Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 12, 2011

d.u.g.a.a.n.

pics by google
tp bb ni mencebik mcm fieras.. oo ye.. fieras sgt suka mencebik!

saalaaamm namaste!
3-4 hari ni.. menguji ketabahan betul. semuanya sebab fieras..
bile first timejadi ibu ni.. baru belajar tangisan anak tu merujuk kepada lapar ke sakit perut ke berak ke atau lain-lain sakit.
so..bile fieras meneran then dia melalak.. sy cuak la kan. itu mcm first time je tengok. rupa-rupanya dia sembelit. ms tu masuk hari ke 4 dia tak buang air besar. doc cakap kalu 3 hari dia tak berak itu kire abnormal. so.. ble msk hari ke 4 sy mmg dh niat nak bawak dia jumpe paed. tp belum sempat jumpe paed..dia dah kene sembelit.
masa tu jam 4 pagi.. bile dia tak berjaya nak buang air.. dia senyap, dan mls nak meneran lagi. tp dia tak boleh tido. smpai kul 6. bile umi saya bangun tido.. sy bgtau dia. bile umi cek rupanya dia sembelit.. najis dh kuar sket tapi tak boleh nak kuar abis.
mcm-mcm teknik umi buat... sapu vaselin, exercise kayuh basikal tp tak juga berak2. sy cek internet.. dia suh buat urutan kat perut dalam bentuk circle. so.. umi buat exercise kayuh basikal .. sy urut perut. fieras pun meneran smbil melalak.. dia pandang je muka saya mcm nak cakap "umi..sakitt!!". ms tu saya dh nanges dah.. tak sampai ati tengok dia menangis kesakitan. dia buang air jugak akhirnya.. pastu terus dia tido. dia sangat kepenatan.
jumpe doc after that.. doc suggest tukar susu yang senang buang air. frisolac comfort. since fieras currently pakai anmum.. dia mintak alternate kan susu tu dengan anmum.
ingatkan settle masalah.. takde masalah. rupanya sama jugak.. dia buang air kerap tp still sembelit. susah hati la..
ms jumpe paed lagi sekali, dia berusaha nak meneran buang air besar lagi. menangis lagi dia.. mak dia pun menanges gak. :( akhirnya paed masukkan ubat ..nak bagi dia buang air mudah. so..doc suh tukar susu terus. frisolac comfort. maybe anmum tu tak serasi dengan fieras.
arini dia dh ok sket. buang air 2 kali.. najis dia lembut, normal.cuma saya susah hati dia tak suka minum frisolac tu. memula ingat sebab bertukar susu tapi tak pun.. dia mmg tak suka frisolac tu. susu tu cair.. tak berlemak mcm anmum sangat. so.. dia tak berapa suka. bayangkan dia just minum 2oz je setiap kali nyusu. kadang2 1oz je. dia just minum untuk alas perut dia je.hmm.. satu-satu masalahnya. bile buang air dah normal.. dtg plak masalah dia tak nak minum susu. mcm mane tu?
mmg dugaanla. sy tak tau mcm mane nak handle tu. setiapkali dia menangis sakit even menangis sebab sedu.. saya rs mcm nak ade kuasa magic yang boleh buat semua tu hilang. semua ibu mcm tu kan? harap ade kuasa magic. fuh! fuh! sket kat fieras .. atau ade serbuk yang boleh tabur kat fieras.. terus dia ok. how i wish!
ramai orang cakap.. bagila susu ibu. kompem tak sembelit. hmmm... kalulah saya mampu bagi susu ibu lagi.. sy akan bagi. awal lagi mmg niat nak bagi fieras breastfeeding.. smpai umur dia 2 tahun kalu diizinkan. tapi bukanla sy mintak.. sebulan susu saya berkurang. sy dh makan ubat, makan supplement kalsium.. susu ade tp kuar setitik, dua titik.. mcm mane kan? bertuahla ibu lain yang boleh supply susu kat anak dengan jayanya. :( susu ibu bukanla pilihan buat sy untuk ubati sembelit fieras.. :(
skang ni..kene start fikir susu yang sesuai dengan fieras sebab sembelit dia dh berkurang juga. kalu sesiapa ade idea.. silala bagi idea ye. :) thank you!

*plus frisolac comfort tu sebenarnya tak sesuai untuk diambil begitu saja. kene alternate ngan susu lain.. atau bile ok, boleh amek susu lain. sbb dia nyer kandungan beri penekanan pada masalah kesihatan baby dan nutrisi untuk otak budak ke.. tak begitu memberangsangkanla.



12 comments:

suhana azlin said...

biasa la tu beb, first time mummy.

ada trial and error cmne nak jaga baby, nnt dah besar jd bahan eksperimen utk skill parenting lak hihi...sabar ye =)

mya dulu minum Enfalac, sbb kebetulan time dia lahir susu tu yg kt nursery hospital so tau mmg serasi dengan dia. tapi agak mahal la nanges tengok harga satu tin, stok sebulan dah boleh beli kasut Guess utk mama T__T

ummphs.. said...

aku keep trying bg frisolac comfort tu tapi.. kerap sgt plak fieras buang air. arini je dh 4 kali.. aku jd risau plak. terus aku start bg susu normal. aku try dulu enfalac. tau mahal tapi... aku dh try susu paling murah, susu yang tak berapa mahal.. ni try susu mahal plak.. tengok ape kesan kat dia.
sian..fieras. jd bahan experiment!

Duyung Cun said...

tak pe um..kene bebyk sabar...ni time pantang ader gak umi ko nk tlg..esok dh blk umah sendiri lg macam2...tetibe kol 12tgh mlm melalak style x nk berenti..pergh..ape ko nk buat..belum die demam lg...smue tu kene sedia...ko kene ajo mila sesame..kalau kite sensorg je mungkin badan boleh la paksa nk larat...tp mental tuh...org lain boleh ko pn boleh punye la...cume ko jgn la nangis skali kalau fieras nangis..ko kene la kuat sikit :)..kalau org dolo2 baby x leh berak ambik daun sirih...tangkai lebih kt daun tuh celup skit myk masak..pas tu cucuk kt lubg bun**t die..cucuk plahan2..nnt die geli insyallah sng die nk teran..aku penah tgk makcik aku bt...tp skg dh jarang org buat...heee

Anonymous said...

mamil gold

pHatMuMMy said...

hi um,

just to share, masa my first daughter dulu, bagi frisolac jugak, tapi sebab dia mcm ada sembelit sket, kitorg cairkan susu tu, as in 2 ounce air tapi cuma 1 1/2 scoop susu. cubala, mana tau...

tanak try amik supplement shaklee ke utk tambah breastmilk? aku try mcm ok jugak, adala rezeki utk anak yg second ni...sebab ada jugak baca kat internet, kalau dh stop breastfeed, masih boleh bg lagi dengan cara power pumping utk relactation. as long as takde amik apa2 ubat utk stopkan bf, masih boleh cuba lagi. aku tatau sgt, byk survey di internet je.

praying for the best for u and baby fieras. :)

--yantie sidin--

ummphs.. said...

beb power pumping tu ape? :)

pHatMuMMy said...

sorry lmbt bls..power pumping tu caranya ko blh baca kat blog http://pinkertonic.blogspot.com. caranya lebih kurang mcm ni, kalau ko guna single pump, pump 10 minit kiri, pastu 10 minit kanan continuously sampai 1 jam.

kalau double pumping, pam serentak dua2 belah for 10 mins, rehat 10 mins, pam 10 mins, rehat 10 mins sampai sejam jugak. ni utk hyper-stimulate ur breasts to produce more milk.

buat sekali setiap hari selama seminggu. insyaAllah nampak hasilnya. tapi mmg penat gilela, mcm jalan lasak masa kt tentera, haha.

and don't give up kalau masa pump tu tak dapat apa2, dpt setitik 2 titik ke, takpe...kita usaha je...nnti lepas seminggu mcm tu, baru nmpk kesannya...

keep on trying k...good luck!

.: an :. said...

salam. hmpir sama citer ngn an... huu... an pn xdpt nk fully BF baby. ms br brsalin ritu, bg anmum. sb hosp bg anmum kt baby. pastu perasan yg bby susah nk buang air. meneran smpi nak menangis =(. pastu an tukar mamex gold step 1. alhamdulillah... smpi skrg bby serasi ngn susu tu

siti nurharbaya Basir said...

salam nak tnya mn nak cari susu frisolac comfort tu ek..susah la nak cri susu ni

Anonymous said...

Sabar ye sis. My baby boy pun mcm tu,time nak erk erk dier meneran smpi merah muka. Doktor suggest frisolac comfort. Mmg lawas baby buang air masa tu tapi lama2 jd cam cirit lak,asal buang angin je tersembur najis cair. Refer doktor semula,dia suh selang seli dgn susu yg sedia guna(s26 gold). So far alhamdulillah baby ok.

sumiera said...

Asslm... last fieras minum susu apa... sbb anak sya skrg ni sembelit... mula2 minum isomil tpi sembelit pastu tukar p frisolac comfort cirit pulak... pastu tukar susu p enfalac a+ sembelit semula... dah x ada cara lain tpksa bg frisolac comfort... kesian tgok baby menangis smlman gara2 x boleh poo poo... skrg ni sya dah bingung x tau nak buat mcm mana lg... sama ada tukar susu atau bg mkn ubat

Rosyila Che Kassim said...

Hi sis, sy ada mslh sma ngn tt blog n sis, sembelit then doc suh tuka frisolac cmfrt, taik lembek tp kuantiti subhanallah byk sgt. Smpai ksian tgk msti dia lapar cz mbuang byk sgt. Blh ek kita selang seli? Sy terfikir cmtu gk tp isau nk try