Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 24, 2011

s.u.s.u.

hype peeps!
baru ade chance nak menaip lagi kat sini. alhamdulillah - saya dan my lil' caliph sihat jugak.(agaknye!) kenapa agaknye? haha.. sbb sy tak jumpe doc lagi sejak first time sy tau sy pregnant. sy cuma harap dia sihat la. :)
sejak sy pregnant - sy belum penah minum susu. actually sy tak penah minum susu sejak sy darjah 1. ha.. yang itu baru tepat. tp sejak kwn2 tau sy pregnant - semua syorkan sy minum susu. sebelum ni sy ade masalah dengan susu. sy akan cirit. org kata lactose intolerance. even minum susu strawberi ke coklat. tapi ianya taklah penah di diagnose secara tepat oleh doctor. sbb doc cakap - kadang2 org allergic ngan certain susu and they thought they have lactose intolerance. okla.. 




since sy tau susu adelah sumber pemakanan untuk lil' caliph... sy menggagahi diri sy mencari susu. dan ramai yang syorkan sy ANMUM. dan disebabkan sy mudah sgt terpengaruh - sy syorkan diri saya sendiri juga dengan ANMUM. :) tapi bile sy smpai di Careffour alamanda - ade promoter dumex ni promote sy ngan MAMIL MAMA. dia promote sgt bagus (kisah umliyana yg mudah terpengaruh) dan dia ckp mamil mama ni sesuai untuk org yang bukan peminat susu. dia ckp satu hari minum 3 scoop pun memadai sbb khasiat dia melebihi ANMUM. cthnya mcm kandungan Acid Folic dia lebih tinggi, Calcium lebih tinggi dan kurang lemak berbanding ANMUM. yang sy perasan - Mamil Mama ni memberi tumpuan kepada ketahanan tubuh badan iaitu dia ade sumber Immunoforce la. memandangkan dia sangat peramah - sy pun amekla Mamil Mama tu. 
tapi... sy still mcm tak puas hati sbb kwn2 sy ramai recommend Anmum. last2 bile promoter tu takde je sy suh mila pi tukar balik ngan Anmum. sengal kan? hahahaha.. berbanding Mamil Mama, Anmum lebey memberi tumpuan kepada tumbesaran otak. dia ada ganglioside. (brain formation). tahukah anda otak kanak2 lebey banyak tercantum ketika dia didalam kandungan lagi? hah.. lebey kurang mcm tula iklan dia. :) 
setelah 3 hari sy membeli ANMUM - semalam br sy start minum. itupun sekali je before tido. kawan sy ckp minum panas-panas so.. dia kurang muak. so.. sy curah semua air panas. gile beb! tak leh minum langsung! melecur! hahha.. so.. biarkan beberapa minitla.. bagi dia suam sket. tp first sy sedar - sy suka bau dia. ade orang ckp ANMUM bau hanyir susu. tapi.. sy tau bau hanyir susu. bau hanyir susu mcm bau susu anak buah saya! hahahah.. tapi ANMUM ni takde langsung ok. dia mcm bau vanilla mcm tula. otak sy duk pk - jangan muntah! jangan muntah! - suprisingly sy tak muntah. tawar sket.. mungkin sbb sy terbuat lebey dr 200ml yang disuggest. haha.. dan sy rasa ianya sedap! :) 
mila pun kagum sy tak muntah. then sy teringat cakap lin - bende tu dalam otak je. mainan fikiran je. pape pun sy kagum ngn diri sendiri. tengok.. mcm mane being pregnant tu membantu anda lebey sihat? hahahah.. 
untuk preggers lain yang ade masalah nak minum susu mcm sy - leh try Anmum atau Mamil Mama. sy google kat tenet ni - ramai gak recommend Mamil Mama. dorang ckp lagi sedap dr Anmum dan sesuai ngan org yang tak minum susu. so memane pun ok kot. asalkan anda minum susu! :) 


untuk sarapan pagi - sy amek Anlene. yang dalam kotak kecik tu. rase coklat. yang itu betulla sedap! :) mcm makan coklat. hahah.. jakun kan? :P 


6 comments:

didi said...

kan?kan?
Anlene kotak kecik tu perisa coklat sangat sedap. Aku minum 1 kotak every morning.

Anmum pun ada perisa coklat la Um. Kau beli yang original ke sebab kau cakap rasa vanilla. Bagi aku sedap jugak!!!

Yeay!!!! Um boleh minum susu :)

Encik Shino said...

wahhh dah pregnant?? Tahniah..
Laju sungguh ekspress rakyat

:P

suhana azlin said...

YEAYYY JUGAKK!

hahaha...ye la um, mana2 pun sama je mamil ke anmum ke coklat or vanilla..yg penting ko minum susu, jgn suke mengelat cm aku dulu haha..bila mya dah kuar br rasa bersyukur kena paksa rela minum susu tiap2 malam =)

Lady said...

um, congrats!! cepat p check. jangan tunggu lama2. heheh~ anyway, anmum yang choc flavour lagi sedap dari vanila. aku minum tu masa pregnant dulu. yummeyh. and ouh, kalau suka, makan banyak2 yogurt. good for u too. insyaAllah kurang sikit loya2 n sakit2 belakang~ :)

Duyung Cun said...

Um...minum susu kambing...nnt insyallah ank ko x kuning @~

Nursuhana said...

kak su minum susu sampai disuruh berhenti sebab masa tu baby dalam perut ni dah terlebih berat..doc suruh stop..apapun susu mmg penuh khasiat..walaupun tak suka tapi demi anak mesti sanggup punya minum..hasilnya anak dara saya lahir dgn berat 3.6kg..pelbagai khasiat dan faktor genetik..huhuhu