Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

quick.update.

alhamdulillah - akhirnya semua berjalan dengan lancar. even hujan lebat (banjir je belum area tu) ramai gak datang kenduri saya!
saya nak tulis pepanjang - tapi sy nak bwk chauffeur saya massage dan belanja makan NANDOS kerana sudi melayan saya da kehendak2 sengalnya. kire upahla kan?
will upload pics later ya! :)

Friday, January 28, 2011

two.days.left.

lagi dua hariii?? cuak giler ni beb!
cet! takdela. berdebar jekla.:) 
ini kisah lagi dua hari cik umliyana sebelum bergelar puan ye. hihi.. tak mo! nak cik jugak! :P
arini : beli goodies untuk bebudak. then pegi kedai printing sebab nak print pic utk letak kat photo stand. memula gambar sy bagi tu kecik sgt - then sy mintak afnan email kan yang original size baru ok sket gambarnya. yeyeh! gambar sy jadi comel. uish.. masalahnye gigi-biru laptop ni problem. so..xdapek nak share gambar yang telah siap diframe. pape pun sy amek gambar ini :


sy printing ni kat kedai print GULAM @ larkin. sesape anak jati JB - kompem kenal kedai Gulam ni. dari kecik anak kedainya smpai bapak gajah besarnya! abang yang layan kerenah sy tu sangatla baik dan penyabar. staf kedai dia yang lagi satu tu pun melayan je tolong letak gambar yang siap print dalam frame. suka sangat! biarpun br kenal sy terus jemput dorang ke majlis kawen sy di Jubli Intan nanti. haha..excited!
then sy pegi kejap ke Mai Beauty Spa @ Angsana. nape sy kompiden pegi sini? sbb sy baca review fasha. plus sy tak tau spa mane lagi kat JB ni. maybe ade je kat tempat lain.. tp sy ade mase 2 hari je. dan survey banyak tempat bukan satu option yang sy nak buat! :) kat Mai Beauty Spa tu - pekerja dia nama NANA mmg sangat peramah. marketing skill awak memang bagus.keep up a good work! ceh! tapi betulla. dia explain satu2 ape dia lulur, masker, body bleaching, jacuzzi etc..  biarpun sy setuju untuk pegi SPA dia esok- tapi sy sebenarnya risau. bukan risau. segan. sy segan dengan orang yang nak tolong mandi lulur ape bende ntah. masker tu lagi. wey..buat bende tu semua naked kan? uishhhh.. gilerla. sy super duper segan!! tulun!.. sy tak nak buat rasenya tapi ini jekla time sy beralasan untuk ke spa. waktu lain? malas jekk. then sy rase sy betul2 perlukan sesuatu yang boley buat sy relax.. tenang... setelah pelbagai bende buat ketabahan sy seakan hilang. (mcm ayat novel la plak!) - kesimpulannya sy setuju la pegi Spa ni. tp memandangkan kosnya agak lari sket dr bajet, sy terpaksa mengetepikan niat sy nak buat hair treatment. takpela.. i pakai tudung pun. (ayat sedapkan ati!)
then sy jumpe fizah.bestfriend sy dr kecik juga. dia nakbelikan sy adiah kawen dan mintak sy pilih kat Jusco Tebrau. kan best..kalau ade org kaya datang, ok..pilih je pape,saya yang kaya ni belanja. hahaha..*berangan*.anyway - i cant pick any gift since semua adiah sy nak lebey budget kawan sy dan sy rase bukan skang untuk sy topup if tak cukup.. then fiza just bagi sy voucher jusco. kau belila ape yang kau nak.. sayang dia kan? hahaha..
huhu,, lagi dua hari? biar betik kau ni umliyana..dh nak kawen?? kan best sy tido..dan bile sy bangun, i already be married to mohamad fahmi saya? hihi..*berangan banyak lagi*.
esok spa?huhu.. wish me good luck. dan harap2.. sy tak meroyan nak kuar dr spa tu cepat2. hahah


Thursday, January 27, 2011

1.2.THREE!



tajuk entri ala2 sengal.hihi.. sbb nak menunjukkan lagi 3 hari. tapi disaat entri ini ditulis telah pun masuk countdown - 2.days.left..takpela.. sebab sy nak berciter ttg kisah bile tinggal lagi 3 hari. 
ok. memandangkan ianya ari pertama um mula bercuti - excitedla sket. pagi2 bangun - bermalas2an di katil.. dan akhirnya pegi juga ke umah cik min tumpang basuh baju. iye.. umah sy belum ade mesin basuh. kesian kan? itu pun baju super duper banyak - jadi mls terus antar kat dobi. hahaha..
pagi - kul 10.45 bertolak ke One Utama bersama cik min. memula cik min ingat dia nak half day! ceh! half day la sangat.sampai OU sangat excited nak buat full leg wax dan upper lips threading di apronbay. selepas amek handphone kat nokia centre (yeh! handphone dh elok!) kompidenla ni nak cari apronbay. tetibe tepon bunyi. customer service kat apronbay call.
caller : hi, ms sharifah. i would like to confirm your appointment.
cik um : yeps. i just arrived one utama. i will met you just a moment.
caller : one utama? but ms sharifah, our boutique located at jalan telawi bangsar.
cik um : hah??
so.. tengok? umliyana yang sengal. kompiden nak pegi apronbay tapi kompiden ke One Utama. sengal.sengal. cik mila ngamukla jugak sebab arini mmg rushing sgt. bley plak tunang dia salah tempat? cik mila terus pick sy kat OU, bwk ke bridal kat melawati then baru pegi bangsar. cik min masih berjalan2 di OU.
sekali lagi bende lawak,
cik min : umliyana
cik um : yeps cik min
cik min : tiket parking pada kau kan?
uwaaaaa!! sengal no.2. nak patah balik mcm dh jauh je pegi. last2 cik min kata pegi dulu bridal then datang balik OU untuk pulangkan tiket. then sy terfikir - memandangkan kesengalan sy dh 2 kali - sy bercadang kensel appointment kat apronbay. instead pegi je Glitters kat One Utama. sengal.sengal.


sampai kat bridal - citer lawak yang tak kelakar langsung dan sangat mengeciwakan saya - bridal ni dahla suh kitaorg amek baju awal kan? boley plak sy datang butik dia.. bajunya takde?? dia ckp baju tu kat dobi lagi. sengal ke idok? laaaagi buat sy marah sbb dia ckp sepatutnya sy datang esok atau lusa. terus suara jadi high pitch - sy ni nak balik johor tau. sepatutnya ini untuk majlis next week. sabtu ni majlis kat belah sy di johor. bile masa sy nak amek lagi baju ni?? kan.. dah mengamuk. diaorg terkocoh2 la pegi dobi then ukuran aritu dh amek tapi lagi satu sengal dorang - tak buat fitting pun kat baju tu lagi. sengal ke idok bridal ni?? katekan dia sengal! so..terpaksa amek ukuran ms tadi juga dan dia terus adjust. sy despise gilerrr bridal ni. kalau ikutkan ati - nak aje sy suh pulangkan duit dan sy amekla bridal kat memane. tapi.. sebab mls nak pk lagi - sy sabaukan jekla. taaaapi seyes.. dorang mmg sgt tak profesional! indah khabar dr rupa! cet!
dan disebabkan masa yang terbuang di butik itu - sy rushing ke OU untuk pulangkan tiket kat cik min dan pergi menjalani sesi waxing! only half leg and upper lips. cik min dan cik mila pegi ikea sementara sy melunaskan sesi waxing sy. tapi sesi tu semua tak smpai 20 minit pun. kejap giler! masa buat half leg waxing tu - sy tak sempat nak jerit aik? dah tanggal? mcm terkejut je lebey. dan sebab mcm byk kali tampal, tanggal, tampal, tanggal - kaki jadi kebas dan tak rase sakit dh. mase buat wax upper lips (amoi buat threading tu takde) - agak kuar air mata la juga. sebab tempat tu kan.. mcm sensitif terhadap sakit kan.. (even jerawat tumbuh situ pun sakit ye tak?) . tapi itu pun kejap je. :) skang ni rase kaki botak - hahha.. rase pelik plak. br perasan kaki ku putih! hahaha.. takde kene mengena kan? :P
selepas itu sy ke wazira dan amek baju. kat sini senang.. kak shana dh siapkan baju semua, datang amek pastu blah. semuanya settle jam 4.30 petang!
bunting tak sempat siap arini.. esok cik mila terpaksa pegi sendiri amek kat gedung kad kahwin. sy gerak pulang ke JB akhirnya jam 7 lebey sket juga. risau gak takut ade bende pape tertinggal. i.allah.. ok kan... (sedapkan ati umliyana!)


esok : frame. gula-gula.toiletteries. bank.
p/s : betul ke adat merenjis tu adat agama hindu? pls share if u have any regarding dis one. my dad - cancel sesi merenjis just because people told him - itu adat perkahwinan agama hindu. :( sedeyla. last minute mcm ni pun dia still berjaya buat.. sy susah hati. sedey..


*pics from afnanomar.com*

Tuesday, January 25, 2011

f.a.n.t.a.s.t.i.c.F.O.U.R.

fantastic la sangat. nape fantastic ni cik um?
sebab sy dapat tgk lagi banyak gambar pre-wed sy - dan sy sangat suka! :) 
nak tengok? sila pegi sini.
afnan ni member OP saya. dia dtg tolong OP saya ms amek pre-wed. dan dia mmg best. selamba. dan dia amek gambar - cumel! :)
sape b2b yang takde OP lagi - sy suggest dia jugak selain OP saya. dia selamba dan dia amek gambar cumel! (byk kali kan sy ckp mcm tu?)  atau kalau cik didi nak amek gambar ms 5 months pregnant pun ley hire dia. :)


nway - nak maklumkan. AKHIRNYA! umliyana mula bercuti esok. tapi belum bley balik JB lagi.  sebab esok banyak gilerrrr bende nak buat. lagi satu kan sy br perasan yang sy tak invite pun blogger yang sudi bace blog sy ni ke wedding saya. AMPUN encikkkkkkk! ok. sekarang ni :
"saya dengan penuh rase rendah diri ingin menjemput tuan / puan ke majlis perkahwinan saya dan  cik mila di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada 30 Januari 2011". jap sy attach gambar. datang tau!


ok.. apa yang tak settle? umliyana lupe nak order hantaran cupcakes untuk cik mila. sengal kan? sib baik kak ina dr wizzcakes sudi nak amek tempahan. pheww! sib baik!yang penting cik mila la yang penatt sket kene amek kek tu pada ari kamis dan bwk cuppies tu ke JB nanti. uish.. lagi 4 hari beb? mcm tak percaya jekk. skang sy dh cuak. seriously. takut ade bende tertinggal la.. uishhh.. wahai wedding planner sy sila la.. selamatkan sy! :(
dahla bridal cik mila sy tu buat lawak lagi arini. dia nak psg pelamin awal. 3 februari dia nak pasang dh. padahal majlis cik mila 5hb februari. sengal ke ape? pelamin tu letak bwh khemah kat padang bola. kang ujan ke ribut ke melayang semua bende tu sape nak jawab? sengal kan? bridal dia ni mmg buat sy rase nak meletus jekkk. cik mila yang ala2 cool tu pun bley ilang coolnye bile bridal tu buat statement bodo nak antar pelamin awal. alasannya - staf sy ramai cuti tahun baru cina. nak wat bisnes ke idok ni kak? uishhh.. dahla baju tu sy amek awal seminggu. pelamin nape tak ckp psg esok sekali? sengal.sengal. 


okla. nak pegi kemas beg. takut ade bende tertinggal. nanti kite sambung okey!


*um dh dpt wedding gift yang pertama!*




Monday, January 24, 2011

five.d.a.y.s.left.

salaaaam! 
uish penat giler ni. br je balik dari office. jam 10.30 beb baru smpai umah. penattt giler. smpai rase tak leh nak tido. (tipula! bley je nak tido!)
td tempat keje mmg cam haram gakla. sy betul2 dapat buat keje jam 4.45 petang! pagi tu dh meeting tapi petang tu ade org datang nak diskus something and telefon berbunyi tanpa henti! sungguh depressed. bunyi handphone lagi.. bunyi tepon office. bisa gile! then bile angkat ade jek soklan bonus :


caller : aik tak cuti lagi? (ler..dah tu hang tepon opis ku nape?)
caller : bile nak start cuti ni? 
caller : uish.. bawak2la bercuti um. (kang sape nak buat waran utk korang nih?)
seriously..mmg tak leh nk cuti ngan aman! 




nway - gambar pre-wed sy dah siap! tapi tak dpt nak tunjuk byk sbb OP letak sket je kat blog dia. so.. sy pun bole bagi post satu jek kat sini. my faveret pics!
kakak sy gelak. sebab dia kata "kalau berdiri je, amirul pun tau buat" hahah.. itu mmg trademark OP saya. amek gambar statik. sy  mmg suka pun. bukan semua org tau amek bergambar. setakat senyum taula kan? pape pun sy puas hatila. :)
lupe lak.. td bridal KL kol suruh amek baju bertandang dalam minggu ni gak. uish! mana sempat nak buat kan? dia ckp sbb minggu depan dorang tutup one whole week. cet! so.. rasenya rabu ni mmg rushingla. pegi OU, shah alam then kene pegi melawati. balik petang2 jugak nanti ni.  dan sebenarnya umliyana cuma ade 2 hari je kat JB untuk settlekan apa2 yang patut. cet sungguh! 
ku risau ini.. bunting ku tidak siap lagi. huhuhu.. mcm mane ni... :( sempat ke?


*5days??*

Sunday, January 23, 2011

s.i.x.days.l.e.f.t.



enam hari lagi? sudah nervous ngak umliyana?
huhu.. tak sempat nak nervous. whole weekend spend @ office. cuba memastikan keje2 semua siap before pulang bercuti kawen. 
firstly - thanks to cik An yang berkongsi ilmu tentang larangan brazillian wax. so.. sy decide tak buat brazillian wax itu. tetapi masih nak buat yang full leg wax. kalau buat full body pun ok gak kan? sy decide buat kat apronbay. ini sebenarnya untuk jimatkan masa sbb sy kene One Utama nak amek handphone sy yang br siap direpair. so alang2 kan?
then soklan bonus untuk bakal pengantin JOHOR - saya nak tanya anda tau tak ape itu doa pengantin? tok imam yang nak nikahkan sy dan cik mila tu awal2 dh ingatkan untuk soal cik mila doa pengantin. glup! kitaorg penat survey kat tenet tapi tak jumpe pun doa pengantin tu. please.. anyone?
semalam merupakan first day sy tido di rumah baru. itu pun ditemani kawan sy noriah. niat tido kat umah tu sbb nak siapkan keje yang tak sempat nak siapkan kat office. rase lain tido kat umah baru. dan barula rase berdebar nanti sy duk serumah dengan lelaki. uwaaaa!! suasana dh tak sama mcm duk ngan sewa ngan cik min atau house mate yang lain. boleh ke sy nak pastikan rumah sy teratur dan dalam keadaan yang menyenangkan setiap masa? uish.. cabaran beb. bley ke sy jadi wife yg baik ni? sudah sedia kah umliyana? huh! yang itu buat sy berdebar! cet! hampes btul. menakutkan diri sendiri ini.. :(
ok. skang br saya berdebar. lagi 6 hari? nape bukan lagi 6 bulan? cet!


Saturday, January 22, 2011

w.a.x!

salaam namaste! 
mood hindustan ku tak abes lagi!
ok. pape pun - saat yang dinanti telah tiba. umliyana nak buat wax!!
brazillian wax? ceh! sy tak tau pun pada asalnya brazillian wax tu merujuk kepada ape. 
katekan aku ketinggalan zaman *wink*
anyway - cik mila dia tak kisah pun sy melakukan wax ke tidak. 
dia senang jek - cakap "kalau sakit tak payahla buat"
actually sy dah lama nak buat. tp sbb takutkan ianya sakit dan sebenarnya lebey kepada segan - sy  duk tangguh jek. biasanya sy wax sendiri guna wax strip yang jual kat guardian tu. ianya berguna for like 4 weeks kot pastu ianya dh start semula. lagipun buat bende tu kene ade orang tolong jugak. susah buat sorang2. 
ok. skang ni sy ade a few ideas kat mane nak buat bende ni. pape pun thanks to kay kamal yang memberi info sangat2 berguna. :)


first : apronbay
yang ini sy baca banyak feedback yang baik dr a few bloggers. 
and yang paaaaling sy suka deco dia. pls lihat sini. menarik bukan? ianya ada threading services. sy nak buat threading gak. bukan eyebrow tapi upper lips maybe. harga yang diberitahu mcm ok. lokasi apronbay adalah :
6-1, 1st Floor,
Jalan Telawi 4,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: +603 2287 8081



second : Glitters @ One Utama / Gardens, mid valley
yang ini pun sama. feedback yang baik dr ramai bloggers. sy cube carik website dia tapi takde plak. if nak info lebey boleh pegi kat sini, sini dan sini. harga yang diberitahu juga ok. tapi satu je sy tak tau service yang dia boleh bagi. since sy nak buat threading skali. so sy takutla kalau2 pegi situ sy hanya leh wax je. then sy kene pegi tempat lain untuk threading plak kan? sy mempunyai limited time untuk buat semua tu. :(
lokasi Glitters :
S229, 2nd Floor,
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama, Petaling Jaya, 
Tel: 03-7710 6813


third :Flowerpowerspa
ok. ini recommend by pn.kay kamal. owner buat house call. which is good for me yang totally takde masa nak pegi jenjalan skang ni. sy perlu pastikan keje sy siap before sy cuti2 kawen. anyway - berbalik kepada topik ni - skang flowerpowerspa ade buat offer untuk pakej kawen which include body scrub (i like!) + wax + skin lightning. maybe skin lightning tak perlula kot. tapi yang dua tu mcm ok kan? body scrub + massage +body mask + waxing(body) = less than rm300. sy mcm berminat jugak dengan spa ni.  pape pun - takde address sy leh post kat sini tapi ni emel address dia : fatimahtajuddin86@yahoo.com . if nak add kat FB kene include personal message : flower power (cute kan?) 


still tak decide lagi. ingatkan nak buat rabu ni. sy start cuti rabu ni. 
maybe sempat kot buat sebelum sy pulang ke JB. ceh! sedapkan hati. :P
nanti kalau sy jadi buat brazillian wax - sy habaq experiencenya. actually till now tak sure nak buat ke tak. sy ni bukan boley tolerate dengan sakit sangat. manja! *wink*
okla. perlu tido. penat balik dr JB pun tak abes lagi.
see ya!


hupdate : rujuk kepada buku ini"Mencukur rambut kemaluan ini tidak boleh/haram dilakukan oleh orang lain, terkecuali orang yang dibolehkan menyentuh dan memandang kemaluannya seperti suami dan isteri."(petikan dari kitab Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 1/342, Fathul Bari 10/423)


obviously tak bole kan?hmm..




Friday, January 21, 2011

9.days.left.

salaam!
dah masuk single digit countdown. cuak? nope. stress? yeps!
tapi sy tau sape yang berdebar.. ia adalah cik eny. 
dia yang tolong berdebar untuk saya. 
sy cuma harap perjalanan majlis sy nanti berjalan lancar dan ianya tidak seperti preparations yang mmg huru hara! :( 
anyway - tahap kerisauan sy telah berkurangan. mungkin esok akan bertambah balik kerisauannya sebab - esok penentu nasib sy sebagai orang gomen ni. :( tapi disebalik kerisauan yang menipis skang ni - saya dh dapat GUESTBOOK saya! ku suka!
seriously guestbook itu sangat cumel. simple tapi cumel.
sy nak share kat sini tapi bluetooth sy rosakla. takleh nak send kat pc. nantila.. bebila sy dh beli device baru - sy hupdate. lupe nak share - guestbook tersebut adalah hasil kerja tangan Fasharina dari charmsandcolors. sy sangat puas hati dengan hasil kerjanya dan harga pun berpatutan. sangat cumel! :)
first time dalam idop saya - tak sabar nak balik putrajaya. kenapa? sbb problem kerja. tapi dalam ms yang sama - saya tak sggp lama2 kat JB ni sebab takut asik berselisih pendapat ngan abah sy. kite sebagai anak pun bukan suka bertekak ngan parents sendiri kan? so.. sy seyesly tak sbr nak balik putrajaya. selagi sy kat sini - satu keje ofis pun sy tak sentuh dan sy asik melayan bende2 kecik remeh yang sy rs tak payah amek port cuma ianya menambahkan sakit pening sy jek. :( 
esok pagi2 sy dah pulang ke putrajaya. takdela sesudah subuhh kan.. tapi maybe kul 8 mcm tu geraklah pulang. dan esok gak sy ade fitting baju kat bridal shah alam itu. hihi.. badanku bertambah gemuk. kak shana -kakak keje kat butik tu cakap sy chubby chubby cantek. biarpun chubby tu tak best nak dengar tapi sy melihat dr sudut positif bile dia ckp cantek. pendek kata - dgr cantek jek pun dh sedappp hati. :) hahahah
okla. nak kene masuk tido. kang ade tido tepi hiway lagi umliyana ni. dia bukan ley caya sgt. kalau ngantuk dia bantai jek tido kat R&R memane. :)


daaaa..

Tuesday, January 18, 2011

11.days.left.

psiko diri sendiri bile letak entry berdasarkan bilangan hari yang tinggal sebelum umliyana *BERTUKAR*.
salaam namaste! :)
arini sy di JB. br je smpai kul 2 petang tadi. 
penatttt gile sbb kali ni tak behenti memane pung. 
esok jadual penuh - pegi bank, pegi MBJB, pegi butik, pegi RELA dan jumpe CATERING. penattt wooo!
sebenarnya sekarang ni sy berdepan dengan masalah yang sgt rumit. masalah keje. yang akan memberikan impak buruk kepada kerjaya sy dan rekod perkhidmatan sy. anda tau.. kalau kite sikit cuai dalam keje - tak kisah betapa bagusnya anda buat keje sebelum ni - semua tu tak memberi erti tau.bile masalah mcm ni timbul - pepandai kaula nak iduppp. :( 
tp disebabkan -too much in my plate! - sy cuba stay positif. sy takut tapi.. hidup sy bukan berdasarkan bende tu je. sy cube lihat positif. kalau sy kene surcaj - tolaklah gaji 20 bulan - okla  tu. asalkan ade rezeki halal. :) biarpun kadang2 rase nak nanges tapi sy tak reti nak buat ape dh ni. :(


ok. itu problem keje. bile sy risau lebey psl keje drpd psl kawen - sy totally biul! :P 
ok2. bende best citer. ari isnin kami batch 2/2006 terima surat gembira. eventhough mcm lama sgt tunggu tapi alhamdulillah. rezeki tuhan bagi kan? so..bersyukur jekla. so..first time jumpe balik bebudak batch seramai 379 orang semalam. kecoooh tak hingat! dan sy sendiri amek kesempatan untuk pass kad kawen. :) and gengs! pun lepak ramai2. sy suka!
cuma tak larat bile kawan sy bagi pendidikan 18sx kat sy ngan cik mila.okla..most of the time topic yang dorang ckp atau bende dorang ckp sy blur. actually sy bukanla bodo sangat bab2 tu. tapi bile ngan kwn2 sy - mmg sy jauh ketinggalan la. 90% item yang dorang ckp - sy tak penah dgr. 90% yang dorang ckp sy sumpah tak faham. yang sy tau.. sy pandang cik mila - yang gelak sakan sebab faham pembelajaran tersebut, pandang cik min (hous-mate) yang gelak besar dan siap tambah2 dan pandang cik didi untuk mintak dia translate ape isi2 discussion. seyes! bukanla sy tak bijak bab 18sx cume dorang ni jek terlebey pandai! hahahahah
okla. kakak sy ajak kuar plak. nak kuar pegi KIP MART. mau kirim ape2? :)
bye!


p/s : pre-wed ngak siap lagi.. :(


**image from google

Sunday, January 16, 2011

13.days.left.

saaalam namaste!
*mood hindustan sbb br lepas tgk citer chalte chalte*
anyway - perasan tak cuma tinggal 13 hari lagi umliyana ni nak bertukar status.*BERTUKAR!*
nervous - ngak. tapi risau. mcm sy penah ckp sebelum ni - susah hati. sy rase mcm sy ade tertinggal sesuatu tp sy tak tau ape. :( takpela. itu cuma mainan perasaan. kakak sy ckp nak buat bende baik i.allah akan senang semuanya. allah suka bile kite nak mendirikan masjid. (cube sedapkan hati dengan kata2 motivasi itu!)
semalam - 8 jam sy berjalan ngan cik mila. dr melawati ke damansara ke shah alam then puchong then ke equine then ke bangi sebelum balik ke rumah. fuh! penatttt gile kaki. lagi sian sebab cik mila yang drive. sy sempat gakla lelapkan mata on the way dr Shah Alam ke Puchong mase tu.
pegi Melawati sebab gi bridal untuk amek ukuran baju. sambil tu sy bawak semua tudung koleksi purple sy ke sana - nak tengok match ke tak untuk dijadikan reference dalam mencari tudung kawen. dhla sy silap beli tudung memula tu. melayang duit sia2 jek. :(
then lepas tu singgah damansara - gi WONDERMILK!WONDERMILK! hihi.. tapi sy tak makan banyak. 2 cuppies jek. cuba untuk tidak tergoda dengannya. :P
then pegi shah alam. ini pun sy pegi butik kawen yang sy sewa baju tu untuk amek ukuran dan finalised kaler baju. siut kan? lagi 13 hari nak kawen boleh plak dia ckp nak finalised baju. sengal! pape pun - xde perubahan pun. sy still amek baju yang sy suka first time dulu. 
lepas tu cari tudung. cari tudung ni mmg mencabarla beb. seyes. last2 sy beli je tudung rm15 then psg manik. abis citer. sy takut nak bermewah2 design ni. kang tak cantek nangis. :P letak pun manik simple jek. satu tudung beli kat plaza alam sentral satu lagi lagi beli kat pasar malam bangi. yep! psr malam lagi byk kaler beb dr pegi kat butik! :) 
then sy pegi Gedung Kad Kawen kat Puchong sbb nak tempah bunting. uish..uish.. bende tu boley plak sy lupe kan? uish2..sib baik org tu kata seminggu siap. kalau takk.. xpayah buntingla umliyana! :) 
bile makin dekat harinya - sy rase sy lebih risaukan life after marriage. untuk majlis tu - sy redha je. sy dh buat ape termampu. :) life after marriage sy mcm - risau. dengan kisah bestfriend sy yang akan bercerai - sy tertanya adakah sy mampu nak dapatkan happy marriage life ngan cik mila especially bile responsibility itu bertambah. my life will completely change. biasanya sy akan buat decision - effect diri sendiri. nanti - sy tau decision sy amek effect both of us. dan bile pk2 balik - sy tak tau sy ready ke tak untuk jadi isteri kepada cik mohamad fahmi. :(
tapi untuk cuba didik diri jadi positif dan sebagai langkah untuk mengurangkan nervous sy ni sy cube elak nak tengok citer2 yang psl suami isteri. td pun dh risau sendiri bile tengok citer chalte chalte. hahahaha..then bile cik min bukak citer the naked chef- terus lari tak nak tengok dh. tengok citer2 yang menunjukkan perkahwinan itu akan memboringkan suami atau isteri - sy jadi psycho sendiri. yakin ke sy yang sy takkan boring dalam partnership tu? atau cik mila? sejauh mane cik mila akan bertahan ngan sikap sy atau sy bertahan dengan sikap dia? uish..uish... kau ni um. sebelum kawen tak nak pk banyak2. bile lagi 13 hari mcm2 plak dia pk. bongek ke hape? uish.. *biarkan dia marah diri dia sendiri*
gengs yang dh kawen - ade masalah mcm ni tak? 
ke.. sebenarnya tu mmg sindrom cold feet?sengal kan?
okla. nak tido jap.
nak kurangkan kerisauan ni. 
daaaa... :)


Thursday, January 13, 2011

finally.its.pre.wed!

yeah!
pre-wed sy settle. :) sy suka! 
kisah disebalik pre-wed : cik mila suh sy tido awal. sbb dia tau mcm mane liatnya sy nak bangun pagi. so..kul 10 sy dh tarik selimut. tak ngantuk ni tapi layan jek - akhirnya terlelap. jam 12.30 cik mila kol saya!! terus terjaga. ingatkan lepas tu bole tido.. jangan harap!! sy tido akhirnya jam 3.50 pagi!tension tau sy ngan cik mila. jam 5.45 sy dah bangun tido. gile.. ngantuk tok sah cakapla. bile ngantuk kene minum red bull bile minum red bull - sy sakit perut. hah.. kan dah berjangkit!sengal betul. 
akhirnya sy pick cik mila jam 8 jugak. jem lagi kat sg besi tu. last2 smpai kat colmar lebih kurang jam 8.40 mcm tu. sib baik OP sy jugak br smpai. awal a few minutes dr kami. 
sy harap sy dapat share few pics tapi - gambar semua kat OP lagi. kompemla kan br amek pagi tadi. 3 jam ok photoshoot. paaaaaling lama sy dengan kamera. sib baik - OP sy takde suh sy lakonan ape2 kat situ. kebanyakan image sy cuma perlu diri tegak - pandang kiri pandang kanan. hahahhahaha - i like! :) 
ade insiden lawak gile. kitaorg lepak kat satu bakeri tu. kire mcm nak nampak suasana minum pagi.. sy ngan cik mila pun order teh o panas dengan pastries. bile bagi cawan - sy pelik nape cawan ni besau dan dasar dia yang sangat cetek. sy ckp " cawan je besar tapi sebenarnya pendek! "
pastu.. sy tengok byk gile daun teh dalam air saya. disebabkan itu sy pun terus keluarkan daun2 tu. ntah mcm mane br cik mila perasan yang cawan tu bersekali ngan penapis. siut jek!
patutla dasar dia cetek je.. rupanya sy kene angkat penapis tu untuk minum air.  terus gelak gile sbb telah menunjukkan diri sendiri sengal dan tidak sofisikated langsung. kalau cik min nampak ni kompem dia geleng kepala! uish..buat malu kaum!
papepun - sy enjoy ngan sesi tadi. OP sy dengan assistant dia sangat baik dan lawak. memandangkan kitaorg ni kaku - dia bykla bagi tunjuk ajar. yang lawaknya - cik mila sebenarnya bukannya kaku. tapi sbb tunang dia ni mmg hampes - dia pun terikut sekali. 
nanti kalau OP sy dah tag kat fb - kompem akanku letak satu kat sini!


huhu.. esok keje!! :(

Tuesday, January 11, 2011

18.hari.

shadap no shadap lagi 18 hari je lagi. berdebar? ntahla.
skang ni risau je lebey. 
risau sbb ramai kawan2 tak dapat pegi kenduri belah umliyana. 
dorang prefer pegi belah mila. :( 
18 hari lagi. sy rase mcm ade bende tertinggal tapi tak bole nak fikir pun ape bendenya. susah hati. kenapa ya?
anyway - ade bende yang best pun um nak look forward : my pre-wed photoshoot dis thursday! yeyeh! dan confirm kat COLMAR Bukit Tinggi.hihi.. yang paaaaling syoknya janji kul 8 pagi ngan OP saya. belagaknye kau umliyana. nak bangun kul 6 pun liat ade hati nak ade kat sana jam 8 pagi??? takpe.takpe.chaiyok2 umliyana! since bukit tinggi tu lagi dekat ngan umah mila so.. syla yang kene pick up cik mila. 
konsep pre-wed? takde idea. sy mcm nak konsep santai je.. lepak kat coffeehouse tu..tapi biar ape pun ideanya - sy kaku bile bergambar. sy bukan mcm kwn2 saya yg sangat suka bergambar dan penuh ekspresi wajahnya. sy adelah pompuan kaku. saya cume tau senyum dan tunjuk peace. ku ngak fotogenik.atau fotogedik.hihi.. papepun sy akan cube mengenjoykan diri sendiri. :) 
saya takde mood dh kat ofis. keje terlalu byk dan hati terlalu risau tentang majlis. 
otak mcm tak berhenti berfikir. even tido pun susah.. but then makan byk gilerrrr.. sbb mcm nak release tension. (ye..ye..sy kalau susah hati sy makan lebih byk dr biasa!).


esok rasenya mcm nak cuti. and khamis cuti lagi. 
sy cuma perlukan masa berehat aja. :) 


Saturday, January 8, 2011

wedding.dress.

ingat tak ble sy citer pasal sy jumpe baju saya berkenan kat wazira collection.
and actually we already pay the deposit. menanti dengan sabarnya untuk pkai baju tu.
tapi saya berdebarla. saye saje2 google-ing carik butik ni.
gediks jek. saje nak tengok kot2 dia ada baju baru. :P
tapi sy tak jumpe pun website dia. actually ia cuma ade facebook yang dah berkarat tak hupdate. hihihi.. anyway - saya jumpe beberapa komen tak enak pasal butik ni. ade sorang tu siap cakap smpai ke cucu cicit dia nak war2 kan how bad the boutique is. huhu.. ade yang ckp butik ni suka suki tukar baju last minute kalau dia terpaksa cater somebody yang lebih kaya dan berpengaruh. and nak dijadikan - butik tu penah call sy tanya kalau sy nak tukar baju sbb dia tak sedar tarikh sy book tu clash dengan someone else. and dia ckp orang tu yang tempah dulu. after an hour dia ckp tak jadila. dia maintain bagi baju tu kat sy. uish.. biarpun dia ckp mcm tu, tak leh stop risau.
anda tau bile kawen anda hanya lagi 21 days - pelbagai kerisauan yang timbul. risau psl majlis tok sah cakapla apetah lagi dress yang kite harap akan nampakkan kite cumel. :P dan saya adalah jenis manusia yang selalu kene ade backup plan. maybe sbb kerja sy memerlukan otak sy sentiasa ligat cari plan A, plan B plan C. tapi.. kalau tetibe ade masalah ngan baju saya seyesly sy takde back up plan. sbb hati sy mcm cuba ckp saya je menakutkan diri sendiri. sebenarnya takde ape pun. 
katekan mmg ku gedik menakutkan diri sendiri. :) biasela..kan? cold feet kot. cet! :P 
ntahla..lately ni rase risau. tak nervous. risau. takut apela jadi mase wedding ku nanti. rs mcm kelamkabut. mcm nak buat something tapi xtau buat ape. instead of buat pape - sy lebih jadi risau.nape org lain sy tgk busy jumpe mak andam arrange for wedding tapi diriku - lagi sibuk kat ofis dari sibuk prepare kawen. apela sengal umliyana ni kan?
okla.ini hanyala kisah umliyana bakal pengantin yang sedang mengong. :)


Thursday, January 6, 2011

p.r.e.-.w.e.d.d.i.n.g.i.d.e.a.s.

ok. skang mood pre wedding ideas.
sementara tunggu sistem akaun sy ni ok semula- sy hupdatela blog kejap.
semalam - sy tanya psl pre wedding ideas kan? anyway - sy dapat a few feedback which is THANKS AAAA LOOOOOT! :)
seyes - korang mmg kreatif!
setelah memikirkan sedalamnye (sedalam tangki kat umah mak sy!) - saya telah me-list-kan beberapa option. antaranya : 




i. posing kat colmar, bukit tinggi. 
 idea ni sy agak suka. sbb sy mmg sangaaaaat sukakan suasana kat colmar bukit tinggi. ( in fact pre-honeymoon saya kat sini!). and gedik2nye pkai baju somerset bay (mcmla kau ade baju ni ye tak umliyana?) - cumel2. :)




ii. amek gambar kat tempat busy - spt pasar malam, dan kite pkai dress and cik mila pkai kot maybe. then orang lain semua kite jadikan kaler sephia cume kite dan cik mila je kaler bright. leh imagine tak? smart2. sy leh imagine gambar tu kompem jadik cantek dan meletop! :)



iii. amek gambar kat stesen keretapi atau KL sentral maybe. maybe gambaran dia akan sama seperti item ii. 


iv. and lastly - gambar kat Zoo. katekan ku pelik tapi ku suka ZOO!! :) yang ini sy tak jumpe lagi org amek gambar pre-wed kat zoo. :P


option saja lebey.. decide pun idok lagi. kejap..kejap.. sy perlukan masa bertenang. kakak sy cakap - "kau ni skang asik pelupa jekla. byk makan semutla tu!" - uish, hidupku tgh huru hara ni tau! tak sbr tutup akaun ni. nak tarik nafas lega sket sblum other disaster continue.! :(


Wednesday, January 5, 2011

tangkap. p.r.e.-.w.e.d.



pre wed idea anyone??
huhu.. saya telah menjadualkan pre-wed saya pada 13 Januari 2011.
huh! lagi seminggu tapi sumpah takde idea lagi. 
saya rasa kalau sy postponed for another week terlalu suntuk untuk sy pk psl pre-wed dan saki baki psl persiapan perkahwinan.
so saya pun deal ngan OP saya tarikh 13 Januari ni without even think nak buat pre-wed mcm mane. kalau sy  tengok previous job OP saya - dia byk buat kat taman. ok.. taman..ok je. tapi nak buat style picnic ke ape ke.. itu belum ade ketentuan lagi.
kakak sy suggest buat pre wed shoot mase tgh fitting baju kat bridal ka.. atau  shopping barang kawen kat memane. owh.. yang itu.. ngak bole. sebab sy takde brg kawen nak shopping dah. :( 
untuk bridal plak sy rs mcm kejap sgt - lepas tu sy nak pegi mana plak kan?
so.. anyone pre - wed ideas please... :(


* pics by fad manaf wedding & portrait photography

Sunday, January 2, 2011

marry.type.

ini cume topik biasa.
dan sy rase mcm nak share something. 
sejak sy kecik dulu - i have a looots of male friends. mungkin sbb jiran2 saya semua lelaki. so.. sy takde choice sgt. :P but then saya cume suka seorang lelaki je smpaila sy masuk uitm. then i got dumped by that guy on my second semester. frust menonggeng? let me tell u about it. 
since then - sy kenal ramai lelaki but yet tak nak ade steady boyfriend. bile sy ada boyfriend pun sy pastikan saya takkan suka dia sangat2 - dan sy juga pastikan yang sy bukan hidup dengan boyfriend saya je. kirenya i want my own freedoom - and try to be independent. actually it works! dan sejak tu jugak saya tak penah imagine diri sy nak berkahwin. serius! sy cuma bayangkan diri saya - keja sebagai investment analyst (yes! dis is my dream job) then sambung master - kerja balik another 5-6 years before jadi lecturer. see? tak de planning pun nak kawen.  mase susun 1o things i want to do before i die - yeps, takde juga plan nak kawen. saya tak boleh imagine diri sendiri jadi isteri atau ibu. sy nak jadi career women - nak pegi travel bile sy suka - ada rumah sendiri - kereta sendiri - amek anak angkat kalau saya nak jadi ibu. serious! masak kat dapur - jaga anak - not really my thing.  sy tak leh imagine untuk berkahwin dengan si dia - sebab sy sangat risau hidup saya akan jadi bertambah boring. saya seorang yang joyful, free, spontaneous - dan saya nak jadi mcm tu smpai bile2. saya rase berkahwin akan merubah sy.
entah bile persepsi tentang kawen tu berubah. sy rase pengalaman mematangkan kite untuk kembali menyusun keutamaan kot. bile sy start msg kwn2 minta address untuk hantar kad kawen - i : "kawan-kawan, boleh bagi adress tak? aku nak send kad kawen (mcm tak caya plak nak ckp mcm ni!) " - br sy tau persepsi saya tentang life dah berlainan. pandangan saya tentang lelaki dh tak sama mcm dulu. mungkin cik mila yang ubah pandangan tu - atau pun saya dh lihat dunia ni dr perspektif yang berbeza.  tapi kalau cakap mcm mane saya imagine life saya lepas ni - saya cakap, just go with the flow. sbb saya betul2 tak nampak lagi bayangan sy sebagai isteri dan ibu. apetah lagi menjadi kak long kepada 6 orang adik cik mila. saya akan bertatih menjalani life tu asalkan ade orang yang disisi untuk memimpin. bukan begitu cik mila? dan saya harap married life tu takkan mengubah saya. saya nak selalu jadi umliyana. anak pak syed dan sharifah fatimah - yang ceria, positif, independent! chaiyok2! :)