Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

r.i.t.u.a.l.s.

biasanya..aku akan ckp pasal fieras. tapi arini nak ckp bende lain. mcm nak jadikan sesi luahan perasaan sket.
aku faham satu bende pasal kedatangan orang baru dalam keluarga akan bawak perubahan besar. bak kate lin - your life will change 360! kelahiran fieras mmg memberi impak kat aku.. ajar aku lebey bersabar.. ajar aku sentiasa bersyukur dengan Allah.. memberi aku peluang untuk melihat dunia dengan satu pandangan berbeza. pandangan seorang ibu.
while i was pregnant im busy preparing myself to be a good mom. prepare my life will change. but all preparations was meant for me and fieras. i forget one thing. one important thing. - he will change my marriage.
ok. aku mengandung sebaik saja aku kawen. orang ckp 'bunting pelamin'. fine.. memula, aku mmg tak sedia langsung dengan berita aku mengandung. biarpun asben rs happy... aku lambat nak rs happppy sbb aku tak sedia. tapi lama-lama, bile dia jadi teman kite selama 9 bulan (in this case almost 10 months!) excited tu makin lama makin menebal. so.. aku busy prepare diri sendiri untuk menjadi ibu sampai aku lupe mcm mane kehadiran fieras akan ubah hubungan antara asben and wife.
relationship antara asben and wife bukanlah selalu happy. that i have to admit la. biarpun kitaorang kawen tak sampai setahun.. ade masa yang kitaorang gaduh,merajuk. biasala kan.. especially bile baru kawen, nak adjust life bersama, baru kenal other side of him yang 3 years relationship never reveal. so.. bende tu biasa. tapi setiap pasangan mesti ade ritual. i mean benda yang couples will do everyday such as kiss forehead before go to work, tooth brush fighting, lunch call etc la.. (aku bet kompem sape dh kawen, terfikir skang ni ritual korang dengan pasangan korang kan?) dan aku selalu rase silly things we consider as our ritual is actually something that brings us closer. even sometimes it show stupidity. :P
so.. bile kedatang orang baru, otak terlalu full occupied..sometimes lupe dah semua rituals tu. if im the one who forget.. i wish my husband will remind me.. if he the one who forget.. i wish i can tell him, but i dont want be too pushy. :( jangan salah faham.. aku tak menyesal ke atau beranggapan sebab fieras, our marriage is change. aku cuma harap... things will never change. hope.. everything will be just same. hope.. we can stick to our rituals and stupidity till death do us apart. or at least... im prepared myself for all the changes. i mean ALL!
see.. when all the silly rituals no longer become rituals, part of me saying, things changed and i never prepare for it. and it hurt me actually. my husband is not romantic-type but.. all the rituals we do,  make me believe he can be romantic. and he do love me. :( am i pathetic to hold on to these rituals?

Monday, December 12, 2011

d.u.g.a.a.n.

pics by google
tp bb ni mencebik mcm fieras.. oo ye.. fieras sgt suka mencebik!

saalaaamm namaste!
3-4 hari ni.. menguji ketabahan betul. semuanya sebab fieras..
bile first timejadi ibu ni.. baru belajar tangisan anak tu merujuk kepada lapar ke sakit perut ke berak ke atau lain-lain sakit.
so..bile fieras meneran then dia melalak.. sy cuak la kan. itu mcm first time je tengok. rupa-rupanya dia sembelit. ms tu masuk hari ke 4 dia tak buang air besar. doc cakap kalu 3 hari dia tak berak itu kire abnormal. so.. ble msk hari ke 4 sy mmg dh niat nak bawak dia jumpe paed. tp belum sempat jumpe paed..dia dah kene sembelit.
masa tu jam 4 pagi.. bile dia tak berjaya nak buang air.. dia senyap, dan mls nak meneran lagi. tp dia tak boleh tido. smpai kul 6. bile umi saya bangun tido.. sy bgtau dia. bile umi cek rupanya dia sembelit.. najis dh kuar sket tapi tak boleh nak kuar abis.
mcm-mcm teknik umi buat... sapu vaselin, exercise kayuh basikal tp tak juga berak2. sy cek internet.. dia suh buat urutan kat perut dalam bentuk circle. so.. umi buat exercise kayuh basikal .. sy urut perut. fieras pun meneran smbil melalak.. dia pandang je muka saya mcm nak cakap "umi..sakitt!!". ms tu saya dh nanges dah.. tak sampai ati tengok dia menangis kesakitan. dia buang air jugak akhirnya.. pastu terus dia tido. dia sangat kepenatan.
jumpe doc after that.. doc suggest tukar susu yang senang buang air. frisolac comfort. since fieras currently pakai anmum.. dia mintak alternate kan susu tu dengan anmum.
ingatkan settle masalah.. takde masalah. rupanya sama jugak.. dia buang air kerap tp still sembelit. susah hati la..
ms jumpe paed lagi sekali, dia berusaha nak meneran buang air besar lagi. menangis lagi dia.. mak dia pun menanges gak. :( akhirnya paed masukkan ubat ..nak bagi dia buang air mudah. so..doc suh tukar susu terus. frisolac comfort. maybe anmum tu tak serasi dengan fieras.
arini dia dh ok sket. buang air 2 kali.. najis dia lembut, normal.cuma saya susah hati dia tak suka minum frisolac tu. memula ingat sebab bertukar susu tapi tak pun.. dia mmg tak suka frisolac tu. susu tu cair.. tak berlemak mcm anmum sangat. so.. dia tak berapa suka. bayangkan dia just minum 2oz je setiap kali nyusu. kadang2 1oz je. dia just minum untuk alas perut dia je.hmm.. satu-satu masalahnya. bile buang air dah normal.. dtg plak masalah dia tak nak minum susu. mcm mane tu?
mmg dugaanla. sy tak tau mcm mane nak handle tu. setiapkali dia menangis sakit even menangis sebab sedu.. saya rs mcm nak ade kuasa magic yang boleh buat semua tu hilang. semua ibu mcm tu kan? harap ade kuasa magic. fuh! fuh! sket kat fieras .. atau ade serbuk yang boleh tabur kat fieras.. terus dia ok. how i wish!
ramai orang cakap.. bagila susu ibu. kompem tak sembelit. hmmm... kalulah saya mampu bagi susu ibu lagi.. sy akan bagi. awal lagi mmg niat nak bagi fieras breastfeeding.. smpai umur dia 2 tahun kalu diizinkan. tapi bukanla sy mintak.. sebulan susu saya berkurang. sy dh makan ubat, makan supplement kalsium.. susu ade tp kuar setitik, dua titik.. mcm mane kan? bertuahla ibu lain yang boleh supply susu kat anak dengan jayanya. :( susu ibu bukanla pilihan buat sy untuk ubati sembelit fieras.. :(
skang ni..kene start fikir susu yang sesuai dengan fieras sebab sembelit dia dh berkurang juga. kalu sesiapa ade idea.. silala bagi idea ye. :) thank you!

*plus frisolac comfort tu sebenarnya tak sesuai untuk diambil begitu saja. kene alternate ngan susu lain.. atau bile ok, boleh amek susu lain. sbb dia nyer kandungan beri penekanan pada masalah kesihatan baby dan nutrisi untuk otak budak ke.. tak begitu memberangsangkanla.



Friday, December 2, 2011

p.a.r.e.n.t.i.n.g.

heeeelllo people!! :) ya allah..lama giler tak hupdate blog kan? sebulan lebey kan? rasenya tak payah susah nak cipta alasan sebab semua tau..bile ade anak, nak update blog adalah sangattttt diketepikan. ini baru ade chance sebab fieras tido sangat lena. :)
arini fieras 43 hari.. lagi sehari.. pantangku dan fieras abis. tapi.. mcm orang ckp c-sec tu, kenala jaga lebey lagi. insya allah...just kene elak makanan yang boley burukkan luka jahitan.
anyway.. pengalaman ibu baru adelah sangat istimewa. mmg.. sangat penatttt. jauh2 lagi penat daripada menghandle perkahwinan sendiri. menanges?? owh.. banyak kali! especially mase awal2 tu.. breast bengkak, pressure jg baby dan masalah bb yang tak boleh direct breastfeed. anyway, arini nak citer pengalaman awal2 jaga baby. all the hardness and happiness.. :)

breastfeeding
after bersalin, sy mengalami masalah nipple yang tak timbul. baby saya pulak.. dia menanges tahap cipan bile dia tak boleh menghisap. mase tu sedey gilerrrr... start dari kat hospital. bile balik umah... try pelbagai cara untuk bagi nipple timbul semula, tp tak bole. fieras pulak menanges mcm kene belasah..buat lagi bertambah pressure, menanges lagi saya (mase ni pk.. bg susu pun tak bole.. nak jaga anak mcm mane?) . sejak mengandung.. saya mmg niat nak bagi anak direct breastfeed. especially bile mengandung..sy tengok breast sy takde masalah. tp bile bersalin.. tak tau nape nipple terus jadi flat! orang ckp..patutnya bagi je baby hisap sbb nanti nipple timbul. tp.. kalu tgk anak nanges terukkk gilerrr sbb dia isap tak dpt ape (sbb mak dia takde nipple!)..sedey tau. last2.. terpaksa pam je. ms ni redha je.. :(
breast bengkak. mengalami satu hari breast bengkak smpai tak bole nak tido.giler wey! sib baik satu ari je. ade orang smpai berhari2 kan? tp bersyukurla.. pam susu sangat banyak. so..anak dapat fully breastfeed eventhough pakai botol susu. cuma masa almost 4 weeks.. tetibe susu berkurang. actually bukan kurang.. tetibe sy pam, paling byk susu dapat 1oz. sy pelik la.. stok susu nak dekat abis. risau tau..fieras plak menyusu 2oz each time susu (per 1 hour).bile pk balik..sy tau nape susu sy berkurang mendadak. saya tak makan 2 hari. just makan roti cecah milo. mase tu sy pressure sangat.. sbb fieras tak nak tido, dan dia melalak. dia melalak sangat horror tau! smpai hilang suara..ms tu sedey lagi, nanges. so..bile fieras tido, sy nak tido sbb badan sangat penat. lapar tu dah tak rase sbb penat mengatasi segalanya.. dan itula penyebabnya. sejak tu sy pam..susu kurang. eventhough saya dh makan normal.. susu still kurang. so..tak boleh cater semua susu fieras. terpaksa campur dengan formula.memula mmg berat hati sangat tp... sanggup ke tgk anak kite melalak kelaparan?? hmmm...

berpantang
saya bukanlah berpantang sangat. i mean.. orang suh makan nasi ngan sayur je, air 2 gelas sehari.. mmg saya tak ikotla. sbb saya tak percaya ngan bende tu. lepas bersalin.. kita nak bina semula energy..kalu ikut sangat, manenya tenaga nak dpt kan? plus.. doktor kata kene makan normal, untuk pastikan kita dapat beri susu yang byk kat anak kan?.. so sy mmg tak pantang mcm tu la. sy berpantang juga.. berpantang lebey kepada berpantang untuk rawat luka jahitan. lain orang lain jaganya.. tp sy percaya insya allah semuanya ok. sy lebey risaukan luka jahitan daripada risau perut tak kempis ke.. badan tak ke shape asal.hihi.. tapi bab keluar berjalan tu, ari ke 10 saya sudah keluar ke alamanda dah. :) yang itu mmg umliyana... bab keluar berjalan, dia mmg tak ingat dunia. :P
sepanjang tempoh 43 hari..sy boleh katakan sy mmg tak manjakan dirila. bukanla..manja maksud sy. ade orang yang undergo c sec bagitau saya.. kene banyak berehat, jangan byk berjalan dalam rumah... kwn saya, asik baring dan duduk je sbb nak jaga luka. dukung anak pun tak byk kecuali waktu breastfeed. saya mmg tidakla..saya mmg jenis tak boleh duduk diam. saya basuh baju fieras, sidai baju dia.. buat susu dia sendiri..basuh baju sendiri...semua buat sendiri sbb sy takut kalu sy manjakan diri, saya akan lagi lambat baik. :P tp bab mandikan fieras.. start last week baru sy mandikan dia, hihi.. tak kompidenla b4 dis!:P

parenting
awal2 tak tipula...mmg rs sgt letih. bile baby nanges kite tak tau nk senyapkan... rs mcm loser sgt. 2 minggu pertama fieras tak meragam sgt. dia just bgn nk susu je every 1-2 hour. so okla.. tp yg tak larat ms msk 3 minggu bile dia start berjaga mlm. dia akan berjaga selama 4 jam tgkla dia bgn kul bp. kalu bgn kul 10 ke okla.. kul 2 dia tido balik. kalu bgn kul 12?... :( ms nila stress itu bermula! ms nila sy start mls nk mkn.. nk tido je bile fieras tido. tp.. bile waktu normal, saya sangat suka tgk fieras. bile dia tido..muka dia sangatttt nampak tenang dan suci. bile dia berjaga, dia akan pandang je muka kite bile kita bercakap dengan dia.kadang2.. dia mcm nak tersenyum kite cuit2 pipi dia.. bile dia tido, kadang2 dia gelak dan tersengih sendiri. ya allah..sangat cantekkkk!! :)

kesimpulannya..its nothing like i ever imagine. selalunya saya imagine.. semua melibatkan kepenatan tanpa sesuatu yang manis untuk ditunggu. but its wrong! betulll ianya penat..letih giler. tp sayang kat dia mengatasi semua penat tu. :)
tinggalkan entry ni dengan pose dr fieras.. :) he's my everything!



* hopefully all goin smooth with puan didi. :)




Monday, October 24, 2011

anugerah.terindah.

salam peeps! :)
baru arini ade chance nak belek FB dan nak hupdate citer kat blog. 
peringatan : entry kali ni adelah sangat panjang okeh! sila tabah membacanya. :)




(jap ayat skema!) 
adalah saya ingin memaklumkan bahawa, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fieras Bin Mohamad Fahmi pada 20 Oktober 2011 jam 5.32 petang di Hospital Putrajaya. 
(ayat tak skema plak!)
Fieras dah kuar!!! :) berat dia 4.31 kg! yeps..tolongla percaya kerana estimation doctor saya adalah sangat tepat!! 


pengalaman before bersalin :
seperti entry sebelum ni berat baby saya pada 11 Oktober 2011 - 3.7kg. so..bile appt terakhir saya dengan doctor pada 19 Okt 2011, saya sangat berdebar. saya harapkan estimation doktor sebelum ni maybe kurang tepat..atau maybe anak saya cuma naik sket je. atau berat dia tak berubah la. berat baby adelah penentu utama kepada teknik bersalin kelak.:(
19 oct 2011 saya ke hospital putrajaya. kakak antar sbb saya telah dihharamkan oleh cik mila daripada membawa kereta ke mane jua. kan awal2 kene amek berat ibu kan? berat saya jadi : 69kg! last week kan..baru 67.3 kg. biar betik! takkan naik 2kg kan??ms ni dh tak sedap ati. 
masa jumpe doc.. biasala doctor saya sangat direct orangnya. sy ingatkan dia yang dia  nak check berat baby arini before dia decide bile saya nak kene induce.so..agenda utama kami adalah meneliti berat baby!
first scan : mesin baru datang kat hospital. doktor estimate 4.2kg! mak ai! beza 7 hari takkan la 4.2 kg kan? doc try buat kiraan lagi.. masih lagi sama.. 4.2kg. hihi..masa ni dah gelak2.   myself : doktor, xnampak pun denyut jantung baby saya
doktor : itu nanti kita tengok, yang penting sekarang kompemkan berat dulu. (ms ni sy bantai gelak.. sbb nampak muka dia yang sangat tak percaya)
suasana lebey dramatik - 
doktor : nisa (ni nama nurse dia) .. saya nak try mesin lain. carikan mesin lain.. mesin yang biasa guna. 
nurse tu pun carikanla mesin baru. dalam ms nk dapat mesin lain.. dia cakapla, kalu kompem berat mcm ni, awk nak c-sec ke normal?dengan selamba saya jawab, sy nak c sec. kalu berat dia 3.9 pun saya nak c sec. tak leh bayangkan nak lahir normal baby seberat 4.2kg!
so..try next mesin. 
2nd scan : doktor pun buatla estimation based ngan kiraan kepala, badan dan kaki. (rasenyala!). ni mesin yang doktor biasa guna sbb tu mesin lama. siap borak ngan doktor bape harga mesin ni? boleh beli sebijik umah cik pah oi! estimation kali ni : 4.5kg!! uish.. terus sy bantai gelak. dia pun gelak sama. biar betul! akhirnya dia call another doktor untuk buat confirmation berapa berat baby. 
3rd scan (final one!) : so..final scan, mengatakan berat baby saya 4.358kg. Doktor tu cakap perut saya memang padat dengan baby je. :)
Doktor saya membuat kesimpulan, berat baby saya within 4.2kg - 4.3kg. so..jawapannya adalah c-sec. 
Doktor : so sharifah, bile kamu nak operate ni? due date kamu ahad ni kan? 
myself : haah tapi tak kisahla doktor. saya duk umah je skang ni. ikut doktorla..bile doktor free? 
Doktor : esok boleh? esok petang?
myself : okey!


itulah kisah saya sebelum melahirkan baby saya. saya call cik mila nak update dia psl operation date dan baby saya.. dia smpai terdiam lama kat telefon bile dengar estimation doktor 4.2kg. dan kebetulan umi saya mempunyai instinct yang saya akan melahirkan baby saya pada bila-bila masa - rabu tu juga umi sampai dari JB without knowing anak dia akan kene operate esoknya. 

operation day. (the day!)
saya datang hospital seawal jam 8.30 pagi sbb nak kene check in ward dulu. malangnya saya diberitahu yang takde katil kosong buat masa sekarang. saya pun balik umah semula sbb nurse cakap dorang akan kol bile ade katil kosong. 
jam 10.00 pagi.. saya datang semula ke hospital sbb dah ade katil kosong. masa ni dh start puasa. mase check in mcm biasala..amek darah, amek BP sbb nak memastikan saya betul2 sihat before operate. kul 1..saya dh lapar tahap cipan golek2. tapi dorang tak bagi saya makan. umi cakap.. kang jadi mcm citer dang anum kang. bile operate tengok anak ko tengah makan. ceh! buat lawak betulla mak aku nih!
jam 5.00 saya di bawa ke operation theater. ms ni entah.. sy tak nervous langsung. cuba menervouskan diri sendiri tapi tak boleh. saya mcm gembira sbb akhirnya baby saya nak keluar. :) mase kat OT, dorang prepare saya untuk operation. doktor saya belum smpai lagi. dia masukkan epidural sbb saya akan sedar masa operation cuma saya tak boleh tengok je. masa ni kelakar gile... sbb saya tak boleh gerakkan kaki saya langsung! panik sampai saya pusing2 .. dan nurse terpaksa pegang tangan saya untuk elakkan saya bergerak. 
bagi mengalihkan perhatian saya, ade sorang nurse ni jadi distraction. dia ajak saya borak2 sepanjang operation tu. Doktor saya pun borak2 dengan saya sbb dia nak alihkan perhatian saya juga. 
tetibe saya dengar tangisan baby saya yang pertama. dia keluar perut terus menangis. hah! saya dah cakap dh ngan umi saya. mesti bb saya nanges bile kuar perut sbb lapar..tak diberi makan dari jam 10 tadi! kan betullll....
myself : doktor, besar tak anak saya? 
doktor : kejap. cepat, gi timbang berat dia. saya pun nak tau betul ke dia 4.3kg nih. 
after a few minutes, saya dengar nurse datang bawak baby saya yang dah senyap dari menanges tadi.
Nurse : doktor, berat dia 4.31kg! 
Doktor : hah.. ni baru berbaloi mengandung. anak berat 4.3kg! 
saya bantai gelak je. dia bawak anak saya depan muka saya.. sangat cumel... pipi dia sangat2 tembam. hi baby umi! :) 
procedure seterusnya doktor buat saya dh tak kisah. sya dengar bunyi mesin yang sedut darah tu.. sy siap cakap mcm bunyi sinki tersumbat je doktor. dorang semua gelak. doktor tu siap cakap : dia mmg patient saya paling suka gelak. lain2 masa.. sy borak je. cuma masa nak dekat abis tu.. side effect epidural tu mula terasa. siap sakit kepala mcm migrain dan saya terus muntah kat OT masa tu. bayangkanla..tgh kene bedah, saya boleh muntah? then after procedure, dia asingkan saya dari baby. bagi saya ubat, amek BP.. almost 1 hourla saya kat tempat tu. saya kept vomiting and shivering sbb side effect epidural. 
then saya dibawa ke wad.. dan tak dibenarkan bergerak untuk tempoh 6 jam seterusnya. tapi.. saya dapat jumpe baby saya ms tu. seperti saya bayangkan.. hi baby! saya umliyana,umi awak. selamat berkenalan! 
masa tula..saya sangat bersyukur dengan allah. sebab dia bagi saya anugerah yang saya rase terindah pernah saya ada. seorang anak. seorang anak yang sihat, sempurna. insya allah. semua persoalan boleh ke saya jadi ibu yang baik.. say ketepikan sebab saya tau saya akan jadi ibu yang baik. ibu yang anak saya juga akan cakap anugerah terindah yang allah bagi kat dia. seorang umi yang baik. :) insya allah. 


sebenarnya banyak lagi kisah. tapi.. nanti saya sambung ok. dah 3 kali terbantut dah menaip entry ni sebab nak bagi fieras susu tapi dia ketegak tak nak bangun tido. last2 paksa juga bagi.. sbb nanti angin plak perut dia kan? esok kene amek darah. doktor nak check thyroid dia.. sbb katanya darah kurang. saya nak mintak check sekali if dia kuning ke tak sbb saya nampak dia mcm kuning biarpun cik mila cakap, itu normal sbb aritu doktor dah amek darah semua, cakap dia kuning tapi kuning yang normal je. saya harap dia ok dan sihat hendaknya. :)


nanti saya smbung kisah.. selepas bersalin plak. :) 
anyway.. lupe plak.. terima kasih untuk semua yang wish saya dan keluarga. saya minta maaf ade yang saya tak dpt balas msg sbb masa nila.. telefon kene bar. :P mohon doakan yang terbaik untuk muhammad fieras saya! :) 





Monday, October 17, 2011

39weeks.yes..still counting!

ade baca satu blog ni.. dia ckp dia tak tau mcm mane nak greet people dalam blog dia as if dia tak tau ade ke orang baca blog dia. tapi sy dengan penuh lurusnya assume ade orang baca blog saya so..saya nak ckp ELLLLLOWWWW PEEPS!!
yeps.. sy sangat berdebar ok. 39 weeks..and i still counting. setiap hari rs berdebar. bile tgk kaki yang bengkak tu surut sket dah berdebar dah. sbb orang ckp.. by the time nak bersalin, bengkak kaki tu akan surut. uish.. masa aku dh nak smpai ke? tp menjelang tengahari.. tgk kaki bengkak semula. cet! buat gabra aja..
arini sy officially cuti dan duduk di rumah. cabaran beb..bangun pagi, lapar..nak masak nasi goreng .. tengok takde bahan. pujuk cik mila untuk benarkan sy keluar. sib baik..dia bagi kau. dptla sy bfast mcd. :)
ni br balik dr yummies. kununnya esok nak buat homemade chocolate. :P uish..takleh duduk diam kan umliyana? pape pun itu lebey baik daripada sy pegi ofis..smbung buat kerja kan? :) anyway.. otak sy tak behenti pk kan mcm mane sy nak bersalin nanti. betull..before this sy ckp, sy pk nak bersalin normal. ye kawan2..itu sebelum sy tau bape berat anak saya skang ni. cer teka berat baby saya?? estimate 3.689kg which is kalo dalam maths senang.. 3.7kg !! sebelum tu doc ukur 3.77 tau! 3 kali dia test baru dpat 3.689! beb.. 3.7kg pun nak kuarkan normal pun sy rs seriau.leave alone 3.8kg or 3.9kg!
doc sy pesan if.. baby sy cecah 3.9 dia suh pk balik mcm mane nak bersalin. dia tak suggest normal untuk baby sebesar itu. 3.7kg pun sy nak pk balik doktor!!mak sy pesan..buat je c sec. sebab dia takut kalu paksa normal..last2 tak bole.. kene c sec. 2 kali sakit. tp taula gomen hospital. dia tak recommend c sec awal2 ni. dia akan suh kita survive ngan normal. if dh induce pun tak boleh nak kuar..last2 c sec. kan dh 2 kali sakit! itula bezanya bersalin kat private ngan gomen. even gomen kite byr mcm private! 
sy pun buatla survey ngan kawan2 kan. rata2.. bgtau ape yang doc estimate lagi kecik dr yang lahir betul2. beza dalam 200-300gm extra.  bygkan..kalu dia estimate sy 3.7 tp yang kuar 4kg! beb.. mcm beras dah tau. mak dia naik berat badan pun 8kg je. mcm mane separuh dr itu adalah berat anak dia je?? kompius kan..
seriously.. sy harap anda doakan yang terbaik untuk sy ngan baby. semalam sy dah mimpi baby sy. bangun pagi bile teringat mimpi tu.. saya nangis. tak tau nape.. tp rs mcm sayu je. mungkin rs terharu kot. :) sebenarnya tak sbr nak jumpe baby saya.. biarpun sy sangat la takut nak fikirkan bersalin.. mcm mane sy nak jaga dia.. boleh ke sy jadi ibu yang baik pada baby saya..at the same time be good wife?bykla yang sy fikirkan. patutnya sy amek falsafah cameron diaz..dont worry for future. just live your life today. :) hihi..falsafah untuk sedapkan ati. :P


Tuesday, October 11, 2011

Dear.Chenta.


For the One i Love,
some day its the little things
that mean the most to me. 
like talking, laughing and all the everyday things that are more fun 
just because we do them together
Sometimes its the big things
that make life more beautiful
like our friendship
and the romance we share
that keeps us close.
In the big things and the little things
and everything in between
i love you so much
and always will
Happy Birthday my chenta!

Saturday, October 8, 2011

d.e.b.a.r.a.n.

salam namaste! :)

arini entry mcm serious sketla. nak share feeeeling sket.
esok genap 38minggu umliyana mengandung. semakin hari semakin berdebar. each time rase sakit perut - contraction ke tu? nak bersalin dah ke? padahal sebenarnya perut masuk angin atau cuma rasa nak terbuang air. hihi..
pelan-pelan.. ade certain things yang umliyana dah tak boleh atau tak larat nak buat. masa masuk 8 bulan ++ .. um liyana perasan dia dah tak boleh pakai suar kecik sambil berdiri. sebab perut makin besar.. nak membongkok susah. so.. ade masa dia kene duduk untuk pkai seluar. tapi ade masa.. boleh je pkai suar kecik tu sambil berdiri. tengok kepada tahap.. dia boleh membongkok masa tu. :)
kemudian, masuk 9 bulan.. um mula rasa payah nak semayang normal. so.. pelan2 umliyana semayang duduk menggunakan kerusi. nak duduk kat bawah boleh tapi masa rukuk atau sujud mmg sakitla kat ulu hati tu. so.. start 9 bulan umliyana semayang duduk kat kerusi.
then, ari kamis masa umliyana nak masak.. tak larat nak berdiri lama. betis sakit sangat. so.. amek option memasak dengan duduk kat kerusi. semalam.. kununnya menunjukkan ketabahan nak masak. seriously... sangat letih smpai tak lalu nak makan. sib baik ade cik min yang tolong2 masak juga.. tp umliyana still xlalu nak makan.
setiap hari rs berdebar nak tunggu bile baby saya nak start parking? dia dah kat bawah tapi maybe dia belum parking betul lagi atau mmg saya yang tak rase simptom dia ade kat bawah. oh ye.. antara simptomnya.. rase nak terkencing smpaikan toilet tu mcm rumah kedua.. (ni statement dalam buku tau!).
then.. start tengok perut. hari2 tengok perut.. dah jatuh tak? kadang-kadang perasan mcm dah jatuh tapi setiap kali jumpe orang kat shopping complex, atau food court yang care enough untuk tanya - bile due? cakap perut tak jatuh lagi.. biarpun dah nampak sarat. tang sarat tu sy mcm tak percaya sket.. sbb saya masih larat lagi. :) mungkin otak sy yang berfikiran cetek ni fikir bile ibu mengandung tu sarat.. dia akan tak larat nak berjalan, wat keje atau sebagainya. :)
kemudian.. kaki saya yang dah membengkak. yang ini sangat menakutkan saya okey. sebab dia membengkak sebelah je. hihi.. kaki tangan kanan je membengkak. yang sebelah kiri tu kurus normal je. tengok mmg kadang2 lucula.. :)
and then.. tulang-tulang kat tangan yang mula rase sakit bile nak menggenggam. setiap kali bangun tido atau terjaga dari tido.. tanganla yang paling sakit sekali sbb takleh nak bengkokkan jari2 tu pun. memula ingat kalsium kurang dalam badan tapi doc saya ckp.. itu normal untuk ibu mengandung. sbb air-air tu dah memenuhi kat kaki tangan so.. effect pada tulang untuk bergerak normal. tapi bile.. dah bangun tido.. buat2 kerja atau at least mandi.. ia akan kembali normal sketla.sakit masih ada. :) kata doc..ubatnya kene bersalin aja!
dan paling saya berdebar.. mcm mane nak bersalin nanti??? sy pilih nak normal tp saya sangat takutkan kesakitan akan di tanggung. mcm mane kalu sy tak boleh nak bertahan?? mcm-mcm dalam fikiran. cuba untuk tidak fikirkan yang buruk saja. :)
kemudian bile saya imagine.. saya nampak muka baby saya, bile saya dapat pegang dia dan cakap "hye babe! nama saya umliyana. saya umi awak..selamat berkenalan!"  seriously rasa tak sabar.. :) *mcm sayu plak bile taip nih*
anyway.. saya akan mula bercuti pada 13 oktober 2011. bukan sbb saya tak larat nak keje.. tapi sy tak nak mental sy kene pressure dengan bos ari2 before sy bersalin. so..baik saya amek cuti awal. 10 hari before due date. just nice kan? boleh buat yoga ibu mengandung  kat umah. hahah.. takde maknanya! :P


Friday, September 30, 2011

gift.for.him.

hype peeps!!
saya masih lagi telus bekerja di sini. :) mmgla sedang menunggu hari tapi since doc ckp due date saya 23 october.. sy rasa mcm lama lagila. kerja kat ofis pun masih banyak. :P
anyway.. besday cik mila saya 11 oct 2011 ni.. huhu..saya dh kekontangan idea nak bagi dia apa. dia ckp..dia tak mau pape. maybe sbb tahun ni je.. saya dah bagi dua hadiah. 
wallet ngan handphone. ala..bukan handphone mahal pun. Samsung ACE tu jek.. bukanla baik sangat sy duk belikan dia hadiah tapi... wallet dia tu sy naik sakit mata tengok. dah koyak situ sini. dia malas nak ganti sbb dia ckp boleh guna lagi. hah.. yang handphone tu, setiap kali cakap ngan dia, saya dh mcm orang pekak. hah? apa dia mila? tak dgrla.. setelah sekian lama bersabar dengan situasi memekakkan diri, saya pun belikan dia handphone baru. 
nyesal plak beli handphone tu awal2.. kan dah tak tau nak bagi ape skang ni. 


so..korang ade idea tak?
xmo perfume.. sbb dah dua kali asikbagi dia perfume je. 
nak buat romantic dinner..bile perut memboyot ni rs mcm tak leh nak romantik plak. hahah
nak bagi jam tangan? cik mila tak suka pakai jam..
nak bagi cincin? cincin kawen dah ade...
nak belikan sport rim baru...huhu.. banyak giler belanja!
nak beli frame dan bubuh gambar kitaorang? dah buat dah..
nak bagi bunga? heheh.. dah buat dh mase anniversary tahun lepas. deliver kat office dia.. :P
nak buat photoshoot? dah buat last week..
nak belikan DSLR?? huhuh... tak cukup duetttt.. :(

toooloooong..bagi idea. umliyana dah kehabisan idea. :(


Tuesday, September 27, 2011

9months.and still counting...


kalu bahasa informalnya : tengah tunggu hari je ni... :P


nervous?? hmm.. bukan nervous je ni tp dh tahap gelabah dah. banyak bende bermain di kepala otak ni. tp tu citer nanti. skang ni nak citer pengalaman dramatik saya di saat usia kandungan saya 35 minggu 6 hari. :) 
22 sept : saya dh rasa tak sedap badan. mcm nak demam. kat ofis pun.. sy peruntukan lebih setengah jam untuk saya tido nak bagi badan sy relax jap. tak sedap hati..sy pegi klinik swasta. check..kot2 sy demam. bile pegi doc kate saya tak demam tp dia bg juga ubat untuk tambah tenaga. dia ckp sbb sy tak bermaya je kot..elok je saya smpai ofis, sy muntah tahap cipan gaban. lepas muntah tu makin lembikla kan... mmg seriously tak larat nak buat keje dh masa tu. terus msg mila.. ckp kene bwk sy ke hospital pas balik keje. 
jam 5.30tepat sy balik umah.. smpai umah, sy muntah lagi. yang ini lagi dasat gakla.. terus cik mila bwk ke hospital. mcm biasala.. smpai je kene amek BP pastu dia check jantung BB sbb takut ade effect pape. ms buat CTG ni.. lawak sket. CTG tu tunjuk saya ade contraction yang mcm orang nak bersalin sgt dah tp sy sumpah tak rase ape2. kompius? iye..diriku lagi kompius.. Doktor tu ckp.. u relax kejap..kite hydrate you then buat semula CTG tu. so..kene masuk airla kan. saya yang super duper penakut ngan jarum ni... 3 kali okeh kene cucuk! hampess... mmg rs nak meraung gakla..dahla menci gile jarum..sakit plak tuh..3 kali laggggi!! after masuk air.. buat semula CTG.. same jugak. contraction yang sangat persistent. mcm orang nak bersalin sangatla... staff nurse tu tak sedap hati, dia try buat manual. by manual tu means, dia pegang perut, dia checkla bape kali dia rs contraction dalam 5 minit tu. haha.. dalam 5 minit tu adela 2 ke 3 kali contraction. dia tanya, puan rasa tak? rase apa? rase contraction.. rs mengeras mcm ni ha..? tanpa rs bersalah.. sy just menggeleng. kompem beb i tak rase! 
last2.. dia suh sy admit ward gak. yela.. buatnya mmg diriku nak terbersalin tp diriku yang tak rase kan..kang terbersalin kat umah..satu hal plak! mase ni mila dh gelak2.. sbb awal2 tu kompiden je tak kene warded. yela.. datang spital sbb muntah je.. mane tau kene masuk hospital. cet!! 
pendekkan citer.. esoknya sy dah discharge. sy mmg kene contraction (yg byk2 tp sy tak rse tu) tapi bukan sbb sy nak bersalin. tp sbb sy demam ye cik puan semua.. itula kisah dramatik saya minggu lepas. tapi lepas kes tu.. sy insafla. sy rase sy kene amek cuti awal. bukan sbb sy expect sy bersalin awal.. tp sy tak nak tinggalkan kerja kat ofis mcm tu aja. masa sy masuk wad tu bape kali ntah.. handphone bunyi sbb byk keje tak siap. kan dah nyusahkan orang lain.. so sy decide maybe 8 oktober last sy bekerja ya.. bukanla sy suka datang ofis tapi sy tak nak jadi beban kat orang lain kan. kalu kite pun.. kite tak suka orang lain nyusahkan kite kan? :)


selepas kes dramatik tu.. nervous tu baru datang. mcm mane kalu hari tu sy mmg betul2 nak bersalin? ready kah saya? barang2 bb tu aspek lain.. tp mentally ni ha.. am i prepared? saya tau sy tak prepare lagi. sy tak prepare untuk rs tanggung rs bersalin nanti.. tak prepare nak dgr tangisan bayi saya tiap2 malam. sy excited ngan BB dalam perut saya.. sbb rase mcm ade teman ari2.. tapi ya allah! takutnya nak memikirkan yang akan datang ni..
boleh tak saya nak tido atau pengsan je.. dan bile sy bukak mata je, anak sy dah keluar dari dalam perut? boleh tak? tolongla ckp bole.. :( 

skang ni sy sedang berkira-kira dengan giving birth options. saya faham ramai suggest normal delivery.. atas pelbagai advantage. tp sy juga tengah pertimbangkan untuk c-sect. kalu cakap sakit.. dua2 sakit kan. cuma.. sy nak pastikan pilihan saya nanti saya dah betul2 mentally-prepared la. kalu sy decide normal - then normal it is. sakit mcm mane pun sy kene berdepan. gitu juga dengn c-sect. susahnya hati ku... :( saya tak bincang lagi ngan cik mila. sy tau.. kalu dia kompem dia ckp normal, sbb dia tengok kwn2 dia ok je bersalin normal kan. tp setiap orang lain cara dia kan... pape pun sy masih berfikir2. harap sy dapat diberi pilihan sebenarnya.. :)



anyway.. curik masa kat ofis jap. bye! :)

Tuesday, September 20, 2011

b.a.b.y.r.o.o.m.

Hype!!
baru balik dr check up kat klinik. alhamdulillah..baby saya ok cuma dia belum nak turun2 lagi. dia suka kot duduk dalam perut mak dia. :) sy pun suka! :P
anyway.. topik kita pada hari ini (dan topik ini telah menjadi kegilaan umliyana mensurvey kat internet) adalah baby room. owh.. ye.. sy nak ade bilik berasingan untuk baby saya. ade org prefer anak dia tido dengan dia.. tapi sy mungkin tidak la. ikutla preference masing-masing kan? after 3 months sy mungkin telah "mencampaknya" di bilik dia sendiri. sian baby um.. :P

antara item yang sy dah terfikirkan untuk diletakkan didalam bilik anak saya adalah :
  • baby cot
  • wardrobe (small one) - optional
  • drawer 
  • rak buku - saya nak jadikan mcm wall of fame dia la. :P
  • kerusi untuk sy melepak dengan dia
  • karpet cumel. 

mila dh pesan jangan exaggerate.. tp rasenya ok je kan? mcm bende basic orang letak dalam bilik baby la kan? yang penting ongkosnya enggak membunuh kami berdua ya! :)
tp bile buat survey kat internet.. huhu.. jelesnya tengok baby room dorang. sangat cute! seriously kalu la sy ni ade umah sendiri.. sy dah dco mcm2 bilik anak saya tu. nak catla..nak letak wall sticker tu la.. mcm2la.. sib baikla diriku ini tinggal di kuarters kerajaan. so..sedar dirila sikit wahai sharifah um liyana! tp sy nak share gak few pics yang saya sgt berkenan! :)


pics by : babyboynurseryideas.com

pics by : freehomedesign

pics by : genuinestyle

pics by : infobarrel.

pics by : moderninteriordesignideas (kalu kaya mmg ku dah buat yang ini) 

pics by : omahtrends (sy suka ini jugak!!)

pics by : trendirs (ini paaaaaling ku suka!) 

kalu banyak duit mmg mcm2 kite nak buat kan? tp basically.. sy nakkan yang simple je. nak buat bende tu nampak cantek kalu kite pandai je nak deko dan susun atur barang2 tu kan? barang2 ni bukanla penting sangat buat masa sekarang. sempat lagi sy nak kumpul duit untuk membelinya. :)  pape pun.. sy nak ade bilik khas untuk anak saya! tak kira! :P







Thursday, September 15, 2011

set.bersalin.

soklan jap! 
although i'd try my best prepare everything for my son - im prepare nothing for myself. 
so..sy nak tanya..set bersalin apa yang okey? 
i have few in mind..tp as usual..bende ni first time kan? so... xtau apa yang bagus. mcm nak try and error je. tp bile tgk harga dia..mak aiiiiii!! xjadila nak try and error. 
sy baca review kat internet.. so far sy boleh conclude kan adalah :
- Nona Roguy (NR) - yang ini review ckp ok dan bagus sbb membantu kurangkan berat badan dan buat jadi bertenaga. 
- Jamu Mak Dara (mcm byk sikit itemnya termasuk mandi lulurla.. lotion badanla.. compare dengan NR. dia pun provide tungku ngan bengkung)
- leesa formula - set dia lengkap. compare dengan NR.. dia siap ade tungku dengan bengkung sekali. siap ade.. air ikan haruan tu untuk merawati luka dalaman. 
- Amway - orang ckp bengkung dia sangat bagus. harga dia pun setaraf leesa formula je.
- Sendayu Tinggi - harga dia mahal gak. mcm NR gak.. leceh sket sbb makan semua bende tu berjadual. rawatan untuk tempoh 60 hari. bengkung dan air ikan haruan dijual berasingan. :) 
- salindah - antara paling lama dalam pasaran. tapi biasanya orang akan start makan salindah sejak pregnant.. bukan after bersalin br start makan. 


ade idea tak? mila risau sy tak bli2 lagi. mungkin sbb dia takut sy terbersalin dan sape lagi nak belikan bende ni selain sy je pilih sendiri? dia kompem akan kompius kalu kene pilih sendiri. :) 


please share some info ok? 
thank u guys!!

Sunday, September 11, 2011

34.weeks.44 days left.

helllllloowwwww everyoneeeee! :)


first of all - selamat hari raya & maaf zahir batin. ntah pape kan.. lambat gilerr nak wish. selalu ingat je nak kene update blog tapi... sy super duper busy disamping sy takde idea sangat nak hupdate.
perasan tak kat ticker tepi tu.. 34 weeks and 44 days left? dari ratus2 hari saya tengok.. tetibe je lagi 44 hari??? biar betik! betulla cakap che2.. nanti sedar tak sedar.. dah tiba dah masa bersalin. :) nervous.. ? so far belum rase lagi. 
tapi skang ni sy duk terfikir.. mcm eh nanti nak bersalin? mcm mane nak breathing mase nak push tu? seriously tak pandai! haha.. ye..ye.. sy tau sy kene pegi kelas antenatal tu. aritu ms sy nak try register.. dia ckp kelas dh penuh. hampes betul. so.. sy rase sy kene bertawakkal mcm orang dolu2. yela.. mak-mak kite dulu mane ade pegi kelas2 kan?? relax je bersalin. mak mertua saya siap bersalin kat umah! ceh.. ayat sedapkan hati! haha.. okeyla..meh kite buat sedikit survey ke atas pregnancy sy sehingga kini :


puasa:
seperti sedia maklum, sy tak boleh berpuasa kan? so.. secara rasminya saya perlu menggantikan 25 hari di tahun hadapan. huhu.. untuk pompuan yang jarang period di bulan puasa.. nak ganti 25 hari tu satu cabaran tau! :P tapi sy anggap ade hikmahla disebaliknya. bila sy tak puasa.. sy jarang sesak nafas dan vaginal discharge sy tu dah takde! :) 


diabetes :
ingat tak sy citer yang sy disuspect diabetes?? ooo.. itu gara2 sy kene amek segelas air gula perasa blackcurrant. daripada normal bacaannya 5 je.. sy kene 7.3 tau! dan kerana keputusan itu.. sy diberi tempoh 2 minggu untuk prep before test BSP. test tu kire nak tentukanla.. diabetes tu ditahap terkawal atau pun tidak. kalu tidak.. sy kene cucuk insulin.:(
tapi fortunately masa test BSP tu sy berjaya membuktikan sy bukan ibu mengandung yang diabetes! alhamdulillah...  :)


raya :


saya berjaya membeli sehelai baju raya yang cumel untuk sy pakai. shoppping sangat last minutes sib baik ade lagi yang sy berkenan. :) kununnya.. tema asben n wifey ni adelah MERAH. tp bile cari baju melayu merahh untuk cik mila.. haraaaammm takde pun yang dia berkenan! akhirnya tema terpaksa bertukar kepada hitam. sib baik sy mmg ade bli baju hitam tu dari dulu. paaaling penting sib baik dia muat lagi. :)
before raya - biarpun kandungan sy dah masuk 8 bulan.. sy masih activate my life okeh! sangat tabah kemas umah dan pasang langsir. pastu jaga aiman.. bwk dia jalan2..shopping barang perhiasa raya untuk umiey. as usual.. masa berjalan mmg tak penat. tp smpai umah.. letih wooooo!! 
masa raya ni gak.. kite jumpe sedara mara a.k.a konsultan. nape konsultan ye? ooo...sbb dorang akan bagi pelbagai tips untuk kita bersalin nanti. hihi.. sy suka. kadang2.. relevant secara saintifik.. tapi kadang2 lebey kepada petua orang tua-tua. :) pape pun.. semua tu berguna untuk first timer  ni kan.. :)


my lil' caliph :
video


ooo.. dia sihat. arini sy buat 4d scan. doktor cakap dia sihat. yang paling best tgk dia.. pipi dia sangat tembam ok. doktor tu siap cakap : gerammnya dengan pipi dia!! memangla.. sangat tembam. dan doktor cakap bibir dia seksi. haha.. mila terus gelak.. tau dah dia ikut muka sape! arini sy puas hati dapat tengok dia. lagi pun muka dia dapat dilihat dengan tepat. kire dia tak de berpaling2la. biasala.. sy dah pesan ngan dia awal2.. jangan tido.. jangan pandang tempat lain.. arini kita dating! :)  


kesihatan sendiri :
so far saya ok. bile doc cakap baby sy dah elok kepala kat bawah.. sy bersyukur sangat. at least .. sy tau yang sy ade peluang untuk bersalin normal. biarpun orang ckp bile 8 bulan ke atas ni.. bladder kite mcm kene pressure membuatkan kite asik nak terbuang air kecil.. sy sangat bersyukur yang sy okey je. tak rs mcm nak buang air kecil sepuluh kali.. so far alhamdulillah sy ok. cuma my lil' caliph skang ni.. dh pandai demand. dia tak suka mak dia duduk lama2. mungkin dia rs sempit tak selesa kot. aritu smpai satu tahap.. sy buat keje kat ofis, menaip paper smbil berdiri. dia menendang2... buat sy tak selesa. so.. bangun jekla. masa drive ke dalam kereta ke.. tak leh nak buat apela. sy just usap2 perut.. minta dia sabar kejap lagi smpai umah atau smpai shopping complex. kadang2 dia mcm faham.. kadang2.. takde maknanya! hihihi..oo lupe nak citer.. sy dah dapat stretch mark!!!!! hanya kerana sy terlupa membubuh lotion itu selama beberapa hari.. stretch mark itu timbul dengan penuh tidak segannya. sib baik.. takde rase gatal2 ke ape ke.. kalu tak sedey juga sy. :)


itu jekla kot ringkasan saya sehingga kini. nanti pape menarik.. sy update lagi ok. insya allah. :) 

Sunday, August 21, 2011

semangat.raya.



cet! tak pose tapi dah semangat raya! hihi..
helllllloo peeps!!!
ye..ye.. sy ngakule  yang sy tak pose. terpaksa la wey. ari2 kene makan ubat. :( lagipun..sy ni jarang ponteng pose tau. maksudnya waktu sy bujang pun sy jarang period waktu pose. so.. bile ngandung ni.. yang tentu2la tak period kan tetibe tak leh pose. huhuhu.. sedey. lagi sedey bile ingat tahun depan nak kene ganti pose 25 hari!!!! hihi
ok..kesihatan sy bertambah baik minggu ni. a few times.. mcm sesak nafas tapi skang dah pandai kontrol sket. so tak perlula sy ke wad kecemasan nak dpt bantuan oksigen lagi. hihi.. 
mungkin sbb sy tak puasa kot. sbb tu mcm nutrisi tu mencukupi dan mengurangkan sy kene sesak nafas. cet! pepandai je wat teori sendiri. :P
ok.. sy sudah selesai menyusun semua barang-barang keperluan baby. excited shopping? hihi..masa amek barang mmgla excited. tunggu masa bayar tu. tak excited langsung!hahah.. tapi okla. brang baby sy bli takdela byk. apetah lagi bile kakak2 sy byk bagi baju kimi, aiman ngan isyraq yang ms dorang baby. jimatla juga kat situ kan? :)
ok.citer pasal raya. sy tau.. bile due saya makin hampir.. rasenya raya bukan priority. tapi kan.. dis is our first raya as husband and wife. so.. confirmla sy nak meraikan raya se-normal yang mungkin tanpa perlu risau.. pasal baby. well.. sy tak nakla berperasaan : nak ade baby ni men-spoil-kan mood raya sy kan? :) lagipun shopping brg raya.. jalan2.. menceriakan mood saya. :) unfortunately cik mila sy tak amek port sgt psl raya ni. taula.. kan banyak nak guna duit time2 ni. but then.. sy nak jenjalan jugak.. cari baju raya ... handbag raya.. semuala. siap berangan nak pkai baju kaler sama-sama.so..bile dia pun tak excited.. mood sy pun jadi spoil. uish..uish... takde maknanya! 
dis week sy still tak cari baju raya. ade ikut cik min gi shah alam semalam cari baju raya. tapi.. tak byk pilihanla utk beli kaftan atau jubah. itu je jenis baju yang sy muat. ade few baju kurung sy berkenan tapi sedarla diri wahai umliyana.. kamu tak muat dh pkai baju2 tu! nak gi  Jalan TAR tapi tak de geng. cik min tak suka tempat bz.. cik mila pun sama. so.. tak dapatla baju raya smpai skang ni. kang ade mak buyung pkai jeans ngan t shirt je pagi raya tu kan? :P    kalu arini tak carii baju raya terpaksala cari kat JB. tp masa tu dh suntuk dh.. saiz susah cari. bab ni sy ade pengalaman. ms bujang dan jadi student dulu suka beli baju last minute.. kununnya sbb nak murahla.. tapi akhirnya dapatla baju raya yang saiz besar la,xpun terpaksa pkai baju raya tahun lepas sbb tak de jumpe baju berkenan. kalula perut sy ni mungkin tak berapa ke depan - sy rase dh selamat dh sy jalan sensorang kat tempat2 tu.. cet! skang pun sy rase ok je kalu sy jalan sensorang kan.. tp kompemla takkan dpt permission kan. nanti pape jadi.. sape susah?? :( 
so.. tahun ni semangat raya sy dah kurang dah. sebelum ni mcm loooking forward to raya sbb first time kan.. skang ni dh tak semangat dah. tunggu balik JB je.. jumpe kimi ngan aiman. ajak dorang jenjalan. :) raya mmg best kan bg budak kecik? :P
okla.. perut sy dh berkeroncong. tak tau nak makan ape. kejap lagi kompem msk angin pastu sakit perut...pastu tak leh makan byk.. sakit perut lagi... and list go on..and on..and on..
lapar wey! :( 


okla. pape pun ... kawan2, selamat berbuka puasa jam 7 lebey kang ye. jangan join umliyana yang tak berpose arini. :P


bye. take care!


p/s : pape pun.. hobi sy baca kad raya masih diteruskan. dan sy masih gelak ngan kad raya untuk kekasih. ntah pape.... "angin subuh meniup...bla..bla.." - wey ni kad raya la wey! bukan kad cinta!!


Wednesday, August 10, 2011

p.u.a.s.a.

selamat berpuasa kawan-kawan!
first time kan.. umliyana berpuasa sebagai isteri. dan bakal ibu. 
kelainan puasa.
menarik? rs mcm biasa je. cuma rase lain bile bangun sahur dan prepare sahur untuk saya dan cik mila. rs lain. especially.. sy kene makan berat. nak pastikan cukup bekalan untuk my lil' caliph. so..either sy masak pagi tu atau before tido saya masak dulu then ms bangun sahur sy tinggalkan panaskan lauk je. bangun sahur tu satu cabaran kat saya ok? sbb biasanya bangun..minum air, makan roti.so bgn 515 ke 530 ke pun ok. tapi skang ni 445 dah celik mata ok.. dan kene buat rajin kat dapur. cik mila..lagila liat. ms bujang.. dia tak bgn sahur. so..bile kawen dia kene bangun sbb teman sy sahur. elok je pas makan dia tido semula. cet! 
lagi satu yang rs lain - ari2 kene pk nak masak ape untuk puasa. kitaorang ms first week puasa je tapau dr pasar ramadhan. start dis week.. kene pk nak masak ape. bile mila balik awal..dia yang masak. sy br semalam je masak. western style! cewah! haha.. 
cabaran puasa.
ok. sy rasa puasa kali ni sangat mencabar keimanan saya dan ketabahan saya sebagai bakal ibu jugakla. dalam tempoh 10 ari puasa - sy cuti 5 hari termasuk arini. first time cuti puasa tu sbb sy dijadualkan untuk MGTT tapi tak jadi. then pastu.. sy kene sesak nafas.pastu sy tak bangun sahur.. membuatkan saya pagi2 dah lapar gilerrr. kemudian saya cirit birit.. dan arini saya cuti puasa lagi sbb sy cirit birit lagi. 
sepanjang puasa penyakit saya adelah cirit birit dan sesak nafas. dan sesak nafas tu makin teruk setiap ari. mcm arini.. sy terpaksa masuk wad kecemasan sbb sesak nafas kat ofis.. kene masuk air dan kene bantuan oksigen.hampir setiap malam rs susah nak bernafas. mcm short of breath...macam br lari pecut 100 meter. seriously! sy tak tau nape. even tgh baca suratkhabar atau tgk tv..tetibe je saya akan sesak nafas. each time sy sesak nafas.. sy akan nanges sbb mcm takde oksigen nak sedut! tapi..alhamdulillah even sy sesak nafas..baby sy ok. as long he's moving .. sy rase dia ok. 
officially doktor tak bagi saya puasa mulai arini. bukan sbb sesak nafas tu tapi sbb sy mengalami massive keputihan. sy mesti makan ubat 3 kali sehari.. sebab after almost 2 weeks.. keputihan saya tak reduce. so.. sy officially tak leh puasa. jenuhla nak ganti puasa next year! 


sepanjang 6 bulan saya mengandung - saya ok. takde alahan, perut saya cumel, berat saya tak naik mendadak dan sy betul2 rase sy ok. kdg2 smpai lupa sy pregnant. tapi bila masuk 6 bulan hingga kini - saya rase sangat2...... letih. selain sesak nafas, sy bleeding, sy kene keputihan, cirit birit and sometimes my lil' caliph dont moving all day long! sy pegi labour room tu dh bape kali smpai ade few nurses kenal saya dah. dan paling sy susah hati sbb sy banyak kali MC dan terpaksa cuti. buat sy rase useless and helpless. sy tak nak orang ingat sy  lembik sgt atau orang ckp saya sengaja amek kesempatan mentang2 sy pregnant. seriously.. sy try untuk live as normal umliyana sepanjang sy pregnant. tapi..kadang2 mmg tak bley. :( 
arini sy spent whole day kat hospital for 3 different reason - 
memula (first) kat labor room - sbb anak saya tak bergerak 24 jam.. - memula saya tak nak gi hospital sbb sy pk mungkin dia overslept tapi.. bile smpai 24 hours sy start risau. plak tu sy kene cirit birit. 
2nd kat klinik pakar putrajaya - keputihan saya yang makin teruk. doktor cakap kalu tak berkurang, saya ade risiko untuk preterm labor. 
3rd kat wad kecemasan - sbb saya sesak nafas. 
seriously..saya sangat letih dengan sakit2 ni. harapla bila saya tak berpuasa dah.. semuanya kembali normal. maybe ni dugaan ramadhan kot..bak kate bos cik mila. :( 


dalam ms yang sama sy cuba maintain semangat saya. biarpun sakit... sy tetap happy. tak nak depressed sbb nanti effect baby kan? selalu looking forward for something good for my lil' caliph. and maybe me. :) 
untuk kawan 2 yang sama-sama tengah pregnant - caiyok2! take care yourself. :) 



Monday, August 1, 2011

parenthood.expo.

helooo peeeps! :)
Mood saya sudah ok. mungkin kerana sy sudah mendapatkan terapi melalui shopping. :)
hihi.. anyway nak citer pengalaman pegi parenthood expo kat mid valley last week. expo tu dari 29 Julai - 31 Julai kat Mid Valley Exhibition Centre. (MVEC). 
saya siap amek cuti untuk melunaskan hajat membeli barangan baby. :)
awal2 tu tak menarik sgt sbb cik mila tak cuti. dia amek half day je. so kene tunggu dia. kitaorang pegi pun petangla. dalam kul 4 macam tu. 
yang sakit hatinya.. parking tarak!! kami berpusing-pusing selama setengah jam cari parking je. last2 kitaorang parking je kat season pass parking. lantakla. malas dah nak cari. 
ok. expo dia menarik. banyakla exhibitors join. harga pun okla. murah sket dari yang ditengok di kedai. ini untuk certain things yang saya survey di kedaila. 
first tu kami just round and identify things yang nak beli waktu ni la. bende2 mcm baju baby ke.. stroller ke...car seat ke.. itu diketepikan dulu. sbb mcm tak berapa penting untuk awal2 kelahiran. and as for baju baby.. skang ni mmg tgh mega sale.. beli kat luar pun ok. 
then.. kitaorang gi makan sambil buat kiraan bajet. honestly... barang2 kami nak beli bukannya banyak tau.tapi ... huhhu.. mahal beb. awal2 kira tu.. cecah rm800++! 
memandangkan kami tong2 kuar duit.. so rs mcm ringanla juga. :) 
then lepas makan. meneruskan sesi membeli belah. berikut adalah barang-barang yang kami beli : 
 Bottle sterilizer + Bottle warmer 


Breastpump + package 

haha.. ini paling saya suka. botol dia cumel! :)

and lastly : 
nursing bra. oo..ms expo ni, nursing bra la paling senang nak cari murah. :)

ade few things saya nak beli tapi dh abis. so.. duit yang berjaya dihabiskan takdela smpai 800++ tu. but still...duit gaji sy abis. :(  huhu.. mimpi jekla nak shopping kat sogo kekononnya. hihi.. baju raya pun tak dpt beli. iye.. saya masih mahu melawa biarpun by time raya..perut saya dah membesar bagai johan! :P 

arini first day puasa as husband and wife. and as mom. so.. hopefully sy larat dan paling penting baby saya larat nak teruskan puasa sebulan. caiyok2 anak umi!! :P 


Tuesday, July 26, 2011

m.o.o.d.y.

lately ni mood saya tak menentu. :( 
mungkin sbb hormon saya (best kan? selalu leh salahkan hormon!hihi) atau sbb sekarang ni 'in middle of crisis'. so.. sy jadi tak tentu arah sket. tak leh fokus kat keje.. xbley nak stay kat umah.. xtau nak pegi mane lagi. :( 
bile umur my lil' caliph ni dah 6 bulan 3 minggu..( yup..kejap je kan? tup2 tgk perut dah mcm makan watermelon sebijik! :P) saya baca kat internet - baby kita dah start boleh rasa apa yang kita rasa. so.. sy sebolehnya cuba nak jadi ceria.. happy je. supaya baby saya nanti seorang yang ceria! :P sekarang ni bile cakap ngan dia.. rase mcm dia betul2 dengar sbb dia akan bagi respons dengan menendang atau move sket. (bile dia move sket2 tu sy bygkan dia spt tgh kepoh2 nak tau apa lagi!hihi) 
cuma susahnya sekarang nak jadi ceria. kan sy cakap 'in middle of crisis'.. so emosi tu kdg2 tak menentu sgt. most of the times - saya sgt down. sy mcm ok..bile ade keje nak buat. so, kat ofis saya cari keje untuk buatkan diri sy sibuk, kat umah sy cuci toilet, basuh baju kemas barang2 saya.. just untuk pastikan diri sendiri sibuk.  sy cuma risaukan baby je. bile umi dia stress mesti dia lagi stress kan? especially bile umi dia pg rajin2 terbongkok2 cuci toilet. huh!
takpe..bile stress kita leh gi makan tutti frutti lagi! caiyok2 umliyana!
satu benda yang sy perasan bile sy ade masalah kan - saya akan selalu rasa nak balik JB. sejak saya kat uitm dulu. bile ade masalah je.. sy rase mcm balik kampung je leh buat saya tenang. agaknya sbb tu kat movie org suka buat citer..asal frust bercinta je balik kampung. hihi... mungkin sy suka nak balik kampung  sbb balik kampung, ade hakimi dan aiman. yang akan full kan otak saya dengan melayan dorang. hmm.. rase nak cuti je ni. otak saya dan hati saya memerlukan rehat. 
sebenarnya saya tak tau nak taip ape kat sini. sy ade probs tapi tak leh share. so.. sy cume leh share rase seedey... dan biul ini. :P dengan harapan saya akan ok. sekarang ni pun lunch. saya tak de selera nak makan. sy tau baby sy perlu makan.. tp seriously, sy tak leh nak makan. :( 

you problem ~ pegi jauh-jauh! cet!

Saturday, July 16, 2011

m.y.D.a.t.e.

pics by google image

tau tak apa yang menarik setiap bulan? 
bile pegi check up kat private clinic.  i mean yang regular check up tu bukan pegi sebab saya ade sakit ke apa ke. 
sy selalu anggap each time saya gi check up - adalah hari dating saya ngan lil' caliph. betul. saya sangat excited sampai saya tak kisah yang mila tak penah teman saya bile saya pegi check up. masa tu sy akan tengok pembesaran dia compare dengan last one. tengok dia gerak2.. instead of just rasa je. kalu doktor tu bagi sy spent some time alone dengan dia lagi bagus. saya nak borak-borak ngan dia sambil tengok apa reaksi dia. tapi mane ade doktor nak bagi kan? ahh.. tak kisahla. sy anggap doktor tu third wheel dalam masa dating saya. :P 
lambatnya isnin ni..... 




p/s : rasanya saya nak beli gak oven untuk mem-baking kuih raya. :) wish me luck!

Sunday, July 10, 2011

tragis.lucu.



kalu anda baca wall post cik min : ada tau kisah tragis lucu ini. 
kalu tak tau.. meh sini umliyana citer. :)
jumaat @ 6.30 pagi,cik mila dah bersiap dah pegi kerja. bile dia try bukak pintu bilik.. tak bole. aik tak bole? sy yang sedang tido sedar dia ngomel. pastu dia terus ala2 ngamuk cakap pintu tak bole bukak. sy pun okla.. bangunla tido ngan penuh malasnya..cuba bukak pintu. aik tak boleh bukak?? cik mila mula dah marah2. yela..waktu nak pegi keje plak pintu ni tak bole bukak. dah beberapa kali cubaan..last2 sy malas nak amek port (biarpun cik mila sedang usaha lagi). sy call sue. nak tanya if dia simpan lagi kunci spare. tak dpt ckp ngan sue.. sy kol cik min. sib baik min dah bangun masa tu. meminta bantuan cik min biarpun cik min dah ala2 gelak dah dengan kisah tragis lucu di pagi ari. sue tak de kunci spare rumah (oh ye..dulu sue yang duduk rumah ni before dia dapat teres).. min carikan no fon maintenance. masa tu dah cerah dah beb. 
cik mila tak tau duk diam. bile dapat kol maintaince.. dia pun cakap dia on the way nak menyelamatkan kami. hihi.. so.. sy pun terus siap2 nak mandi. yela.. kang dorang datang kang, saya tak mandi lagi.  bile selesai mandi ..
wifey : awak.. nak tau satu berita buruk lagi tak?
asben : la.. apa dia??
wifey : ada spotting blood kat .......
asben : ala...pintu ni tak leh bukak plak!
masa ni cik mila bertambahla gelabahnya. saya seperti biasa.. selain gelak dengan situasi tragis kami, sy bersiapla nak pegi keje. pakai baju, make up. pakai tudung etc. sy dgr dah masa tu maintainance tgh usaha nak pecahkan pintu masuk rumah. dalam keadaan macam tu sy amek kesempatan mengemas bilik. lipat baju, kemas katil, kemas almari.. semuanya sambil ketawa dengan situasi kami. cik mila br leh duduk bile dia dgr ade orang nak pecah pintu. 
lepas tu pintu master bedroom plak nak dipecahkan. sy relax je tunggu atas katil sbb ms ni mmg lama sket. dalam setengah jam baru pintu master bedroom tu leh dipecahkan. bile kuar je tengok amek kau! 7 orang mamat maintenance dan seorang gadis maintenance. cik min pun ada masa tu sbb kitaorang campak kunci solex kat dia untuk memudahkan maintenance tak payah pecahkan solex. cik min mengambil kesempatan - amek gambar dan post kat FB untuk menunjukkan usaha menyelamatkan tebusan di hari jumaat. :P
before dis.. pintu tu tak penah buat hal. tetibe plak ari jumaat tu..dia jem plak. tombol tu biarpun di pulas berjuta kali, besi yang sangkut tu still tak gerak. ilang sabar je saya! :P
berbalik kepada spotting blood tu sy gi klinik dulu before pegi keje. doc suh saya tunggu 1 hari lagi sbb dia ckp kdg2 bende tu sementara je. dan sy citer psl kisah saya sakit perut semalamnya yang perut mcm nak meletup .. dia ckp "you just experience first contraction". later on..baru sy tau, bukan contraction nak beranak. tp braxton hicks contraction. dia mcm false contractionla. will be experience or will not be experience at all by preggers during mid pregnancy until 9 months. ok..ia sangat sakit. dan doc tu kata its nothing compare to real contraction. (huhu)
until afternoon, bile check masih ada spotting tu. tak leh jadi ni.. sy pun decide pegi hospital putrajaya. doc yang check itu sangat baik ok. memula mcm biasa je check upnya..tapi bile dia nak amek sample tu yang horror. i cant stop laughing ms dia amek sample sebab sy sangat-sangat sangat segan!! cik mila yang duk luar tunggu sy pun leh dgr sy gelak. sy tak leh kangkang.. setiap kali dia nak amek sample.. sy automatik kemut. bila dia angkat kain nak check sy turunkan kain tu balik. "aik..mcm mane sy nak check ni?".. "ala..doctor, tu tindakan refleks sy!" banyak kali percubaan.. akhirnya berjaya juga itupun selepas dia ugut nak panggil doc lelaki. uish...horror okey. doctor ngan nurse tu asik tanya.. mcm manela nanti nak bersalin puan nih? huhu.. refuse to imagine! 
doktor cakap dari sample tu takde apa. except uri tu mmg mcm ke bawah sket. dia suh saya lightduty jangan banyak gerak.. dan saya disuruh berehat until tuesday. dia cakap dia tak nampak pun kat mane sumber darah tu. so.. dia cuma mintak sy banyak rehat..rehat.. jangan byk gerak etcla.. 
seriously.. sy malas nak mc. sy bukan tak larat yang memerlukan sy mc. im feel totally fine cuma spotting tu continue sampai skangla. perut kadang2 sakit tp nothing really serious pun. sy ingat nak keje jugak tapi cik mila tak bagi. dia cakap "kan doktor suruh rehat?cuba berehat!" aik? diktator sungguh! 
okla. sy nak sambung tgk dvd haram ku lagi. nanti sambungggg...bye!