Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

anugerah.terindah.

salam peeps! :)
baru arini ade chance nak belek FB dan nak hupdate citer kat blog. 
peringatan : entry kali ni adelah sangat panjang okeh! sila tabah membacanya. :)




(jap ayat skema!) 
adalah saya ingin memaklumkan bahawa, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fieras Bin Mohamad Fahmi pada 20 Oktober 2011 jam 5.32 petang di Hospital Putrajaya. 
(ayat tak skema plak!)
Fieras dah kuar!!! :) berat dia 4.31 kg! yeps..tolongla percaya kerana estimation doctor saya adalah sangat tepat!! 


pengalaman before bersalin :
seperti entry sebelum ni berat baby saya pada 11 Oktober 2011 - 3.7kg. so..bile appt terakhir saya dengan doctor pada 19 Okt 2011, saya sangat berdebar. saya harapkan estimation doktor sebelum ni maybe kurang tepat..atau maybe anak saya cuma naik sket je. atau berat dia tak berubah la. berat baby adelah penentu utama kepada teknik bersalin kelak.:(
19 oct 2011 saya ke hospital putrajaya. kakak antar sbb saya telah dihharamkan oleh cik mila daripada membawa kereta ke mane jua. kan awal2 kene amek berat ibu kan? berat saya jadi : 69kg! last week kan..baru 67.3 kg. biar betik! takkan naik 2kg kan??ms ni dh tak sedap ati. 
masa jumpe doc.. biasala doctor saya sangat direct orangnya. sy ingatkan dia yang dia  nak check berat baby arini before dia decide bile saya nak kene induce.so..agenda utama kami adalah meneliti berat baby!
first scan : mesin baru datang kat hospital. doktor estimate 4.2kg! mak ai! beza 7 hari takkan la 4.2 kg kan? doc try buat kiraan lagi.. masih lagi sama.. 4.2kg. hihi..masa ni dah gelak2.   myself : doktor, xnampak pun denyut jantung baby saya
doktor : itu nanti kita tengok, yang penting sekarang kompemkan berat dulu. (ms ni sy bantai gelak.. sbb nampak muka dia yang sangat tak percaya)
suasana lebey dramatik - 
doktor : nisa (ni nama nurse dia) .. saya nak try mesin lain. carikan mesin lain.. mesin yang biasa guna. 
nurse tu pun carikanla mesin baru. dalam ms nk dapat mesin lain.. dia cakapla, kalu kompem berat mcm ni, awk nak c-sec ke normal?dengan selamba saya jawab, sy nak c sec. kalu berat dia 3.9 pun saya nak c sec. tak leh bayangkan nak lahir normal baby seberat 4.2kg!
so..try next mesin. 
2nd scan : doktor pun buatla estimation based ngan kiraan kepala, badan dan kaki. (rasenyala!). ni mesin yang doktor biasa guna sbb tu mesin lama. siap borak ngan doktor bape harga mesin ni? boleh beli sebijik umah cik pah oi! estimation kali ni : 4.5kg!! uish.. terus sy bantai gelak. dia pun gelak sama. biar betul! akhirnya dia call another doktor untuk buat confirmation berapa berat baby. 
3rd scan (final one!) : so..final scan, mengatakan berat baby saya 4.358kg. Doktor tu cakap perut saya memang padat dengan baby je. :)
Doktor saya membuat kesimpulan, berat baby saya within 4.2kg - 4.3kg. so..jawapannya adalah c-sec. 
Doktor : so sharifah, bile kamu nak operate ni? due date kamu ahad ni kan? 
myself : haah tapi tak kisahla doktor. saya duk umah je skang ni. ikut doktorla..bile doktor free? 
Doktor : esok boleh? esok petang?
myself : okey!


itulah kisah saya sebelum melahirkan baby saya. saya call cik mila nak update dia psl operation date dan baby saya.. dia smpai terdiam lama kat telefon bile dengar estimation doktor 4.2kg. dan kebetulan umi saya mempunyai instinct yang saya akan melahirkan baby saya pada bila-bila masa - rabu tu juga umi sampai dari JB without knowing anak dia akan kene operate esoknya. 

operation day. (the day!)
saya datang hospital seawal jam 8.30 pagi sbb nak kene check in ward dulu. malangnya saya diberitahu yang takde katil kosong buat masa sekarang. saya pun balik umah semula sbb nurse cakap dorang akan kol bile ade katil kosong. 
jam 10.00 pagi.. saya datang semula ke hospital sbb dah ade katil kosong. masa ni dh start puasa. mase check in mcm biasala..amek darah, amek BP sbb nak memastikan saya betul2 sihat before operate. kul 1..saya dh lapar tahap cipan golek2. tapi dorang tak bagi saya makan. umi cakap.. kang jadi mcm citer dang anum kang. bile operate tengok anak ko tengah makan. ceh! buat lawak betulla mak aku nih!
jam 5.00 saya di bawa ke operation theater. ms ni entah.. sy tak nervous langsung. cuba menervouskan diri sendiri tapi tak boleh. saya mcm gembira sbb akhirnya baby saya nak keluar. :) mase kat OT, dorang prepare saya untuk operation. doktor saya belum smpai lagi. dia masukkan epidural sbb saya akan sedar masa operation cuma saya tak boleh tengok je. masa ni kelakar gile... sbb saya tak boleh gerakkan kaki saya langsung! panik sampai saya pusing2 .. dan nurse terpaksa pegang tangan saya untuk elakkan saya bergerak. 
bagi mengalihkan perhatian saya, ade sorang nurse ni jadi distraction. dia ajak saya borak2 sepanjang operation tu. Doktor saya pun borak2 dengan saya sbb dia nak alihkan perhatian saya juga. 
tetibe saya dengar tangisan baby saya yang pertama. dia keluar perut terus menangis. hah! saya dah cakap dh ngan umi saya. mesti bb saya nanges bile kuar perut sbb lapar..tak diberi makan dari jam 10 tadi! kan betullll....
myself : doktor, besar tak anak saya? 
doktor : kejap. cepat, gi timbang berat dia. saya pun nak tau betul ke dia 4.3kg nih. 
after a few minutes, saya dengar nurse datang bawak baby saya yang dah senyap dari menanges tadi.
Nurse : doktor, berat dia 4.31kg! 
Doktor : hah.. ni baru berbaloi mengandung. anak berat 4.3kg! 
saya bantai gelak je. dia bawak anak saya depan muka saya.. sangat cumel... pipi dia sangat2 tembam. hi baby umi! :) 
procedure seterusnya doktor buat saya dh tak kisah. sya dengar bunyi mesin yang sedut darah tu.. sy siap cakap mcm bunyi sinki tersumbat je doktor. dorang semua gelak. doktor tu siap cakap : dia mmg patient saya paling suka gelak. lain2 masa.. sy borak je. cuma masa nak dekat abis tu.. side effect epidural tu mula terasa. siap sakit kepala mcm migrain dan saya terus muntah kat OT masa tu. bayangkanla..tgh kene bedah, saya boleh muntah? then after procedure, dia asingkan saya dari baby. bagi saya ubat, amek BP.. almost 1 hourla saya kat tempat tu. saya kept vomiting and shivering sbb side effect epidural. 
then saya dibawa ke wad.. dan tak dibenarkan bergerak untuk tempoh 6 jam seterusnya. tapi.. saya dapat jumpe baby saya ms tu. seperti saya bayangkan.. hi baby! saya umliyana,umi awak. selamat berkenalan! 
masa tula..saya sangat bersyukur dengan allah. sebab dia bagi saya anugerah yang saya rase terindah pernah saya ada. seorang anak. seorang anak yang sihat, sempurna. insya allah. semua persoalan boleh ke saya jadi ibu yang baik.. say ketepikan sebab saya tau saya akan jadi ibu yang baik. ibu yang anak saya juga akan cakap anugerah terindah yang allah bagi kat dia. seorang umi yang baik. :) insya allah. 


sebenarnya banyak lagi kisah. tapi.. nanti saya sambung ok. dah 3 kali terbantut dah menaip entry ni sebab nak bagi fieras susu tapi dia ketegak tak nak bangun tido. last2 paksa juga bagi.. sbb nanti angin plak perut dia kan? esok kene amek darah. doktor nak check thyroid dia.. sbb katanya darah kurang. saya nak mintak check sekali if dia kuning ke tak sbb saya nampak dia mcm kuning biarpun cik mila cakap, itu normal sbb aritu doktor dah amek darah semua, cakap dia kuning tapi kuning yang normal je. saya harap dia ok dan sihat hendaknya. :)


nanti saya smbung kisah.. selepas bersalin plak. :) 
anyway.. lupe plak.. terima kasih untuk semua yang wish saya dan keluarga. saya minta maaf ade yang saya tak dpt balas msg sbb masa nila.. telefon kene bar. :P mohon doakan yang terbaik untuk muhammad fieras saya! :) 





Monday, October 17, 2011

39weeks.yes..still counting!

ade baca satu blog ni.. dia ckp dia tak tau mcm mane nak greet people dalam blog dia as if dia tak tau ade ke orang baca blog dia. tapi sy dengan penuh lurusnya assume ade orang baca blog saya so..saya nak ckp ELLLLLOWWWW PEEPS!!
yeps.. sy sangat berdebar ok. 39 weeks..and i still counting. setiap hari rs berdebar. bile tgk kaki yang bengkak tu surut sket dah berdebar dah. sbb orang ckp.. by the time nak bersalin, bengkak kaki tu akan surut. uish.. masa aku dh nak smpai ke? tp menjelang tengahari.. tgk kaki bengkak semula. cet! buat gabra aja..
arini sy officially cuti dan duduk di rumah. cabaran beb..bangun pagi, lapar..nak masak nasi goreng .. tengok takde bahan. pujuk cik mila untuk benarkan sy keluar. sib baik..dia bagi kau. dptla sy bfast mcd. :)
ni br balik dr yummies. kununnya esok nak buat homemade chocolate. :P uish..takleh duduk diam kan umliyana? pape pun itu lebey baik daripada sy pegi ofis..smbung buat kerja kan? :) anyway.. otak sy tak behenti pk kan mcm mane sy nak bersalin nanti. betull..before this sy ckp, sy pk nak bersalin normal. ye kawan2..itu sebelum sy tau bape berat anak saya skang ni. cer teka berat baby saya?? estimate 3.689kg which is kalo dalam maths senang.. 3.7kg !! sebelum tu doc ukur 3.77 tau! 3 kali dia test baru dpat 3.689! beb.. 3.7kg pun nak kuarkan normal pun sy rs seriau.leave alone 3.8kg or 3.9kg!
doc sy pesan if.. baby sy cecah 3.9 dia suh pk balik mcm mane nak bersalin. dia tak suggest normal untuk baby sebesar itu. 3.7kg pun sy nak pk balik doktor!!mak sy pesan..buat je c sec. sebab dia takut kalu paksa normal..last2 tak bole.. kene c sec. 2 kali sakit. tp taula gomen hospital. dia tak recommend c sec awal2 ni. dia akan suh kita survive ngan normal. if dh induce pun tak boleh nak kuar..last2 c sec. kan dh 2 kali sakit! itula bezanya bersalin kat private ngan gomen. even gomen kite byr mcm private! 
sy pun buatla survey ngan kawan2 kan. rata2.. bgtau ape yang doc estimate lagi kecik dr yang lahir betul2. beza dalam 200-300gm extra.  bygkan..kalu dia estimate sy 3.7 tp yang kuar 4kg! beb.. mcm beras dah tau. mak dia naik berat badan pun 8kg je. mcm mane separuh dr itu adalah berat anak dia je?? kompius kan..
seriously.. sy harap anda doakan yang terbaik untuk sy ngan baby. semalam sy dah mimpi baby sy. bangun pagi bile teringat mimpi tu.. saya nangis. tak tau nape.. tp rs mcm sayu je. mungkin rs terharu kot. :) sebenarnya tak sbr nak jumpe baby saya.. biarpun sy sangat la takut nak fikirkan bersalin.. mcm mane sy nak jaga dia.. boleh ke sy jadi ibu yang baik pada baby saya..at the same time be good wife?bykla yang sy fikirkan. patutnya sy amek falsafah cameron diaz..dont worry for future. just live your life today. :) hihi..falsafah untuk sedapkan ati. :P


Tuesday, October 11, 2011

Dear.Chenta.


For the One i Love,
some day its the little things
that mean the most to me. 
like talking, laughing and all the everyday things that are more fun 
just because we do them together
Sometimes its the big things
that make life more beautiful
like our friendship
and the romance we share
that keeps us close.
In the big things and the little things
and everything in between
i love you so much
and always will
Happy Birthday my chenta!

Saturday, October 8, 2011

d.e.b.a.r.a.n.

salam namaste! :)

arini entry mcm serious sketla. nak share feeeeling sket.
esok genap 38minggu umliyana mengandung. semakin hari semakin berdebar. each time rase sakit perut - contraction ke tu? nak bersalin dah ke? padahal sebenarnya perut masuk angin atau cuma rasa nak terbuang air. hihi..
pelan-pelan.. ade certain things yang umliyana dah tak boleh atau tak larat nak buat. masa masuk 8 bulan ++ .. um liyana perasan dia dah tak boleh pakai suar kecik sambil berdiri. sebab perut makin besar.. nak membongkok susah. so.. ade masa dia kene duduk untuk pkai seluar. tapi ade masa.. boleh je pkai suar kecik tu sambil berdiri. tengok kepada tahap.. dia boleh membongkok masa tu. :)
kemudian, masuk 9 bulan.. um mula rasa payah nak semayang normal. so.. pelan2 umliyana semayang duduk menggunakan kerusi. nak duduk kat bawah boleh tapi masa rukuk atau sujud mmg sakitla kat ulu hati tu. so.. start 9 bulan umliyana semayang duduk kat kerusi.
then, ari kamis masa umliyana nak masak.. tak larat nak berdiri lama. betis sakit sangat. so.. amek option memasak dengan duduk kat kerusi. semalam.. kununnya menunjukkan ketabahan nak masak. seriously... sangat letih smpai tak lalu nak makan. sib baik ade cik min yang tolong2 masak juga.. tp umliyana still xlalu nak makan.
setiap hari rs berdebar nak tunggu bile baby saya nak start parking? dia dah kat bawah tapi maybe dia belum parking betul lagi atau mmg saya yang tak rase simptom dia ade kat bawah. oh ye.. antara simptomnya.. rase nak terkencing smpaikan toilet tu mcm rumah kedua.. (ni statement dalam buku tau!).
then.. start tengok perut. hari2 tengok perut.. dah jatuh tak? kadang-kadang perasan mcm dah jatuh tapi setiap kali jumpe orang kat shopping complex, atau food court yang care enough untuk tanya - bile due? cakap perut tak jatuh lagi.. biarpun dah nampak sarat. tang sarat tu sy mcm tak percaya sket.. sbb saya masih larat lagi. :) mungkin otak sy yang berfikiran cetek ni fikir bile ibu mengandung tu sarat.. dia akan tak larat nak berjalan, wat keje atau sebagainya. :)
kemudian.. kaki saya yang dah membengkak. yang ini sangat menakutkan saya okey. sebab dia membengkak sebelah je. hihi.. kaki tangan kanan je membengkak. yang sebelah kiri tu kurus normal je. tengok mmg kadang2 lucula.. :)
and then.. tulang-tulang kat tangan yang mula rase sakit bile nak menggenggam. setiap kali bangun tido atau terjaga dari tido.. tanganla yang paling sakit sekali sbb takleh nak bengkokkan jari2 tu pun. memula ingat kalsium kurang dalam badan tapi doc saya ckp.. itu normal untuk ibu mengandung. sbb air-air tu dah memenuhi kat kaki tangan so.. effect pada tulang untuk bergerak normal. tapi bile.. dah bangun tido.. buat2 kerja atau at least mandi.. ia akan kembali normal sketla.sakit masih ada. :) kata doc..ubatnya kene bersalin aja!
dan paling saya berdebar.. mcm mane nak bersalin nanti??? sy pilih nak normal tp saya sangat takutkan kesakitan akan di tanggung. mcm mane kalu sy tak boleh nak bertahan?? mcm-mcm dalam fikiran. cuba untuk tidak fikirkan yang buruk saja. :)
kemudian bile saya imagine.. saya nampak muka baby saya, bile saya dapat pegang dia dan cakap "hye babe! nama saya umliyana. saya umi awak..selamat berkenalan!"  seriously rasa tak sabar.. :) *mcm sayu plak bile taip nih*
anyway.. saya akan mula bercuti pada 13 oktober 2011. bukan sbb saya tak larat nak keje.. tapi sy tak nak mental sy kene pressure dengan bos ari2 before sy bersalin. so..baik saya amek cuti awal. 10 hari before due date. just nice kan? boleh buat yoga ibu mengandung  kat umah. hahah.. takde maknanya! :P