Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 21, 2011

semangat.raya.



cet! tak pose tapi dah semangat raya! hihi..
helllllloo peeps!!!
ye..ye.. sy ngakule  yang sy tak pose. terpaksa la wey. ari2 kene makan ubat. :( lagipun..sy ni jarang ponteng pose tau. maksudnya waktu sy bujang pun sy jarang period waktu pose. so.. bile ngandung ni.. yang tentu2la tak period kan tetibe tak leh pose. huhuhu.. sedey. lagi sedey bile ingat tahun depan nak kene ganti pose 25 hari!!!! hihi
ok..kesihatan sy bertambah baik minggu ni. a few times.. mcm sesak nafas tapi skang dah pandai kontrol sket. so tak perlula sy ke wad kecemasan nak dpt bantuan oksigen lagi. hihi.. 
mungkin sbb sy tak puasa kot. sbb tu mcm nutrisi tu mencukupi dan mengurangkan sy kene sesak nafas. cet! pepandai je wat teori sendiri. :P
ok.. sy sudah selesai menyusun semua barang-barang keperluan baby. excited shopping? hihi..masa amek barang mmgla excited. tunggu masa bayar tu. tak excited langsung!hahah.. tapi okla. brang baby sy bli takdela byk. apetah lagi bile kakak2 sy byk bagi baju kimi, aiman ngan isyraq yang ms dorang baby. jimatla juga kat situ kan? :)
ok.citer pasal raya. sy tau.. bile due saya makin hampir.. rasenya raya bukan priority. tapi kan.. dis is our first raya as husband and wife. so.. confirmla sy nak meraikan raya se-normal yang mungkin tanpa perlu risau.. pasal baby. well.. sy tak nakla berperasaan : nak ade baby ni men-spoil-kan mood raya sy kan? :) lagipun shopping brg raya.. jalan2.. menceriakan mood saya. :) unfortunately cik mila sy tak amek port sgt psl raya ni. taula.. kan banyak nak guna duit time2 ni. but then.. sy nak jenjalan jugak.. cari baju raya ... handbag raya.. semuala. siap berangan nak pkai baju kaler sama-sama.so..bile dia pun tak excited.. mood sy pun jadi spoil. uish..uish... takde maknanya! 
dis week sy still tak cari baju raya. ade ikut cik min gi shah alam semalam cari baju raya. tapi.. tak byk pilihanla utk beli kaftan atau jubah. itu je jenis baju yang sy muat. ade few baju kurung sy berkenan tapi sedarla diri wahai umliyana.. kamu tak muat dh pkai baju2 tu! nak gi  Jalan TAR tapi tak de geng. cik min tak suka tempat bz.. cik mila pun sama. so.. tak dapatla baju raya smpai skang ni. kang ade mak buyung pkai jeans ngan t shirt je pagi raya tu kan? :P    kalu arini tak carii baju raya terpaksala cari kat JB. tp masa tu dh suntuk dh.. saiz susah cari. bab ni sy ade pengalaman. ms bujang dan jadi student dulu suka beli baju last minute.. kununnya sbb nak murahla.. tapi akhirnya dapatla baju raya yang saiz besar la,xpun terpaksa pkai baju raya tahun lepas sbb tak de jumpe baju berkenan. kalula perut sy ni mungkin tak berapa ke depan - sy rase dh selamat dh sy jalan sensorang kat tempat2 tu.. cet! skang pun sy rase ok je kalu sy jalan sensorang kan.. tp kompemla takkan dpt permission kan. nanti pape jadi.. sape susah?? :( 
so.. tahun ni semangat raya sy dah kurang dah. sebelum ni mcm loooking forward to raya sbb first time kan.. skang ni dh tak semangat dah. tunggu balik JB je.. jumpe kimi ngan aiman. ajak dorang jenjalan. :) raya mmg best kan bg budak kecik? :P
okla.. perut sy dh berkeroncong. tak tau nak makan ape. kejap lagi kompem msk angin pastu sakit perut...pastu tak leh makan byk.. sakit perut lagi... and list go on..and on..and on..
lapar wey! :( 


okla. pape pun ... kawan2, selamat berbuka puasa jam 7 lebey kang ye. jangan join umliyana yang tak berpose arini. :P


bye. take care!


p/s : pape pun.. hobi sy baca kad raya masih diteruskan. dan sy masih gelak ngan kad raya untuk kekasih. ntah pape.... "angin subuh meniup...bla..bla.." - wey ni kad raya la wey! bukan kad cinta!!


Wednesday, August 10, 2011

p.u.a.s.a.

selamat berpuasa kawan-kawan!
first time kan.. umliyana berpuasa sebagai isteri. dan bakal ibu. 
kelainan puasa.
menarik? rs mcm biasa je. cuma rase lain bile bangun sahur dan prepare sahur untuk saya dan cik mila. rs lain. especially.. sy kene makan berat. nak pastikan cukup bekalan untuk my lil' caliph. so..either sy masak pagi tu atau before tido saya masak dulu then ms bangun sahur sy tinggalkan panaskan lauk je. bangun sahur tu satu cabaran kat saya ok? sbb biasanya bangun..minum air, makan roti.so bgn 515 ke 530 ke pun ok. tapi skang ni 445 dah celik mata ok.. dan kene buat rajin kat dapur. cik mila..lagila liat. ms bujang.. dia tak bgn sahur. so..bile kawen dia kene bangun sbb teman sy sahur. elok je pas makan dia tido semula. cet! 
lagi satu yang rs lain - ari2 kene pk nak masak ape untuk puasa. kitaorang ms first week puasa je tapau dr pasar ramadhan. start dis week.. kene pk nak masak ape. bile mila balik awal..dia yang masak. sy br semalam je masak. western style! cewah! haha.. 
cabaran puasa.
ok. sy rasa puasa kali ni sangat mencabar keimanan saya dan ketabahan saya sebagai bakal ibu jugakla. dalam tempoh 10 ari puasa - sy cuti 5 hari termasuk arini. first time cuti puasa tu sbb sy dijadualkan untuk MGTT tapi tak jadi. then pastu.. sy kene sesak nafas.pastu sy tak bangun sahur.. membuatkan saya pagi2 dah lapar gilerrr. kemudian saya cirit birit.. dan arini saya cuti puasa lagi sbb sy cirit birit lagi. 
sepanjang puasa penyakit saya adelah cirit birit dan sesak nafas. dan sesak nafas tu makin teruk setiap ari. mcm arini.. sy terpaksa masuk wad kecemasan sbb sesak nafas kat ofis.. kene masuk air dan kene bantuan oksigen.hampir setiap malam rs susah nak bernafas. mcm short of breath...macam br lari pecut 100 meter. seriously! sy tak tau nape. even tgh baca suratkhabar atau tgk tv..tetibe je saya akan sesak nafas. each time sy sesak nafas.. sy akan nanges sbb mcm takde oksigen nak sedut! tapi..alhamdulillah even sy sesak nafas..baby sy ok. as long he's moving .. sy rase dia ok. 
officially doktor tak bagi saya puasa mulai arini. bukan sbb sesak nafas tu tapi sbb sy mengalami massive keputihan. sy mesti makan ubat 3 kali sehari.. sebab after almost 2 weeks.. keputihan saya tak reduce. so.. sy officially tak leh puasa. jenuhla nak ganti puasa next year! 


sepanjang 6 bulan saya mengandung - saya ok. takde alahan, perut saya cumel, berat saya tak naik mendadak dan sy betul2 rase sy ok. kdg2 smpai lupa sy pregnant. tapi bila masuk 6 bulan hingga kini - saya rase sangat2...... letih. selain sesak nafas, sy bleeding, sy kene keputihan, cirit birit and sometimes my lil' caliph dont moving all day long! sy pegi labour room tu dh bape kali smpai ade few nurses kenal saya dah. dan paling sy susah hati sbb sy banyak kali MC dan terpaksa cuti. buat sy rase useless and helpless. sy tak nak orang ingat sy  lembik sgt atau orang ckp saya sengaja amek kesempatan mentang2 sy pregnant. seriously.. sy try untuk live as normal umliyana sepanjang sy pregnant. tapi..kadang2 mmg tak bley. :( 
arini sy spent whole day kat hospital for 3 different reason - 
memula (first) kat labor room - sbb anak saya tak bergerak 24 jam.. - memula saya tak nak gi hospital sbb sy pk mungkin dia overslept tapi.. bile smpai 24 hours sy start risau. plak tu sy kene cirit birit. 
2nd kat klinik pakar putrajaya - keputihan saya yang makin teruk. doktor cakap kalu tak berkurang, saya ade risiko untuk preterm labor. 
3rd kat wad kecemasan - sbb saya sesak nafas. 
seriously..saya sangat letih dengan sakit2 ni. harapla bila saya tak berpuasa dah.. semuanya kembali normal. maybe ni dugaan ramadhan kot..bak kate bos cik mila. :( 


dalam ms yang sama sy cuba maintain semangat saya. biarpun sakit... sy tetap happy. tak nak depressed sbb nanti effect baby kan? selalu looking forward for something good for my lil' caliph. and maybe me. :) 
untuk kawan 2 yang sama-sama tengah pregnant - caiyok2! take care yourself. :) 



Monday, August 1, 2011

parenthood.expo.

helooo peeeps! :)
Mood saya sudah ok. mungkin kerana sy sudah mendapatkan terapi melalui shopping. :)
hihi.. anyway nak citer pengalaman pegi parenthood expo kat mid valley last week. expo tu dari 29 Julai - 31 Julai kat Mid Valley Exhibition Centre. (MVEC). 
saya siap amek cuti untuk melunaskan hajat membeli barangan baby. :)
awal2 tu tak menarik sgt sbb cik mila tak cuti. dia amek half day je. so kene tunggu dia. kitaorang pegi pun petangla. dalam kul 4 macam tu. 
yang sakit hatinya.. parking tarak!! kami berpusing-pusing selama setengah jam cari parking je. last2 kitaorang parking je kat season pass parking. lantakla. malas dah nak cari. 
ok. expo dia menarik. banyakla exhibitors join. harga pun okla. murah sket dari yang ditengok di kedai. ini untuk certain things yang saya survey di kedaila. 
first tu kami just round and identify things yang nak beli waktu ni la. bende2 mcm baju baby ke.. stroller ke...car seat ke.. itu diketepikan dulu. sbb mcm tak berapa penting untuk awal2 kelahiran. and as for baju baby.. skang ni mmg tgh mega sale.. beli kat luar pun ok. 
then.. kitaorang gi makan sambil buat kiraan bajet. honestly... barang2 kami nak beli bukannya banyak tau.tapi ... huhhu.. mahal beb. awal2 kira tu.. cecah rm800++! 
memandangkan kami tong2 kuar duit.. so rs mcm ringanla juga. :) 
then lepas makan. meneruskan sesi membeli belah. berikut adalah barang-barang yang kami beli : 
 Bottle sterilizer + Bottle warmer 


Breastpump + package 

haha.. ini paling saya suka. botol dia cumel! :)

and lastly : 
nursing bra. oo..ms expo ni, nursing bra la paling senang nak cari murah. :)

ade few things saya nak beli tapi dh abis. so.. duit yang berjaya dihabiskan takdela smpai 800++ tu. but still...duit gaji sy abis. :(  huhu.. mimpi jekla nak shopping kat sogo kekononnya. hihi.. baju raya pun tak dpt beli. iye.. saya masih mahu melawa biarpun by time raya..perut saya dah membesar bagai johan! :P 

arini first day puasa as husband and wife. and as mom. so.. hopefully sy larat dan paling penting baby saya larat nak teruskan puasa sebulan. caiyok2 anak umi!! :P