Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

anugerah.terindah.

salam peeps! :)
baru arini ade chance nak belek FB dan nak hupdate citer kat blog. 
peringatan : entry kali ni adelah sangat panjang okeh! sila tabah membacanya. :)




(jap ayat skema!) 
adalah saya ingin memaklumkan bahawa, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fieras Bin Mohamad Fahmi pada 20 Oktober 2011 jam 5.32 petang di Hospital Putrajaya. 
(ayat tak skema plak!)
Fieras dah kuar!!! :) berat dia 4.31 kg! yeps..tolongla percaya kerana estimation doctor saya adalah sangat tepat!! 


pengalaman before bersalin :
seperti entry sebelum ni berat baby saya pada 11 Oktober 2011 - 3.7kg. so..bile appt terakhir saya dengan doctor pada 19 Okt 2011, saya sangat berdebar. saya harapkan estimation doktor sebelum ni maybe kurang tepat..atau maybe anak saya cuma naik sket je. atau berat dia tak berubah la. berat baby adelah penentu utama kepada teknik bersalin kelak.:(
19 oct 2011 saya ke hospital putrajaya. kakak antar sbb saya telah dihharamkan oleh cik mila daripada membawa kereta ke mane jua. kan awal2 kene amek berat ibu kan? berat saya jadi : 69kg! last week kan..baru 67.3 kg. biar betik! takkan naik 2kg kan??ms ni dh tak sedap ati. 
masa jumpe doc.. biasala doctor saya sangat direct orangnya. sy ingatkan dia yang dia  nak check berat baby arini before dia decide bile saya nak kene induce.so..agenda utama kami adalah meneliti berat baby!
first scan : mesin baru datang kat hospital. doktor estimate 4.2kg! mak ai! beza 7 hari takkan la 4.2 kg kan? doc try buat kiraan lagi.. masih lagi sama.. 4.2kg. hihi..masa ni dah gelak2.   myself : doktor, xnampak pun denyut jantung baby saya
doktor : itu nanti kita tengok, yang penting sekarang kompemkan berat dulu. (ms ni sy bantai gelak.. sbb nampak muka dia yang sangat tak percaya)
suasana lebey dramatik - 
doktor : nisa (ni nama nurse dia) .. saya nak try mesin lain. carikan mesin lain.. mesin yang biasa guna. 
nurse tu pun carikanla mesin baru. dalam ms nk dapat mesin lain.. dia cakapla, kalu kompem berat mcm ni, awk nak c-sec ke normal?dengan selamba saya jawab, sy nak c sec. kalu berat dia 3.9 pun saya nak c sec. tak leh bayangkan nak lahir normal baby seberat 4.2kg!
so..try next mesin. 
2nd scan : doktor pun buatla estimation based ngan kiraan kepala, badan dan kaki. (rasenyala!). ni mesin yang doktor biasa guna sbb tu mesin lama. siap borak ngan doktor bape harga mesin ni? boleh beli sebijik umah cik pah oi! estimation kali ni : 4.5kg!! uish.. terus sy bantai gelak. dia pun gelak sama. biar betul! akhirnya dia call another doktor untuk buat confirmation berapa berat baby. 
3rd scan (final one!) : so..final scan, mengatakan berat baby saya 4.358kg. Doktor tu cakap perut saya memang padat dengan baby je. :)
Doktor saya membuat kesimpulan, berat baby saya within 4.2kg - 4.3kg. so..jawapannya adalah c-sec. 
Doktor : so sharifah, bile kamu nak operate ni? due date kamu ahad ni kan? 
myself : haah tapi tak kisahla doktor. saya duk umah je skang ni. ikut doktorla..bile doktor free? 
Doktor : esok boleh? esok petang?
myself : okey!


itulah kisah saya sebelum melahirkan baby saya. saya call cik mila nak update dia psl operation date dan baby saya.. dia smpai terdiam lama kat telefon bile dengar estimation doktor 4.2kg. dan kebetulan umi saya mempunyai instinct yang saya akan melahirkan baby saya pada bila-bila masa - rabu tu juga umi sampai dari JB without knowing anak dia akan kene operate esoknya. 

operation day. (the day!)
saya datang hospital seawal jam 8.30 pagi sbb nak kene check in ward dulu. malangnya saya diberitahu yang takde katil kosong buat masa sekarang. saya pun balik umah semula sbb nurse cakap dorang akan kol bile ade katil kosong. 
jam 10.00 pagi.. saya datang semula ke hospital sbb dah ade katil kosong. masa ni dh start puasa. mase check in mcm biasala..amek darah, amek BP sbb nak memastikan saya betul2 sihat before operate. kul 1..saya dh lapar tahap cipan golek2. tapi dorang tak bagi saya makan. umi cakap.. kang jadi mcm citer dang anum kang. bile operate tengok anak ko tengah makan. ceh! buat lawak betulla mak aku nih!
jam 5.00 saya di bawa ke operation theater. ms ni entah.. sy tak nervous langsung. cuba menervouskan diri sendiri tapi tak boleh. saya mcm gembira sbb akhirnya baby saya nak keluar. :) mase kat OT, dorang prepare saya untuk operation. doktor saya belum smpai lagi. dia masukkan epidural sbb saya akan sedar masa operation cuma saya tak boleh tengok je. masa ni kelakar gile... sbb saya tak boleh gerakkan kaki saya langsung! panik sampai saya pusing2 .. dan nurse terpaksa pegang tangan saya untuk elakkan saya bergerak. 
bagi mengalihkan perhatian saya, ade sorang nurse ni jadi distraction. dia ajak saya borak2 sepanjang operation tu. Doktor saya pun borak2 dengan saya sbb dia nak alihkan perhatian saya juga. 
tetibe saya dengar tangisan baby saya yang pertama. dia keluar perut terus menangis. hah! saya dah cakap dh ngan umi saya. mesti bb saya nanges bile kuar perut sbb lapar..tak diberi makan dari jam 10 tadi! kan betullll....
myself : doktor, besar tak anak saya? 
doktor : kejap. cepat, gi timbang berat dia. saya pun nak tau betul ke dia 4.3kg nih. 
after a few minutes, saya dengar nurse datang bawak baby saya yang dah senyap dari menanges tadi.
Nurse : doktor, berat dia 4.31kg! 
Doktor : hah.. ni baru berbaloi mengandung. anak berat 4.3kg! 
saya bantai gelak je. dia bawak anak saya depan muka saya.. sangat cumel... pipi dia sangat2 tembam. hi baby umi! :) 
procedure seterusnya doktor buat saya dh tak kisah. sya dengar bunyi mesin yang sedut darah tu.. sy siap cakap mcm bunyi sinki tersumbat je doktor. dorang semua gelak. doktor tu siap cakap : dia mmg patient saya paling suka gelak. lain2 masa.. sy borak je. cuma masa nak dekat abis tu.. side effect epidural tu mula terasa. siap sakit kepala mcm migrain dan saya terus muntah kat OT masa tu. bayangkanla..tgh kene bedah, saya boleh muntah? then after procedure, dia asingkan saya dari baby. bagi saya ubat, amek BP.. almost 1 hourla saya kat tempat tu. saya kept vomiting and shivering sbb side effect epidural. 
then saya dibawa ke wad.. dan tak dibenarkan bergerak untuk tempoh 6 jam seterusnya. tapi.. saya dapat jumpe baby saya ms tu. seperti saya bayangkan.. hi baby! saya umliyana,umi awak. selamat berkenalan! 
masa tula..saya sangat bersyukur dengan allah. sebab dia bagi saya anugerah yang saya rase terindah pernah saya ada. seorang anak. seorang anak yang sihat, sempurna. insya allah. semua persoalan boleh ke saya jadi ibu yang baik.. say ketepikan sebab saya tau saya akan jadi ibu yang baik. ibu yang anak saya juga akan cakap anugerah terindah yang allah bagi kat dia. seorang umi yang baik. :) insya allah. 


sebenarnya banyak lagi kisah. tapi.. nanti saya sambung ok. dah 3 kali terbantut dah menaip entry ni sebab nak bagi fieras susu tapi dia ketegak tak nak bangun tido. last2 paksa juga bagi.. sbb nanti angin plak perut dia kan? esok kene amek darah. doktor nak check thyroid dia.. sbb katanya darah kurang. saya nak mintak check sekali if dia kuning ke tak sbb saya nampak dia mcm kuning biarpun cik mila cakap, itu normal sbb aritu doktor dah amek darah semua, cakap dia kuning tapi kuning yang normal je. saya harap dia ok dan sihat hendaknya. :)


nanti saya smbung kisah.. selepas bersalin plak. :) 
anyway.. lupe plak.. terima kasih untuk semua yang wish saya dan keluarga. saya minta maaf ade yang saya tak dpt balas msg sbb masa nila.. telefon kene bar. :P mohon doakan yang terbaik untuk muhammad fieras saya! :) 





6 comments:

suhana azlin said...

auwwww...bestnya ada baby =)
gebu giler beb aku rasa nak picit2 je hidung pipi dia sume lah! geram!

to umi fieras, welcome to the club and selamat tinggal good beauty night sleep ;P

take care babe,jgn lasak sgt jaga luka tu okeh, syg ko!

thesweetlittlecat said...

I love to c fieras 's face, so pure and montel! Congrats um, dah xtau brape kali dah i wish congrats.. Hehehehe.. Anyway, selamat bercuti and menyusukan fieras semampu yg boleh k.. Xoxo to fieras ye ummi! ;)

Duyung Cun said...

Tahniah um....akhirnya fieras dh kua dgn selamat...sangat comel and bam2..heheh

sha said...

congrates um! sgt comel itu fieras.. ^_^ btw, fasha mmg keje sde lagi nih. kat hr. sbb tu time cek stafflist ternampak nama um. hiks. tapi um resign 2006 kan? fasha join 2007 kat finance pastu baru 2thn kat hr nih

Norah Husaini said...

Congrates!
Ikut your blog time pregnant nih..sambil2 mcari tips pregnancy..sbb i pun pregnant sama.. and i pun dah deliver my baby huda on 23rd Oct arituh, tapi cuma 2.72kg :). Alhamdulillah you n baby slmt. Enjoy motherhod plak k. ;)

-norah-

cha said...

congrats dear :)