Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2011

r.e.c.a.p.s.

berzaman abad tak menaip pape kat sini. :) 
biarpun rs mcm excited nak citer perkembangan saya bile on the way jadi ibu ni.umur baby nak dkt 20 weeks.. tp sy still tak rase dia bergerak2 atau tendang2 atau main bola dalam tu. bilela agaknya nak rase kan? :) 
anyway - arini nak share something yang sy rase lama nak buat. tp asik takde ms dan kadang2 sy tersangatla lupe. kali ni nak recap sket kegilaan zaman remaja saya. terasa mcm nak recap sbb last time borak2 ngan kwan ofis kegilaan ms zaman remaja. lebey tepat mase melalui zaman U dulu. kompem.. dalam citer sy ni.. korang akan ade kata " haahla.. aku pun gilekan bende nih!". ok listnya ADALAH :


Sheila On 7 
ini adalah kegilaan saya yang teramat sangat!! kegilaan ini dikongsi bersama bestfriends saya. kitaorang pegi seawal 7 pagi ke Hard Rock Cafe kat KL tu just nak tgk konsert S07 yang start jam 2.30 petang okeh! then sanggup ke Melaka dan spent a night kat hotel ayer keroh just nak tgk konsert kat MiTC melaka. ade insiden kelakar ms konsert kat melaka ni. disebabkan belajar dr kesilapan kat hard rock cafe - bile kami dapat front row kat konsert tu.. kami betul2 berjuangla tak nak bagi mamat2 indon tu menyebabkan kami kebelakang. kebetulan semua front row tu malaysian.. kitaorg siap pegang2 tangan memastikan kitaorang tak terputus barisan. dan biasala..mamat2 indon ni mmg tak reti adab sopan kat konsert. tak kira laki ke pompuan.. dorang suka suki je push. last2 kwnku ini hilang sabar. dia first time plak tu dtg konsert. dia geram.. dia terus toleh belakang cubit mamat indon yang push dia. smpai skang kalu ingat bende tu lagi asik rase nak gelak jek. haha


Winter Sonata
rasenya ini adalah permulaan semua kegilaan citer korea kan? tengok citer ni.. nanges tak abis ok. dalam menyampah asik nanges jek.. tgk citer tu paling kurang pun 5 kali okeh! nanges smpai esok gi kelas mata ku bengkak2 ok. uish.. yoo jin ngan jun sang kan? huhu...sangat sweeettttt dan sangat touching!!


Meteor Garden
OMG! ini adalah kegilaan terbesar sharifah um liyana!! huhu.. smpai skang tertanya2 nape tak de lelaki ansem mcm Dao Ming Si kat Mesia ni! maksud sy - ansem mcm dia la.  teringat tengok citer ni kat Dewan Makan Mawar. sanggup beb tak makan.. tengok smpai tahap nanges. sok sek sok sek.. sudahnya bile episod tu abis dh tak lalu nak makan. kalu makan pun siap kene perli ngan abang dewan makan tu.. ingat dh kenyang telan air mata dik! cet sungguh!!
Meteor Garden yang first paling touching skali ok. lagi2 bile.. Dao Ming Si ngan San Chai tu menanges depan pintu bilik Dao Ming Si.. menanges2. menci betul i! buat citer sedey2. 


Akademi Fantasia
katakanla ape saja.. tp AF adalah kegilaan di zaman U. actually betul2 gilekan AF ni masa zaman AF2. ala.. waktu zahid mng tu. and im actually vote!! vote for FARA breep! breep! haha.. siap gi bukit jalil ok tengok konsert final dia. ramai2 pakai baju kaler merah. tak tau nape kitaorg pakat pkai baju kaler merah. maybe sbb nak nampak meriah kot! nak tengok AF kat U ni bukan senang ok. bile TV kecil je. kat UiTM masa tu ramai plak follow AF.so.. nak menyenangkan kitaorang nak tgk AF - kul 7 dh berkampung kat bilik TV untuk cop seat. pastu.. bile kawan dh abis solat maghrib - dia pulak jaga seat, yang lain nak atas gi semayang. itula yang terjadi setiap kali malam sabtu. :)


Movies
hah! ini tabiat umliyana. sejak diberi kebenaran utk susun jadual sendiri.. akan ku pastikan ari rabu , kelas abis tengahari jek. sebab bile petang.. nak mengkayakan Mid Valley dan GSC. boleh dikatakan setiap rabu - tengok movie. gilela ms ni! smpai boifren sy mase tu perli - tolong tutup pintu mid valey ke kak?? gara2 tengok wayang ni jugak.. dh bape kali kitaorng asik masuk UiTM lewat. taula UiTM tu ade curfew - jam 11 malam. kadang2 sempat.. kadang2 tak sempat. kalu tak sempat - kite panjat pagar! :) 


sebenarnya banyak lagi kegilaan ms zaman U. tapi disebabkan umliyana rase mcm nak terlelap menaip benda alah ni.. kita behenti setakat ini saja. dh kul 11.. esok nak gi check up pula. nanti kalu lambat - lagi lambatla balik ofis. skang dh tak sama ngan ofis lama. disiplin kat sini baik sket. haha.. :) 
ok. nite peeps! :)




No comments: