Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 27, 2011

5bulan.3minggu.

berdebarnya.. dh 5 bulan 3 minggu. rase mcm tak percaya plak. 
nanti.. baju kurung dh tak muat. 
skang pun.. kaki selalu bengkak.
pinggang.. dh start sakit.
baby..makin galak bergerak dan menendang. (lagi2 bile umiey dia lambat makan!)
perut..dh mula senak-senak. 
baju tshirt dah mula..nampak fit. 
rasenya baju kurung moden dh leh letak dalam kotak jap. (br nak insaf?)
but..still tak decide nak bersalin kat mane. :P


nanti hupdate citer penang ok! :)


Thursday, June 23, 2011

sindrom.malas.

helloooooooo adeekkkkk manis *P

arini saya dilanda sindrom malas. meluangkan masa dengan menghupdate blog di waktu pejabat. mmg sangat tidak sopan tetapi.. apekan daya..mood kerjaku ngak ada.. dan badanku sakit2 je ni tau. rase nak golek2 je ni.. :( xsabar nak kakak sy datang - nak suh dia urut belakang sy yang sebulan sakit2 ni. 
ye..kandungan saya sudah berusia hampir 5 bulan setengah ye kawan2. tp sy masih lagi kiut miut..dan masih pkai baju kurung moden ke office. (katekan ku gedik tp sememangnya ianya muat lagi!). biarpun kdg2 tak sedap ati nape perut sy sangat cumel.. tp bile baca dalam buku, kadar pembesaran kandungan adalah berbeza-beza bagi setiap bakal2 ibu. ade orang badan kecik tapi kandungan dia mcm mengandung anak kembar tiga. ada yang badan besar tapi kandungan dia kiut mcm baru je ngandung 3 bulan. :) so..jangan risau umliyana. 

officially saya ingin umumkan di sini : anak saya BABY BOY!! 
hihi.. actually tak kisah anak lelaki ke pompuan. saya fikir2 kalau anak lelaki - saya ade geng nak buli abah dia.. (ini mmg saya sgt looking forward!) dan kalau anak pompuan - saya dh berangan-angan baju2 yang akan sy belikan untuk dia. hihi..  kalu saya dpt kembar : saya akan bersalin dua kali je. hahaha.. bukan kembarla. perut kecik pun tau bukan kembar. berangan saja kamu ini umliyana! 
since sy dh bagitahu jantina dia - ade idea untuk nama anak saya tak? hihi..  smpai skang saya tak panggil dia pape pun lagi. balik2 panggil dia sayang je. sbb umi ngan abah dia tak leh nak decide nama anak. :(

last week saya dan cik mila berjalan-jalan untuk membeli pakaian ibu mengandung. iye.. ada t shirt yang saya dh tak muat. takkan nak pkai baju kurung jalan2 kat ikea kan? :P so..memula saya ke mybbstore.com kat mutiara damansara (kut!). sbb sy ade aim very maternity blouse kat situ yang harga dia ok dan cumel. mybbstore ni sebenarnya banyak jual barang keperluan baby and nursing la. maternity tu sket je. since mybbstore kat damansara ni baru je bukak dia buat sale. so.. kami pun amek peluang survey harga2 baby equipments ngan pape yang untuk babyla. rasenya tau kan bile nak dpt anak ni mcm banyak je belanja. so.. kitaorang decide slow2 beli barang sbb tak nak nanti bile kemudian, kene kuarkan duit sekaligus banyak just nak shopping barang baby. 
ok.. bebalik kepada mybbstore. dorang ade wat sale. kitaorang pun survey stroller, car seat, baby cot (ini biasanya yang paling byk menelan belanja selain susu). ok.. stroller mmg mahal ok. especially bile yang cik mila saya berkenan - RM1+++. uish..uish.. sakit jantungku melihat harganya. :) then survey lagi kat the curve. actually kat the curve menarik. sbb dia ade satu floor yang jual barang baby je. kire mcm pilihan tu banyakla.. dari brand Malaysia seperti Anakku smpaila brand internasional.. mothercare tu. price range berbeza-beza la tapi bile datang kat situ kirenya taula.. boleh jek cari stroller lagi murah. :P 
bak kate kwn saya - sherry.. tak payah bli stroller mahal2. dapat anak mcm anak aku yang paling lama boleh duduk dalam stroller pun satu jam - tak berbaloi! hihihi.. betul2 saya setuju! memandangkan usia baby saya yang baru 5 bulan sy tertanya2 - barang baby apa yang paling rasional untuk sy beli skang? :P cik mila ckp beli baju. hmm.. baju tu sy rase boleh beli bebila. especially bile tengok ade baju baby yang kiut. :) ade cadangan tak? ke sememangnya terlalu awal utk sy mula membeli? 

ok. berbalik kepada sindrom malas. rasenya malas saya ni datang sbb saya CUTI ESOK!! iye.. saya cuti sbb nak gi Honeymoon ngan cik mila kat penang! hihi.. penang jekla kak long. banyak nak guna duit. pegi penang ni pun dh cukup best dah. :) staff saya ckp - eleh dh ngandung 5 bulan baru nak gi honeymoon. its better late than never ye tak? hahahah.. niat di hati nak ke Kota Kinabalu. tp sbb secara spontan je kitaorg plan nak gi honeymoon.. so, kitaorang pegi tempat yang boleh diakses ngan kereta je dulu. nanti pas bersalin - baru gi KK pulak. tp ms tu bawak baby la. :) takleh imagine nak bawak baby naik flight. huhu..
tak kisahla..yang penting esok leh gi penang. leh singgah taiping nak makan kuey tiao Dholi. :P ms ni baru rs rindu cuti2 geng kan? bile lagi nak buat kan? :(

okla. cukup2la..mengambil masa bekerja menghupdate blog. nanti akan ku hupdate lagi ya! :)

 * pics by Google image

Thursday, June 16, 2011

p.i.c.k.n.a.m.e.s



helllooo peeps!!
arini sangat bangga sebab dpt balik awal..dan tak perlu masak. hanya perlu tunggu cik mila bwk saya ke subway!:)  
arini my lil' caliph sgt aktif menendang ye. especially bile umiey dia stranded kat miting dr jam 9 smpai jam 1.30 okeh! dia dh jadi mcm umiey dia yang menyampah gile ngan miting. 4 jam beb.. miting ape smpai 4 jam? nak mampuih? uish..manela ibu dan anak ni tak menendang. :P
sy teringin skali share jantina my lil caliph di sini tapi.. nanti dulu ya. sy kene bgtau parents sy dulu.. parents in law dulu.. br leh share. :) 
anyway - tau tak part ape sy rs paling best mengandung ni selain drpd rase baby sangat gerak2 ngan tendang ni? yeeee... part pilih nama!! saya sgt suka. sy belek buku 3000 nama untuk anak tu kan beberapa kali but then tak boleh decide nak nama anak ape. salah satunya sebab sy ngan cik mila tak sependapat bile bab namakan baby ni. hihi..  well mempunyai sikap umpama langit dan bumi ni - bab pilih nama anak takdela mudah ye. :)
mcm2 nama sy terpikir.. nama artis je tak bubuh. haha.. cik mila bukan seorang yang akan fikirkan nama anak.. tp dia pk bile sy cadangkan nama. dia akan ckp "yes" or "no". sangat bossy kan? hehe
smpai skang takde idea lagi. so.. bile borak2 ngan baby just panggil dia sayang je. sbb tak tau nak pggl nama dia. kakak sy ckp dr dalam kandungan kene belajar panggil nama dia. tapi mcm mane mau panggil bile ngak tau nak bagi nama ape kan? hihi.. ade idea tak? tp korang tak tau jantina dia lagi kan.. mcm mane nak bg idea kan? sengall..
takpe2.. nt sy bgtau.. bg idea sama2 ok? :)
anyway - just nak share. tempat baru ni sy tau bos sy horror. tp xtau nape.. sy rase sy ok kat sini. sy rase.. mcm jauhhhh dr tenang dr tempat lama. :) syukur alhamdulillah kan..? 


ok. nak ready pegi subway!!


Thursday, June 9, 2011

bile.jadi.moooommmmy.

arini sy mengalami satu sindrom yang saya nak namakan sindrom " bila jadi moooommmmy"
hihi.. sindrom ini sy rase dialami oleh semua ibu dan bakal ibu. dan ia bermula dr saat kita mengandung anak first. 
pape pun - lupe nak kongsi : 7 jun 2011 @ 9.30pm first time dalam hidup saya dapat rasekan baby saya menendang! untung cik mila sebab kebetulan tu dia ade ngan saya, so..dia pun dapat rasekan yang baby tu menendang. im looking forward for this moment since sy baca buku yang ckp saya akan mula rase anak bergerak bile 18-22 minggu. excited tu tok sah ckpla. rase mcm nak bgtau satu dunia! hehe..
kemudian pengalaman sy arini - membawa sy kepada sindrom "bila jadi mooooommmy". jam 3.00 pagi - tetiba sy terjaga dari tido, dada sakit yang teramat sangat. lama jugakla sy menangis sakit - about 1/2 hour baru kejut cik mila mintak bawak saya ke kecemasan hopsital putrajaya. masa sy sakit tu - sy tak fikir lain dh. sy duk fikir baby saya ok ke tak? sbb since sy sakit - dia tak bergerak. sy try nak assume dia tido.. tp sakit dada tu sangat sakit menyebabkan sy tak leh behenti berfikir - something might effect her. 
mase kat hospital - buat ekg, dan doc ckp jantung sy normal. dia ckp saya kene inflammatory chest mungkin disebabkan sy selsema. dia just bagi panadol sbb itu je yang ibu2 mengandung leh makan. :( 
jam 8.30 pagi - dada makin sakit eventhough sy dh telan panadol. so.. pegi klinik annur. doc cakap benda yang sama - ada radang kat tulang rawan tu menyebabkan dada sakit. dia bg mc, panadol dan suh balik umah rehat. sy tanya tentang baby dia ckp baby sy ok. sbb jantung sy ok.. so.. heart beat baby ok.. sbb dia tak rase stress ngan sakit sy. mase tu la br sy rase lega sangat eventhough baby sy masih tak gerak2. 
apa yang sy cuba cakap - bile kita pregnant ni - kita dh tak kisahkan tentang kesihatan kita. maksud sy kisah tapi kita kisah mcm mane ia effect baby kita. apa2 pun kita akan pk - baby kite ok tak? mcm aritu sy kene cirit birit, sy tak makan pape ubat biarpun sakit tu tok sah ckpla. semuanya sbb takut effect baby. sebolehnya tak nak sapu minyak angin kat perut sbb takut  - maybe baby rs panas or something. 
betulla ckp kawan sy - bile nak jadi ibu atau dh jadi ibu, keutamaan tu berubah. bile gi shopping, baju budak yang kita akan tengok dulu. excited nak beli biarpun baby masih dalam perut. jantina pun br je tau selasa lepas. tapi baju dia dh siap beli since last 2 weeks! bayangkan bile baby ni makin besar - makinla aku excited nak beli katil, stroller, baju cumel2.. semuala! 
itula sindrom 'bile jadi moommmmy". before dis i dont ever think i might be able to enjoy feel all this syndrome - but suprisingly, im enjoying it! every bit of it. badan sakit2 pun rs mcm takpe. each time dia tendang rs mcm perut masuk angin pun tak pe. sbb rase mcm suka dengan perasaan tu. perasaan jadi ibu. :) 
mesti min ngan lin nak ckp : kan dh ckp. mesti kau enjoy punya. 
umliyana sebelum ni sgt takut ok. think all about bad side effect. bad stuff (especially bile dgr mcm mane susahnya faie ngan sue nak bersalin) .. tp rs tak sabar nak ade geng baru dalam life. kawan ckp kat umah yang hanya bukan cik mila atau TV. hihi.. skang ni sy rasa sy lagi rajin berbual dengan dia compare dengan last few months yang hati sy mcm berat. setiap pagi.. on the way pegi and balik keje.. pas semayang (sbb suh dia amin skali).. bebel psl cik mila bwk kereta terkedek2.. borak psl citer CASTLE ngan dia.. kdang2 mcm sengal pun iye jugak. tapi tak kisahla.. :) saya suka ada dia dalam diri saya. :)


okla. nak tolong cik mila masak jemput2 pisang. ngidam! :) tolong makan je. :P
bye!


Tuesday, June 7, 2011

r.e.c.a.p.s.

berzaman abad tak menaip pape kat sini. :) 
biarpun rs mcm excited nak citer perkembangan saya bile on the way jadi ibu ni.umur baby nak dkt 20 weeks.. tp sy still tak rase dia bergerak2 atau tendang2 atau main bola dalam tu. bilela agaknya nak rase kan? :) 
anyway - arini nak share something yang sy rase lama nak buat. tp asik takde ms dan kadang2 sy tersangatla lupe. kali ni nak recap sket kegilaan zaman remaja saya. terasa mcm nak recap sbb last time borak2 ngan kwan ofis kegilaan ms zaman remaja. lebey tepat mase melalui zaman U dulu. kompem.. dalam citer sy ni.. korang akan ade kata " haahla.. aku pun gilekan bende nih!". ok listnya ADALAH :


Sheila On 7 
ini adalah kegilaan saya yang teramat sangat!! kegilaan ini dikongsi bersama bestfriends saya. kitaorang pegi seawal 7 pagi ke Hard Rock Cafe kat KL tu just nak tgk konsert S07 yang start jam 2.30 petang okeh! then sanggup ke Melaka dan spent a night kat hotel ayer keroh just nak tgk konsert kat MiTC melaka. ade insiden kelakar ms konsert kat melaka ni. disebabkan belajar dr kesilapan kat hard rock cafe - bile kami dapat front row kat konsert tu.. kami betul2 berjuangla tak nak bagi mamat2 indon tu menyebabkan kami kebelakang. kebetulan semua front row tu malaysian.. kitaorg siap pegang2 tangan memastikan kitaorang tak terputus barisan. dan biasala..mamat2 indon ni mmg tak reti adab sopan kat konsert. tak kira laki ke pompuan.. dorang suka suki je push. last2 kwnku ini hilang sabar. dia first time plak tu dtg konsert. dia geram.. dia terus toleh belakang cubit mamat indon yang push dia. smpai skang kalu ingat bende tu lagi asik rase nak gelak jek. haha


Winter Sonata
rasenya ini adalah permulaan semua kegilaan citer korea kan? tengok citer ni.. nanges tak abis ok. dalam menyampah asik nanges jek.. tgk citer tu paling kurang pun 5 kali okeh! nanges smpai esok gi kelas mata ku bengkak2 ok. uish.. yoo jin ngan jun sang kan? huhu...sangat sweeettttt dan sangat touching!!


Meteor Garden
OMG! ini adalah kegilaan terbesar sharifah um liyana!! huhu.. smpai skang tertanya2 nape tak de lelaki ansem mcm Dao Ming Si kat Mesia ni! maksud sy - ansem mcm dia la.  teringat tengok citer ni kat Dewan Makan Mawar. sanggup beb tak makan.. tengok smpai tahap nanges. sok sek sok sek.. sudahnya bile episod tu abis dh tak lalu nak makan. kalu makan pun siap kene perli ngan abang dewan makan tu.. ingat dh kenyang telan air mata dik! cet sungguh!!
Meteor Garden yang first paling touching skali ok. lagi2 bile.. Dao Ming Si ngan San Chai tu menanges depan pintu bilik Dao Ming Si.. menanges2. menci betul i! buat citer sedey2. 


Akademi Fantasia
katakanla ape saja.. tp AF adalah kegilaan di zaman U. actually betul2 gilekan AF ni masa zaman AF2. ala.. waktu zahid mng tu. and im actually vote!! vote for FARA breep! breep! haha.. siap gi bukit jalil ok tengok konsert final dia. ramai2 pakai baju kaler merah. tak tau nape kitaorg pakat pkai baju kaler merah. maybe sbb nak nampak meriah kot! nak tengok AF kat U ni bukan senang ok. bile TV kecil je. kat UiTM masa tu ramai plak follow AF.so.. nak menyenangkan kitaorang nak tgk AF - kul 7 dh berkampung kat bilik TV untuk cop seat. pastu.. bile kawan dh abis solat maghrib - dia pulak jaga seat, yang lain nak atas gi semayang. itula yang terjadi setiap kali malam sabtu. :)


Movies
hah! ini tabiat umliyana. sejak diberi kebenaran utk susun jadual sendiri.. akan ku pastikan ari rabu , kelas abis tengahari jek. sebab bile petang.. nak mengkayakan Mid Valley dan GSC. boleh dikatakan setiap rabu - tengok movie. gilela ms ni! smpai boifren sy mase tu perli - tolong tutup pintu mid valey ke kak?? gara2 tengok wayang ni jugak.. dh bape kali kitaorng asik masuk UiTM lewat. taula UiTM tu ade curfew - jam 11 malam. kadang2 sempat.. kadang2 tak sempat. kalu tak sempat - kite panjat pagar! :) 


sebenarnya banyak lagi kegilaan ms zaman U. tapi disebabkan umliyana rase mcm nak terlelap menaip benda alah ni.. kita behenti setakat ini saja. dh kul 11.. esok nak gi check up pula. nanti kalu lambat - lagi lambatla balik ofis. skang dh tak sama ngan ofis lama. disiplin kat sini baik sket. haha.. :) 
ok. nite peeps! :)