Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

m.a.k.a.n.

hype gengs! hype preggers atau mommy! :)
topik sy pada arini adalah... MOM-TO-BE ALWAYS HUNGRYYYY!!


google image

serious beb. saya ni sampai msg lin sbb risau every 2 hour perut lapar mintak diisi eventhough sy dah makan berat dah. giles.. mcm ni..kompemla membesar bagai johan umliyana ini!
first time sy mengalami sindrom ini - sy makan separuh bekas sederhana besar puding buah yang dibuat oleh kwn saya kat ofis nu. puas hati dapat makan! masa tu jam 3 petang ok..tengahari tu dh siap makan ayam penyet!balik umah kul 530 petang..kebulur lagi. seyes! sib baik cik mila belikan yogurt sangat banyak kat umah. itupun mcm tak puas .. mcm buah plum plak. malam tu terus kerah cik mila pegi alamanda.. nak cari makanan yang sihat untuk dibuat kunyah2. 
merangkap cakap mama mya - adalah normal apabila kita lapar. mmg kene standby makanan je especially kat office (bukan sng nak carik makanan sihat kat office ok!). bagi mengelakkan kita diabetes atau terlebey makan - kita perlu standby makanan yang sihat. buah-buahan, yogurt, biskut2 hi-calcium dan nestum. kalu rajin beli cereal dan fresh milk dan letak kat ofis. selain buat kita mudah kenyang - cereal + susu tu mempunyai kalsium dan acid folic yang seperti sedia maklum sgt bagus untuk kite ngan baby kita. :)
pape pun nak share pengalaman umliyana yang lapar. 
saya selalu lapar..after lunch and after dinner. yang after dinner tu tengah malam ok. kadang2 bangun jam 12.45 tengah malam sebab perut2 berbunyi mintak diisi. dengan mamai2 tu smbil tutup mata.. pegi dapur, bukak fridge, amek buah plum hitam bwk balik masuk bilik. makan kat atas katil..tutup mata..siap je makan..sambung balik tidor. bayangkanla..smpai tahap mcm tu sekali tau! uish..uish..
kat umah okla kan.. leh je sy selongkar fridge. bayangkan ms sy kat umah PIL saya??? 12.30 malam..kejut mila.."saya lapar"....memula mila ckp..cuba tido.ngak bole..ingat senang ke nak tido ble perut sangat lapar?? last2 mila pegi dapur masakkan sy megi tomyam. kul 1 pagi saya dptla sy makan.lepas makan.. terus tido. huhu.. tolongggg!!
sy bukanla jenis kuat makan ok. tetibe bile saya kene makan setiap 2-3 jam sy jadi susah hati. sy takde morning sickness..tp sy ade sindrom eating sickness. haha.. asik nak makan jek! cet sungguh!
last saturday - jam 10 pagi, sy makan chicken hor fun kat oldtown white coffee then.. jam 12.00 saya dh lapar..sy makanla coney dog ANW. jam 2 petang sy makan nasi minyak kat kenduri kawen anak bos cik min. jam 4 petang saya makan yogurt. jam 6.30 petang makan Subway!!!! giler kan?? huhu..normal ke ni beb?? ke mmg baby saya kuat makan? hahaha.. dia ikut perangai cik mila la tu. haha..(aaammmpun millaaaa!)
tp bgi memastikan blood pressure sy dan kandungan gula dalam badan sy tidak menjejaskan kesihatan - sy makanla bende sihat so far.. (except that one time..meggi tomyam!) . sy masih menyesuaikan diri dengan keadaan sy. bile sy bekerja di ofis..most of the time..sy lupe sy pregnant except staf sy cakap atau didi gtalk - um, kau ok? haha..ye..ye..sy tau sy sengal. 
ok..kalu nak tau makanan apa yang ok untuk diet anda leh rujuk sini - babycentre
good luck!

Saturday, March 26, 2011

g.o.v.t vs.p.v.t.

ini bukan entry politik. atau ekonomi. :)
hype peeps!! sihat kah?
sy sihat eventhough last week sy migraine 3 hari berturut ok. nope.. bukan morning sickness. tp migrain. dan bile anda pregnant - sebijik ubat migraine pun anda tak leh telan. :( paling teruk pun bley makan panadol. itu pun hanya sebiji. dan kalu bole.. sehari 1-2 kali sahaja. saya adelah migraine tahap superrr ye.. panadol tu tak bg kesan tau. tp nak buat mcm mane redha jekla. :(
* pics from ericcressey.com
anyway - tujuan entry sy pada hari ni adelah untuk mendapatkan pandangan (kenapa aku skema??) - hospital swasta atau kerajaan? as u know - sy tak penah pegi check up atau bukak buku pink tu sejak sy tau sy pregnant. ini kerana sy ngan cik mila tak leh nak capai kata sepakat - either hospital swasta atau kerajaan. as for cik mila - dia of course nak hospital kerajaan. lebih murah.. dan any complications hospital kerajaan lebih banyak pengalaman. as for me plak - sy prefer hospital swasta. bukan sbb hospital tu selesa ke ape ke.. tp sebab sy "cannot go" (buat slang kelantanese) ngan govt hospital. if sape penah baca entry hospital ni - pasti faham kenapa sy sangat despise ngan hospital kerajaan. 
semua org cakap ngan sy hospital putrajaya okla um. so far semua kata ok. betul.. tp masa doctor sy google sakit sy kat internet tu adalah hospital yang sama. so.. mcm mane sy nak percaya? sy tak penah pegi govt hospital sejak incident tu. dan semua mc sy dari klinik swasta. :( 
sy try nak open mind dalam kes ini. maybe OB/GYN dia takdelah sesengal department yang sy pegi kot. taaappppi... sekali anda kena, ianya agak sukar nak menangkis tanggapan tersebut. :( 
then sy ade survey satu hospital swasta ni. dan berdasarkan survey (tanya2 la kat org2 yang penah buat kat hospital ni) most of them cakap sangat ok. Doktor sakit puan dia ok sangat. dan sorang mamat ni.. wife dia bersalin kat hospital tu. dia ckp kalau rate 1-10, dia bagi 10 la utk hospital tu. dan sy difahamkan ramai juga govt servant bersalin kat situ. sy survey harga bersalin kat situ.. if sy nak bilik 2 orang sebilik - kos bersalin termasuk consultation dan ubat2 everything (bersalin normal) rm1500. so far yang sy survey - hospital ni paling murah la. cuma bile c-section harga dia smpai RM5,000. (yang ini cik mila lemah sket) dan ade kawan cik mila yang berpengalaman ngan hospital ni - dia ckp kawan dia ade smpai rm10k sbb ade problem lain. so..bertambah cuakla asben ku itu.
solutions setakat ni - kitaorg put aside duit gaji kitaorg untuk prepare for this in case sy mmg tak nak govt hospital. (hihi..) tp sy sian juga kat cik mila. rs mcm menyusahkan plak.. but again, im carrying our baby for 9 months beb!9 months. :P
before kitaorg buat keputusan - so.. ku rase kan ku nak pendapat kawan2 jugakla. maybe boleh share pengalaman bersalin kat hospital swasta atau kerajaan. sy nak pastikan yang sy dah ambil kira semua faktor before sy buat keputusan. :)

* pendapat dan idea anda amat dihargai. dan segala pendapat dan pengalaman tu boleh juga di share oleh preggers yang ade masalah mcm sy jugak kan?*

Thursday, March 24, 2011

s.u.s.u.

hype peeps!
baru ade chance nak menaip lagi kat sini. alhamdulillah - saya dan my lil' caliph sihat jugak.(agaknye!) kenapa agaknye? haha.. sbb sy tak jumpe doc lagi sejak first time sy tau sy pregnant. sy cuma harap dia sihat la. :)
sejak sy pregnant - sy belum penah minum susu. actually sy tak penah minum susu sejak sy darjah 1. ha.. yang itu baru tepat. tp sejak kwn2 tau sy pregnant - semua syorkan sy minum susu. sebelum ni sy ade masalah dengan susu. sy akan cirit. org kata lactose intolerance. even minum susu strawberi ke coklat. tapi ianya taklah penah di diagnose secara tepat oleh doctor. sbb doc cakap - kadang2 org allergic ngan certain susu and they thought they have lactose intolerance. okla.. 




since sy tau susu adelah sumber pemakanan untuk lil' caliph... sy menggagahi diri sy mencari susu. dan ramai yang syorkan sy ANMUM. dan disebabkan sy mudah sgt terpengaruh - sy syorkan diri saya sendiri juga dengan ANMUM. :) tapi bile sy smpai di Careffour alamanda - ade promoter dumex ni promote sy ngan MAMIL MAMA. dia promote sgt bagus (kisah umliyana yg mudah terpengaruh) dan dia ckp mamil mama ni sesuai untuk org yang bukan peminat susu. dia ckp satu hari minum 3 scoop pun memadai sbb khasiat dia melebihi ANMUM. cthnya mcm kandungan Acid Folic dia lebih tinggi, Calcium lebih tinggi dan kurang lemak berbanding ANMUM. yang sy perasan - Mamil Mama ni memberi tumpuan kepada ketahanan tubuh badan iaitu dia ade sumber Immunoforce la. memandangkan dia sangat peramah - sy pun amekla Mamil Mama tu. 
tapi... sy still mcm tak puas hati sbb kwn2 sy ramai recommend Anmum. last2 bile promoter tu takde je sy suh mila pi tukar balik ngan Anmum. sengal kan? hahahaha.. berbanding Mamil Mama, Anmum lebey memberi tumpuan kepada tumbesaran otak. dia ada ganglioside. (brain formation). tahukah anda otak kanak2 lebey banyak tercantum ketika dia didalam kandungan lagi? hah.. lebey kurang mcm tula iklan dia. :) 
setelah 3 hari sy membeli ANMUM - semalam br sy start minum. itupun sekali je before tido. kawan sy ckp minum panas-panas so.. dia kurang muak. so.. sy curah semua air panas. gile beb! tak leh minum langsung! melecur! hahha.. so.. biarkan beberapa minitla.. bagi dia suam sket. tp first sy sedar - sy suka bau dia. ade orang ckp ANMUM bau hanyir susu. tapi.. sy tau bau hanyir susu. bau hanyir susu mcm bau susu anak buah saya! hahahah.. tapi ANMUM ni takde langsung ok. dia mcm bau vanilla mcm tula. otak sy duk pk - jangan muntah! jangan muntah! - suprisingly sy tak muntah. tawar sket.. mungkin sbb sy terbuat lebey dr 200ml yang disuggest. haha.. dan sy rasa ianya sedap! :) 
mila pun kagum sy tak muntah. then sy teringat cakap lin - bende tu dalam otak je. mainan fikiran je. pape pun sy kagum ngn diri sendiri. tengok.. mcm mane being pregnant tu membantu anda lebey sihat? hahahah.. 
untuk preggers lain yang ade masalah nak minum susu mcm sy - leh try Anmum atau Mamil Mama. sy google kat tenet ni - ramai gak recommend Mamil Mama. dorang ckp lagi sedap dr Anmum dan sesuai ngan org yang tak minum susu. so memane pun ok kot. asalkan anda minum susu! :) 


untuk sarapan pagi - sy amek Anlene. yang dalam kotak kecik tu. rase coklat. yang itu betulla sedap! :) mcm makan coklat. hahah.. jakun kan? :P 


Saturday, March 19, 2011

our.lil'.caliph.

hi peeps!
lama rasanya tak update blog ni. selain dr sibuk - sy mengambil masa yang agak lama untuk beri peluang kat diri sy menaip sesuatu kat sini. something happen. and something that requires me to take some... time to feel the vibe. or least reduce the shock moment. :)
some of you maybe dh tahu melalui FB cik mila - which dalam FB saya pun dh lama sy tak amek tau - I'M PREGNANT. yeps.. peeps..cik umliyana pregnant. 
And this is totally unplanned!! 
dan ade kawan tanya - kata nak tunggu dulu? huhu..
kalau all precaution measures have been taken - but you still got pregnant .. takleh kata ape lagi dh. itu kira rezeki allah nak bagi. :)
saya masih cuba membiasakan diri dengan keadaan baru. most of the times lupe - ade someone else yang kene jaga sebelum main makan jek pape. :) takpe. slow2 kan.. nanti lama2 kite biasala kan?
masa awal tau pregnant - sy tengok kat test kit tu memula kuar 1 line je. masa tu sangat lega sbb ingat all the symptoms tu cuma tanda sy nak period je. lelame another one line tu become clear. huh! pregnant. 
ok. relax um. jangan gelabah. it could be problem with test kit. (seriously..ms ni tak leh wat keje pun kat ofis. try to figure out- how?) then balik tu, beli another test kit. tak puas hati kan.. esok pagi2 try lagi. yeps! u're pregnant! so..terus amek cuti dan pegi jumpe doc. 
im pregnant. 8 weeks. expected due date - october 2011. bile doc scan - nampakla si katung kecil. :) 
malam tu sy suprise cik mila ngan pic scan tu. cik mila tersenyum je... tapi dia sikit ralat sbb takde muka excited pun terpamer di wajah saya. then i make promise.. i'll take me sometime to process this. but i know i will be happy. someone actually inside me! 
after a few while baru kitaorg setuju nak bagitahu parents masing-masing. :)
and nak citer something.



ade something yang ubah persepsi saya dan mcm mane saya akhirnya accept myself being pregnant.saya roung kat MPH. kene bli buku pregnancy la kan.. untuk pompuan sengal mcm saya yang nak makan pape pun takut. then.. sy bli buku.. your pregnancy week by week by hamlyn. then masa sy belek2 - sy ternampak figure our lil' caliph (cik mila yang menamakannya) in 8 weeks. ms tu sy terharu smpai kuar air mata. actually there is someone inside me. and he/she growing faster. at 8 weeks.. tangan dia dh terbentuk, kaki sket dan telinga. dia dh nampak mcm baby yang 2cm je besarnya. masa tu br excitement tu datang. keep repeating to myself - there's someone inside you umliyana. not every women in this world got that chance. 
and seriously my lil' caliph are very nice. never get her mom morning sickness at all. sometimes i do vomit tapi tu sbb perut kosong. and sebab demam sket. dia sangat baik. sangat bersyukur. dan kerana itu juga... sy rase dia actually tak nak susahkan saya. :) dia tau sy takde experience dan dia tau mak dia in shocked.. so dia tak byk cekadak. he/she make my early pregnancy are sooooo easy. :) 


so..friends - wish me luck. wish me be strong. and wish all the good things for my lil' caliph. please.. :)


*pics from babycenter.com 


Sunday, March 6, 2011

sleepless.restless.

hype peeps!
lama rasenya tak hupdate blog. sibuk? yeps.. tapi rasenya lebih kepada takde idea nak share kat sini.

lately ni - i felt restless.sleepless.
takleh tido lena. saya bangun setiap 1 jam.. until at least 4 o clock in the morning. after that baru tido lena smpaila cik mila sy kejut sy sbb dia pegi keje jam 6.30 if dia bawak kereta and jam 6.50 if dia bawak motor. after that sy sambung tido lagi..smpaila jam 7.30 saya pulak bangun pegi keje. dan sebenarnya saya cuma tido.. beberapa jam aje.
and if sy bebel apa2 yang jadi kat ofis - people will say im not grateful with what i got. apa pun sy nak ckp - pls put yourself in my shoes before say anything. you dont have any idea what im deal everyday. ye..ye.. sy tau. semua orang ade pressure tersendiri dalam keje. tapi adekah sebab itu saya tak dibenarkan untuk meluahkan apa juga perasaan dan tekanan itu? cet! *emosional kejap*
tapi seriously la beb.. 3 meeting i have to attend exactly at the same time - sapa tak gile? bile.. sy ckp sy kene attend miting lain - then orang akan persoalkan judgement saya - kenela tau mane priority? mane yang effect lebey kepada jabatan? cewah! kalau 2 daripada miting tu just nak jaga bontot orang dan yang satu je mmg relate ngan keje saya - kenapa nak persoalkan judgement saya bukan? *takleh stop jadi emosional*
ok. bile saya betul2 berfikir nak rehat - saya dan cik mila spent our first unofficial honeymoon at colmar tropicale. sadis untuk umliyana - dia demam sepanjang di colmar. kesian kat cik mila sbb tak leh jalan mane without put her wife into 'vomitting situation'. last2.. dia rela duk dalam bilik daripada tengok umliyana berselebung kesejukan atau muntah2 didalam bilk air. yeps.. dia masih sleepless and restless. :(
dan esok dia akan berangkat ke port dickson meninggalkan suaminya untuk tempoh 3 hari. ..suamiku bujang kembali! hahaha.. tapi sy suh (actually dia nak juga) balik umah parents dia. yela.. kang boring gile plak dia duk putrajaya ni. sorang2... nak ajak min lepak2 pun cik min takde. sian..sian..
bley bagi suggestion apa patut sy buat untuk sy tido dengan lebey baik dan dapatkan rehat yang secukupnya?sy sangat desperate untuk berehat. saya tak leh nak rehat tanpa fikirkan buku bajet yang langsung tak dapat disiapkan lagi dan sukatan peperiksaan yang belum siap.. huhu.. sy stress.
saya harap ade satu benda positif yang boleh bawak pergi semua stress saya dan membolehkan sy rase... satu beban dah teralih dr bahu saya. huhu.. how i wish..

*pics by google image