Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

pregnancy.



hype peeps!
arini tajuk mcm lari sket. mcm nak serious sket.
bile dh kawen tak leh lari dengan topik - pregnant atau mengandung dalam bahasa omputihnya. :) muntah sket - kau dh bape minggu? padahal org tu muntah sbb termakan unagi. haha.. kalau demam berlarutan smpai seminggu - ntah2 kau pregnant tak? padahal orang tu mmg demam je. kirenya semuanya la berkisahkan pregnant. :)
mcm sy - tau sy bukan muda. umur 28 tahun. if pregnant lambat nanti bile dh pencen anak still tak abis belajar.tapi tell u the truth - mentally, physically and emotionally im not ready. sy nak menikmati hidup asben and wife dulu. nak manja2..nak gi honeymoon. cuti panjang pun blum lagi ni dik nun!! :)
sy bukan tak nak pregnant. cuma sy tak sedia nak pregnant sekarang. and if im pregnant now - am i happy? it will worries me much. sy nak bile sy tau sy pregnant - sy gembira. tell everybody. bli kan cik mila stoking kecik utk surprise kan dia. ms tu sy tau sy ready dan sy happy. dan sy tak sabar nak buat transformasi hidup.. dr sekadar seorang isteri kepada seorang ibu. :) 
tapi kepada bakal2 ibu - sy ucapkan congrats. :) 
kepada yang masih menanti dengan sabar - insya allah.. tuhan akan bagi rezeki kepada anda sewajarnya. :)
dan kepada diri sendiri - be happy. :)


*pics credit to beautifulnara

Friday, February 25, 2011

kisah.28.hari.



hype peeps!
arini genap 28 hari - saya cik umliyana menjalani alam rumahtangga. cewah! ayat skeeeemaaaa tak ingat. actually consider 8 hari saya cuti prepare psl kawen - actually cuma 20 hari saya benar2 menjalani kehidupan seharian sebagai isteri orang.
and people tend to ask - amacam kawen? best tak? 
tanpa cuba merujuk apa2 yang specific - setakat ini saya rasa biasa. mcm melalui ari biasa. mungkin sbb sy belum benar2 cuti - bile sy start naik keje selepas 2 hari kenduri belah cik mila abis. so... saat dan momento untuk bermanja2 ngan suami sy takde lagi. dan cik mila sendiri pun busy tak ingat. first weekend after allll kenduri - saya kerja. di ofis smpai jam 10 malam. then cik mila tunggu saya kat rumah gombak which sy smpai gombak dalam jam 12.00 malam. esoknya saya spent masa ngan adik2 ipar. (will come to that!.. then weekdays bekerja seperti biasa. weekend nya lagi - stay kat gombak sebab ade jamuan makan untuk penanggah. ahad plak sy fly ke langkawi smpai ari rabu. ari kamis sy bertolak ke johor untuk miting pd arini dan.. sekarang sy keseorangan di JB..menunggu dengan sabar suami sy pulang ke JB menaiki bas. :) sy dh mintak cik mila cuti arini ikut sy balik JB tapi.. skang ni saat kritikal di ofis menyebabkan dia tak leh cuti. sedey..sedey...
so..itu sahajala..2 weekend yang sy lalui yang.. takde romantis ke ape ke.. sian kan? hahaha..
anyway - pape pun.. ade few things buat sy excited as wife to mohd fahmi.
adik beradik.saya dapat adikkkk yang sangat ramai. yelah before dis adik saya sorang je.. lelaki. disebabkan kakak2 dan abang2 sy dh kawen - sy ngan adik lelaki sy mmg kamcing. bile kawen ngan cik mila saya dpt 3 adik pompuan dan 3 adik lelaki lagi. excited? lagi excited sbb dapat adik pompuan kot. borak2 ngan dorang - pegi shopping ngan dorang - mcm best. mcm ade kawan pompuan baru. seronokla! :) dan cik mila ngan sepupu2 dia - rapat2 belaka. so.. saya ade extra 5 adik pompuan lagi. :) seriously.. rase lainla bile ade adik pompuan. mcm dapat geng baru. hahaha..
parents in law.every weekend so far stay kat rumah ibu bapa mertua. dan saya tak kisah. maybe sbb parents sy jauh so sy tak kisah cik mila ajak balik gombak. lagipun.. sbb kat gombak kecoh sket... kat putrajaya cuma ada saya dan cik mila. bukanla..boring cuma..tak meriah. :)
masak. ok ini adelah benda baru untuk umliyana. sy bukan tak tau masak ok. sy rs semua org tau masak. sedap tak sedap tu belakang kira la kan? sy tau masak..lauk simple dan biasanya untuk tekak  sy sorang je. kalau tak sedap sy kutuk diri sendiri jek. hahhaha... tapi bile jadi isteri, saya kene masak untuk cik mila. dia kalau bole ari2 nak masak kat umah tapi sy tak laratla. sbb umah tade peti ais. so..takleh menyimpan bahan. balik keje kene carik bahan, then masak. penattt..kalu rajin, sy masak dan ajak cik mila tolong jugak. dan sy sangat2 bersyukur dapat suami yang mmg sgt membantu kat dapur ok. membantu basuh baju sidai baju. especially bile dia tau sy sibuk kat ofis, balik lambat atau keje weekend. dia dengan rela ati tanpa disuruh akan membantu buat semua itu. :) sayang kamu cik mila! ~ anyway, sy belum belajar masak asam pedas ke.. sotong masak itam ke.. kari ke lagi. nanti eh slow2...
kemas rumah. dulu, saya selalu cakap cik min mcm sangat OCD ngan kekemasan. tapi bile jadi isteri.. tangan sy mmg jadi laju je mengemas bile tengok ade rambut kat lantai, surat khabar tak bersusun, pinggan mangkuk kering tak susun kat rak, kemas katil, sapu2 habuk.. sy rase pengaruhh baik cik min tu menular dalam idup sy cuma sy rase sy belum se-perfect cik min lagila. sy masih belajar...
actually..banyak lagi bende sy kene belajar. dalam tempoh 28 ari tu..ade je kitaorg tak sefahaman tapi bile masing2 dah cool.. kitaorg borak psl bende tu..then kitaorang ok. yang penting kitaorang belajar. it will takes time. especially mcm kitaorg yang sgt... berbeza dari segi perangai dan perwatakan. but love between us will make everything happen! :) jiwang kejap. tapi betulla! rasenya kalu kita sayang orang tu - mcm mane susah pun kite akan laluinya dengan sabar. kitaorang lalui mcm2 untuk smpai ke waktu sekarang.. takkan bende kecik2 nak amek kisah kan? hihi.. :)
saya selalu tanya orang sekeliling sy kalu sy rase tindakan sy buat tu betul (regarding marriage).. sbb sy masih belajar. tgh belajar biasakan diri dengan dia.. dan tgh biasakan diri memegang status isteri. bile kakak sy tegur2 saya - sy taula..peranan isteri tu lagi susah. silap sket semarak api neraka. hihihi... 
okla. mcm lapar... nak carik makanan. org ckp sy pas kawen lagi kurus dr sebelum kawen. hihi.. tp ku rasa sama saja. gebam saja diriku ini. :P


*saya tak sempurna. tapi sy cuba sehabis baik (ayat pengakap!) untuk menyempurnakan hidup cik mila saya! :) * 

Thursday, February 17, 2011

majlis.sanding.saya!

hype peeps!


lama kan tak hupdate blog ni? uish.. selain takde masa...saya jugak ngak ade ide nak taip ape. then sy baru perasan yang sy tak citer pun mcm majlis sanding kan. ceh! mcmla ade orang kisah. well.. sy still  mahu citer sbb blog ni akan jadi kenangan satu hari nanti bukan?
sy dan cik mila bersiap kat hotel thistle, johor bahru. have to bersiap kat hotel yang dekat dengan Dewan Jubli Intan sbb rumahku sgt jauh dengan dengan dewan. 
disebabkan sy tak tido malam sebelum tu - pagi tu tak leh stop muntah ok. kepala sgt pening. nak try tido lagi tapi tak bole dh. smpaila kak ayang - MUA ku itu datang. 
hujan lebat ok.. sy dh risau area dewan tu banjir. if anda adalah org JB - semua org tau bile hujan lebat area wisma persekutuan itu akan banjir. uhuhu.. diriku sgt cuak ok. 
start gerak dari hotel thistle dalam jam 130. janji sanding jam 2 petang. 
masa sanding tu - apa yang sy ingat sangat2 adela.. masuk dewan. sy mcm sangat impressed ngan hiasan dewan sy. exactly like what imagine! cewah! seriously.. sy tak tipu punya. sy mcm nak ckp wahhhhh.... tp kene kontrol ayu masa tu. haahahah..nway big thanks utk wedding planner saya : JENDELA IMPIAN MEMPELAI sbb make things works beautifully! dan sy seriously suggest for JB Brides untuk dapatkan perkhidmatan dorang. profesional, tak berkira dan sangat supporting! :) dorang bukan je layan kite as client tapi mcm kawan juga. sbb tu sy suka! :)
majlis sy mcm simple.. tp sy rase meriah. sy suka! i like evrything about my majlis. cuma sy rase terover budget. i mean.. bukanla over budget tapi.. sbb hujan kan.. ramai tak dpt datang. so.. goodies agak berlebih. makanan mcm ok jek. takdela.. terlalu byk. ..
anyway - big thanks utk kawan2 yang datang. rasa best.. rase meriah.. tapi smpai skang i cant believe i been married with cik mila. ari2 kene cakap kat mila - "mila..kita dh kawen.." hahahaha..
anyway- wanna share wit u peeps few pics on that day. :)















Bridal : Jendela impian mempelai : Kak Sue - 0126403731
Make Up Artiste : Ayang - 0197215622
Wedding Dress & Suit : Wazira Collection @ Plaza Alam Sentral Shah Alam ( dis one u better check by yourself bb baju dia mmg super duper cantek!)
Kasut : GAVY
OP : Fad Manaf Wedding & Portrait Photography (Fad Manaf & Kury Nasaruddin
Dewan : Dewan Jubli Intan, Jalan Ayer Molek
Goodies : Malaysia Favors

Wednesday, February 9, 2011

n.i.k.a.h.



salaaaam namaste!
huk!huk! berabuk dh blog ni sbb lama tak update. :)
seyesly sy tak sempat sbb seminggu lebey sy stay umah mertua saya dan prepare untuk wedding belah cik mila. nak menaip pun mcm malas jekk.
okla. nak review satu2. actually sy tak leh nak recall semua. rasenya mcm semua bende berlaku dgn pantas. dan otak sy takleh nak recap semua. 
sehari sebelum nikah : kalau orang cakap pengantin kene duduk umah sehari sebelum majlis - saya ade pengantin yang tak mendengar kata. 28 Januari tu saya kuar umah dari jam 12.30 tghari smpai jam 11.30 malam ok! :P memula tu pegi Mai Spa kat Angsana tu. dia ckp 2 jam smpai 2 jam setengah je. mane tau smpai 3 jam beb. sy siap lena dalam spa tu. hahaha..bagus tak? tapi untuk pengetahuan semua - spa tu marvelous! sy suka.. dan sy harap sy bole datang lagi. :) bakal pengantin Johor leh pegi situ ok..tp jangan jadi mcm umliyana : esok dia nak nikah, arini terkedek2 pegi Spa. :)
pastu pegi check in hotel, check in homestay, beli barang hantaran tambahan sebab terlupa nak amek kire wang hantaran sekali dalam dulang. so.. barang tak cukup. sengal? mmg sengal. :P then pegi amek barang hantaran untuk cik mila antar kat homestay, pegi cari inai (jangan tiru perangai ini!) dan amek lagi brg hantaran untuk bwk balik umah. tup!tup! settle semua siap dinner - smpai umah 11.30 malam! wahai bahal pengantin - jangan tiru aksi umliyana ini! :) itu tak termasuk lagi pkai inai smpai kul 2 pagi. time kasih kepada assistant ku noriah yang begitu tabah pakaikan inai. :)
berbalik pada hari nikah. pagi ari nak nikah tu - jam 8 pagi abah still tak dapat kontek tok imam yang nak nikahkan sy dan cik mila. bukan ape.. tok imam tu pelupa kadang2. kang ade budah yang nikah berdenda kang! :) tp refuse dipeningkan dengan kisah tok imam - sy disiapkan oleh kak ayang. sy suka dia! :) dia mekap simple dan dia peramah. biasala..umliyana. yang peramah semua dia suka! hahaha..



sy smpai masjid jam 9.30 pagi. sy tengok cik mila dan familynya semua dh smpai. hihi.. sy plak terkedek2 bwk bekas makanan semua ke dewan makan. amaran : sila jangan tiru aksi sy berlari2 dalam masjid dengan bwk 3,4 bekas plastik! hahahha..
tak taula nape. sy tak rase nervous pun smpai waktu sy nikah. sy cuma nervous bile.. time akad. sy takut cik mila gugup ke ape ke. hihi.. tp sy tengok dia cool je. actually cik mila sy mmg muka cool. hahahahaha... dan sy tersilap orang untuk di-nervouskan. sebenarnya abah sy yang nervous. cubaan nikah adelah 4kali ok. kali pertama saksi tak dgr padahal abah ngan cik mila sy dh bersemangat. :P lepas tu terus abah sy susah sket. kali ke-4 baru ok. biarpun kakak2 sy gelak2 sbb nak kurangkan nervous abah tapi sy mcm kesian kat dia. smpai dia mengucap panjang tau..:( sian abah sy. anak last pompuan dia nikahkan.. mestila dia nervous lebey. dan AKHIRNYA saya sharifah umliyana sah menjadi isteri kepada Mohamad Fahmi. yang lawaknya ms majlis nikah tu - both of us mcm blur. lepas ni kene buat ape? disebabkan lafaz sakinah tu paaaanjang sgt, kitaorang smpai tak dpt nak buat mcm tradisional nikah which involve salam + cium dahi. lawak kan? terpaksa buat sesi khas salam + kiss dahi bersama OP tu. hehehe.. 




secara keseluruhannya - sy puashati dengan majlis nikah sy. simple. dan takdela..protokol sgt. :) cuma sy rase ms tu sy still tak leh buat tak tau dgn persiapan kat dewan makan tu. takleh nak relax sebagai pengantin. mungkin sbb terbawak2 ngan perangai ofis sy yang semua kerja sy nak control dan under my radar.. which sometimes sy lupa - you just have to put trust with other people. :)
i leave u wit few pics. nanti sy update majlis resepsi sy! :) 


 




* pics from Fad Manaf, Kury Nasaruddin, Dzi Journeys, Farhana, Yantie Zulkifli