Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 10, 2011

tragis.lucu.



kalu anda baca wall post cik min : ada tau kisah tragis lucu ini. 
kalu tak tau.. meh sini umliyana citer. :)
jumaat @ 6.30 pagi,cik mila dah bersiap dah pegi kerja. bile dia try bukak pintu bilik.. tak bole. aik tak bole? sy yang sedang tido sedar dia ngomel. pastu dia terus ala2 ngamuk cakap pintu tak bole bukak. sy pun okla.. bangunla tido ngan penuh malasnya..cuba bukak pintu. aik tak boleh bukak?? cik mila mula dah marah2. yela..waktu nak pegi keje plak pintu ni tak bole bukak. dah beberapa kali cubaan..last2 sy malas nak amek port (biarpun cik mila sedang usaha lagi). sy call sue. nak tanya if dia simpan lagi kunci spare. tak dpt ckp ngan sue.. sy kol cik min. sib baik min dah bangun masa tu. meminta bantuan cik min biarpun cik min dah ala2 gelak dah dengan kisah tragis lucu di pagi ari. sue tak de kunci spare rumah (oh ye..dulu sue yang duduk rumah ni before dia dapat teres).. min carikan no fon maintenance. masa tu dah cerah dah beb. 
cik mila tak tau duk diam. bile dapat kol maintaince.. dia pun cakap dia on the way nak menyelamatkan kami. hihi.. so.. sy pun terus siap2 nak mandi. yela.. kang dorang datang kang, saya tak mandi lagi.  bile selesai mandi ..
wifey : awak.. nak tau satu berita buruk lagi tak?
asben : la.. apa dia??
wifey : ada spotting blood kat .......
asben : ala...pintu ni tak leh bukak plak!
masa ni cik mila bertambahla gelabahnya. saya seperti biasa.. selain gelak dengan situasi tragis kami, sy bersiapla nak pegi keje. pakai baju, make up. pakai tudung etc. sy dgr dah masa tu maintainance tgh usaha nak pecahkan pintu masuk rumah. dalam keadaan macam tu sy amek kesempatan mengemas bilik. lipat baju, kemas katil, kemas almari.. semuanya sambil ketawa dengan situasi kami. cik mila br leh duduk bile dia dgr ade orang nak pecah pintu. 
lepas tu pintu master bedroom plak nak dipecahkan. sy relax je tunggu atas katil sbb ms ni mmg lama sket. dalam setengah jam baru pintu master bedroom tu leh dipecahkan. bile kuar je tengok amek kau! 7 orang mamat maintenance dan seorang gadis maintenance. cik min pun ada masa tu sbb kitaorang campak kunci solex kat dia untuk memudahkan maintenance tak payah pecahkan solex. cik min mengambil kesempatan - amek gambar dan post kat FB untuk menunjukkan usaha menyelamatkan tebusan di hari jumaat. :P
before dis.. pintu tu tak penah buat hal. tetibe plak ari jumaat tu..dia jem plak. tombol tu biarpun di pulas berjuta kali, besi yang sangkut tu still tak gerak. ilang sabar je saya! :P
berbalik kepada spotting blood tu sy gi klinik dulu before pegi keje. doc suh saya tunggu 1 hari lagi sbb dia ckp kdg2 bende tu sementara je. dan sy citer psl kisah saya sakit perut semalamnya yang perut mcm nak meletup .. dia ckp "you just experience first contraction". later on..baru sy tau, bukan contraction nak beranak. tp braxton hicks contraction. dia mcm false contractionla. will be experience or will not be experience at all by preggers during mid pregnancy until 9 months. ok..ia sangat sakit. dan doc tu kata its nothing compare to real contraction. (huhu)
until afternoon, bile check masih ada spotting tu. tak leh jadi ni.. sy pun decide pegi hospital putrajaya. doc yang check itu sangat baik ok. memula mcm biasa je check upnya..tapi bile dia nak amek sample tu yang horror. i cant stop laughing ms dia amek sample sebab sy sangat-sangat sangat segan!! cik mila yang duk luar tunggu sy pun leh dgr sy gelak. sy tak leh kangkang.. setiap kali dia nak amek sample.. sy automatik kemut. bila dia angkat kain nak check sy turunkan kain tu balik. "aik..mcm mane sy nak check ni?".. "ala..doctor, tu tindakan refleks sy!" banyak kali percubaan.. akhirnya berjaya juga itupun selepas dia ugut nak panggil doc lelaki. uish...horror okey. doctor ngan nurse tu asik tanya.. mcm manela nanti nak bersalin puan nih? huhu.. refuse to imagine! 
doktor cakap dari sample tu takde apa. except uri tu mmg mcm ke bawah sket. dia suh saya lightduty jangan banyak gerak.. dan saya disuruh berehat until tuesday. dia cakap dia tak nampak pun kat mane sumber darah tu. so.. dia cuma mintak sy banyak rehat..rehat.. jangan byk gerak etcla.. 
seriously.. sy malas nak mc. sy bukan tak larat yang memerlukan sy mc. im feel totally fine cuma spotting tu continue sampai skangla. perut kadang2 sakit tp nothing really serious pun. sy ingat nak keje jugak tapi cik mila tak bagi. dia cakap "kan doktor suruh rehat?cuba berehat!" aik? diktator sungguh! 
okla. sy nak sambung tgk dvd haram ku lagi. nanti sambungggg...bye!

2 comments:

Qaseh said...

hehe..macam2 ye... :)

Mursapap said...

Um, rehat je la kat umah. Layan DVD.