Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

t.o.n.y.r.o.m.a.'s

katakan saya ketinggalan zaman atau ape saja- tapi arini first time sy makan di Tony Roma's. hihi.. sy dan cik mila ke tony roma's mid valley pas waktu keje (sungguh tabah merempuh jem) untuk celebrate our third year anniversary. anyway - tahun ni lebih bermakna sbb tahun ni last celeb as couple. pasni counting starts from 29 january 2011 kan? :)
nway - sy sangat impress dengan tony roma's mid valley. makanan memang tip top - yang best waiter dia sangat2 baik. sy sangat suka. sy bgtau dia sy first time datang - then dalam sibuk2 dia datang tuangkan sos dalam pinggan kecik dan lukis smiley. cute kan? dia tunjukkan saya satu2 sos yang di offer di tony roma's dan tuangkan dalam pinggan untuk buat bentuk tu. :-) and bile tengah makan other waiter plak datang tanya ok tak makanan dan servis? sangat bestla. patutla.. restaurant mcm ni mahal kan.. hahahhaha
terus ckp ngan cik mila - kite boleh datang restaurant ni lagi biarpun one steak harganya RM53.90! as u know - sebelum ni sy sangat tak nak makan restaurant mahal. automatik saya tak tau nak order ape. beb.. makanan rm55.00 sepinggan masuk dalam perut - wah! sangat kaya umliyana! tapi disebabkan waiter tu sgt baik sy boleh nak datang kedai ni lagi. i like! 
nway - due to financial difficulties - sy dan cik mila pakat takkan beri masing2 adiah anniversary. then bile sy kursus kat concorde KLIA, sy sempatla singgah KLIA - saje jalan2. then kat ERAMAN tu buat promotion perfume. terfikir perfume cik mila dh abis - so sy belikan dia as hadiah anniversary dengan jujurnya lupe psl pact sy buat dengan cik mila. and as for myself - sy beli jugak perfume FANTASY britney spears. memula tu takdela sy nak beli sy perfume fantasy tu tapi sbb kakak sales tu sangat melayan sy nak testing semua bau kat situ membuatkan sy serba salah xjadi beli. last2 beli jugak.. sib baik ade promo so.. takdela harga dia membunuh sgt. :P (ayat sedapkan ati...) 
bile celeb arini - cik mila bebel la.. sbb kata dh janji xbelikan pape. :P so.. cik mila pun belikan sy bunga dan sport shoes untuk sy! hihi.. pact itu tidak menjadi pun akhirnya! :P
pape pun - ala2 tak insaf cik um dan cik mila ni ngan financial difficulties dia tu. huh!
a few pics share ttg celebration arini.. :)




nila.. bunga cik mila bagi saya! :)

tgk apa waiter tu tulis? cumel kan?

cik mila yang sungguh lapar... 

10oz ribeye steak - marvellous! kenyang tahap cipan golek2!!

cendawan goreng?? pasar malam pun adela cik mila.. :P

sedap kan cik mila? :P

p.s : 91 ari jek lagi?? uwaaaa!!

Wednesday, October 27, 2010

h.a.p.p.y.t.h.i.r.d.

sy amat berharap sy dpt bubuh entry ni before 28th comes in.
anyway - happy third my cik mila!
today is our third anniversary. gosh! it seems like zillion years ago. huh! ini belum kawen lagi. hahhaha..
anyway - tapi tak seteruk besday cik mila dimana kami sambut di parking lot kat palace of golden horses - we celebrate none. ini kerana cik umliyana kene pergi kursus kat sepang sampai jumaat ni. huhu.. cik mila pun busy kat ofis. kursus cik um plak smpai malam. :( 
sadis kan? tengok wayang pun idoook! :( 
huhu.. cik mila.. bile kawen janganla tak celeb anniversary kite. kecik hati tau... :(
dan kepala sy padat dengan isu2 persiapan kahwin ni. ingat tak sy ckp nak wat pre-wed? huhu.. sy tak free pun smpai disember. mcm kene postponed lagi jek pre-wed ni. OP saya plak mesti busy mase december smpai tak sempat nak buat Pre-wed! dush!! and satu lagi - bridal yang kami dah aim (KL) still tak kompemkan pasal baju kawen yang kitaorg berkenan! marah betul saya! 


ok. ape citer menarik bile dh 3 tahun kapel and in few months kami akan berkahwin? (i.allah). 
takde. rasenya dh citer cik mila tu mcm mane orgnya (klik sini) and perbezaan kitaorg (klik sini).mcm mane kitaorg kenal? sbb kursus. kitaorg kawan memula then mcm mane ntah its involved special feeling. which at that point of time - i shouldn't have feeling to him. :) nway - kitaorang selalu gaduh. dan disebalik - org cakap kami kapel yang cumel - kami penah gaduh tahap BREAK - rasenya seminggu mcm tula - before we realized we need each other.
one of my close friend tanya - mcm mane um tau um nak mila juga? maksud he's the one. 
honestly - i cant answered that question. even smpai rumah cuba carik jawapan tapi still xtau mcm mane tau he's the one. MAYBE YOUR HEART JUST KNOW IT. susah nak explain. atau tak reti pun sy nak explain.  kisah kami mcm hindustan. serious .. tak tipu. dan sy amat berharap kisah cinta sy mcm kisah lin dengan kamal atau maybe mcm kisah sape yang sy kenal? nana dengan amat atau .. actually tak ramai pun kawan sy yang kisah cinta dorang tak ups and down kan.. maybe nana atau lin are exemption. :) dan kisah cinta sy mmg dramatik tapi saya sangat harapkan happy ending.


untuk cik mila : happy third dear! luv you! :)

Tuesday, October 26, 2010

p.r.e.-.w.e.d.d.i.n.g.

hype!
arini rasenya bole tarik nafas lega. a few big things dah setel - i mean dah tempahla. mcm cth catering , bridal dan kad kawen. itula yang menelan portion paling besar dalam peruntukan kawen ni.. :) 
menu catering akan difinalkan semasa raya haji nanti. abah jemput org tu datang umah nak discuss menu skali. abah tak nak decide menu without sy campur tangan sbb dia tahu anak dia sangat cerewet.. :P
nway - im thinking of doing pre wedding photos. ms sy tempah OP aritu, pre-wed sy dapat free skali. so.. sy plan la nak wat pre-wed instead of post-wed. tapi sy dan cik mila takde idea nak buat theme ape. nak mcm sheikh muzaffar? haha.. bole..bole.. :P then tgk ade org buat mcm zaman P.Ramlee gitu which is i think its very nostalgic! :) - tapi sy tak mau mcm tu. and ms pameran pengantin sy dapat tgk org buat ala2 zaman sekolah. seriously ni sangat cute ok. pkai uniform sekolah dan bergambar kat sekolah. tapi... sy tak sekolah kat sini. and cik mila.. sekolah menengah agama.. cet! mau kene ketuk? hahahha.. and a few sy tengok amek gambar dating yang ala2 romantic. which is very very sweet... tapi dorang amek kat mane eh? kat mane tempat yang best?? :( ku pikir area pullman putrajaya tu ok gak.. tp sbb sy tak tau ade tak tempat lain lagi menarik? hmmm...
kalau sesape ade idea menarik.. sila share ye. thank u! :)


gambar pre-wed yang sgt2 marvelous! :)


Saturday, October 23, 2010

m.a.p.s.

arini aku rase adalah ari paling tak produktif aku datang bekerja. maybe sbb badan yang terasa sangat sangat sangat letih sebab mcm semalam sgt stress. dan sy tak dpt tido. ni semua sbb - masalah tak leh tido tempat baru. 
sy tak taula kalau org lain kan.. tapi kalau kuar outstation - sy mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan bantal dan tempat tido baru. which end up sy takkan dpt tido lena. then bile balik umah dr outstation - masalah yang sama timbul sbb kene sesuaikan diri dengan tempat tido asal plak. pelik kan? memula ingat mcm - mainan otak anda saja tapi sejak dr zaman sekolah (asrama) mmg inilah penyakitnya.. xleh nak tolongla. :(
nway - dalam ke-tidak-produktif-an cik umliyana - dia men-download software eDraw. software ni mcm microsoft visio (anda penah guna) - dan sy gunakan ia untuk draw map majlis kawen sy. hehe.. sok nak pegi tempat kad kahwin so kenalah pastikan yang peta ku siap canteek. ni pun satu langkah nak memudahkan tukang buat kad tu jugak supaya peta sy jadi puuurrrr-fect! (cewah!)
tapi penat siot buat ni. dapat pulak cik mila yang sgt2 cerewet.. huhu.. dia lukis peta guna pen jek. sy pun tolongla lukiskan guna software ni.. eh..aleh2 banyak cekadak plak dia. hahah (ampun cik mila!).
kat bwh ni sy attach peta yang sy dapat siapkan untuk cik mila dan saya.
yeyeh! boleh tempah kad sudah! excited! :) 


Peta umliyana

Peta cik mila


jadual esok : kad kahwin di Puchong dan Goodies di Plaza GM. kalau sempat nak singgah GAVY. :) 
mcm mane nak tau koordinat lokasi eh? ingat nak bubuh dalam kad tapi tak reti cari.. :(

Thursday, October 21, 2010

1.0.0.d.a.y.s.

salaam namaste!
perasan tak ticker kat atas.
100 days until wedding date.
huhu.. sudah sediakah umliyana? cik mila?
yeps.. sy tau byk lagi sy tak buat. paaaaaling sy risau ble bridal pun tak kompem lagi.
maksud sy bridal di KL. bridal di JB.. sy refuse untuk pk other options. yeps.. sy perasan yang bridal sy pilih ade few things sy suka dia tak leh sediakan. tapi somebody said to me - you'll not having perfect wedding. everything you want. but - you'll get the best of it. maybe pelamin kurang tapi baju cantek. goodies tak berapa best tapi makanan sedap. yang penting - lihat sesuatu dr sudut positif. :) pape pun marriage is the biggest concern. not just your wedding day. :)
berbalik kepada topik asal.kamu tau.. sy mls nak tengok bridal skang ni. lagi malas nak beli majalah pengantin. hehe.. sbb kebanyakannya sy dah decide especially tentang baju. kalau sy tengok majalah pengantin dan sy ade berkenan mcm mane? hang jugak yang raaaaalat kan? haahaha.. sy ni senang terpengaruh. sila abaikan sikap sy yang sengal ini. :P sy tak nak go thru lagi first phase  - survey ke ape ke. sbb sy dah takde masa. november dah nak hampir. sy ade kurang dari 3 bulan. nway - sy nak pastikan masuk je januari semua dah setel. maybe just minor things jek.. so..sebenarnya saya cume ade dua bulan nak siapkan semua. 100 hari kunun! cet! :P
cik mila ade cakap - tula..nak tunang 6 bulan aje ye? kan.. dah kelam kabut. :P


dis wiken - cik mila, jum tengok kad kawen dan maybe bridal kamu?


*pics by modernmixvancouver.com

Tuesday, October 19, 2010

k.a.s.u.t.

adeeeek manis ~ hihi. terus teringat bangla kat shell equine yang suka sgt berborak dengan sy setiap kali sy isi minyak kat situ. 
nway - kali ni nak ckp psl kasut. sy pening kepala sudah mau pk.. kasut bagaimanakah yang wajar sy pkai semasa sy sanding nanti? nikah tak perlu. sbb buat kat umah kan.. xpayah pkai kasut. mase tu selipar jepun budak ok sudahhhh ~ ngehngehngeh
sy plan nak sewa jek kat bridal sy tu nanti kan. and ms sy sewa baju kat wazira tu bolehla sy mintak dengan kasut sekali kan.. tapi tula. cik umliyana ni dia ingat kaki dia ala2 cumel mcm kaki didi atau yanti atau sesape yang seangkatan saiz dengannya. kaki awak tu cik um saiz - 8 atau 9. ahh.. badan saje kecik tapi kaki bapak gajah.
dan apabila ku survey di butik yang sy sewa baju tu - paling besar kasut dia ada - saiz 7. huhu.. tersepitla jari2 gajahku itu. and mase pegi kat butik JB dia siap cakap - besarnya kaki akak! alalalal.. dik nun..mmgla badan ku tak berapa besar tapi di sebahagian tempat ia membesar bagai johan. (jgn pk bukan2!). itu yang sy risau..
then sy jumpe iklan cet! bukan iklan tapi entry kat satu b2b ni psl dia tempah kasut di GAVY. custom made. dia siap beli brooch dan mintak shoemaker tu tolong letakkan kat kasut dia. i thot kalau kasut custom made ni kompemla mahal kan.. ala2 jimmy choo ka.. tapi rupanya rm100-150 jek. menarik2.. takdela.mahal sgt. ku pk dah 300-400 tau!
GAVY ni ade kat maju junction. tak silap kat area wedding ke bridal gallery kat Ground Floor Maju Junction. hihi.. nanti sy nak pg surveyla. tapi dlm ms sama - sy pun tengok gak kedai kasut biasa. kot2 ade ke.. kasut yang lebih murah. opps. kalau kat JB kan.. Fabiano Ricco and Summit atau Mixit tu ade jual kasut2 yang bole buat jadi kasut kawen. serius. harganya pun ok jek. 
anyway - below are some ideas i pick during my 'internet-survey'. heheh.. bole dijadikan panduan beb.




* pics by google image.
sy suka yang last pic tu. tapi sy takdela.. teringin sgt nak custom made shoes smpai nak hentak2 kaki kat cik mila sy. hahhaha... kalau dh takde pilihan kat JB nun... br sy berfikir2 mahu ke sini. sy rase wedding shoes ni kalau tertutup terus depan tu baru cantek idok gitu? yela.. kakiku yang ala2 saiz besau gile ini.. perlu disorokkan sedikit. :P
kalau tengok pages kat atas tu - byk lagi bende tertunggak tak buat2 lagi ni. huhu.. and shoes aren't my serious problem. :)


- wiken ni make over bilik stor - tolong cik min kemas before sy meninggalkan rumah. so cik mila.. bile kite nak cari bridal untuk belah awk ni?


Saturday, October 16, 2010

new.progress.

hey ladies!!
sy br pulang dari men-setel-kan few things about my wedding.hihi.. sukenya saya! akhirnya telah decide bridal saloon yang bakal menguruskan wedding sy di JB dan beberapa barang hantaran telah selamat dibeli. thanks kak sue owner bridal tu yang sudi melayan sy. :) 
cume sket jek barang hantaran tak setel lagi : telekung dan Quran, Jam tangan serta kemeja untuk cik mila saya. lain2 semua setel. kecuali makanan such as coklat dan kek la kot. mmg shopping sakanla kat SOGO. owh..ye..SOGO sale. actually - sy tak taula bile la  SOGO tu takde sale. tapi bagusla kan? ianya membantu gadis2 yang nak kawen dengan bajet ciput seperti saya. owh ye.. pn. didi sy berjaya beli set GUCCI GUILTY. i likeee! :) td belikan cik mila kasut dan set wallet - agak2 menangis gakla kuarkan kad kredit. huhu.. cik mila belikan sy perfume tu pun harganya dh lebih kurang sama dengan dua bende sy belikan dia ni. thank u cik mila!:) sebenarnya nak singgah  maju junction untuk cari custom made wedding shoes kat GAVY tapi terlupa. syok sgt shopping barang hantaran la tu. xpe! sy akan pegi lagi nanti.
then next mission adalah antar baju nikah untuk tailor. seperti di suggest a few bloggers - sy pegi ke medan mara. mak aii..medan mara tu mmg banyak dengan cik tailor ye. cik mila antar sekali baju nikahnya di situ. tapi sy.. tak jadi antar. last2 pegi jugak kedai anty kat wangsa maju. anty tu biasa jugak buat baju untuk nikah.kalau berfesyen pun dia layan tapi bile dia tengok kain tu - dia cakap dah cukup cantek untuk jadikan baju kurung moden. tak perlu berlebih2. :)  so.. sy agree la buat baju kurung moden. simple jek. nanti takdela awkward kalau nak pkai ke majlis kawen orang lain kan? :) 
selepas itu - sy ke wondermilk. celebrate besday cik mila betul2. huhu.. sy sgt suka wondermilk. decorations dia.. cupcakes dia.. semua marvelous. sgt sedap!! cik mila order beef & fries tu pun sgt sedap. :) lepas ni wondermilk ni akan jadi tempat dating kami! i likeeee! :)
sy belikan cik mila sy hadiah spesel. sy buat sendiri dan mintak company printing tolong printkan. sy buatkan dia PHOTOBOOK! FYI, cik mila sangat suka bergambar dan suka gambar. so.. sy tau dia pasti sukakan hadiah ni. murah dan sweet! :) and cik mila sy cant stop smiling! 
besday cupcakes untuk cik mila sy.. :)

nila birthday present nya.. :)

cumel tak? :)

i'm glad he loves it! 
balik rumah - tunjuk cik mila pelamin mini yang sy decide untuk nikah kami nanti. no worries kwn2.. pelamin mini tu FOC bridal sy bagi! :)tetibe baru perasan - photog yang saya sangat suke.. yang sy promise nak amek pre-wed dengan dia - in fact sy request dia jadi photog sy di JB - taufiq shariff - meninggal dunia pagi td sebab barah otak. even though sy cume kenal dia melalui email dan dia sgt peramah - tapi pemergian dia mmg kehilangan besar la dalam dunia photography mesia ni. :( rase sedey plak.. nway, alfatihah untuk arwah ok.  (sila tengok bloglist untuk tgk hasil keja dia)


p/s : cik qaseh : sy pegi medan mara nampak butik mas kasim tu. baju yang awk tgk tu still ade lagi.. ngak mau kah? :)


Friday, October 15, 2010

d.e.w.a.n.

hype! 
nape ye sy masukkan lagi isu dewan nih? huhu.. sy terbaca blog Pn. Ann - sebelum ni sy selalu baca blog dia tapi sy tak perasan bab JB reception hall itew. tadi sy belek2 blog dia br perasan entry pn. ann pasal tu. dia bubuh entry tu mase tahun 2009 - kompemla sy tak terbelek. :( 
anyway - byk jek dewan di JB yang boleh dijadikan reception hall. dan sket jek daripada dewan tu sy survey. to b2b (kalau ade yang bc entry ni) sila lawat sini ye.. JB reception Hall
anyway - sy sedikit risau. dewan jubli intan tu mmg sy suka. in fact sy imagine untuk kawen di situ dr zaman tok kadok.. (sape tok kadok anyway?). tp mmg sy sedar la parking dia sangat sangat limited. dulu sy siap bebel bile kene pegi kenduri kat situ. hahhaa.. kompemla lepas ni orang akan komplen sy nyer wedding ni gak. :( niat tak nak pegi wedding kat situ pun mmg ade la.. :P 
tp sempat ke nak carik dewan lain? atau pun kene pk mcm mane nak bagi dorang parking kereta? cet! parking kete tu mmg tak leh tolongla. kawan2 - kalau kamu datang wedding sy - kamu kene byk sabar ye. :) kamu jangan balik sbb tak jumpe parking tau.. ade jek parking kat belakang2 tu tapi kene jalan sketla. secara positifnya - exercise ke kenduri umliyana. :) 


p/s : cuti arini. dan sy boooring duduk di rumah. :(

Thursday, October 14, 2010

b.a.j.u.n.i.k.a.h.

hey ladies! :)
sy ingin bertanyakan satu soklan bijak - bile kah waktu sesuai sy perlu start menempah baju nikah? ooo.. jangan risau. kain nikah sy sangat simple. takdela bidding perlu ditambah ke ape. mcm baju tunang sy jek. sy still takde idea nak buat fesyen ape.. nak buat baju kurung moden je ke atau sy mcm nak kebaya ka.. sy nak baju sy cantik.. tapi sy nak jugak dia simple and sy boleh pkai lagi tanpa rase sy berada di majlis yang salah.. :P
nanti jap sy try upload gambar kain jap. 


so.. ade cadangan tak? sy still xtau nak antar kain kat mane. nak je antar kat anty yang selalu buat baju sy tu. actually sy sgt puas hati kalau dia buat baju sy. tapi baju nikah.. huhu.. takutnya nak merisikokannya. :( sbb tak penah dia buat baju sy yang meriah mcm ni..
leh bagi idea design ape baju nikahku nanti?

Wednesday, October 13, 2010

a.b.a.n.g. ?

BF  : lepas kahwin awk nak panggil saya mila lagi ke?
GF : awak cakap bole..
BF : takla.. depan sedara mara cousin saya semua..xkan awk nak panggil sy mila lagi?
GF : abis ..awk nak saya panggil awk ape?
BF : cuba awk panggil saya abang.. (smbil tersengih2)
GF : nak kene penampar? 
BF : HAHAHAHAHAHA.. LOL


* ade cadangan ? sy suka dgr org panggil B atau sayang.. rase sweet. B tu macam manja sketla. tapi cik mila ngak mau.. dia ckp kalau dia panggil sy sayang - sy tak leh panggil dia sayang jugak. cik mila - mane ada rule mcm tu ok? :)

Monday, October 11, 2010

b.i.r.t.h.d.a.y.b.o.y.

hype!
jap - besday boy? boy kah kamu cik mila?
hehehe.. anyway arini birthday ex-boyfriend sy a.k.a tunang sy a.k.a. bakal suami sy (i.allah) yang ke - 28. sudah tua rupanya kamu. takpe.. um muda lagi. biarpun muda setahun jek. :) 
arini cik mila busy. dia jadi LO untuk First Ladies Summit. so.. terpaksa curik2 masa untuk raikan besday dia. 
sy juga busy di ofis. maklumla.. last week 3 hari tak masuk ofis. in-tray tu penuh dengan surat dan permohonan pembelian yang perlu disemak. (cet! apesal ckp psl keje plak). sowey.. arini sy nak citer psl besday celebration yang sy buat untuk cik mila. 
kitaorang celebrate besday cik mila di sini :


 jap.. i bagi pics depan sket..

 hah.. canteeekk kan? first time pegi sini sebenarnye.. :P
hah - tidakla begitu kaya untuk ku belanja cik mila disini. sebenarnya cik mila bertugas kat sini sebab tu sy terpaksa datang sini celeb besday dia. compare to last 2 years - semua celebration adalah suprise untuk dia. kali ni.. idokle. sbb dia sibuk.. ape ke halnya nak buat surprise. kang sy plak yang surprise dia tak de. huhu... 
anyway - sy sempat beli kek secret receipe jek sebab cik mila msg sy jam 4.30 : kamu boleh datang sini tak? so.. sy pun bergegas la ke Palace of Golden Horses sebab nak curik2 masa rehat dia yang cume smpai 6.30 petang itu. cik mila ckp : qada' celebration pun tak pe. so.. sebab dia cakap qada' pun xpe....hadiah dia sy tak bagi lagi sbb tak siap bungkus lagi.hihi..
sy mmg bawak kereta agak memecutla sbb nak ngelak jalan jem. sy pegi beli kek dulu, jem kat roundabout kat hotel tu cam haram gakla.. last2 sy smpai jam 5.30 petang. sib baik sempat!
so..celebrate besday dia kat dalam kereta kat tempat parking kete hotel Palace of Golden Horses. hahahha.. luar hotel pun ok ape.. :P view dia cantekkk.. (sedap kan ati semata!). so bwh ni ade few pics untuk ditonton.
strawberry marshmallow cheesecake.. sedappp cume manis sket!

beriya tiup.. padahal takde api pun kat lilin tu. props jek tu.. :P
sedap kan cik mila? :)

cet! macam iklan plak.. :P tapi siannn cik mila. makin bertambah usia perkenalan sy makin cheap celebrate besday dia. tahun pertama celebrate : saya masak dinner untuk dia. candle light dinner ok. :) tahun kedua - buat surprise muffin a.k.a. birthday cake kat tepi jambatan putrajaya. haha.. tahun ni lagi hampes - dalam kereta jek??? hahahhaha... sorryla sayang. i nak buat grand untuk you tapi.. you la - sape suh follow rosmah? hahahhaha.. :P 




nway - selamat hari lahir cik mila. lepas ni kiter celebrate status dah lain.. so mcm2 boleh plan. gi cuti2 mesia ke.. cuti luar mesia ke.. hihi. ok, sayang kamu! *wink*


Sunday, October 10, 2010

k.i.s.a.h.a.b.a.h.d.a.n.i.d.e.a.n.y.a.

hi ladies!
sy berada di johor ketika ini. telah selamat tibe jam 4.30 petang td tapi tak sempat nak jenguk bridal jendela impian sbb dia tutup kul 5. :( takpe..esok masih ada. smpai jek terus ikut cik mila check in hotel - suria city hotel yang kat sebelah bluewave (harga sgt ok!) dan balik ke teratak syed mohd nasir untuk sedia makan malam dan celeb besday adik bongsu ku. :) 
then - seperti biasa kene lepak di dataran untuk melantak steamboat yang sgt sedap di situ. sape rajin pegi JB atau anda org JB dan nak balik JB - sila la singgah di Gerai No.8 untuk makan steamboat sedap dan Gerai No.2 untuk tauhu bakar yang sgt marvellous! :) yummy!!
anyway - sy dah tunjuk kat mak sy beberapa pilihan wedding favors untuk bagi VIP dan tetamu . dan mak sy dh buat pilihan. dia siap cakap - tak pyh asing2 VIP ke tetamu yang tak VIP - bagi sama jek. pening nak pk banyak2. yes mem! i sangat setuju okeh! setel satu masalah... :) 
mengikut perancangan esok sy perlu kompemkan bridal dan catering. actually tak fair sgtla sy terus decide catering since hanya 1 je catering yang sy hubungi iaitu LC Catering. ini disebabkan cik umliyana ni tak tau apa lagi katering best yang ada kat JB ni. sesape tau sila share some info with me ok? thanks! pape pun.. pastikan bridal setel esok. kalau ikutkan hati nak wedding planner terus.. sebab nak senang pk. tapi kene tengok harga dulu dengan bridal kan. so far harga yang ditawarkan - melebihi bajet yang ditetapkan. :(
td mase balik dr dataran singgah dewan jubli intan jap. bukan ape.. ade org tengah siapkan dewan utk majlis kahwin esok. memula hanya sy yang turun dr kereta. cik mila dan adik sy standby dalam kereta in case sy kene halau.. cet! :P sy tengok kereta yang parking depan pintu ade sticker AZM Bridal and Canopy. sy dh expect AZM dah sbb arch dia jek berbentuk roda. hanya dia jek bridal yang ada provide arch dan pelamin dan meja beradab yang ada roda ok. 
bile masuk dewan jubli tu - peh! canteeek beb! bile tengok dia kemas2 dewan tu siap dengan meja makan, meja beradap dan meja yang untuk penyediaan makanan tu - sangat cantik dan kemas ok. and kebetulan ada abang AZM tu tengah dok salotape red carpet.. sy pun tanya la dia sket2. kalu leh amek gambar mmg sy dah bubuh kat sini dah. :( and bile tengok dia wat kerja baru sy rase mcm - sesuai kalau ade wedding planner yang wat semua. senang jek. arrange dr A smpai Z. kite pun takpyh pening2 pk - bile pelamin nak pasang, bile catering plak nak masuk untuk susun2. etc.. bile sorang wat semua job nampak lagi teratur dan efisyen dan ia juga memudahkan cik pengantin untuk tekan sorang jek kalau ade bende tak betul. takde la bridal salahkan catering, catering salahkan bridal etc...pendek kata esok sy nak pastikan bridal yang memberi harga munasabah dengan bajet dan beri makanan sedap. biasala.. bile kenduri ni mak2 kite mmg pentingkan kualiti makanan. kalau dewan lawa tapi makanan tak sedap.. tak guna jugak kan? :)
oppps... lupe nak bagitau. sy dah dpt baju pengantin. sy dh kompem ngan butik tu dan saya tak kan berpaling tadah. cewah! hati sy nak jugak yang baju pn sue ann tu tapi bile pk2 balik - 48kg umliyana? plus - kamu kene pkai inner utk pakai baju tu yang mana sy rase pkai inner akan mencacatkan sikit kecantikan baju tu.. sy pun.. nekad amek kat butik shah alam tu. :) sy try baju tu semalam sebaik sahaja sy tibe dr Ipoh - drive 20 minit dr putrajaya ke shah alam - sib baik baju tu muat untuk sy. kakak shana tu hanya perlu adjust sket jek. nway - kak shana tu sgt baik ok. kakak yang jenis peramah and sound direct jek.. suh sy maintain kurus. kurus ke kak? i rase dah gemukkkk ni... :(
min - jom startgi gym dan joging!!


p/s : tadi tetibe - abah ckp - dahla. wat je kenduri kat KL. mcm leceh je wat kenduri kat sini. nikah kat masjid tak bole.. bridal mahal.. buat kat KL - resepsi dan nikah. then wat kenduri doa selamat kat umah atau kat kampung. abah..abah.. nape la tak ckp awal2. manela anak awk nak cari dewan last minit mcm ni? mmgla dewan putrajaya tu banyak tapi .. sy pastilah januari ni dh cukup suntuk.. :( mase um tanya dulu - abah ckp wat kat JB senang sedara mara nak datang. ini.. dia ubah lagi keputusan.. uish2. itu belum cukup lagi dia suh wedding favors bagi pulut kuning dengan telur pindang.. huhu.. tak mau. umi pun tak mau... abah..abah.. ade jek idea last minute dia.. :(

Wednesday, October 6, 2010

hati.emas.

penah cari cincin dengan lelaki? i mean beli cincin utk lelaki. hihi.. saya first time pegi. and cik mila - dia cerewet okei. i shud know.. :P tapi sy jugak yang buat dia cerewet. last time pegi situ dia pilih lain tapi dis time design lain plak nampak menarik. hihi..
akhirnya dia pilih jugak design yang baru itu. sy suka sebab nampak simple. 
dan memandangkan hati emas @ goldheart ada promosi 50% untuk VIP card - mila pun suh sy check if ade rantai atau gelang yang saya berkenan. hahah.. gelang i berminat rm4000++ okeh? itu pun after discount.mahu pengsan cik mila sy.
tp sebab sy tau both of us have very limited budget - so sy pilih jugak apa yang bersesuaian dengan bajet yang diberikan oleh cik mila saya. :)  akhirnya saya jumpe rantai sy suka. bentuk bintang! bersesuaian dengan cincin tunang sy dan sy sukakan nya!!
esok sy pegi penang. miting dan auditing.huh! sgt boooring. ari sabtu mau pulang JB. hihi tetibe umi ku ckp dia nak join jumpe bridal dengan catering... sian cik mila sy. dia segann.. hihi.. xsabar nak balik JB nak setelkan bende2 besar ni. tinggal 115  hari jek.. :(


b.r.i.d.a.l.

wiken ni - i.allah balik JB. kalau bole nak setelkan bridal ni.
daripada 6 bridal yang telah dikunjungi - sy mcm nak setel down ngan satu bridal ni.
so far dia price paaaaling ok dan sy tengok ade satu job dia buat - marvellous! :)
tapi bile ku tanya harga - huhu.. spt mahu menangis diriku ini.. :(
and my 2nd choice bridal ni - sy suka jugak. tapi ms kitaorg pegi kat bridal tu - dia suh amek one whole package dengan dia. since sy dah ade photog - sy ingat nak mintak la kuarkan photog dr item dalam pakej tu - dia ckp tak bole. sy kene add something else maybe goodies atau tambah makanan. aik.. mcm gitu pun ada ka..:( and pakej dia termasuk baju potong kek la, baju malam berinai la (which is i confirm tak nak) - tak bole jugak... nape semua bende tak bole ye? ni kalau sy nak amek baju sanding kat KL tak nak amek ngan dia jugak.. apela yang dia nak suh sy add lagi kan? :(
tp pape pun - sy kene decide cepat. at least wiken ni sy dah ade jawapan bridal mane satu untuk memuaskan hati cik mila sy.

ok. sy nak citer psl baju sanding plak. ingat tak baju nih? sy sangat suka baju ini.

bile sy nampak baju ni kat web sueann ni , sy terusla kontek designer dia. nak baju exactly mcm puan sue ini. huhu.. harganya spt ku mahu menangis jugak. so.. kensella niat di hati nak baju sanding sendiri.
tup2 puan sue - bercadang nak sewakan baju dia. huhu.. sangat suka!! sy pun terus email - offer diri untuk menyewa bajunya. memula dia reply lambat - which sy ingatkan dia have a doubt nak sewakan baju dia yang sgt cantik ini.. (rupanya dia kat dublin- masa sy email dia pun tak bgn tido lagi agaknya).. then dia bagi sewa. which is much more affordable. cume.. bile puan sue cakap masa dia pkai ni berat dia 48 kg tu jek br buat sy insaf. hang ingat hang kurus ke umliyana?? 48 kg tu berat  hang ms merana kat DPA dulu tau!! nak dptkan balik berat tu kene masuk INTAN semula tau! huhu.. berat sy skang 57 kg! bayangkan nak turunkan almost 10kg which i target to be by end of october! lepas tu sy nak maintain jek.. 48 kg. smpai kawen... biar betol umliyana.. biarpun berat nak ckp (cewh!) kamu kene ade plan B umliyana. kalau buatnya baju tu mmg kamu tak muat smpai januari.. kamu nak wat mcm mane..? tengok gambar puan sue tu pun tau.. shape kamu dh out ngan baju tu! huhu...
so.. plan B sy adalah butik di shah alam which is harga dia jauh lg mahal dr apa yang puan sue agreed nak bagi sewa.. bukan rezeki kamu umliyana! :(

anyways -sebelum itu - sila la pegi ke goldheart ye untuk bakal2 pengantin. kat sana ade
50percent discount untuk beli wedding bands. sy nak ke situ esok hari. cik mila sy ade berkenan ngan satu cincin ni - hopefully esok cincin tu termasuk dalam golongan 50percent tu. kalau tak wat penat jek.. sy kensel outstation sy esok dan terpaksa ke penang ari kamis. (bile kensel pegi penang lebih awal menyebabkan sy tak dpt beli dvd haram sy.. huhu..)
cik min siap perli sy - takkan nak wat swot analysis kot nak pertimbangkan cari cincin lagi penting atau dvd haram tu lagi penting.. ye..ye.. sy tau! :( - its not about dvd haram tu je.. kuew teow yang sedaaap tu jugak.. nasi kandar pelita itu jugakk.. and gelang2 yang byk di market batu feringgi itu...
ok. nak kene tido. sok keje. td cuti.sakit perut. esok jangan sakit perut lagi ye umliyana.. tapi kalau ari2 sakit perit dapatla sy berat 48kg tu kan? :)

Sunday, October 3, 2010

few.things.

semalam cube buat last survey. cik mila setuju tengok butik kat shah alam.
sy aim 3 butik sy nak tengok kat shah alam. 
tapi sebab kitaorg ke gedung kad kahwin - tak sempat nak pegi 3 butik pun.
nway - before citer psl butik yang telah dikunjungi - nak ckp sket psl kedai kad kawen kat puchong perdana - nama dia GEDUNG KAD KAHWIN. kedai tu kat Kompleks Puchong Perdana. Actually dh survey pun ari jumaat dengan kawan sy. and kekunun nya nak tengok sekali kedai kahwin kanda adinda tapi ku sesat. so jumaat tu dh dah jumpe kad kahwin sy suka kat gedung kad kahwin tu. sabtu just ajak cik mila untuk approval jek.
kat kedai tu lagi banyak options la compare dengan kedai kad kahwin yang lain sy penah pegi. and harga dia ok. nak cari sampai harga 40 sen pun ada. 
both of us berkenan dengan satu kad ni.so cik mila cakap since kami ok dah ngan kad tu.. tak payah survey lagi. ok. i dont mind. :) sy ok jek nak settle dengan kad tu. kad je pun..
then kami pegi shah alam. dalam perancangan 3 butik nak pegi : Kamarini's, Ryn Avenue dan Butik Chantek. tapi sbb jalan ade sket jem kat seksyen 7 semalam - sy cuma sempat pegi butik kamarini jek. huhuhu... owner tu sgt peramah. dia melayan jek. hihi.. actually kwn sy - ayol dan didi ms kawen dulu amek ngan butik ni. and komen dorang sgt memberansangkan la utk butik nih. especially ayol la. ayol tu sgt cerewet ok. tapi bile dia puji kedai tu - means butik ni sgt baikla. baju kat butik ni cantek2. ade satu baju tu kaler coklat. caaantik sgt. cik mila smpai terfikir nak tuko tema sbb baju tu lawa. hihi... jangan ye cik mila. kaler dramatic purple tu dah cukup cantik. 
since tak de butik lain lagi boleh pegi.. sy pun ajak dia pegi Plaza Alam Sentral. sebenarnya - plaza ni paling byk butik. tu yang bagus. and kebetulan semalam mcm ade bridal fair kat situ. rezeki.. tapi cik mila mls nak tengok dah.ok..fine.. :(
kami belek2 gak a few butik situ. saya sajek nak tengok. kot2 ade baju yang sy berkenan so.. sy boleh sewa dan gunakan untuk kenduri belah sy. tersinggah kat wazira collection. huhuhu - baju dia cantek2. sy ade berkenan satu. huhu.. naaaak!!!
cik mila tau sy ni sgt cerewet tang jumpe baju. yela.. 6 bridal kat JB um pegi cuma satu baju jek um jumpe yang umliyana berkenan. so.. bile dia nampak mata sy bercahaya nak kan baju tu - dia pun cakap okla. baju tu sy nak sewa - amekla umliyana... nak tunggu awk berkenan lagi ntah2 takkan berkenan langsung. heheh! um dpt baju!! wiken ni sy settle kan byr deposit!
tengok lin + didi! sy mendengar anda kan? hehehehe..
butik kawen kat JB sy mcm dh buat keputusan. just tinggal nak jumpe owner dia lagi je nak kompemkan everything. kalau ikut perancangan dis wiken sy balik JB. itu pun kalau cik mila sy tak de hal lain.. :(
happy jugak bile dah ade progress.. biarpun tak seberapa. takpe.. takpe.. syabas umliyana! syabas!