos lama dia dh uruskan penerbangan dia ke mekah. opps..lupe citer. dia sebenarnya tukang masak. dia keje kat taska tu sementara je.. smpai urusan pembukaan restoran kat oversea tu settle..bos yang bukak kafe dengan yang bukak taska tu actually orang yang sama. dia sepatutnya kene pegi germany..tp xtau ape yang berubah, dia end up keje kat mekah. ms dia ckp tu.. dia dh menanges jurai2. sedey tau tengok. aku mmg nak nangesla..tp aku tahan. kalu la aku ni kaya.. aku menggajikan dia je. tak payah dia pg oversea bagai kan.. sedey sngat tengok dia mcm tu. so friday aku bagi fieras stay dengan dia lama sket.. after maghrib baru aku amek fieras semula. aku pun xsangka.. yang smpai umah, aku pun nanges. aku nanges sbb fikirkan mcm mane fieras nanti.. aku tau ade orang leh jaga fieras..pengasuh lain pun ok..baik. tp ummu (nama pengasuh dia) bukan setakat pengasuh ngan fieras. dia mcm.. mak angkat. fieras kompem terasa kehilangan ummu. tp.. aku tau aku nanges pun sbb mcm sedey gak dia takde lepas ni. dia tu mmg aku anggap mcm adik. maybe tak rapat mcm dia ngan kwn2 dia.. tp kitaorg rapat lebey dr setakat parents dengan pengasuh. :( ms aku amek fieras after maghrib tu.. aku try tahan air mata dr nanges. kitaorg amek gambar.. and kebetulan aku ade kaftan mmg niat nak bagi dia.. itu je pun yg aku dpt bagi dia sebab last minute sgt dia tau dan bgtau aku. 
so..start dis week, cik mila yang antar fieras ke taska. aku rs buat sementara, biar mila antar. sbb kalu aku antar, fieras akan nanges nk ikut aku semula. nanti aku end up menanges tengok dia. :( nanti dh seminggu tu fieras dh biasa ngan ketiadaan ummu...br aku antar dia semula ke taska. pagi tadi antar dia kat kete abah dia pun aku dh bergenang air mata. uish...sejak jadi ibu ni air mata ni murah benar! :( bergenang air mata sebab risaukan dia...
aritu.. ade la 2 hari ummu takde kat taska. fieras tak mo tido... bile dia nak tido pun dia merengek je. aku antar dia gi taska.. dia berusaha merangkak nak ikut aku pergi. ms tu air mata mmg berjurai2la..sedey sgt. uish...kalula umi ni duit banyak..kepok2.. kamu tu umi jaga tau!
maafla..entry ni sgt emo. nak buat mcm mane... ku sdg emo!:( 

Tuesday, May 8, 2012

Sunday, April 22, 2012

b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g.

salam namaste!
today i would like to share one thing - actually one issue that i refuse to discuss or deal with and even i regret it everyday.
i never told anyone before. when baby fieras was born, first thing i'm soooo excited about was to breastfeeding him. different with other mommies.. during my pregnancy, i dont have a problem with my nipple. i mean, ianya timbul takde menunjukkan tanda-tanda kecil ke tumpul ke ape ke. even bile my SIL advise suh urut nipple before deliver sbb nak bg nipple ready, i cakap i dont have a problem with it. my SIL told me that she has to urut before deliver sbb masalah nipple yang tak timbul. but then after deliver..ok je. 
so, bile fieras lahir... bile dia lapar, i try bagi dia direct bf. adalah diingatkan bahawa bayi sy lahir 4.3kg. nafsu lapar dan mau minum dia melebihi baby lain yang normal. so, bile dia try hisap then tak dpt.suprisingly nipple i jadi sangat FLAT!! dia ngamuk2. last2..nurse give up tgk bb fieras mcm sgt kebulur, terus bagi susu hospital. :( ms ni sy sangat sedey..sbb selain keluarnya fieras, my dreams moments was to breastfeeding fieras. for 2 nights fieras stay kat hospital, dia tak bole minum susu saya and breast pun xbengkak lagi. mcm belum ada susu.
i terpaksa pump every hour sbb fieras nak susu every 1hour. 2oz each time. breast bengkak..fieras nanges..kene pump..dan mengantuk menyukarkan sy nak try direct bf dia. bile ade ms free, sy kene pump. nak try and error dia direct bf. memula bg minum susu pkai cup sbb tak nak give bf dia. tapi kesian sgt sbb dia tak puas minum. last2..after a week, terus bg susu dalam botol. kakak sy marah sbb akan jd nipple confusion tp kesian wey tgk anak tak puas minum dalam cup. sedey tau tgk!
biarpun xdpt direct, each time pump i can get up to 8oz. ms tu happpy sangat sbb berjaya bg fieras susu eventhough tak direct. i ade baca kat tenet, pump wont help stimulate susu but i wont believe it. i need positive mind. bile fieras msk 3weeks kot..ade satu masa tu fieras tak tdo malam ok. berbeza dgn ibu2 yang direct, anak tido anda bole tido. sbb anda tak perlu pump. tp mcm sy, ms fieras tido adalah ms sy mengepam. sy akan pump up to 45minutes..sy seriously tak cukup tido. so, bile siang, kakak jg fieras kejap sy tido. sy tak mo makan. sbb bile je ms free sy nak tido..dan lapar tu takde dalam kamus idup. :( 
and tetibe.. satu hari susu sy berkurang. berkurang sgt2!! sekali pump nak dpt 2oz pun bercinta. ms tu fieras dh mula minum 3oz..and still every 1hr. kakak sy bagi makan pil hormon..entah ape nama dia lupe. tetap tak berkesan.. susu makin kurang. cukup abis pantang.. fieras dh stop dapat benefit susu ibu. ms ni sedey sgt... :( and since my mom and my sis pun jenis yang tak byk susu, i takde knowledge how to stimulate breast milk again. :(
smpai sekarang, sy sangat jeles ngan mommies yang dpt bf anak. seriously jealous. sy try beli shaklee and pump.. tp sebab still takde susu, pump pun jadi tak consistent. pump breast bile breast sebenarnya takde susu sangat uncomfortable ok. sgt sakit! :( sy buat power pumping mcm kwn2 ajar..tp sy sgt tidak dimotivate apabile setiap kali pump pun x memberi kesan kepada milk supply. :(
eventhough skang fieras dh 6months, i try amek pil hormon semula and pump lagi. sangat harap bende ni memberi kesan sbb sy nak bg susu badan kat fieras. oh ya..aritu try nursing fieras kan sbb bc tenet bb latch on help stimulate milk supply. tp haram fieras tak mo. nipple pun x timbul2... mcm manela si kecik tu mau isap kan? cuma sy harap sy konsisten dan lebih bermotivasi kali ni. tenet ckp.. after more than 4months nak relactate, it will quite challenging but not impossible. harap2 benarla ia! :)
mungkin ade mommies yang ckp.. redha jekla. sy nak redha..tp bile fieras jatuh sakit atau mcm skang dia kene skin irritation, sy sgt berharap sy ade susu badan nak improve immune system dia. :(
doakan sy ok!




Friday, April 13, 2012

super.duper.penat.

fahamila..bahawa entry ni bukan mengkomplen.cume nak meluahkan bahawa : 
betapa penatnya saya rasekan!! sy harap..sy boleh tido sepanjang hari untuk menggantikan waktu tido sy yang tak ada langsung.
minggu ini mcm recap jaga fieras ms dalam pantang. tp ms pantang still the winner. masih paling horror. but then this week..boleh challenge posisi sebagai antara momento plg horror dalam jaga si kecik ini.
kisah bermula sabtu bile tengok fieras mcm sakit mata. mata dia mcm berair..and keliling mata di kemerah-merahan. ms tu relax lagi sbb fieras sket pun xnanges..maybe perasaan mak dia je terlebih.
horrornya datang ms ahad - nak masuk ke isnin jam 12.00 tengah malam. he can't stop crying!! bagi susu tak mo..bagi minyak sapu perut pun xjalan.. last2 pg hospital, sbb risau ade benda lain yg aku tak tau kan. bende lain tu maksud aku..dia rs sakit kat mane ke ape ke.. mase bawak kuar umah...elok je dia tak nanges. smpai kat hospital tak nanges. kat hospital tak nanges...tp tgn dok menggaru kepala dia. ok..seluruh kepala dia kemerahan tau! kesian sgt tengok! doc ckp dia allergy..allergic kat ape tak taula. bg ubat, dia terus mamai dan tido. ms tu dh kul 1.30 pagi.. umi dia ngantuk dah. last2 abah jg sbb mata abah dh tak ngantuk. mila tido kul 2.30 pagi. jam 3.30 fieras bangun smbung melalak... sekali lagi tak tau ape tak kene ngan dia. msuk buai..dia menanges lagi. tp bile buang lapik bantak yang selalu jadi alas dia dalam buai.. terus dia senyap..dan dia sambung tido.
esok paginya dia bangun kul 8.30..smbung nanges tp kejap je. rsnya dia nanges sbb tak puas tido sbb kejadian pagi tadi kan. mandikan dia cepat2..then bagi dia tido balik. mmg lama la dia tido.. almost 3hour. dia bangun mood dh baik sket tp nanges2 jugakla sbb mcm nak tido lagi. bagi susu.. dia smbung lagi tido. dan aksi itu berterusan sehingga esoknya tau!! 2 hari aku cuti sbb nak layankan dia yg rs tak sedap badan kan.. 
tp all this week ni..dia mmg mcm tak sedap badan. siang dia ok.. malam dia ok.. tp bile time dr jam 2.30 pagi smpai ke jam 6.30 pagi.. dia bangun every 1 hour merengek2.!! every 1 hour tau!! aku mmg sangat penattt smpai rs nak nanges. buaikan dia..tepuk dia..dodoi dia..mcm2 aku buat. dia akan tido kejap..tak smpai 1 jam..dia bangun, smbung merengek balik. for god sake!!! tak tau kenapa.. nak ckp dia sakit ke ape ke... bile tepuk2..dia tido. bile dodoi dia tido cuma dia mcm tak lena. dia mimpi ke? baby tau mimpi ke? aku smpai tido duduk tau. dh lama tak buat perangai tido duduk sejak zaman universiti dulu! :(
kesimpulannya..aku msk ofis dis week mcm... mayat hidup. kene marah ngan bos pun.. aku mcm ala2 mamai.. marahla bos.. sy tak tau nak ckp ape.. sbb takde ape yg bos marah boleh replace rengekan anak sy sepanjang malam!!!seriously aku sgt letih.. aku harap ni cuma sementara je sbb kalu next week mcm ni gak... xtaula ape jadi kat aku. boleh migrain wey tak cukup rehat nih! :( 
nak ckp fieras alah makan..skang ni dia cuma makan puree buah je..itupun epal ngan pear yang aku blend. takde lain pun.. sbb takut kejadian allergic itu berulang kan. mungkin dia mimpi.. (sedapkan ati....)
korang ade tips tak mcm mane nak handle bende ni wisely? please.. sbb aku letih sgt. nak marah fieras..budak tu ape tau. nak marah diri sendiri... xde koje la..sbb aku terlalu penat nak marah. last2 layan kan dia je..dia nanges, aku tepuk2la.. nanti dia tido. aku behenti tepuk, dia terjaga, smbung balik nanges... repeat motion tepuk tu..dia tido..behenti tepuk..dia bgn..tepuk..tido..behenti tepuk..bangun..and its go on over and over again...
ya allah..bgla sy kekuatan dan ketabahan! :(

Saturday, April 7, 2012

bile.ada.anak.

kisahnya bile seorang isteri, seorang kawan, seorang perempuan mendapat anak.
her life revolves around her and his son.


sangat betul ok. berborak sama-sama mak pun..takleh lari dari bercerita tentang anak. even citer psl shopping pon...still pasal anak. citer dengan kawan yang bujang pun...masih selit2 bab anak. citer kat perempuan lain dalam lift pun..masih psl anak. berborak ngan suami pun still pasal anak. life sy boring kah??? hihi..tidakla. i love my life better when i got fieras. everything seems so challenging but yet soooo wonderful! :)
umi : fieras tau tak.. fieras ni kesayangan umi? 
fieras : 'sengih'
umi : betul.... semuanya untuk fieras tau. 
fieras : 'sengih' lagi..
abah : betull fieras... abah skang ni pun dh jatuh no. 4 , no .5 tau!
fieras : sengih byk kali..
bukan ketepikan asbenla. tp tumpuan kat asben takdela sama mcm mase kawen dulu kan. tumpuan tu terbahagila juga. cakapla kat sesape pun... situasinya sama.asben tu tumpuan kat kite pun xdela 100% lagi...bile balik rumah, tgk anak dulu.then baru perasan - eh wife aku kat sebelah. haha.. takde to that extend!kalu smpai mcm tu sekali...mila, kamu tido luar!!haha..
kadang2 kan aku gtalk dengan cik didi kan.. either bercerita psl adyan and fieras, kitaorg citer psl life skang and sket2 citer psl.. kwn2 ngan keje. 
bile ade anak.. satu bende yang sangat obvious berubah... shopping. dulu dpt gaji..nak beli jeans barula, kasut barula..wallet baru, handbag baru, baju kurung baru.. pendek kata every month ade bende baru untuk diri sendiri. sekarang ni? aku dh tak ingat bile last aku beli baju untuk diri sendiri. wallet atau handbag ape tah lagi... last month belikan diri sendiri kasut itupun sebab tapak kasut keje tu dh ternganga. bli skali perfume sebab perfume aku dh abis. ms beli perfume kan..rs mcm sadis la juga. kan biasa beli perfume gucci guilty atau feveret - givenchy angel au demon tu kan.. yg harga almost rm400 kan.. tp baru2 ni belila perfume apa yang mampu je. bukanlah aku beli perfume silky girl atau enchanter ke.. tp instead of find something i love.. i just settles with something nice and berbaloi. mcm perfume harga 200 untuk 100ml. kadang2 ade terfikir... susahnya skang ni tp bile main ngan fieras..tgk dia hiburkan hati, i will trade my world for him! sound klise..but sooo true. cakapla kat mana2 ibu pun...
kene behenti menaipla..nk kene tidokan si kecik ni. bye!


Friday, March 23, 2012

his.first.food.

alloppp! :)
sangat excited nak update story kat sini. sebab fieras dh masuk 5 bulan!!
apa yang dia dh pandai?? byk dah pandainya.. semakin pandai mengesot..dh angkat badan ngan bontot.cuma takleh angkat serentak.. kalu dh leh angkat serentak kompem dia dh start nak belajar merangkak! 
anyway..yg excited nak citer adalah fieras sudah mula makan!!!
aku tau ni consider awalla kan..bagi fieras makan. tp kalu mu tengok mcm mane anak aku excited tgk orang makan..dr saat kite cedok sudu smpai sudu masuk dalam mulut..dia akan tengokkkkk je..pastu mcm telan air liur. kesian kan??
spt nasihat paed - aku start bagi fieras makan umo dia 5 bulan! :) yeyeh! aku bagi makan HEINZ tu.. rs buah pear. aku mls nak try yang extreme lagi sbb rsnya cukupla bagi makan puree buah je dulu. aku dudukkan fieras kat BUMBO seat dia yang aku belikan tu... kemudian, suap dia! yeah..makanan tu jatuh semula. daripada beberapa sudu aku bagi .. aku rs ade la 2 sudu je kot yg btul2 masuk tekak dia. hihi.. takpe..first attempt mmg mcm tu. :)

so..esoknya kat taska, aku bagi lagi 1 bekas heinz. aku bajet 1 bekas tu leh tahan for 2 days la untuk fieras. bile pick fieras petangtu.. pengasuh dia ckp ade lagi setengah bekas.. fieras makanla tp xdela beriya sangat. susu pun dia masih minum mcm biasa. :) since ade lagi setengah bekas..aku takdela tapau makanan utk fieras lagi. opps..lupe.fieras makan tak tumpah2 kalau pengasuh dia memangku dia..kalu duduk kat BUMBO tu asik jatuh je makanan tu.
after 2 days, aku try another flavor. kali ni carrot + keledek + parnish (aku tak tau ape bende nih!).ok..makanan yang ini dia melantak abis ok! pengasuh dia ckp dia sangat suka bende ini. hihi.. okey! umi take note favorite awak! and arini aku bekalkan epal + mangga plak. saje nak ngetest dia ok ke tak. tp tghari tadi aku datang..dia dh abiskan 3/4 jar tu okeh! fieras...fieras...


actually..aku tak tau yang kite kene bagi 3-5 days baru dia try flavour baru sbb nak mudahkan kite detect if he got any foods allergy. sorry fieras..umi tak taula! :(aku bagi HEINZ sebab tak bli lagi buah2an untuk dia. lagipun HEINZ tu aku beli ms expo baby kat KLCC aritu. pasni mesti aku excited nak buatkan dia makanan. :) aritu aku dh buat puree carrot + susu dia..(aku bc kat tenet, ni mcm nak bg rs creamy kat makanan dia)..haram dia tak mo makan. sama ada dia belum lapar ms tu..atau dia mmg tak suka puree carrot+ susu!:p 
fieras cuma dpt makan waktu siang je. kat taska. bile kat umah aku tak bg sebab aku xnak dia kusyuk sgt makan smpai tak minum susu. sekurang-kurangnya..malam dia masih nyusu seperti biasa. :)alhamdullillah.. so far skang dia tak de meragam pape ke..dia sakit perut pun xde.. buang air pun masih spt biasa. hopefully boleh continue mcm tu lagi. :) dan jujurnya.. aku sgt suka bile fieras dh pandai makan. mcm best jekkkkk... makin bam bam la anak umi macam ni kan? :)

Wednesday, March 14, 2012

k.r.e.a.t.i.f

just nak share salah satu bende yang best bile jadi ibu - kita jadi KREATIF!!


- kreatif reka lagu untuk hiburkan anak..siap dgn rap skali!
- kreatif buat susu smbil dukung anak..
- kreatif untuk buat tarian dukungan baby..mostly i will dance tango with fieras!!
- kreatif buat pelbagai bunyi binatang!
- kreatif menyusun segala harta benda fieras supaya muat dalam satu box!
- kreatif mengeluarkan pelbagai idea supaya si anak stop menanges!


semua tu.. buat aku rs bangga ngan diri sendiri. kamu mcm mane plak??? ade anak buat kamu jadi..... ?

Wednesday, March 7, 2012

k.o.m.u.n.i.k.a.s.i

arini nak ckp psl topik keje. hihi..lama tak borak psl keje kan? :)
pd yg tak tau.. aku dh pindah kementerian lain. iyer.. tidak lagi di MOA/DOF. gembira..sudah tentu ya dong! sbb hidup aku tak sehuru hara dulu. tp..tempat baru takdela seindah mane pun. keje aku ok tp seriously bos aku garang giler..super duper garang. ibu mertuaku pun kalah ok. (mksd aku citer ibu mertuaku bukan ibu cik mila ye!)
ok..ms aku keje kat DOF..its department, and small. dlm cawangan kewangan..kire aku bos. so.. byk keje and decision aku kene buat. so..komunikasi adalah aspek yang aku kurang amek berat, aku justtau buat keje aku sebaik mungkin je. for 3 years aku tak penah polish communication skill aku. lagi2 bile aku dpt bos sengal..kat dof tu yg menyebabkan aku kene buat keje mcm pengarah plak...lgla komunikasi aku ngan bos aku hampes!
tp berbeza ok..kerja kat kementerian. slowly aku kene adapt dengan environment baru ni. komunikasi dengan kwn aku ok. dengan staf.. ok. tp bile dengan bos aku..mcm hampes sket. jadi utk ngelakkan bercakap bukan2 atau ckp bukan dalam manner yang sewajarnya.. aku mls nak berkomunikasi dengan bos aku. communicate bile perlu je. 
and aritu..dia tegur aku. dia tak tegur cara aku communicate..(yela mcm mane nak tegur..aku bukan deal ngan dia selalu kan? kalu kene deal pun dia je bebel..aku senyap!)ok..dia tegur cara aku present slide. for god sake! aku tak penah present slide ms kat DOF. last aku buat presentation ms PTK aku je yang kene present SKT. itu pun cik min cakap aku present sempoi je..siap gelak2. ok..seriously aku mmg tak tau nak berkomunikasi secara serius. bukan present je tapi perbualan biasa. aku xtau bile aku boleh btul2 serius (except ble kene marahla!). ms bos aku tegur tu..aku mcm down giler. actually problem tu mmg aku tau. sejak aku grad dulu. ok.. aku grad ngan first class honor. aku dpt anugerah naib canselor. tp... bayangkan aku pg 12 interview.. and tak penah dpt sebab rata2 komen, aku mcm bebudak. and aku tau dorang ckp sebab dr segi self-presenting aku. :( ade sekali tu.. orang tu ckp aku tak cukup matang utk job tu. aku tau aku boleh buat keje dengan baik.. tp tula..first impression org mesti tgk diri ko tu presentable ke tak kan? bukan dr segi dress up je..tp cara berkomunikasi gakla kan?
ms aku interview ptd utk 2nd time.. aku rs akula candidate paling lama di interview. 45minit smpai hampir 1 jam. mmg aku leh jwb soklan dia tanya tu..tp aku jawab mcm tak serius. aku senyum.. sengih. mujurlan interviewer tu jenis sempoi je.. tp yg tak bestnya dia ckp cara aku ckp mcm bebudak.. and dia tak sure either orang yang dia interview ni adalah orang yg sama dpt anugerah naib canselor tu. :( eventhough orang tu gelak2.. tp ms aku balik dr interview tu aku terasa hati jugakla. tp nak buat mcm mane eh? tu mmg aku. kalu depan orang yang aku tak kenal.. insya allah aku boleh meminimakan kesengalan aku tu..tp bile aku meeting dengan orang2 yang aku dh biasa.. mulalah perangai aku tu muncul semula.
doktor yang rawat aku ms aku deliver fieras tu ckp aku bagus.. sebab happpy je. tgh operate pun boleh gelak2 lagi..dan itulah aku. cuma aku tak berapa pandai nak differentiate aku yang normal dengan aku yang sepatutnya jadi bile kat ofis. adui! bagaimana ye. aku nak try improve (harapnye sy tak lambatla!) tp bagaimana ya? korang ade tips tak??


Monday, March 5, 2012

a.d.d.i.c.t.e.d.

hello peeps!! :)
penat giler rsnya arini msk ofis. last wiken balik JB. tak puas rasanya balik kejap je. tp nak buat mcm mane..susah nak cuti skang ni. so, terpaksala..balik kejap je.  Anyway, entri kali ni,..aku mcm nak share kegilaan aku. atau lebih tepat perkataannya adalah - ketagihan. kalu tagih ni mesti bukan something good kan?? kalu something good .. orang akan guna perkataan obses. :) kegilaan..aku mencari dvd haram. iye.. aku mmg pengumpul dvd haram yang tegar! aku start mengumpul dvd haram ms aku kat U lagi. and aku cuma ade satu je port aku suka kat jb tu. so.. aku mmg pelanggan tetap sejak umur aku 20 tahun kot! uish... dh 9 tahun rupanya aku mengumpul dvd haram dan mengkayakan tokei tu. tokei yang sama ok! aku suka beli ngan dia.. sbb anytime aku boleh tuko kalu dvd tu rosak ke atau tak memuaskan hati. and tokei tu tak penah tipu aku ttg kualiti dvd dia especially yang movie. if kualiti dvd tu taraf.. tgk kat wayang, dia tak bg aku beli pun. dia akan cp "amoi..tggu lagi 1 minggu..datang yang elok punya br sy kasi jual sama lu!"seyes.. kalu dia tipu pun, esok aku dtg pulangkan balik minta dvd lain. 
so..balik baru ni aku pegi jugak. membeli semua dvd (mostly series) yang aku dh lama tak tengok. siap belikan dvd untuk puan didi skali. bile tokei tu tanya 'mana abang?' - aku cakapla 'tu ha..tengah jg baby!' barula aku perasan.. aku melanggan kat sini dh 9 tahun!! daripada aku student, kerja, kawen and now fieras 4 bulan.. aku mmg pelanggan tetap kedai ni! patutla abah aku ckp... "dh ade anak pun, perangai tak berubah.nak jugakkk bazir duit beli dvd tu.um..um.."  entahla..mungkin ade certain things.. mmg takleh nak ubah. ok..bukan tak boleh, aku prefer untuk tak nak berubah sbb bende tu buat aku happpy. :) tengok leverage..castle..burn notice..csi..adelah hobi. uish.. kalu tu membazir, kumpul stamp pun kire membazirla kan? :P maybe ade org tak leh terima gak ketagihan aku ni sbb .. tempat aku kerja skang ni kire mcm tak sesuai dgn sikap aku yang suke men-shopping dvd haram berkilo2. hihi... tak kisahla. aku penah shopping dvd haram ade pakcik polis sekali kat situ shopping gak! 
so baru2 ni aku shopping smpai rm100! ini telah disumbangkan sekali oleh puan didi yang kirim downtown abbey ngan the good wife. before dis aku belanja lagi dasar.. rm200 sbb aku gi beli full season of FRIENDS. uish..uish.. mmgla takde duit untuk diri sendiri nyer shopping sbb semua duit pg kat fieras dgn dvd haram kan? uish..uish..
okeyla..balik ni nak sudahkan castle.pastu leverage dh complete season 4 aku beli dan .. citer the mentalist beli lagi. ok..sy suka! :)
 

Wednesday, February 29, 2012

weight.issue.

mcm pelik idok tetibe aku sgt semangat membubuh entri kat blog aku ni? ha..ni semua inspired by Dr.Halina nyer blog. aku sgt suka blog dia..and aku follow blog thru emel sbb dia pkai wordpress..blogspot takleh follow. arini dia wat entry psl post-pregnancy issue which dia ade weight issue dan issue tu dh menjadikan dia jadi mcm seriau mau pkai heels semula. oh ya...dia pkai heel up to 5inch ok! and ble dr.sheikh muzaffar tu blikan heels superb cantek utk dia baru2 ni.. dia rs itu ade bahasa berkias asben dia utk dia kurus. haha.. which aku rs pun mcm iya. 
so.. aku nak share sket psl issue after pregnant. ok..ms aku pregnant, aku naik berat badan 10 kg je. iye..betul.sila percaya. maybe sbb aku tak makan mcm ibu2 mengandung yang lain. aku makan dalam kuantiti yang sgt normal utk aku before pregnant. jgn slh sangka.. aku masih ngidam, masih makan mcm-mcm tp tak taula nape..berat naik 10kg je. ms awal tu aku sgt risau naik sket je sbb kakak sepupu aku kata kalu naik sket.. nanti nak deliver normal susah. (syukurla..aku LCCS). and turn out..fieras adelah punca separuh dr kenaikan itu. 4.3kilos bebs! after tolak ngan uri ke air ke..maybe hanya 2-3kg je berat aku naik. so..after bersalin, dalam tempoh sebulan berat aku turun 14kilos. iye kwn2..14kilos. maybe sbb kurang tido, stress, kurang makan.. menjadikan berat aku turun giler2 punya. dan sekarang ianya maintain pada kadar 54kg. takdela kurus mane kan? cuma masalah sket... bile baju2 kurung aku mula nampak mcm baju kurung yang dicuri. haha..seyes wei! mila siap perli ckp.. aku curik baju sape ntah. especially baju kurung pahang aku semua... hampeh nyer besar. kalu bahase orang jhr - gedoboh! jeans? siap kene pkai belt skang! and ade jeans dorothy perkins aku tu..tak payah bukak button and zip tolak sket2 jeans tu boleh tanggal! tp aku bersyukur jugakla.. yg berat aku tak naik byk except for perut yg sedikit buncit dan menggeleber..... 
kawan aku ckp..muka dh nampak sket cengkung dan kurang seri dah sejak aku kurus ni. ade eh mcm tu? betapa ramai ibu2 yang br bersalin nak dptkan berat asal payah... dan aku lebey kurus dr waktu before kawen..pun rs masalah juga. yela..org ckp aku dh nampak mcm org sakit..huhu..pokoknya skang, aku cuba nak maintain berat badan skang tp dalam ms yang sama, belajarla cara-cara nak bg diri nampak berseri sket. sila la.. minum pati prune BRAND's..untuk menaikkan seri wajah! acececece...
ex-ibu mengandung..kamu ade isu apa plak? :)


new.look.

hype peeps!
semalam belek2..blogger ni. br perasan ade design baru. cet! terus bersemangat aku mengubah tulisan.. arrangement etc. nak ubat background design tu mcm tak mo la. aku suka kaler biru hijau ni. nampak ceria!
so..tukarla sekali nama blog ni. dulu dr little part of me tuko ke my white dress sempena amek mood org nak kawen..dan skang nama dia superumiey sempena jawatan baru yang aku sandang skang ni.:p
kadang-kadang rs nak post entry lain kat sini..yela asik ckp psl baby je kan  tp setiap hari ade je bende baru yang fieras buat..yang menjadikan aku sangat excited nak story kat sini. 
sekarang fieras dh masuk 4 bulan. memula aku excited nak bagi semi solid food.. cthnya puree buah-buahan kan..tp paed advise 5 months br start bagi sbb takut perut dia belum develop betul lagi. padahal fieras dah ala-ala excited tgk mak dia makan.. dia mls nak minum susu. takpela.. aku sabar sket.eh salah..fieras sabar sket. lagi 2 minggu je kamu nak masuk 5 bulan..nt umiey sumbat semua makanan kamu nak. hahah.. :p
ms fieras 3 bulan.. mcm-macam dh dia pandai.
berat- 6.3 mommy!!
meniarap - checked! 
golek2 atas comforter- checked! 
kenal muka orang- checked! (ini telah menyebabkan dia mula tak nak kat org..kalu org amek je nanges!)
dan disebabkan dia sgt aktif..membuatkan dia mls nak minum susu. asik nak main jek! cuma ms dia 3 bulan ni sadis sgt sbb dia banyak kali jatuh sakit. demam, cirit birit, batuk2, selsema..mmg sadisla. :(  tp dia still aktif dan tak lembik2. aku siap amek cuti seminggu jg fieras..dan siap aku pon migrain risaukan dia. 
skang berat dia dh cecah 7kg dan dia dh start bangun dari rocker. aku dh tak leh tinggalkan dia kat rocker. dia dh bangun..nak duduk kat rocker. dia tak nak bersandar. perangai baru lagi..xmo duduk dh kat stroller dia. sbb stroller dia attach ngan baby car seat menjadikan dia nyampah duduk situ. ini semua sebab kaki dia berjuntai keluar..dia tak suka. uish..uish..diva kan anak aku? :P pasni maybe kene beli walker plak. makin giatla anak aku tu.
aritu aku pegi motherhood expo kat KLCC. anyway..ok jek expo tu. tapi tak byk bende aku excited nak beli pun. aku just beli food processor ngan bumbo seat untuk fieras duduk. uish.. fieras duduk kat situ mcm bos ok. sbb tulang belakang dia dh kuat..so dia duduk mmg mcm budak besarla. aku potong kuku kaki dia pun suh dia duk situ..senang! :) 

 RP : RM269 (ms expo RM190) tp..kalu time sale cecah RM160!
 
maybe untuk new mom .. atau mom-to-be expo tu okeyla. byk bende berguna untuk newborn. next ni 9mac kat mid valley. jgn lupe join ok? aku maybe pg lagi sbb nak cari buai automatik untuk fieras. fieras tu ha..takleh buai behenti sket, asik terjaga jek. sudahnya..susah aku nak ke toilet ke, masak ke.. mandi ke. buai auto kalu kat kedai cecah rm300 ok..sebab tu aku ingat nak check ms expo.maybe murah kot..(ayat sedapkan hati!). 
ok..pasni janji tak story manyak2 psl fieras. aku ingat pasni nak review kedai baby. hahah.. sje nak menghangatkan hati untuk pegi shopping. :P
okeyla..nak smbung wat keje. nanti aku tulis pape yang patut lagi! :)


 

Saturday, February 11, 2012

ble.dia.masuk.school.

salaam namaste!
barula aku dpt update blog ni setelah sekian lama. :) actually sebab aku dh masuk keje menjadikan aku makin tak sempat nak menghupdate blog.
anyway... setelah 3 bulan life aku berkisahkan fieras semata-mata..akhirnya 30 januari 2011.. aku mula masuk kerja dan fieras start masuk school. jam 7.30 pagi, aku ngan mila dah mula antar dia ke school. arini je cepat sbb mila belum penah msk taska tu so dia tak tau rupa paras taska tu. tp mila terpaksa blah cepat sbb dia masuk keje kul 8. akula antar fieras ke bilik nurseri dia.. jumpe pengasuh yang jaga dia bagi pesanan khidmat masyarakat kat pengasuh dia. 
masa nak tinggalkan dia tu..sedih tu tok sah cakapla. biarpun fieras selamba borak2 ngan cikgu dia, ms aku cium dahi dia tu mmg dh bergenangla air mata. bile aku bangun nak blah, dia behenti borak, dia tengok aku bangun muka dia mcm pelik je.. dia tengok aku smpai aku turun tangga. ms tu aku dh nanges dah.. br tau mcm tula perasaan ibu bile terpaksa berpisah dengan anak dia kan. biarpun kejap.. yela aku jaga dia 3 bulan. dia dh biasa ade mak dia sepanjang masa..aku pun dh biasa ade fieras sepanjang masa. biarpun dia meragam.. dia buat aku tak mandi 1 hari.. tp dia intan payung ok. dia buat aku gelak sepanjang masa.. tak penah boring layan dia. tak penah sunyi bile dia ade. tp akhirnya mak dia masuk keje..mak dia tinggalkan dia kat orang untuk jaga. sedeynya!!
betapa aku harap cik mila naik jadi 48 atau 52 supaya aku leh behenti keje dan jaga fieras. nak membesarkan dia sendiri. xnak ade orang lain jaga dia. :( tula..tp harapan mmg harapanla. bile cik mila dh naik 48 or 52.. makin byk gak expensesnya end up duit still tak cukup kan? so, kerjala umliyana. redha..dan harap yang terbaik untuk fieras. harap dia ok dan sihat walau dijaga oleh orang lain. :( 
setiap hari.. mcm luluh hati antar dia kat school. 
setiap hari..tak sabar tunggu jam 5.30 petang. 
inilah hati ibu kan. kalu leh nak berkepit je ngan anak dia. :(

Monday, January 30, 2012

first.anniversary.



diam..diam .. dh setahun rupanya aku ngan cik mila kawen. rs mcm baru jekk..hihi. sudahla umliyana. anak dh 3 bulan dh boleh ko ckp mcm baru jekk?? :P anyway, marriage is tough for first year u know. eventhough dah kawan 3 tahun lebey.. ade je sikap dia yang buat kite surprised. mungkin itu namanya kawen... bile dh duk serumah, barula tau kan? 
pape pun.. dalam setahun, kami dh dpt anugerah terindah dengan kehadiran muhammad fieras bin mohamad fahmi. dia buatkan dunia kami maaaakin indah. :)
ok..stop citer psl fieras. citer psl setahun kawen.. :
- tak sangka yang diri sendiri sebenarnya pandai je masak.. mungkin tak se-master orang lain tp tidakla sebongek yang aku sangka selama ini. :P
- tak sangka boleh jadi super woman. perempuan yang ade kerjaya, seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak! :) dan sangat kagum ngan diri sendiri. :P
- setiap ari cuba enjoykan diri dan asben .. sentiasa rs diri pengantin baru biarpun setahun dah wey! *actually, we promise each other dat having son won't change us much* hopeeefullly!
- masih belajar untuk jadi menantu ok dan sister in law. rasanya ni yang paaaling mencabar sbb banyak bende nak kene tau dan faham yang life kami bukan tentang kami berdua je. :(
- masih boleh berdikari!! yang ini sy suka. sbb sy tak suka nak susahkan cik mila. if sy leh buat dan mampu buat... sy akan buat sendiri. :)
sebenarnya... semua bende adalah benda baru. bende yang kene belajar. sebab perkahwinan tu bukanla sesuatu yang magic menjanjikan bahagia. ia adalah satu ikatan yang memerlukan kedua-duanya berusaha untuk membahagiakan satu sama lain. :) betoollll tak?
okey..skang ni nak idea..perlukan idea..sy masih tak belikan cik mila pape lagi. sy ketandusan idea. sy nak belikan dia kamera yang menjadi idaman dia.. tp takpela. harga dia cumel sangat. :P 
korang ade idea tak? :)


Thursday, January 12, 2012

first.time.


salaaaaammmm!
selalu takde masa nak bubuh entri kat blog ni. sejak ade fieras... rsnya pembahagian masa tu tak berapa bijak lagi. :( takpe..pelan..pelan..
anyway.. just nak share pengalaman first time jaga fieras sorang. yela..sepanjang fieras 2 bulan, mmgla sy jaga fieras tp still ade umi, ade adik dan ade kakak yang akan tolong kalu ade pape. tapi skang..almost one week kami just berdua je sebab dah balik putrajaya. abah dia koje la kan? :)
first day dengan fieras.. uish memang kekok sangat2. fieras plak mcm tau first time tinggal berdua dengan umi dia.. takleh tinggal kejap. duk melalak je. eventhough tido dalam buai pun dia mcm perasan je sy takde.. then dia terjaga..tgk sy takde dia melalak lagi. nak masak megi pun memakan masa setengah jam untuk settle. bile tgh masak air, dia melalak tutup balik api tu. dia dh ok.. pegi balik dapur, masak balik air. pastu dia terjaga plak.. padam balik. manela tak bende 5 minit jadi setengah jam kan?
mandi? umliyana dapat mandi lepas cik mila balik. bayangkanla.. nak mandi pun tak bole. sy leh nak mandi laju2 tapi.. nak mandi wajib, mane leh mandi kejap kan? cabaran betul. malam dia banyak tido.. cuma bile pagi je dia dh start buat perangai tak nak tido. tak tau nape..asik nanges je.. bagi susu takmo.. tido takmo.. nanges je. ush.. ms tu rs nak menjerit je. adikkkk...umi ngantukkkkkkk!! sib baik ms tu dia buat perangai kul 6 pagi.. terus je campak dia dalam buai. hah! tido pun!
tp ari2 seterusnya dia dh improve. bile dia tido..dapatla sy kemas2 sket apa yang patut. siap sy dpt tido bile dia tido. sukanya! bile dia bangun je sy bwk dia jalan2.. sukala muhammad fieras tu! oh ya.. dia mcm uminya ye. suka berjalan! :)
selain tu nak share, bestnya bile cuti pnjang menjaga fieras. rsnya banyak moment yang takkan lupe seumur hidup..sebagai contoh :
saat dia mula pandai masukkan penumbuk dia dalam mulut.. :)
saat dia mula pandai angkat tangan dia sendiri tinggi dan dia menunjukkan wajah kagum melihat tangan dia sendiri.
saat mulut dia dh mula menegur. owh..sekarang dia sgt becok ok. pantang ajak bual.. dia akan bercakap tak henti.biarpun apa yang dia bualkan cuma.. ooo..huuuu...agegege...uwaa..kadang2 dia senyum2..dan gelak2 mcm pahamla ape kite cakap.
saat dia dh pandai angkat bontot sendiri dan mula nak mengiring..
bile dia dh pandai angkat kaki..dan tengok kaki sendiri dengan rs kagum.. :P
bile  dia muntah kat bahu umi dia, dia senyum2 konon rs lucula tu..

next week dia dh mula antar kat umah pengasuh. susahnya hati sy.bukan tak percaya pengasuh...tp tgkkan gaya fieras yang bile susukan dia, kene byk sabar sbb dia akan nanges, dia akan tak tau duduk diam sambil menyusu. bile dia nanges.. ingatkan dia tak nak lagi.. tp dia cuma kecik ati sbb lambat bg susu.pastu dia ok.. kdg2 dia bangun tido, dia nanges nak susu. tp bile bagi susu, dia minum sket je pastu dia smbung tido. dia cuma nak alas perut je.. paling risau.. dia jenis susah buang air. kalu dia berak kene tolong sket... mcm mane eh? adus..susah hati sy nak bg dia kat orang jaga. :(

tp bile fikirkan sape nak bagi gaji kalu duk jaga fieras... tawakkal jekla umliyana. insya allah takde ape2.. :)