Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

two.months.

in two months - we will be married. 
sudah ready kah? 
tak sedar pun sebenarnya lagi 2 bulan. tadi kawan2 ckp cik um lagi sebulan je nak kawen - aik? sebulan? bukanla.. lagi 2 bulan. eleh.. takde maknanya 2 bulan cik umm..
dan hakikatnya sy sedar. even bagi sy masa 2 tahun pun saya masih akan gelabah tetapi terhegeh2 nak siapkan semua. :P
sy dh dapat rumah. tapi surat sy belum amek lagi. hmm.. byk bende nak buat. mmgla duit byk kene ready untuk kawen tapi keperluan barang rumah ni lagi penting ok. kang ade budak tido atas lantai je kan. :P
biarpun pening memikirkan duit - tp sgt excited sbb lepas ni sy dh leh cakap ngan cik mila - rumah kita! HAHA.. katekan aku poyo ke hape - ade aku kisah? :P 
wiken ni - nak amek kad kawen. then nak amek baju nikah. ye.. baju nikah umliyana dh siap! mintak2 anty tu buat cumel. :P then antar baju umi sekali. dan sy ingat nak pegi bridal cik mila untuk finalised make up artiste. Nurin Makeover ok kah? 
then akan ke IKEA untuk mula survey keperluan kewangan untuk barang2 umah itu. :P
ahad - sy ingat nak cuci umah. gengs! jom join!  kalau still xdapat kunci sy ingat sy nak pegi NILAI untuk carik bunga telur dan box untuk gula2 bagi bebudak. :) cik mila mesti dh boring pegi nilai. heheh..sekali lagi ada aku kisah? :P
mcm rushing kan? sbb next weekend i wont be around sbb sy kene pegi penang. another wiken pegi Sabah. then next wikennya dh masuk new year. :( masa tu betul2 sebulan cik um!  
okla. nak pulang ke pangkal jalan dh. laptop tak leh on.. so kurangla dpt hupdate blog ni. 
seeya! ~

Friday, November 26, 2010

f.o.l.d.e.r.k.a.w.i.n.

hypessss!!
br balik putrajaya terus ke kedah plak. penattt woit!
huhu.. ahad nak pegi balik JB plak sbb bff sy kawen. :( bukan terpaksa pegi tapi ku sangat letihhh! 
nway - lebih kurang 2 bulan lagi kan.. sy belum bagi lagi kat bridal sy folder kahwin. apa dia folder kawen? kebanyakan b2b WP sendiri. but saya - tak sempatla nak jadi WP. so.. sy serahkan kepada bridal sy untuk uruskan semua. pemalas kan? huhu.. bukan ape - seriously - ujung tahun adalah bulan2 horror untuk umliyana. dah tu kawen bulan januari - mmg carik pasalla. :P 
okla.berbalik kepada folder kawen ni. folder kawen ni ade semua pics pelamin, hantaran, hiasan dewan, centerpiece, makan beradab, cth make up etc yang sy harapkan bridal sy bole buatkan. :P tapi memandangkan bajet sy limited - takdela ku amek contoh dewan merak kayangan atau PICC untuk hiasan dewan dan pelaminku. hihi.. kang menangis plak nak bayar. :P owner bridal tu pun siap dh pesan - um tinggal 2 bulan je lagi. dah boleh bagi akak semua senarai um perlukan. uish..uish.. tak insaf2 umliyana ni. mmgla kamu bz tapi sape yang nak kawen skang ni kan (aleh2 marah diri sendiri plak!)
kad kawen sy dh siap! huh..lega! bukan ape - rasenya bile nampak ade 1-2 benda dh settle.. rase mcm boley tarik nafas lega kan. :)itu pun ade banyak bende lagi belum settle. hihi..


opps lupe plak. sy plan nak buat threading dan brazillian wax. seyes.. ku tak penah buat wax. saya takut sebenarnya. sy ni bukan seorang yang terer menahan sakit. sy sgt hampes bab wax ni. tapi ia sangatla perlu kan? biasanya org pegi buat threading ngan wax ni bape ari sebelum majlis eh? 2 bulan ni mcm awal sgt ye tak? biasanya org buat bile ye? pls infom. thank u!


p/s : ni bukan manusia! (sila berhati2!)

Wednesday, November 24, 2010

k.o.m.u.n.i.k.a.s.i.

ini bukan share tentang kawen. 
ni hanya nak share sesuatu. sharing is caring! :P
aritu sy dalam sitausi perbualan di antara hamba allah yang bercerita tentang kapel masing2. sangat banyak bende hamba allah ni communicate dengan pasangan dia smpai kan sy terfikir - semua pasangan mcm ni kah? actually - sy tak rase sy dengan cik mila sy pelik atau lain dari lain smpaila sy dengar kisah hamba allah ni. dia berbual tentang semua bende dengan tunang dia. everything. 
* pics by sanjeevhimachali.com

sy dengan cik mila jarang berbual perkara2 selain - kerja (which is most of the time!) persiapan kawen (selepas kami bertunang) dan some about our home stuff. bukanla sy bermaksud yang kitaorang patut bualkan - pendapat anda tentang BAJET 2011 atau North Korea yang serang pulau di South Korea. tidakla begitu sekali. tapi.. basically kami jarang berbual bende lain selain apa yang dinyatakan diatas. cakap psl past tense pun jarang - and cakap pasal future tense pun tidak. and yet we're getting married. dan sekejap sy rase takut. betul ke kitaorg nak kawen padahal there's a lot to improve in our communication. dan kamu tau - kami boleh spent hours in car without talking. magic bukan? which - after that sy akan menyanyi dengan sangat kuat dalam kereta atau saya tido. if im driving - yeps, i will sing out loud! :) sy tengok cik mila dengan adik beradik dia. dia mmg jenis pendiam. so.. sy perasan dia cuma cakap bile perlu. sy tak nak dia jadi mcm tu bile dengan sy jugak. :(
actually mase kitaorg jadi kawan - kitaorang lagi byk ckp dari sekarang. adekah masa tu menyebabkan kitaorang jadi kurang berkomunikasi? tidakk.. sy takde problem dengan cik mila. kadang2 sy mmg boring bile dalam kereta kami berdua senyap (bygkan la perjalanan dr JB ke KL?) tapi sy malas nak amek port. plus if kitaorg tgk TV kat umah bersama cik min, kami berbual sebab cik min byk input nak cakap atau kalau pegi umah kwn2 sbb orang lain byk ckp. and if kitaorg kuar lunch atau dinner - selain dr topik2 yang dinyatakan di atas, kitaorg akan makan smbil tengok tv (if kedai tu ada tv) dan makan dengan senyapnya.(adela conversation mcm - awk nak? sedap tak nasi awk? papela sewaktu dengannya) sy rase bende tu normal untuk kapel. tapi.. bile tengok orang lain.. hmmm sy jadi kompius. :( 
kadang2 bile kitaorg berbual sesuatu yang seyes - atau takdela seyes sgt - and thing become uncomfortable atau tak tau nak ckp ape dh - we will end up our conversation by saying okla atau owh atau tade ape atau pape yang sewaktu dengan nya. ini bukan cik mila jek. sy pun dh jadi mcm tu biarpun sy adelah manusia yang banyak cakap.. (maybe tak sebyk certain org but still... kay-poh!) 
bayangkan - dia dtang jauh2 dr gombak, ajak sy dinner but then diam sepanjang jalan dan makan. tade ape. then balik umah. all that take less than  1 hour. bukan silap cikmila - sy sendiri tak tau nak ckp ape. kadang2 takde mood pun nak ckp pape sbb tak de idea nak ckp ape pun.
bende silly mcm ni menjadikan sy kureng konfiden. mcm mane kalau kawen - still lagi mcm ni? marriage is too hard to be bored. sy tak nakla bende remeh mcm ni akan buatkan perkahwinan tu jadi boring. mcm kwn sy cakap - bende yang paling menakutkan dalam perkahwinan tu bukan anak, bukan duit dan bukan rumah tapi bile pasangan kita dah mulai rase bosan dengan institusi tu. :( 
ini cuma sesi meluahkan perasaan kot. atau cube mencari ayat2 dorongan dari org yang lebih berpengalaman atau cari panduan org yang penah dalam situasi ni. hmm.. sy tak tau. sy cuma rase sy perlu luahkan dan dapatkan idea orang lain mcm mane nak rancakkan perbualan sy dengan cik mila. :) 

Tuesday, November 23, 2010

bile.27.tahun.

happy.birthday.to.me.
happy.birthday.to.me.
happy.birthday.to.umliyana.
happy.birthday.to.me.


kesian kan nyanyi lagu untuk diri sendiri?
HAHA ~ takdela kesian sgt. :P 
nway - di besday sy takde kek.takde celebration.even takde cik mila.
i was at teluk ramunia (my dad's kampung) for 2 nights and having small family gathering.
bile 22hb - semua busy kemas barang untuk balik ke jaybee. 
so.. takde rase pun pape. except bile tengok fesbuk - ramai kwn2 yang wish rase terharu plak. cewah! :) 
dan bile umur 27 tahun.. apa yang menarik nak citer? haha... sy akan berkahwin pada umur 27 tahun dan 2 bulan dan 8 hari. hehe..still tak nak ckp kawen umur 28 tahun. kenela bg kredit kat saya  merasai umur 27 tahun tu dulu kan? :P
still lagi tak dpt nak bercuti2 mesia even tho besday tahhun lepas sy harap sy dpat bercuti2 mesia nak hilangkan stress dalam life dan keje. huhu..biasala. duk jaga kewangan - hujung tahun dan awal tahun adalah disaster! :(
pics by wallpaper & animation
nway - before dis sy target nak kawen umur 25 tahun dan ada anak maybe umur 26 tahun atau 27 tahun. hehe.. tapi skang ni umur 27 tahun pun blum kawen lagi. (takpe..kita hanya mampu merancang...) terpaksala sy anjak sket target  sy nak dpt anak. 28 tahun atau 29 tahunla kan.. (cik mila pasti tak suka ngan perancangan ini).
pics by school-clipart
and before dis sy target - by umur 27 tahun sy dah ade MASTER. hmm.. itu pun tak tercapai lagi. so.. sy target next year sy apply untuk scholarship and hopefully by age 28 - umliyana dapat sambung belajar. :)
 pics by fotosearch.com
dulu - ingat by the age of 27 - dh pandai main piano. hahaha.. ini adalah sy rase impian yang hanya impian. terlalu byk bende yang sy nak buat smpai sy lupe sy ade impian nak belajar dan jadi mahir main bende ini. :P mcm mane nih?? sy mmg takde plan lagi nak start belajar main piano. uish..uish..
hah! byk angan2 bile umur 27 tahun. ade yang sy buat plan B untuk memastikan angan2 tu berjaya tapi ade plak takde plan langsung mcm mane nak memastikan angan2 tu akan jadi kenyataan. um..um..


nila muka budak yang br masuk 27 tahun.. :P

pape pun sy enjoy life sy sehingga umur 27 tahun ni. bukan takde kekesalan dalam hidup tapi cube jadi positif dan ambil iktibar. :P cewah! dan sy memasang angan2 yang lebih indah untuk life dihadapan saya. yang penting kita ENJOY! :)




Friday, November 19, 2010

kisah.HIV.Test.&.Kek.

arini sy pegi settlekan HIV Test. fuh lega! at least ade something sy dh buat untuk settle kan kebenaran nikah ni. :)
nway - kisah sebelum HIV Test. katekan la sy naif lurus atau simply silly. sy tak tau mcm mane HIV test tu dibuat. seyes. dalam otak sy dh imagine dia akan cucuk sy dengan jarum untuk amek darah sy dan letak dalam tiub. pastu br dia leh uji untuk HIV test. seyes... itu jek yang sy pk.
semalam siap dh berdebar mcm mane nak buat HIV Test. sy penakut dengan jarum atau lebih spesifik untuk amek darah. takut pada jarum tu mcm dh reduce sket tapi.. takut amek darah tu mmg tak leh handle. mase sy sekolah menengah - badan sy lebam2. abah bwk gi klinik pakar dan amek darah sbb doctor ckp takut leukimia atau pape seangkatannya. sy kene amek darah 3 kali ok. TIGA kali. sbb dua kali cucuk darah tak leh nak kuar. bayangkan betapa sakitnya! cet! dramatik sungguh. tapi betulla! mmg sakit.so..sejak tu sy tak penah amek darah lagi. and mase sy kursus ptd - sy kene amek darah sbb sy selalu migrain. mase tu siap menangis ok. nangis smbil gelak2. kwn sy yang tunggu kat luar dengar sy merengek mcm budak kecik. nurse tu nak amek darah pun asik gelak2. tak penah jumpe pompuan umur 24 tahun merengek takut amek darah! cet sungguh! 
so.. bayangkanla betapa  takutnya sy bile nak amek HIV Test. dengan adik sy selaku driver yang bwk sy ke klinik kesihatan tu - asik meletakkan citer menakutkan itu. cet lagi!
taaaaapi....bile sy datang - alahat, HIV Test KIT jek rupanya. saiz mcm pregnancy kit. amek darah dengan cucuk jari telunjuk sket. alahaiiiii... buat penat jek sy takut! jantung berdebar mcm haram sebelum tu. alahaiiiii... tak mencabar langsung!
nway - nak share info sket. kat JB ni rupanya kalau untuk HIV test setiap klinik kesihatan serve untuk HIV test ni hari2 tertentu sahaja dan ade certain tu pada waktu2 tertentu sahaja. sebagai contohnya : Untuk hari Jumaat hanya dua je Klinik Kesihatan yang akan layan kes HIV test ni. Klinik Kesihatan Larkin dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Johor Bahru. Mcm Klinik Kesihatan Masai (area umah saya!) dan Klinik Kesihatan Pasir Gudang layan HIV Test ni pada hari selasa jek.  kwn sy ckp boleh jek redah mane2 klinik kesihatan sebenarnya. tapi nasibla.. kalau ade klinik yang strict.. dia takkan layan kalau anda datang tidak seperti jadual yang diberikan oleh Jabatan Agama. 


nway - lagi story lain. kwn sy ayie tu kan akan berkahwin pada esok hari. huhu.. dh besar rupanya kwn sy nih. and sy dengan baik hati (ceh!) sponsor dia hantaran cupcakes.. memula sy nak tempah dengan wizzcakes tapi kakak tu ckp dia amek cuti. al maklumla raya haji. then sy try survey kat JB. sy jumpe blog ni ---> comelcakes. dengan melihat blognya sy mcm kompiden dia akan buat cupcakes seperti sy mintak dengan jayanya. so.. sy pun request. alhamdulillah - kak comel tu setuju. and arini sy amek kat umah kakak tu. seyesli.. sangat cumellllll.. saya suka. dan paaaaling penting, sy happy kwn sy ayie tu pun suka! jap sy attach gambar dia. 
cumel kan?? sy sgt suuuukkkkeeeee...  so, kalau rase2 nak buat untuk kek kawen sy sarankan anda pertimbangkan kak comel ni. mmg comella dia buat. :)


Wednesday, November 17, 2010

bile.dia.boring.




biasanya umliyana sibuk hupdate fesbuk atau hupdate blog. and most of the time buat kedua2 sambil sibuk menatap pc kat ofis.
then bile sy ade di rumah.. miting kejap2 jek.. sy pun ambil peluang :
  • update guestlist
  • update wedding songs
  • make a folder for all wedding designs - photog, hantaran, pelamin, centerpiece etc..
  • melihat hupdate di blog gengs
and bile stress buat senarai guestlist.. dia cari wedding song..bile dia dah tepu tengok senarai lagu untuk wedding dia.. dia hupdate folder kawen dia..dan bile dia boring hupdate.. dia tgk hupdates di blog kawan2 dia.
so.. there's a lot of thing bout my friends which i've been missed such as :
  • mama mya : tertinggal kunci dalam rumah. dan besday mya. (happy birthday mya!)
  • che che : pregnancy kit faie (dh tau citer ni dr mulut che2). dan rimba klasik yang kotor.
  • kiera : birthday ayah dia. (happy birthday daddy kiera!)
  • pinat : kegagalan puan pinat untuk mendengar kisah asbennya. :P and some hens party. :P
  • abg giant : menyambut anniversaryy nya. :) sempat ckp congrats!
  • syeena : dh masuk umah baru. dan kisahnya dengan ghost furniture. :)
  • eny : kene tipu. dan kalah dalam battle pertarungan untuk memulangkan semula hp dia.
  • switakon : frust tak pegi jakarta end up bile buku yang sgt byk kat big bad wolf sale.
  • didi : hupdate kisah toiletteries dia dan make up dia.. etc. dan kisah ksu dia yang best.
sy tak dapatla nak baca semua. tapi sikit2 dapatla tau pape pasal kwn2 kan? yang paling best syeena ngan ghost furniturenya. actually mcm bagi idea nanti nak deco umah bersama mila mcm mane. oppss.. lupe plak..syeena pindah mane eh? hmm.. jap lagi baca semula.
dan bile buat pasal guestlist - sangat memeningkan sbb tetibe tak ingat sape2 dah.. huhu.. mcm kekurangan kwn plak kau ni umliyana! hmm..dan bile buat list wedding song - ade ke lagu secondhand serenade masuk. kang pening plak umi dan abah saya kan? uish..uish.. umliyana.. bile pk mcm ni, arrange wedding kawan lagi senang dr arrange wedding sendiri. huh!

enjoice lagu kat bwh ni eh. sy nak jadikan dia lagu wedding sy.
rasenya sgt cumel!

Tuesday, November 16, 2010

borang.nikah.

dalam ke-excited-an menyusun preparations untuk kawen - saya, cik umliyana baru terkial2 nak dapatkan borang nikah di Jabatan Agama Islam Johor. dan dia juga terkial2 mendapatkan appointment untuk buat HIV test. 
dan ini bukan saya saja. cik mila juga begitu. actually sebenarnya kami takde la lewat kan..? kalau betul2 boley settlekan rasenya 2 minggu jek dah bole buat. huhu.. sebenarnya mcm2 abah sy ni. dia ckp kalau nak amek borang nikah kene bwk ic pasangan dan saya. aik.. beli borang je bah! tapi tak taula... bile cek ngan kwan2 dorang kate tak payah. datang.. beli borang..lengkapkan. then suh laki2 lengkapkan borang dia. dan submit borang lelaki + borang anda yang telah lengkap ke pejabat agama + borang HIV test (yg lulus punya) + dokumen berkaitan ke pejabat agama islam johor untuk diinterview sebelum dapat kelulusan. hah.. sebelum itu, kene bagi pengesahan ketua kampung yang bakal pengantin pompuan anak dara. kan?? lagi? ade pape tak sy tertinggal? 
sy jadi gelabah sbb sy tak start pape. plus abah sy janji nak tolong amekkan borang dan settle kan psl pengesahan ketua kampung tu.. tapi dia busy sgt..dan last2 dia suh sy handle sendiri. huhuhuhu...
kamis amek borang..kamis amek borang..kamis amek borang...


p/s : bc dia terima nikahnya - terus insaf! ade ke kad dh tempah tp guestlist br buat?? sudahnya br senarai utk org office jek dah separuh kad.mcm mane??huhuhu...


Monday, November 15, 2010

t.u.d.u.n.g.

ari sabtu jalan2 cari pasal dengan cik min. hihi.. cari psl dengan wallet sendirila. pegi jakel sebab kain yang sy belikan untuk umi sy tak cukup. maybe sebab lerang dia kecik.(betul ke eja ni?). and seperti biasala.. kitaorg kalau pegi shah alam.. mesti nak merayap kat tempat2 lain dulu. pegi plaza masalam. uish2.. tempat tu dh kemas sket. dah nampak exclusive. yela..siap ade krispy kreme tuuu.
nway - lepas jalan2 kat shah alam terus pegi JAKEL. carik kain untuk umiku. dan mcm biasala.. bile dh pegi JAKEL tu..memangla tak leh handle godaan kain2 yang cantek. seriously beb kain2 dia cantek. cik min smpai shopping rm200 kat situ. tapi at least rm200 dapat 3 pasang. cik um? huh! sepasang jekkk!nway, dalam jalan2 tu sy carik sekali tudung untuk nikah. sy tak penah citer kan kat sini betapa horrornya tudung sy masa tunang? huhu.. tahap nak nanges eh sebab try2 pkai tudung tak boleh nak straight. mmg siot gile tudung tu. sy beli kat Butik G... .(kang ade kene saman plak ni!). sy tak suka pkai tudung yang mcm tudung Ariani tu sbb sy rase muka sy tembam.. bile sy pkai nampak mcm sy gemoookkkk gilerrr... so belila tudung ala2 tudung kain jojet tapi bukan. tapi tudung itu sangat lemmmbikkk.. terus serik! mak andam sy mase tunang tu siap pesan suh cari tudung ariani bile nikah atau beli kat vispera untuk mcm2 pilihan. tapi before vispera sy kene try dulu beli satu tudung ala2 tudung ariani nak membuktikan sy selesa pkai tudung itu.
dan seperti biasala.. JAKEL kat shah alam itu dikelilingi oleh butik2 tudung. sy singgah ariani - takde. tudung yang sy pkai semua nampak sy gemuk tembam dan sebagainya. singgah kat butik ade nama - alya sarah tu pun takde. kat hajra - langsung takde. last2 nampak butik nama belle something.. tak hingat. hah.. kat sini sy dapat tudung yang  elok jek bile dipakai. hihi.. sy suka. dan kedai ini mengambil tempahan. sy ade berkenan satu tudung nikah yang ade sorang pengantin ni pkai. jap sy attach gambar dia. tp sy lupe sape dia. sesape tau sila bgtau ye. supaya sy boleh credit kepada tuan empunya diri. so.. sy plan nak tempah mcm tudung ni. :) tudung dan veil.




cantek kan dia? sy nak buat tudung mcm dia. nampak kemas dan cantek. cet! agaknye kalau sy yang pkai tembam jek pun.. :P. lupe plak.. duk cari tudung nikah ni.. tudung untuk resepsi pun kene carik gak. bertandang untuk belah cik mila pun kene carik gak. muka sy yang tembam ni menyukarkan sy untuk mencari tudung yang sesuai. yang sesuai cume pkai bawal jek. kang pakai bawal kang.. nampak simple sgt plak... hmm.. xpe2. itu bisa di fikirkan. 
tadi melawat blog cik belle - dia suggest tgk kat myhannah. hmm.. bile dibelek2 myhannah ni mcm ok. sy rase balik dr outstation ni - sy nak pegi survey kat myhannah la. dia ade butik kat seksyen 13, shah alam. nanti sy tulis review kedai ni. tp kalau tgk kat blog dia mcm ok jek.. :)


hmmm... lagi bape ari jek ni... :(


p/s : credit pics to http://nadeeyayoe-journey.blogspot.com (thanks cik lala!)

Friday, November 12, 2010

78.days.

lama rasenya tak hupdate kisah preparations kawen.
sebab sy rase diri sy sarat dengan kisah ofis yang tak berkesudahan. 
nway - apa yang terbaru eh. mcm byk nak citer tapi bile taip dah blur.


pejam celik dah 78 hari. tak sedar pun. tapi at least bende besar2 dh settle. at last hire bridal untuk belah mila juga sudah.. :) akhirnya! biarpun sy tak begitu happy dengan pemilihan yang dibuat oleh cik mila tapi.. mlsla nak layan. bende2 kecik ni kalau amek peduli mmg boleh buat gadoh! :) and paaaaling sy suka.. sy dah finalized wedding favors. unfortunately its not one of the choices i listed down before dis. ianya biasa tetapi sy rase berbaloi memberi kat org yang datang. lagi? favors belah mila wiken ni br nak carik. V Box dah jumpe so.. at least okla kan. :)
dan sy juga mencuba nak carik sesuatu untuk family mila. dorang spesel sketla hadiahnya kan? cet! kang tak spesel..aaaammmmpunnnnn! :P




cuma skang sedikit pening tentang penginapan. sebabnya? orng yang nak sewakan homestay tu tak bagi respon lagi. :( untuk kwn2 dan photog : sy dah arrangekan. i.allah. then ape lagi? rasenya mcm byk dh settle. tak sempat nak berdebar lagi ni. sebab ari2 berdebar keje kat ofis menimbun.kalau anda nak keje gomen - jgn keje bhgn kewangan. nak tarik nafas pun rase tak sempat!!:(  ooo.. ye. senarai jemputan sy belum buat! ish2.. ni BASIC umliyana!!uish..uish.. kang buatnya kad kawen tak cukup.. padan muka! huh!
skang ni byk survey - idea2 untuk hand bouquet. kek. centrepiece ( ingatkan nak amek yang lilin ikea tu je. nanti wangi dewanku!). :)  


lupe plak. skang kan musim banjir. kat Utara dah surut. kat pantai timur pula. sy risau januari - dia datang kat johor. huhu.. kalau banjir kat kawasan dewan tu susah beb. kat situ mmg feveret untuk jadi banjir. risau..risau..


p/s : ari2 rase migrain.. :(

Thursday, November 11, 2010

u.s.a.h.a.

HAHAHA
dah bape ari dia try tukar template blog dia.
tapi asik buruk jek jadinya.
um..um..

Tuesday, November 9, 2010

t.a.k.f.a.h.a.m.

dalam life ni banyak bende sy tak faham. bukan sebab bende tu terlalu sukar untuk difahami sebagai cthnya : kejadian tuhan. tapi lebih kepada : tak faham sbb cuba untuk tidak sesakkan otak sendiri.
saya tak faham mcm mane orang yang buat TV tu terfikir mcm mane nak buat TV. 
saya tak faham kenapa org jeles sgt filem MAGIKA tu menang Filem Terbaik?
saya tak faham kenapa orang boleh buang anak? (bodoh punye manusia!!)
saya tak faham kenapa family aidil tu sibuk nak suh anak dia aidil tu bercerai ngan rita rudaini.
saya tak faham kenapa min suka series twilight tu dan tengok berjuta kali.
saya tak faham kenapa saya suka citer when harry met sally dan tengok berjuta kali. (dan pelbagai citer lain lagi?)
dan PALING SAYA TAK FAHAM...
kenapa ada orang yang rasa dia bagus daripada orang lain?? 
kenapa ada orang yang suka rase ade keperluan untuk dia mengatur hidup orang lain??
saya tak faham. cube amek pisau kerat sket jari tu.. darah awk merah. darah sy pun merah. tuhan tu tak membezakan awak dan saya. setiap orang ada kekurangan dan kelebihan sendiri. tapi ia tak membenarkan awk untuk menekan orang yang awk rase ade sangat banyak kekurangan berbanding awak. kalau PTK awk dapat aras 4 dan saya dapat aras 3 - tidak membuktikan awk lagi bagus dalam melaksanakan kerja awk dari saya. awk pakai kereta besar dan saya pakai kereta kecik. masih lagi tak membuktikan awk mempunyai hidup lagi bagus daripada saya. 
so.. saya tak faham nape ade orang yang selalu rase diri dia bagus dari orang lain.
yang selalu rase dia perlu ada pendapat untuk semua benda dan semua orang. 
belajar untuk berpijak di bumi yang nyata dan sentiasa cermin kekurangan diri. bila kita sedar kekurangan kita jek kita akan sentiasa belajar untuk memperbaiki diri. :)


go away bad aura! negative people!
saya dah nak kawen tau! sy tak suka bad aura dan sekeliling yang negatif. nanti akan ade pimples dan wrinkle yang akan mula menampakkan dirinya. 


p/s : ade masa terasa diri seperti dipijak.    


Sunday, November 7, 2010

online.shopping.

hype adeeeeekkkk manisss! :P


saya ade satu soklan bonus. saya tak penah buat online shopping. seriously. called me old fashioned. it just hard for me to trust them. sorry. 
nway - bile prepare wedding - online shopping was the cheapest way! serious. sy leh jumpe bende yang sama kat dalam tenet half price cheaper than kat luar. so.. mcm sy takde choice yang byk. nak jimat duit kene cari tempat yang paling jimatkan. :P 
nway :- sy nak tanya kamu - mcm mane sy nak tau kompeni ni legit atau tidak? mane nak tau dia bukan cover up company? cet! tengok drama atau movie yang org jahat dan org penipu sgt baaaanyak. hihihi..
nway - sy order favors sy dari kompeni yang ini. malaysiafavors. boley sesape bgtau experience dorang ngan kompeni ni.. atau papela advice kepada sy before sy buat online shopping. sy cuba berfikiran positif tapi.. takleh behenti risaula. 
sape yang penah ade pengalaman dengan online shopping ni sila maklumkan kepada saya ye. 
time kasih! :)


Saturday, November 6, 2010

some.news.

yeps. some bad news. some very good news.
ok. let start with good  ones.

1. saya dpt kuarters! yeyeh! at least problem tentang mane nak duduk lepas ni - dah settle kan? so..if (i.allah) disember sy dh start check in :- boleyla sy start beli barang umah. and februari bile check in as husband and wife - complete homey! :)
2.  kad kawen sy dah settle! yeyeh aritu - dah repair sket2 so.. dia ckp skang dh start printing. :) maybe akan dpt kad awal sket dr jangkaan. takpela.. in case anything happen - sempatla main tampal2 kat kad tu kan? :)
3. kain yang sy beli  untuk family sy : they love it!! :) 
4. sy rase sy dh boley finalized wedding favors. kawan2 - sy takde asingkan favors utk VIP and utk tetamu yang bukan VIP. tak nakla ade double standard. :P cet! sebenarnya ni pengajaran dr wedding dids - where semua org dapat yang sama. so.. senang nak pastikan ia mencukupi. :P

bad news. only one tapi sy mendevastated kan sy.:(
1. mila dh finalised bridal dia. nape sy ckp bad news? sbb sy ade review tak best psl bridal ni. tapi - cik mila sy jenis yang sgt focus. dia refuse nak survey other places - so.. dia mcm dh stick to that one. even though muncung panjang sy dh kuar.. :( . 
bridal ni - ade baju dramatic purple. as what we want.  so far dia je ade baju yang kami suka. actually - mmgla dia je ade. sbb dia je bridal yang kami pegi tgk. :( so.. tadi pegi kedai ni. dengan harapan nak finalised. dulu dia ada bagi satu quotation - tapi quotation tu terhilang. (ini..satu kebiasaan untuk umliyana!) so..bile kami datang.. pelamin yang kami suka, dh takde. dia tulis SOLD. ok. fine. so.. bile discuss baju tu kene tambah rm500 from harga pakej. ok.. yang itu sy dh expect sbb baju tu mcm kind of new. soo ok. then dia charge transportation cost. even though pada sy tak payah kenekan pun takpe sbb jarak kedai tu ngan umah cik mila.. dekat je. tapi its ok. sy faham. but bile sy mintak tukar kerusi pelamin tu kepada sesuatu yang ada tempat sandar (bukan high back chair tu pun!).. dia suh add rm150. beb.. tukar kerusi jekla! mase tu sy dh ala2 mcm nak melenting tapi COOL lagi. ok.. maybe sy yang ketinggalan zaman. maybe mmg semua butik buat mcm tu. and last one yang buat sy terus HILANG MOOD  - kaler pelamin. sy tanya boleh tak kaler kain ngan bunga yang gantung2 kat pelamin tu tukar kaler purple since itu adalah tema kami  kan? dia ckp tu kene tengokla kak. kalau kitaorg ade kaler tu .. kalau tak, cume ade pilihan putih ngan pink jek. WTH! takkanla aku nak tentukan tema dengan tanya dulu kat kau - kaler apa yang ko boleh provide?? adekah saya sgt ketinggalan zaman smpai bende tu mmg trend dan sy tak tau??someone explain to me! mase tu mood dh mmg ZERO - sy biarkan cik mila deal ngan adik kedai tu.. sy buat bodo jek. dan tengok2 baju lain. and nak tambah lagi : kalau pelamin dia tu byk pilihan takdela sy bebel panjang kan. pelamin rumah dia takdela byk sgt pilihan. then at least adjustla kaler tu sket! seriously sy betul2 marah tau!
sy serba salah sbb cik mila mls nak carik lagi tapi SAYA BETUL2 TAK SUKA BRIDAL TU. and adik kedai tu - marketing skill hancus ok! tak promo pape - biarkan kitaorg je belek2. tanya harga semua tak tau.. takdela. mcm bridal kat JB - suggest jugak pelamin apa yang cantek. cakap ade baju baru. promo sket.. atau erti kata PR tu bagusla. tapi budak ni - huh!! dan ia jadi bad news bile sy kene jugak pilih bridal ni sbb cik mila tak mo pertimbangkan yang lain. atau survey lain. huhu.. how can i be ok with that? bridal yang xnak ikut tema sy! mengong. mengong. mengong. 
butik awak terkenal tau. PR kene la bagus and pandaila nak jaga customer. basic beb untuk provide colour as what customer request! bukannya sekali awk nak guna kain purple tu pun. lepas2 ni kompem ade customer nak kan.. itu pun mau ajar kah??

ok. itu sahaja some news yang sy ada. sy cube jadi positif arini. 3 berita compare dengan 1 berita buruk. but stilll.... im not happy. :( 



Wednesday, November 3, 2010

p.i.m.p.l.e.s.

pimples.
kamu hanya menguatkan teori sy.
iaitu : sy stress. 
pimples..pimples..
go away..
pimples..pimples..
never come back.

m.i.s.c.

lagi 88 hari? hmm.. betul kate che2 - bile prepare utk wedding ni sedar tak sedar hari makin dekat. psycho betul kan.. huhuhu
nway - arini sy sangat stress. 3/4 daripadanya adalah kerana kerja dan 1/4 daripadanya adalah psl kahwin. :( tak pyhla citer psl keje kan sbb - selagi tak tutup mata - kerja!kerja!kerja! ~ huhuhu... 
psl kawen - sgt menstress kan saya adalah psl hotel. ok.. mmgla sy tak begitu ber-wang ~ tapi penginapan kwn2 sy juga perlu disediakan dan penginapan family cik mila paling penting. memula psl penginapan kwn2 - saya nak book Tune Hotels. (sorry yek gengs! Tune jek aku mampu! :P) tapi untuk setakat 20 orang dia tak bagi buat group booking. so.. kene book mcm biasa dan kene byr gune kad kredit ye anak2. :( and sy request untuk check out sehingga 12.oo tengahari. uish.. mane tau dia sangat kemut dan tak bg kami stay smpai 12 tengahari. menci! kene gak check out jam 10 pagi. then gengs! nak pegi mane lepas tu kan? skang sedang usaha memikirkan solution. 
nway - family mila. hotel yang kitaorg aim nak duduk tu agak mahalla. yela.. nak stay 2 malam kopak jugakla kan tabung kami ni. tapi yang ini dh setel sbb satu malam ni sy survey homestay kat JB. ade 2,3 jek yang berhampiran dengan hotel dan dewan yang lain semua nun jauh kat area UTM tu.  tapi lega sketla sbb dah boleh nampak penyelesaiannya. 
then tadi dapat draf kad kawen. korang panggil draf ke? boleyla.. first emel tu byk gile pembetulan kene buat. plak tu cik mila sy sangat detail dan particular bab2 ni. seremban dengan Seremban pun dia byk cekadak. :P (sori yek dear!) second email dh ok sket. tu pun ade a few changes dia terlepas pandang. hopefully yang ketiga dah ok dan nanti by then end of november sy dah boleh edar kad! :) sukanya! 
then akhir sekali pasal goodies. ye.. sy tau. sepatutnya bende ni dh setel. yelah nak order untuk 1200 orang bukannya sket kan. kalau tempah at least 2 bulan awal. disebabkan sy target by december semua bende besar2 dh setel - so.. sy  agak stress la bile sy still tak bole decide psl goodies. bagi orang lain - goodies tu simple jek tak penting. tapi untuk sy pentingla. sbb tanda appreciation sy kat org tu sbb sudi datang majlis sy. sound chezzzy but its true! plus sy cerewet! dulu tak penah sedar yang sy sangat cerewet (sebelum ni bab cerewet hanya terpakai bile pilih kain baju kurung je) - skang ni barula sy tau sy sgt cerewet. sy nak bg org bende yang sy tau kalau sy dpt sy suka. pendek kata - benda yang sy suka. (ade org ckp : kalau nak bagi org hadiah, bagi hadiah yang kite suka. itu lagi bermakna). dan utk memastikan sy dapat barang yang sy suka dan murah - setiap malam, sy tido lambat sbb nah buat survey kat tenet. seyes! setiap malam tido kul 1 pagi. penat gile! menambahkan stress sy jek! huh! biarpun pelbagai survey dilaksanakan - mata sy masih fokus kepada satu barang ni yang sy sangat suka tetapi harganya - lebih 300 ratus dr bajet asal. :( sy tau lambat laun cik mila akan setuju tapi sy mmg serik nak kuarkan belanja besar sgt sbb duk teringat baju sanding sy yang huhuhu (ade sket rs nyesal amek baju tu tp deposit dh byr - redha jekla). so.. skang, sape nak sponsor um nyer goodies??? sila angkat tangan! hihihi..


dan skang tak bole tido sbb dah berapa hari tido lewat. huhu.. semua orang nak kawen mcm ini kah? lambat sket boley jadi bridezilla. :P 
yang sy tau.. kalau dpt bercuti2 mesia pasti dapat membantu mengurangkan stress ini. ye ker... nak cekau duit becuti2 mesia pun boley bikin stress ya umliyana! :P 
tapi sy tau - stress ni paling byk contribute adalah keje yang berlambak kat ofis. arini terlalu sibuk smpai in-tray tu tinggi menggunung. dan fail sulit bersepah smpai 6-7 fail atas meja disusun tinggi jugak. tak termasuk2 meluluskan baucar2 bayaran dan menjawab panggilan talian hayat kewangan ni. :( sape ckp keje gomen ni relax.. huhu..