Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

sindrom.malas.

helloooooooo adeekkkkk manis *P

arini saya dilanda sindrom malas. meluangkan masa dengan menghupdate blog di waktu pejabat. mmg sangat tidak sopan tetapi.. apekan daya..mood kerjaku ngak ada.. dan badanku sakit2 je ni tau. rase nak golek2 je ni.. :( xsabar nak kakak sy datang - nak suh dia urut belakang sy yang sebulan sakit2 ni. 
ye..kandungan saya sudah berusia hampir 5 bulan setengah ye kawan2. tp sy masih lagi kiut miut..dan masih pkai baju kurung moden ke office. (katekan ku gedik tp sememangnya ianya muat lagi!). biarpun kdg2 tak sedap ati nape perut sy sangat cumel.. tp bile baca dalam buku, kadar pembesaran kandungan adalah berbeza-beza bagi setiap bakal2 ibu. ade orang badan kecik tapi kandungan dia mcm mengandung anak kembar tiga. ada yang badan besar tapi kandungan dia kiut mcm baru je ngandung 3 bulan. :) so..jangan risau umliyana. 

officially saya ingin umumkan di sini : anak saya BABY BOY!! 
hihi.. actually tak kisah anak lelaki ke pompuan. saya fikir2 kalau anak lelaki - saya ade geng nak buli abah dia.. (ini mmg saya sgt looking forward!) dan kalau anak pompuan - saya dh berangan-angan baju2 yang akan sy belikan untuk dia. hihi..  kalu saya dpt kembar : saya akan bersalin dua kali je. hahaha.. bukan kembarla. perut kecik pun tau bukan kembar. berangan saja kamu ini umliyana! 
since sy dh bagitahu jantina dia - ade idea untuk nama anak saya tak? hihi..  smpai skang saya tak panggil dia pape pun lagi. balik2 panggil dia sayang je. sbb umi ngan abah dia tak leh nak decide nama anak. :(

last week saya dan cik mila berjalan-jalan untuk membeli pakaian ibu mengandung. iye.. ada t shirt yang saya dh tak muat. takkan nak pkai baju kurung jalan2 kat ikea kan? :P so..memula saya ke mybbstore.com kat mutiara damansara (kut!). sbb sy ade aim very maternity blouse kat situ yang harga dia ok dan cumel. mybbstore ni sebenarnya banyak jual barang keperluan baby and nursing la. maternity tu sket je. since mybbstore kat damansara ni baru je bukak dia buat sale. so.. kami pun amek peluang survey harga2 baby equipments ngan pape yang untuk babyla. rasenya tau kan bile nak dpt anak ni mcm banyak je belanja. so.. kitaorang decide slow2 beli barang sbb tak nak nanti bile kemudian, kene kuarkan duit sekaligus banyak just nak shopping barang baby. 
ok.. bebalik kepada mybbstore. dorang ade wat sale. kitaorang pun survey stroller, car seat, baby cot (ini biasanya yang paling byk menelan belanja selain susu). ok.. stroller mmg mahal ok. especially bile yang cik mila saya berkenan - RM1+++. uish..uish.. sakit jantungku melihat harganya. :) then survey lagi kat the curve. actually kat the curve menarik. sbb dia ade satu floor yang jual barang baby je. kire mcm pilihan tu banyakla.. dari brand Malaysia seperti Anakku smpaila brand internasional.. mothercare tu. price range berbeza-beza la tapi bile datang kat situ kirenya taula.. boleh jek cari stroller lagi murah. :P 
bak kate kwn saya - sherry.. tak payah bli stroller mahal2. dapat anak mcm anak aku yang paling lama boleh duduk dalam stroller pun satu jam - tak berbaloi! hihihi.. betul2 saya setuju! memandangkan usia baby saya yang baru 5 bulan sy tertanya2 - barang baby apa yang paling rasional untuk sy beli skang? :P cik mila ckp beli baju. hmm.. baju tu sy rase boleh beli bebila. especially bile tengok ade baju baby yang kiut. :) ade cadangan tak? ke sememangnya terlalu awal utk sy mula membeli? 

ok. berbalik kepada sindrom malas. rasenya malas saya ni datang sbb saya CUTI ESOK!! iye.. saya cuti sbb nak gi Honeymoon ngan cik mila kat penang! hihi.. penang jekla kak long. banyak nak guna duit. pegi penang ni pun dh cukup best dah. :) staff saya ckp - eleh dh ngandung 5 bulan baru nak gi honeymoon. its better late than never ye tak? hahahah.. niat di hati nak ke Kota Kinabalu. tp sbb secara spontan je kitaorg plan nak gi honeymoon.. so, kitaorang pegi tempat yang boleh diakses ngan kereta je dulu. nanti pas bersalin - baru gi KK pulak. tp ms tu bawak baby la. :) takleh imagine nak bawak baby naik flight. huhu..
tak kisahla..yang penting esok leh gi penang. leh singgah taiping nak makan kuey tiao Dholi. :P ms ni baru rs rindu cuti2 geng kan? bile lagi nak buat kan? :(

okla. cukup2la..mengambil masa bekerja menghupdate blog. nanti akan ku hupdate lagi ya! :)

 * pics by Google image

2 comments:

didi said...

Um,

Aku cakap dgn mak aku nak start beli barang bilah 6 months tapi dia x bagi. Dia cakap bulan ke-7 baru beli and jangan beli awal2 sangat. Save je duit ke tepi. Nak survey harga and buat list & bajet awal2 boleh, just jgn beli lagi.

So aku dengar je la nasihat dia. Mungkin dia xnak org over excited sgt.Tapi betul la jugak kan.

Aku pun x kisah laki ke pompuan. Anak 1st kan? Asalkan sihat dan sempurna, tu yang penting :)

ummphs.. said...

kakak aku pun pesan bende yang sama. dia ckp bulan ke 7 dan ke atas baru start membeli. itupun tak payah beriya sangat. :)
kau sudah nampak perut kah?