Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

d.e.b.a.r.a.n.

pics by indiavision.com
hype peeps!
lamanya tak update kan? agak bz. menyudah kerja kat ofis lama yang menimbun. :)
13 mei 2011 - last day sy berkhidmat kat DOF (department of fisheries) sbg Ketua Caw. Kewangan. :) memula sy terima khabaran sy kene tukar - actually tak berapa excited sbb dgr semua bende tak best psl kementerian baru. tp.. bile dh menyampai hampir 3 minggu sejak sy terima surat transfer - sy dh boleh terima and in fact saya agak teruja. :) sy cuma harap kerja yang tak seboring ms sy duk MITI dan tak se-bz saya keje di DOF. 
esok sy officially lapor diri di kementerian baru. berdebar tu tok sah ckpla. mcm first time nak masuk dalam service. haha..berdebar mcm mase memula sy lapor diri kat UNGGUL. 
ms last day tu.. tipula kalu sy ckp tak sedey. yeps.. i hate my previous job. my i loooove the environment. maksud sy environment saya dengan 16 anak buah yang dibawah jagaan saya. dorang sangat sporting dan supporting. banyak bantu sy bile sy ala2 sengal dengan hal2 kewangan ni. :) rsnya itu paling sy rindu kat DOF la. :) 
selain debaran sy nak lapor diri kat tempat baru - debaran sy makin menaik bile sy tengok perut saya ni. mak ai! dia nak mula menampakkan bentuk bulatnya! yeps..cik didi kamu mau tgk ngak? hihi... sy dah start beli baju dan suar utk disesuaikan dengan bentuk perut saya. badan sy belum naik lagi.. (i.allah jangan naik!) cuma kesian jek kat saya sbb suar untuk ibu mengandung tu eventhough saiz S saya masih belum lagi muat. masih lagi sedikit terlodeh. kene lipat banyak kali..haha.. sy terpaksa pakai gak sbb kalu pakai jeans takut penyek anak ku! :P cuma sy rasa kan baju2 untuk ibu2 ni mcm susah nak carik yang murah. sy just shopping kat jusco je since bile pg butik2 ibu mengandung tu (modernmum pastu ape ntah MIKI pastu ape ntah lagi) harganya agak mahal. bukanla mahal benar..tp bile dipikir untuk pakai 9 bulan je rs mcm .. tak berbaloi je nak beli smpai RM200 sepasang kan? tp kat JUSCO mmg murah. dalam RM130 dapat sepasang suar dengan dua helai baju. ok lan kan?? (sila ckp ok..untuk sedapkan hati ku.
okla..pape pun wish me luck for tomorrow and the next day..and the next day..and the next day.. and the next day....... smpai bebile la. hihi..
doa kan yang tebaik untuk baby ya! :)

Thursday, May 5, 2011

n.g.i.d.a.m.



hihi.. namaste!
skang ni sy berada di perodua puchong menanti ngan sabar yang chenta viva sayang saya. uwaaaa!! (ms ni dh tak berapa sabar!)
anyway.. arini sy nak share sket pengalaman saya mengidam. tak mcm orang lain - so far saya takde plak mengidam benda yang sy tak makan. so far sy mengidam semua benda yang saya suka makan. :) 
ms memula pregnant - benda yang saya sgt mengidam adalah mangga muda yang jual kat care4 tu. cik mila pun balik keje je terus bwk sy pg sana beli mangga tu. (ms type ni pun sy dh mula telan air liur!) 


pastu sy ngidam caesar salad kat NANDOS. masa ni sy kerah noriah teman saya makan kat NANDOS. noriah dengan penuh paksa rela teman juga makan kat NANDOS. hihi..
pastu sy ngidam SUSHI! haha.. ms ni mmg kesianla. mila takde ms tu .. dan sy tak ingat dia di mana. cik min pun takde.. akhirnya manusia yang sy kerah SEKALI LAGI adalah kawan saya Noriah. minah ni pure lidah melayu ok. Sushi tu kire tak mask langsung dalam list dia. tp disebabkan kawan a.k.a bos dia ni pregnant - dia pun layan kan jekla. begitu tabah ok makan bende alah tu. haha.. dia siap ckp.. ini last ok!
kemudian sy asik nak melantak buah plum. sy asik nak membelinya kat care4 dan bile parents in law sy tau yang sy ngandung dan suka mkn plum tu, father in law belikan sy buah plum sedap kat chow kit! 
ade sekali tu.. tekak sy nak makan tempe goreng kicap. dan boleh plak.. sy cari tempe satu putrajaya ni takde!! ms tu cik mila takde. dia pegi kedah..sepupu dia kawen. Noriah juga yang teman sy cari tempe sampai ke pinggiran putra. puas hatiku! haha
pastu apa lagi saya ade mengidam? hah! jambu madu! sy pesan kat cik mila beli ms dia on the way dari kedah. 


pastu sy ngidam Cupcakes WONDERMILK! haha.. ms ni mmg buat muka kesianla ngan cik mila nak pegi wondermilk. nak tak nak.. dia bwk juga sy pegi sana. :) blueberry cheese! (ms ni sekali lagi semasa menaip um telan air liur!)
and paling latest - saya nak air tembikai. latestnya adalah semalam! lepas masak dinner je.. cik mila terus kuar carikan air tembikai ngan buah tembikai. puas hatiku dapat makan tembikai dan melantak airnya! :) 
kadang2 sy tak sure sy ngidam ke atau tekak sy mengada2. tp bagi mengelakkan air liur anak saya asik meleleh je bile lahir nanti (mitos ye!) saya layankan saja tekak sy. mengada pun mengadala. hahaha..
sy rase mengidam ni best part dalam pregnant. ms ni .. semua yang sy nak makan sy boleh dapat. even though ms tu tgh sengkek.. sy akan dapatkan jugak. :) cik mila seperti biasa..layankan saja! hihi..
bygkan abis menaip pun kete ku tak siap lagikkkk!!! :(
sib baik diriku bercuti arini.. :P
okla..nak chow. utk preggers sekalian : meh! kite enjoy saat2 kite boleh ngidam ini! haha.. lepas ni tak leh dh nak manja2 ngan asben ngidam mcm2. pas ni mesti dia ckp "ala..awk ni. mengada2 plak!" haha


* pics by google image




Sunday, May 1, 2011

3rd.may.

blog.hazrulnz.net
hype peeps!
bape ari lalu terfikir nak update citer kat blog. tap.. dok terfikir ade ke citer menarik nak kongsi? ke-mengandung-an saya? oo..skang ni berumur hampir 15 minggu.. dan perut ku sudah mula kelihatan! hihi.. mcm manela rupaku bile betul2 perut dh ke depan nanti? 
cet! anyway - cietr yang sy nak kongsi adalah pada 3 mei ini. uish..lagi sehari je.
lagi sehari je sy akan melapor diri di KEMENTERIAN BARU! huhu.. eventhough sy dapat tangguh smpai 15 Mei 2011 - 3 mei ni masih buat saya berdebar. yela..sy officially bukan lagi Ketua Cawangan Kewangan kat DOF. 
masa sy dpt tau sy akan bertukar - perasaan mcm campur2.. happy ade..sedey ada..tp RISAU lagi banyak ada. sy akan duduk kat Kementerian. dh 3 tahun duduk kat Jabatan buat operasi tetibe pindah kementerian nak buat dasar! then i heard all the bad things about my new ministry and my new boss. tak elok kan? uish2.. civil service ni kecik. sebut nama SUB ini.. semua orang mcm kenal.hihi.. tp memandangkan buat kerja baru yang totally tak sama dengan job skang - sy rs agak excited. excited nak belajar benda baru. :)  
tp risau tu still ade. sy dh lama keje without supervision dr bos. dulu..sy yang decide everything about kewangan Jabatan. tp bile pegi tempat baru.. sy ade bos. i mean - bos yang sy betul2 kene depend sbb sy zero bab tugas di unit baru. sy rs yang itu buat sy takut skali. bukan takut jadi dependable.. tp takut sy ok ke dengan bos baru. sy sgtla outspoken bab2 keje ni.. dan tetibe kene jadi budak baik ni.. agak mencabar! haha.. 
kejap2 tu ade fikir betul ke decision sy buat nak pindah dulu? yela.. im pretty good with my current job, selesa dengan kawan2 kat ofis. tapi bile sy susun nota serah tugas sy (untuk bg kat replacement) ade 25 current job tertunggak (sehingga end of may aje ok!) - dan bile sy tengok perut sy dah makin membesar - dan bile fikir yang cik mila tak perlu lagi balik umah parents dia each time sy kene outstation - sy rs betul tindakan saya tu. rasenya .. job yang sy buat skang dh tak sesuai untuk isteri dan bakal ibu mcm saya. mujurla yang ganti tu bujang. sy rase okla kot. setakat kene outstation dari ahad smpai khamis - 3 negeri berbeza- keja setiap sabtu and maybe ahad jugak - sy rase okla kot. :) 
oo.. sy akan berpindah ke kpdnkk. :) haha.. kalu sy bagitau org kat office semua akan cakap balik - oo..kementerian bapak dafi AF? tp ms mula2 sy tau terus saya cakap - abisla dvd haram aku! hahaha.. (sy rs gengs! semua pun akan ckp benda yang sama!)
anyway - wish me luck! :) sy tau biarpun kejap tp ilmu sy belajar kewangan dan personel selama 3 tahun ni akan membantu sy.bukan akan datang ni tapi maybe nanti2. haha.. 
positif um! positif ! caiyok2!! :)