Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 2, 2011

p.a.r.e.n.t.i.n.g.

heeeelllo people!! :) ya allah..lama giler tak hupdate blog kan? sebulan lebey kan? rasenya tak payah susah nak cipta alasan sebab semua tau..bile ade anak, nak update blog adalah sangattttt diketepikan. ini baru ade chance sebab fieras tido sangat lena. :)
arini fieras 43 hari.. lagi sehari.. pantangku dan fieras abis. tapi.. mcm orang ckp c-sec tu, kenala jaga lebey lagi. insya allah...just kene elak makanan yang boley burukkan luka jahitan.
anyway.. pengalaman ibu baru adelah sangat istimewa. mmg.. sangat penatttt. jauh2 lagi penat daripada menghandle perkahwinan sendiri. menanges?? owh.. banyak kali! especially mase awal2 tu.. breast bengkak, pressure jg baby dan masalah bb yang tak boleh direct breastfeed. anyway, arini nak citer pengalaman awal2 jaga baby. all the hardness and happiness.. :)

breastfeeding
after bersalin, sy mengalami masalah nipple yang tak timbul. baby saya pulak.. dia menanges tahap cipan bile dia tak boleh menghisap. mase tu sedey gilerrrr... start dari kat hospital. bile balik umah... try pelbagai cara untuk bagi nipple timbul semula, tp tak bole. fieras pulak menanges mcm kene belasah..buat lagi bertambah pressure, menanges lagi saya (mase ni pk.. bg susu pun tak bole.. nak jaga anak mcm mane?) . sejak mengandung.. saya mmg niat nak bagi anak direct breastfeed. especially bile mengandung..sy tengok breast sy takde masalah. tp bile bersalin.. tak tau nape nipple terus jadi flat! orang ckp..patutnya bagi je baby hisap sbb nanti nipple timbul. tp.. kalu tgk anak nanges terukkk gilerrr sbb dia isap tak dpt ape (sbb mak dia takde nipple!)..sedey tau. last2.. terpaksa pam je. ms ni redha je.. :(
breast bengkak. mengalami satu hari breast bengkak smpai tak bole nak tido.giler wey! sib baik satu ari je. ade orang smpai berhari2 kan? tp bersyukurla.. pam susu sangat banyak. so..anak dapat fully breastfeed eventhough pakai botol susu. cuma masa almost 4 weeks.. tetibe susu berkurang. actually bukan kurang.. tetibe sy pam, paling byk susu dapat 1oz. sy pelik la.. stok susu nak dekat abis. risau tau..fieras plak menyusu 2oz each time susu (per 1 hour).bile pk balik..sy tau nape susu sy berkurang mendadak. saya tak makan 2 hari. just makan roti cecah milo. mase tu sy pressure sangat.. sbb fieras tak nak tido, dan dia melalak. dia melalak sangat horror tau! smpai hilang suara..ms tu sedey lagi, nanges. so..bile fieras tido, sy nak tido sbb badan sangat penat. lapar tu dah tak rase sbb penat mengatasi segalanya.. dan itula penyebabnya. sejak tu sy pam..susu kurang. eventhough saya dh makan normal.. susu still kurang. so..tak boleh cater semua susu fieras. terpaksa campur dengan formula.memula mmg berat hati sangat tp... sanggup ke tgk anak kite melalak kelaparan?? hmmm...

berpantang
saya bukanlah berpantang sangat. i mean.. orang suh makan nasi ngan sayur je, air 2 gelas sehari.. mmg saya tak ikotla. sbb saya tak percaya ngan bende tu. lepas bersalin.. kita nak bina semula energy..kalu ikut sangat, manenya tenaga nak dpt kan? plus.. doktor kata kene makan normal, untuk pastikan kita dapat beri susu yang byk kat anak kan?.. so sy mmg tak pantang mcm tu la. sy berpantang juga.. berpantang lebey kepada berpantang untuk rawat luka jahitan. lain orang lain jaganya.. tp sy percaya insya allah semuanya ok. sy lebey risaukan luka jahitan daripada risau perut tak kempis ke.. badan tak ke shape asal.hihi.. tapi bab keluar berjalan tu, ari ke 10 saya sudah keluar ke alamanda dah. :) yang itu mmg umliyana... bab keluar berjalan, dia mmg tak ingat dunia. :P
sepanjang tempoh 43 hari..sy boleh katakan sy mmg tak manjakan dirila. bukanla..manja maksud sy. ade orang yang undergo c sec bagitau saya.. kene banyak berehat, jangan byk berjalan dalam rumah... kwn saya, asik baring dan duduk je sbb nak jaga luka. dukung anak pun tak byk kecuali waktu breastfeed. saya mmg tidakla..saya mmg jenis tak boleh duduk diam. saya basuh baju fieras, sidai baju dia.. buat susu dia sendiri..basuh baju sendiri...semua buat sendiri sbb sy takut kalu sy manjakan diri, saya akan lagi lambat baik. :P tp bab mandikan fieras.. start last week baru sy mandikan dia, hihi.. tak kompidenla b4 dis!:P

parenting
awal2 tak tipula...mmg rs sgt letih. bile baby nanges kite tak tau nk senyapkan... rs mcm loser sgt. 2 minggu pertama fieras tak meragam sgt. dia just bgn nk susu je every 1-2 hour. so okla.. tp yg tak larat ms msk 3 minggu bile dia start berjaga mlm. dia akan berjaga selama 4 jam tgkla dia bgn kul bp. kalu bgn kul 10 ke okla.. kul 2 dia tido balik. kalu bgn kul 12?... :( ms nila stress itu bermula! ms nila sy start mls nk mkn.. nk tido je bile fieras tido. tp.. bile waktu normal, saya sangat suka tgk fieras. bile dia tido..muka dia sangatttt nampak tenang dan suci. bile dia berjaga, dia akan pandang je muka kite bile kita bercakap dengan dia.kadang2.. dia mcm nak tersenyum kite cuit2 pipi dia.. bile dia tido, kadang2 dia gelak dan tersengih sendiri. ya allah..sangat cantekkkk!! :)

kesimpulannya..its nothing like i ever imagine. selalunya saya imagine.. semua melibatkan kepenatan tanpa sesuatu yang manis untuk ditunggu. but its wrong! betulll ianya penat..letih giler. tp sayang kat dia mengatasi semua penat tu. :)
tinggalkan entry ni dengan pose dr fieras.. :) he's my everything!



* hopefully all goin smooth with puan didi. :)




No comments: