Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 26, 2011

m.o.o.d.y.

lately ni mood saya tak menentu. :( 
mungkin sbb hormon saya (best kan? selalu leh salahkan hormon!hihi) atau sbb sekarang ni 'in middle of crisis'. so.. sy jadi tak tentu arah sket. tak leh fokus kat keje.. xbley nak stay kat umah.. xtau nak pegi mane lagi. :( 
bile umur my lil' caliph ni dah 6 bulan 3 minggu..( yup..kejap je kan? tup2 tgk perut dah mcm makan watermelon sebijik! :P) saya baca kat internet - baby kita dah start boleh rasa apa yang kita rasa. so.. sy sebolehnya cuba nak jadi ceria.. happy je. supaya baby saya nanti seorang yang ceria! :P sekarang ni bile cakap ngan dia.. rase mcm dia betul2 dengar sbb dia akan bagi respons dengan menendang atau move sket. (bile dia move sket2 tu sy bygkan dia spt tgh kepoh2 nak tau apa lagi!hihi) 
cuma susahnya sekarang nak jadi ceria. kan sy cakap 'in middle of crisis'.. so emosi tu kdg2 tak menentu sgt. most of the times - saya sgt down. sy mcm ok..bile ade keje nak buat. so, kat ofis saya cari keje untuk buatkan diri sy sibuk, kat umah sy cuci toilet, basuh baju kemas barang2 saya.. just untuk pastikan diri sendiri sibuk.  sy cuma risaukan baby je. bile umi dia stress mesti dia lagi stress kan? especially bile umi dia pg rajin2 terbongkok2 cuci toilet. huh!
takpe..bile stress kita leh gi makan tutti frutti lagi! caiyok2 umliyana!
satu benda yang sy perasan bile sy ade masalah kan - saya akan selalu rasa nak balik JB. sejak saya kat uitm dulu. bile ade masalah je.. sy rase mcm balik kampung je leh buat saya tenang. agaknya sbb tu kat movie org suka buat citer..asal frust bercinta je balik kampung. hihi... mungkin sy suka nak balik kampung  sbb balik kampung, ade hakimi dan aiman. yang akan full kan otak saya dengan melayan dorang. hmm.. rase nak cuti je ni. otak saya dan hati saya memerlukan rehat. 
sebenarnya saya tak tau nak taip ape kat sini. sy ade probs tapi tak leh share. so.. sy cume leh share rase seedey... dan biul ini. :P dengan harapan saya akan ok. sekarang ni pun lunch. saya tak de selera nak makan. sy tau baby sy perlu makan.. tp seriously, sy tak leh nak makan. :( 

you problem ~ pegi jauh-jauh! cet!

Saturday, July 16, 2011

m.y.D.a.t.e.

pics by google image

tau tak apa yang menarik setiap bulan? 
bile pegi check up kat private clinic.  i mean yang regular check up tu bukan pegi sebab saya ade sakit ke apa ke. 
sy selalu anggap each time saya gi check up - adalah hari dating saya ngan lil' caliph. betul. saya sangat excited sampai saya tak kisah yang mila tak penah teman saya bile saya pegi check up. masa tu sy akan tengok pembesaran dia compare dengan last one. tengok dia gerak2.. instead of just rasa je. kalu doktor tu bagi sy spent some time alone dengan dia lagi bagus. saya nak borak-borak ngan dia sambil tengok apa reaksi dia. tapi mane ade doktor nak bagi kan? ahh.. tak kisahla. sy anggap doktor tu third wheel dalam masa dating saya. :P 
lambatnya isnin ni..... 




p/s : rasanya saya nak beli gak oven untuk mem-baking kuih raya. :) wish me luck!

Sunday, July 10, 2011

tragis.lucu.



kalu anda baca wall post cik min : ada tau kisah tragis lucu ini. 
kalu tak tau.. meh sini umliyana citer. :)
jumaat @ 6.30 pagi,cik mila dah bersiap dah pegi kerja. bile dia try bukak pintu bilik.. tak bole. aik tak bole? sy yang sedang tido sedar dia ngomel. pastu dia terus ala2 ngamuk cakap pintu tak bole bukak. sy pun okla.. bangunla tido ngan penuh malasnya..cuba bukak pintu. aik tak boleh bukak?? cik mila mula dah marah2. yela..waktu nak pegi keje plak pintu ni tak bole bukak. dah beberapa kali cubaan..last2 sy malas nak amek port (biarpun cik mila sedang usaha lagi). sy call sue. nak tanya if dia simpan lagi kunci spare. tak dpt ckp ngan sue.. sy kol cik min. sib baik min dah bangun masa tu. meminta bantuan cik min biarpun cik min dah ala2 gelak dah dengan kisah tragis lucu di pagi ari. sue tak de kunci spare rumah (oh ye..dulu sue yang duduk rumah ni before dia dapat teres).. min carikan no fon maintenance. masa tu dah cerah dah beb. 
cik mila tak tau duk diam. bile dapat kol maintaince.. dia pun cakap dia on the way nak menyelamatkan kami. hihi.. so.. sy pun terus siap2 nak mandi. yela.. kang dorang datang kang, saya tak mandi lagi.  bile selesai mandi ..
wifey : awak.. nak tau satu berita buruk lagi tak?
asben : la.. apa dia??
wifey : ada spotting blood kat .......
asben : ala...pintu ni tak leh bukak plak!
masa ni cik mila bertambahla gelabahnya. saya seperti biasa.. selain gelak dengan situasi tragis kami, sy bersiapla nak pegi keje. pakai baju, make up. pakai tudung etc. sy dgr dah masa tu maintainance tgh usaha nak pecahkan pintu masuk rumah. dalam keadaan macam tu sy amek kesempatan mengemas bilik. lipat baju, kemas katil, kemas almari.. semuanya sambil ketawa dengan situasi kami. cik mila br leh duduk bile dia dgr ade orang nak pecah pintu. 
lepas tu pintu master bedroom plak nak dipecahkan. sy relax je tunggu atas katil sbb ms ni mmg lama sket. dalam setengah jam baru pintu master bedroom tu leh dipecahkan. bile kuar je tengok amek kau! 7 orang mamat maintenance dan seorang gadis maintenance. cik min pun ada masa tu sbb kitaorang campak kunci solex kat dia untuk memudahkan maintenance tak payah pecahkan solex. cik min mengambil kesempatan - amek gambar dan post kat FB untuk menunjukkan usaha menyelamatkan tebusan di hari jumaat. :P
before dis.. pintu tu tak penah buat hal. tetibe plak ari jumaat tu..dia jem plak. tombol tu biarpun di pulas berjuta kali, besi yang sangkut tu still tak gerak. ilang sabar je saya! :P
berbalik kepada spotting blood tu sy gi klinik dulu before pegi keje. doc suh saya tunggu 1 hari lagi sbb dia ckp kdg2 bende tu sementara je. dan sy citer psl kisah saya sakit perut semalamnya yang perut mcm nak meletup .. dia ckp "you just experience first contraction". later on..baru sy tau, bukan contraction nak beranak. tp braxton hicks contraction. dia mcm false contractionla. will be experience or will not be experience at all by preggers during mid pregnancy until 9 months. ok..ia sangat sakit. dan doc tu kata its nothing compare to real contraction. (huhu)
until afternoon, bile check masih ada spotting tu. tak leh jadi ni.. sy pun decide pegi hospital putrajaya. doc yang check itu sangat baik ok. memula mcm biasa je check upnya..tapi bile dia nak amek sample tu yang horror. i cant stop laughing ms dia amek sample sebab sy sangat-sangat sangat segan!! cik mila yang duk luar tunggu sy pun leh dgr sy gelak. sy tak leh kangkang.. setiap kali dia nak amek sample.. sy automatik kemut. bila dia angkat kain nak check sy turunkan kain tu balik. "aik..mcm mane sy nak check ni?".. "ala..doctor, tu tindakan refleks sy!" banyak kali percubaan.. akhirnya berjaya juga itupun selepas dia ugut nak panggil doc lelaki. uish...horror okey. doctor ngan nurse tu asik tanya.. mcm manela nanti nak bersalin puan nih? huhu.. refuse to imagine! 
doktor cakap dari sample tu takde apa. except uri tu mmg mcm ke bawah sket. dia suh saya lightduty jangan banyak gerak.. dan saya disuruh berehat until tuesday. dia cakap dia tak nampak pun kat mane sumber darah tu. so.. dia cuma mintak sy banyak rehat..rehat.. jangan byk gerak etcla.. 
seriously.. sy malas nak mc. sy bukan tak larat yang memerlukan sy mc. im feel totally fine cuma spotting tu continue sampai skangla. perut kadang2 sakit tp nothing really serious pun. sy ingat nak keje jugak tapi cik mila tak bagi. dia cakap "kan doktor suruh rehat?cuba berehat!" aik? diktator sungguh! 
okla. sy nak sambung tgk dvd haram ku lagi. nanti sambungggg...bye!

Tuesday, July 5, 2011

asben.saya.



asben : sayang.. awak rasa saya baik tak? 
wifey  : erk? 
asben : maksud saya.. saya ok tak? sy jadi suami sy ok tak? 
sepanjang 5 bulan kawen.. we more like friends than husband and wife. owh.. jgn salah faham. :) saya suka bile kami lebih kawan. 
cik mila baik ok. in fact dia sangat baik. 
tak tau orang lain tp sy jarang ..hmm tak penah jumpe lelaki yang akan toolong basuh baju kat rumah, sidai baju, masak bile dia balik umah awal, vacuum dan mop rumah. seriously...
especially bile kandungan sy dah cecah 5-6 bulan ni..saya sangat manja dengan cik mila. :P 
cik mila dia mmg tak romantik ok. jauuuuh dr romantik. we dont have conversation before we sleep (usually cik mila akan tido dulu), bila saya pegi hospital cik mila tak penah masuk sama2 dengan sy untuk jumpe doc atau tengok hasil scan baby saya, bile saya ngidam pape - survive sendiri etc. pendek kata ade a few things sy jadi independent which is sy tak kisah. kawan ngan dia 3 tahun - saya dh leh adapt dengan ke-tidak-romantik-an dia la. :) 
so far saya happy. :) we got  few little fights tapi biasanya kejap je. sebab masing2 akan buat bodo dan bebual seperti biasa. 
entry ni adalah untuk appreciate apa yang cik mila dh buat untuk saya. :) 
dah lepas ni jangan tanya saya cik mila - awk suami ok ke tak.. :P
bye!



Sunday, July 3, 2011

s.a.k.i.t.

minggu ini adalah minggu yang sgt mendebarkan untuk saya. :(
bermula dengan baby saya yang tak begerak. maksud sy - anak sy sgt aktif ok. pagi2 dia akan kejut mak dia suh pg keje. ingatkan mak dia bile dia lapar. bagitau mak dia bile dia boring. tapi bile datang rabu.. dia duk diam je. pagi dia tak kejut. dia senyappppp je. sy mula kerisauan. then smpai ke malam adela sekali dia move..mak dia rase.
then kamis.. sy ade appointment kat klinik. sy mengadu yang baby sy tak gerak. nurse tu carikkan heartbeat pun muka tak konfiden. dah lama dia check dia terus cakap "ada ni heartbeat" biarpun saya sumpah tak dgr. :P bile sy ngadu psl sakit perut saya.. nurse cakap tu normal. kalu puan ade pendarahan atau turun darah itu baru bahaya. kalau sakit perut tu.. biasala. (ms ni sy rase mcm nak gelak pun iye juga. kak long.. takkanlah pompuan ngandung turun darah baru awk nak check sakit dia? bagila explaination sket. kalu tak tau.. refer kat doktor kan?)
so..malam tu ajak cik mila ke klinik nak pegi scan sbb nak puaskan hati sendiri. klinik pun penohhh.. kami end up tak jumpe doc pun sbb almost 10 still ade ramai lagi yang belum jumpe doc. :(
jumaat... sy ade appoinment kat hospital putrajaya sebab dh 2 bulan saya mengalami sakit perut yang berpanjangan. dari jam 9 saya datang.. jam 12.30 baru sy dapat jumpe doc. sadis kan? ok bile jumpe doc.. dia scan.. dia cakap anak sy aktif bergrak. mungkin sy je kot yang tak rasa. masa ni dah lega ok.. pastu doc tu scan sbb nak tgk nape perut sy sakit.. dia ckp tak nampak apa. dia nampak normal je. takde cyst takde fibroid. sbb dia doctor perubatan .. dia cakap dia panggil doktor pakarla untuk tengok. mungkin doktor tu lebih peka. tapi doktor pakar cakap.. takde apa. tapi dia suh admit wad untuk observation. hah! ok.. fakta. saya tak suka duk hospital (ade ke yang suka?).sy takut sy terpsiko dengan ibu2 yang bakal bersalin menjerit sakit dalam bilik yang sy bakal duduk nanti. :( but then bile sy register untuk masuk wad, dia ckp currently takde katil. dia akan kol bile katil ready.
sy pun balik umah. kononnya nak kemas begla. hati berat nak pg sbb sy rase sy ok je biarpun mmgla sakit tu mengganggu. sy leh tahan je. dia bukanla sakit yang mcm migrain ke. rase nak baling diri ke dinding kan? hihi..
cik mila balikla dr ofis bile tau bini dia kene admit. dia smpai umah tgk bini dia siap beli mcdonalds lagi. aik?sy cakap doc just nak masukkan sy dalam wad sbb observation je. ok.. jam 5 sy ke hospital. cuba check if ade katil ke. dia ckp takde..dia suh sy balik dulu. sy tanya if bole sy tak msk wad? dia suh sy check kat labor room. dan bile sy ke dewan bersalin.. mmmg sah takde katil. and ade few  spouses yang tersekat kat labor room untuk tggu ditempatkan ke katil. adela dalam 5-6 spouses. itu kes yang betul2 nak bersalin tau. saya ni.. apela sgt. so.. sy ckp xnak masuk wad. last2 dia suh isi borang yang discaj atas risiko sendiri. biarpun cuak.. tp sy sign gakla sbb rsnya tak patut sy pun tggu katil bile ade orang yang lebih seyes dari sy.
after that.. terus balik JB. selain sbb nak bli dvd haram, sambut besday umi.. at least kat JB ade kakak saya. dia mak bidan terlatih. mane tau dia tau nape ngan saya kan?
sabtu.. sakit tu makin sakit tau. kalu semalam, sakit dia 3/5 skang ni dh naik 4/5 la. sy start tak leh duduk lama.. sy kene berdiri dan berjalan atau baring untuk reduce pain.last2 pegi jumpe hospital pakar johor.. sbb nak double check lagi. jika perlu, bersedia untuk kene admit!!
doktor hafiz tu kire mcm doktor yang satu family kenal. dia ok. dah tua and rambut pun dh beruban. yang bab ni sy segan sket. sy mmg tak suka deal ngan doc lelaki. segan beb. dia mmgla tak rase apa sbb keje dia kan. kitela yang rs malu lebey sketttt.. haha. doc tu scan.. check semua.. dia cakap dia pun kata takde apa. tak de ketumbuhan, cyst ke apa ke.. dia ckp mungkin muscle pain je sbb muscle saya over sensitive. sy bukan risau sakit tu sbb apa.. cuma sy nak rase sakit tu pegi. susahla kan bile tak leh duduk lama. mau patah gak kaki nak kene berjalan dan diri je kan?  so sy tak payah admit gak tapi dia bagi sy cuti 2 hari untuk relax kat rumah. dia suruh letak ice pax kat area yang sakit tu utk reduce rasa sakit.
dan arini masih sakit.. tp sy elakkan diri dari duduk la. sy banyak baring dan berdiri je. kalu duduk pun tak lama. umi saya nak bawak sy ke bidan kampung. nak tgk cara kampungla..mungkin dia leh urut ke apa. sebab dia risau nak bagi sy balik KL tapi anak dia belum pulih betul2 pun. sy cuba nak cakap sakit ni normal. maksudnya msti ade pompuan ngandung yang mengalami sakit di perut belah kiri, bawah sket. uish.. kalu leh lukis ni kan bagus? :P  so.. korang ade tak pengalaman sakit mcm tu? ade idea tak ape lagi langkah yang sy leh amek? jujur dikatakan.. sy mmg tak reti duk diam. sy tak tau mcm mane nak relax je. sy jadi rimas.. buat otak sy mcm tak bernafas kalu saya duk diam. kalu ubat untuk sakit ni adalah dengan duk diam je.. huhu mahu menangis diriku. cet! :P
pape pun.. doakan yang baik2 utk saya dan baby sy. especially baby sayala. dia je sy risau kalu ade pape jadi. hmmm...
bye!

*pics by google image