Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

luahan.rasa.risau.

saya kompius. 
xfaham kan nape um ni asik kompius. 
past few days - i was like ~ stress.maybe. worried.definitely.
its maybe because - i dont start anything. yeps .. i got a list but still don't know where to start.
i did do some survey with a few bridals at JB - but still can't decide which bridal. 
dh pegi kedai kad kawin tapi cik mila suh pegi ngan dia lagi. br leh decide. 
dah pegi bridal kat KL - tapi kitaorg pegi 3 bridal je.in fact 2 daripada tu just jual baju je iaitu Rumah Kebaya dan Udaimatunnur. yang bridal betul2 kitaorg pegi rinssuzana. and cik mila terus mcm ok ngan rins suzana. bukan baju tu tak cantik tapi saya harap sy leh tengok bridal lain jugak. compare price maybe. or better options. and maybe jumpe yang betul2 sy suka. cik mila tak setuju. dia xnak survey lagi. dia tak nak rambang mata.  bukan soal rambang mata kan - soalnya hati.. (mcm citer wayang plak!)
next week mila ajak balik jb jumpe bridal and catering. but then next week ada pameran pengantin. since mcm dah dekat nak kawen, sy rs bolehla sy buat tempahan pape kat situ kan. . tapi cik mila mcm tak nak. huhuh.. itu pameran pengantin terbesar ok cik mila! 
dan skang sy still tak leh tido sbb duk fikirkan pasal wedding preparations yang tak start pape lagi..
ingat nak start dis wiken but then ade hal tak dpt dielakkan..sabtu dan ahad ada hal. then rabu outstation ke terengganu, kamis : penang, jumaat : perak. then plan nak pegi JB plak..
bile la anda nak start ni umliyana...

huhuhuhu..

Monday, September 27, 2010

hand.bag.baru.lama.

semalam sy pegi ke Hotel Grand Millennium. ade bigbridalsale 2010. sebenarnya sale tu sgt sesuai dengan modern wedding.. ala2 wedding macam Nadia anak Tan Sri SM Nasimuddin tu. tapi sbb sy dah buat appointment dengan favorsessence.com. untuk dapatkan contoh gifts untuk tetamu dan VIP. ingat tak fridge magnet yang sy penah iklan di sini? kalau lupe tengok sini - doorgifts
seriously bile tengok depan mata - fridge magnet tu sgt cumel ok. kaler yang dia provide dah sesuai sgt dah dengan tema sharifah umliyana. :P cakap kat mila "boleh tak sy tak nak survey dah? sy nak amek yang ini jek" - mila cakap tak kisah as long parents sy ok. yang itu masalah sket. tapi sy dah beli sample nya utk bagi kat mak saya tengok. aritu dia mcm ok.. tak tahula kalau dia dh tengok sampel dia berkenan ke idok. :P
anyway - after pegi grand millennium hotel tu kitaorg singgah kat shopping complex baru - Fahrenheit. penah pegi tak? uish... mmg best kan area situ. mcm heaven for shopaholics. :P then tersinggah kat Charles and Keith. nway - dulu sy ade persepsi sket ngan CnK ni. sy ingatkan dia mcm butik GUESS. yang mahal itu. tapi masa jengah tu - harga dia okla. below (in fact far below) than what i am expected. and sy berkenan dengan satu set ni - handbag pink dan kasut pink. satu set tu rm199.00. uish2.. godaan. sy duk pk nak beli ke tak utk hantaran. sebenarnya dah cantik sgt untuk hantaran tau. cuma ada satu masalah - sy dah beli Handbag Guess aritu. masa ade sale kat parkson. murah sketla dr set CnK tu tapi at least CnK tu ade kasut. kan? nak beli. tak nak beli.nak beli.
last2 compromise dengan cik mila - sy nak ni untuk hantaran, yang handbag GUESS tu sy ganti balik duit awak. dah mcm tu plak kan umliyana?! memula cik mila mcm tak nak bagi sbb sy br je beli handbag kaler putih untuk bwk ke ofis dan yang GUESS ni pun kaler putih gak. tapi bile sy try kasut tu - dia suka juga - so dia cakap takpela. belila.. asalkan byr blk handbag GUESS tu. hahah.. tak pasal2 sy ada handbag baru! kekononla ada handbag baru. dalam hati sudah rasa susah.. byk nak guna duit ni. gatal plak cakap ngan mila byr balik duit handbag GUESS tu. kan dah susah?


takpe2.always have plan B umliyana. kita jual handbag itu!
bagus tak idea umliyana? sy tahu kakak sy kompem boleh carikan buyer. (huhuhu.. mintak2 dia jumpe!). kalau kakak sy tak jumpe buyer tu terpaksala.. sy guna handbag tu. (terpaksakah umliyana? hahahah)
semuanya demi.. Charles and Keith ku.. :P *wink*

Saturday, September 25, 2010

bile.boring.

kan before dis sy bagitahu sy pegi kuching. tadi sy tersadai akat airport kuching selama 3 jam. huhu.. bukan flight delay ke ape.. tapi driver sy antar cepat ke airport - so ala2 sangapla.. xtau nak pegi mane. so..lepak je kat airport..
amik kesempatan melawat2 blog b2b. then sy suka idea sorang b2b ni : kay yang mane dia tunjuk gambar rubber stamp utk wedding invitation dia. huhu.. cute sangat. tak penah terfikir.. kan tapi bile belek2 b2b bloggers rupanya saya la yang ketinggalan itu. :P
anyway - tunggu flight nyer pasal sy pun cube menunjukkan kekreatifan saya yang tak seberapa ni kan.. kekononya nak menghasilkan rubberstamp utk wedding sy sendiri.  then sy pun mencari la clip art bride and groom. hehehe - sebenarnya takdela kreatif sgt. hahaha.. (tambah satu lagi sy bab gunakan teknologi IT utk menunjukkan kreatif ni..FAIL:P)
so.. saya shortlisted kan clip art di bawah ni.. :


by : iweddingclipart

by : clipartpal

by : whimpsydoodlegraphics

hahah.. tak berapa kreatif pun sebenarnya. :P tapi bile tengok kat tenet ni mcm2 ade clip art yang sangat cumel. nway - leh pegi mane2 kedai rubberstamp ke - semua leh buat custom made rubber stamp mcm ni? 

takpela.tak penting sgt pun bende ni. saje try2. sbb mcm berminat lepas tengok b2b bloggers. cik mila sy suka je bende ni. :) yeyeh!








Friday, September 24, 2010

127 days and still counting...

pics by : running watch review

sekarang ni kat kuching. esok ade miting and lawatan.. boring. :( skang plak tak leh tido. sy memang agak susah untuk tido di tempat baru. huhuhu.. kompemla esok tak sempat bfast sbb bangun lambat umliyana nih!
anyway - tetibe terperasan kat timer kat atas tu - 127 days??? biar betul... tak buat ape lagi ni. 
yang membanggakan cuma dewan telah ditempah! huhuhu.. umliyana...umliyana.. 
bile la.. kamu nak insaf nih!  
still xdapat nak decide pasal bridal pun.. :(
i have very tight schedule for october and november. as usual KLIA will be my 2nd home. keep running to get my job done. and marathon starts next week.. huhuhu.. 
ni yang rs nak pkai wedding planner je. cukup berduit kah mahu hire wedding planner sayang?!
stress..stress..


Tuesday, September 21, 2010

w.e.d.d.i.n.g.c.a.r.d.s.

time to starts searching for wedding card. the right one.
sebelum ni sy cakap nak buat kad simple je.actually kad aku request tu simple je tapi sbb kad tu bukan design sedia ada - so kene tambah kos sketla.
anyway - nak citer psl dua kedai kad kahwin yang  sy pegi. 


first skali : kadkahwinku.com.
seriously kedai ni best.  maksud sy - susun atur dia menarik. kad dia cantik2. byk kad yang elegant menyusahkan sy membuat pilihan. sy jadi rambang mata tengok semua kad2 kat situ. serious.staf yang layan ni pun baik. peramah. melayan setiap pertanyaan saya. :)
 sebenarnya sy tak tahu psl kedai ni tapi ade sorang pengarah ni bagi sy kad jemputan anak dia kahwin kat jb. cantik kat tu. simple. kaler putih. u know how much i love white.. kat situ stamping skali nama kedai ni. sgt excited nak pegi kedai tu - lunch je terus pegi situ dengan noriah. 
dia buat just custom made wedding card. tapi kene bagi details la kad mcm mana, etc. rasenya tambah 250 utk artwork. just bagi staf kat situ gambar nya - nanti dia hubungi semula untuk kompemkan harga. 
kedai ni di tingkat 1 - hentian kajang, jalan reko ok. sebelah dengan food court. 


then, kat situ ade jugak kedai printing kad kahwin yang lain. pesona kad kahwin kot nama dia. kat dalam tu pun kad dia cantik2. saya dh berkenan satu kat situ. kaler putih.. tapi price dia lari sket daripada bajetla. kedai ni pun buat custom made card. same jek - bagi gambar, bagitahu jenis kad yang diperlukan nanti dia kol balik kompemkan harga. mase ni senang sket nak bagi explaination sbb ade satu kad yang exactly sama mcm sy nak cuma corak pada luar kad tu je berbeza. but basically lain2 sama jek mcm saya nak. 


dis wiken kalau takde apa - saya akan ke gedung kad kahwin di puchong dan LH Printing kat Jalan Pudu. tapi kwn saya ckp kat jalan pudu bersepah orang buat printing kad kahwin. takde masalahla kan. tak nak survey byk sgt sbb takut rambang mata. one of my friends pun advise amek printer online je. much cheaper. dan dorang boley layan custom made dengan lebih murah. sy dah email weddingsbuddy.com utk tanya harga. tu jela satu. tak tahu nak tanya yang mane lagi. hihi..


okla. mahu tido sudahhhhh... :) nitey.

Sunday, September 19, 2010

e.x.e.c.u.t.i.o.n.

selamat hari raya!
kan.. dah tamat sudah tempoh berhari raya. 
ingat tak bile sy ckp - sy nak mulakan sesi tempahan dan mula membuat progres dalam persiapan sy menjelang kawen sy? so.. execution phase starts as early as tomorrow. hahah.. iye jek umliyana nih. :P
tapi seriusla. segan plak bile org tanya kite - mcm mana persiapan biarpun pada hakikatnya satu bende pun anda tak mulakan except for dewan. :) 
so..bende first sy buat - kad jemputan. :) penting tu beb! sy br hantar contoh design sy nak kat sorang kawan abah yang ada publishing kompeni. dia maybe boleh print it out - hopefully murahla. jangan risau - kad sy simple je. sy rase benda paling senang nak cut cost adalah kad kawen. sbb bende tu paling tak di amek kisah oleh orang ramai. mcm kakak sy - dia buang semua kad kawen yang dia dh pegi. kompemla ramai jek orang mcm tu kan. so kad tak payah grand ye. simple je cukup. kalau lagi senang - fotostat. hahahah..
bridal? i still cant make up my mind regarding bridal. sy dh shortlisted kan 3 bridal daripada enam. cik mila sy membebel sbb sy cume shortlisted kan 3. dia ckp tak memberi kesan pun. baby step sayang! baby step! :P
apa lagi eh saya kene buat? catering? hmm.. tak survey lagi ni. :) i have one in mind tapi.. tak tau price range dia. takpe.. nanti sy tanya ye. 
then apa lagi eh? kenapa tetibe bongek je tak tahu nak buat ape ni.. uish..uish..
4 bulan je lagi ummmm... uish..uish..


Tuesday, September 14, 2010

l.a.s.t.r.a.y.a.

dalam keterujaan menyambut aidilfitri - mcm tak sedar tahun ni last beraya sebagai cik umliyana. tahun depan - i.allah- puan umliyana. :) 
dalam family sy ade jadual. jadual sape raya kat umah each time first raya. mcm tahun ni : munaz + najiha. then tahun lepas : najmi + fathi. tapi fathi tak stay kat umah sbb rumah dia dekat je ngan umah parents sy. terpaksa buat giliran mcm ni sbb nak memastikan ade orang yang available untuk tolong kemas dan cuci rumah. anggota wajib : umliyana + wafi. kami adelah cleaner wajib. :( tiap2 tahun kene balik raya at least 2-3 hari before raya sbb nak kemas rumah, shopping pape yang patut. :)
so tahun depan jadi persoalan : raya di manakah umliyana? kalau ikut jadual : um kene beraya di JB. bukan ape - fathi + najmi ade family yang agak besar (anak ramai yang masih kecik). mane lah sempat dorang nak kemas umah smbil jaga anak kan. lagipun abang2 sy selalu balik pun sehari before raya. sbb susah dpt cuti.  sy kene bergilir dengan kakak sy munaz - sbb dia je yang takde anak lagi. so.. laki bini boleh tolong kemas umah. :P 
tapi xtaula cik mila setuju ke tak. dia anak sulung. maybe - first time family dia nak beraya bersama menantu (cewah!). so maybe arrangement nya ade sket lari. hehe.. berdebar sebenarnya. ingat lagi mase kakak sy munaz first time beraya umah mertua - kol umi nangis sbb first time raya tak bersama umi. hahaha.. (gelak um.. gelak. nanti ko lagi teruk agaknye.. :P )
tapi dalam debaran - kompemla looking forward for aidilfitri next year. new experience. new life. new people. 


p/s : terlalu lewat untuk ucapkan SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. :) 

Sunday, September 5, 2010

h.u.p.d.a.t.e.jap!



nak nyibuk je promote bende alah ini. 
just nak share jek. (sharing is caring) 
ade 2 sbb nape berminat dengan sale ni :


1. just around the corner jek - 25 and 26th september 2010 @ Grand Millennium Kuala Lumpur.  :)
2. sbb - ade gak jual utk wedding favors. :) sy suka nih. since sy betul2 la tak de idea nak bagi ape dan diberi tahu ada discount on selected wedding favors. :)




then october nanti - pameran pengantin kembali! kali ni scope nya lagi besau - international tau! bile eh diadakan ? opps.. pada  : - 8-10 oktober. :) siap ade lelong baju pengantin. mase ni pun ex-brides amek peluang jual baju pengantin dorang kot. :) sy bukanla.. nak beli baju pengantin since apa yang sy survey : memadai la sewa je baju2 tu umliyana. kang nak design sendiri semua - menangis plak nak bayar kan? :( 


anyway - td pegi MATTA Fair. Actually byk honeymoon package yang sy dan cik mila berminat semua - valid cuma smpai 31st december jek. kalau ade pun smpai  30hb mac 2011. sy dan cik mila bercadang nak pegi honeymoon dalam bulan april sbb early feb - majlis umah mila. mac - bajet (kalaula..masih berada di jabatan skang ni!).so- april is just nice. so.. tak berapa sesuwei untuk buat booking pape. :( lagipun next year ade Matta Fair on March so bolehla amek peluang lagi mase tu. kitaorg just booking immediate honeymoon je. hahah - kire mcm pre-honeymoon. on early mac kat Colmar Tropicale, Berjaya Hill Resort. Dekat je. sebenarnya sy teringin sy nak spent nights kat situ. dr dulu imagine - honeymoon sy mestilah di situ. so..before amek honeymoon yang lebih sket (mahukan karambunai atau Kota Kinabalu).. sy mahukan Colmar Tropicale itu! :) sib baik murahhh.. :)


tp pape pun - berhati2 ngan MATTA Fair. ade kes penipuan. tanya details - never assume. and kalau travel agent yang agak2 mcm tak penah tahu - google dulu reputasi dorang. sometimes murah pakej dia tapi bagi hotel yang lebih kepada motel... so kene rajin tanya detail. kalau risau travel agent - leh pegi terus kepada hotel yang berkenaan then mintak dorang je bagi arrangement.. pape pun check betul2. :)


ok. mau tido sudahhhh..

Friday, September 3, 2010

M.A.T.T.A.F.A.I.R.

as u know - mulai arini smpai ahad ade MATTA FAIR kat PWTC.
hehe - mila dah janji ngan saya nak pegi sana. :) sangat suka. sangat excited.
yeps.. sy tahu lama lagi sy nak kawen (baru 148 hari je lagi) - apetah lagi nak honeymoon - tapi mase ni la nak amek peluang sebab harga sangat murah - opps.. murah itu idokla. tapi berbaloi2. 
mcm cik switakon remind kat sy dan cik mila la. mase nila.. nak target tempat2 honeymoon ye tak?
dids - ko boleh honeymoon kali ke-2! :)
ape kah lokasi yang bermain di fikiran saya? hehe..

maybe awal2 ni takdela dpt nak pegi Rome atau Greece atau Spain atau pape yang sewaktu dengan (places i shud go before i die!). mungkin dalam mesia je. paling jauh pun indonesia atau pun Thailand. 
antara tempat bermain difikiran sy :
- Kota Kinabalu (karambunai?)
- Bali
- Australia (mila kompem tercekik skang nih!)
- Penang (teringin dengan Hard Rock Hotel- nway dorang ade pakej honeymoon)
- Langkawi (sbb nak shopping)
- Thailand (sekali lagi - shopping!)
- korea (Mila - adakah awk tercekik lagi?)

itu je. last time pegi Matta Fair - RM2,000 leh pegi Korea 4 hari 3 malam tau! - menarik kan? 
tak berapa suka pegi pulau2 yang mcm pulau perhentian ke pulau redang ke pulau kapas ke .. atau pun pape yang sewaktu dengannya (kecuali Pulau Pinang) sbb sy nak jalan2. sy tak suke mengadap pantai. mandi laut. nope. tak mau! boooring. :) tapi cik mila sy suka pantai. hmmm... hmmm lagi.

nway - berita sedih- sy tak dpt tuko duit raya! menci! tak suka i! mcm mane nih - takde duit nak bagi org.. (cet!! dalam hati suka je. hahahah)




Wednesday, September 1, 2010

b.r.i.d.a.l.h.u.n.t.i.n.g.

hype!
rasenya lama sgt  tak menaip pape di blog ni. heheh - sbb saya pulang ke JB. cet! macamla tak dpt nak access tenet bile balik JB. dapat cume malas nak menaip panjang2. 
ok. balik JB saya pegi bridal hunting. dalam list ade 7 bridal ok. tapi yang sy sempat pegi cume 6 je. Actually yang ke - 7 tu cik mila tak mau pegi dah. dia ckp nak limitkan pilihan sy sbb after yang ke - 6 tu saya asik cakap - semuanya best. semuanya saya suka! soo.. dia pun dah pening kapla tengok tunang dia tak abis-abis ckp semua bridal pegi semua best. HAHAHA~
meh review sket 6 bridal yang saya pegi. memudahkan sy nak recall each bridal bile sy nak buat keputusan nanti. :) 


1. AMY BRIDAL 
- Inilah bridal pertama sy pegi ye. tapi xdapat pegi kat butik dia sbb butik tutup dan dia sedang berniaga baju raya kat Angsana. tapi sbb saya dah kol dia - dia bawak semua album dia etc ke Booth dia untuk sy belek dan pertimbangkan. Their price starts at RM6,000 ok. if saya nak baju baru then i have to add RM1,000. Price RM6 tu including baju, persalinan potong kek, hantaran untuk 5 dan 7 dulang. means dia buat untuk lelaki sekali. pakej tu tak silap saya mahu sekali dengan baju nikah. pelamin nikah kene tambah depends kepada design pelamin yang saya nak. Amy ni sangat peramah ok. dan kualiti keje dia ok. Before this ade a few orang suggest Amy Bridal ni. Dia amek baju dari Man Kajang so.. memang cantikla. :) tapi sy still xpuas hati sbb tak dpt nak tengok butik dia dan koleksi baju dia. :( tapi paling sy suka tentang AMY BRIDAL ni  - pelamin dia yang roman tu. sangat cumelllll... kalau orang yang pegi Pameran Pengantin July kat Mid Valley - hah! pelamin yang dorang tunjuk tu. koleksi Dina Halim. cantik sgt!


2. JUWEIN E'ZAIN BRIDAL
Juwein ni dicadangkan oleh kawan saya, Fauzana. dia cakap Bridal ni ok and baju dia semua cantik2. sama mcm Amy- Juwein tak bukak butik masa bulan puasa. dia bukak booth kat Giant Taman Suria. Tapi sbb dah janji ngan dia awal - dia bwkkan semua album koleksi. and dia bwk jugak laptop untuk sy belek koleksi terbaru dalam tenet. Juwein ni sangat baik ok. dia ckp sopan and dia nampak innocent. :) pakej dia start at RM7 k. ni pakej dewan tau.. maybe sbb tu mahal sket. kalau nak baju baru - kene tambah a few bucks.Juwein ni highly recommended by my friend. kualiti service bagus - dorang ckp. :) mcm Amy gak - sy tak leh nak decide sbb sy still nak tgk koleksi baju dia. so.. maybe nanti amek masa jap lawat butik dia kat Setia Tropika. :)


3. SERI DELIMA
- terletak kat Taman Impian Emas. sy datang butik ni seawal jam 10.45 pagi tau. sebenarnya appointment jam 10 pagi tapi lambat bangun. bergayut nyer pasal! lepas amek mila kat Tune Hotel terus datang ke Butik ni. first thing nak puji pasal butik ni - customer service dia sgt bagus! seriously! dia kol - tanya pendapat, if nak mintak kurang ke ape ke.. kire dia rajin buat follow up. koleksi baju dia ok. pelamin dia sy suka! ade stail garden tu. sangat cantik! baju nikah pun cantik. :) tapi sy tak perlukan baju nikah. price dia starts at RM7k.  termasuk baju nikah. dan baju sanding etc la. ade bagi full package jugak tapi standard harga mcm butik lain rm30.00 per pax. nak baju baru pun kene tambah a few bucks gak tapi dia ckp depends pada design yang kite nak. 


4. ADLI BRIDAL
- ok.. byk2 butik - butik ni provide paling byk baju pengantin moden. seriously! Staff dia sangat baik dan sangat melayan saya ye. dia siap kuarkan majalah pengantin - nak tunjuk design paling terkini. starting price untuk dewan - rm5,500. untuk baju VIP atau baju baru kene plus RM1,000. pelamin dia cantik2. and as i said - mmg modenla. cantik! sy suka!. dan Adli Bridal ni paling banyak baju pengantin baru. mase datang tu - adela at least 3,4 pasang saya berkenan yang dh lari dengan tema asal kawenku. dia ckp - tunggu disember. mase tu banyak design pelamin kuar dan baju pengantin baru sbb disember kan - bulan perkahwinan satu mesia! HAHA - betul kan? pakej 5,500 tu pakej biasa je. tapi ade persalinan potong kek kot. bile round2 kat bridal jb ni - dorang suka bagi pelbagai persalinan. which is saya harap sy ade cuma baju sanding je. tak nak yang lain2. kalau nak tempah baju nikah, upah jahit rm300 ke atas (ni sbb kain sy chiffon). hantaran - rm50 per dulang which is okla kan.


5. ASTANA BRIDAL
- gosh! ini adalah bridal paling reasonable price so far! kak ungku - owner dia ni sangat baik tau. sy rase dia mcm baru lagi sbb koleksi baju dia tak byk sgt. tapi - kak ungku ni sangat melayan customer ok. saya bagi A+. hehe.. pakej dewan starts at RM3k. paling murah kan?? kalau amek pakej - rm20 k setel semua tau! termasuk goodies pun dia setelkan. i just perlu pk pasal kad jemputan je. paling best - kalau nak baju baru rm250 sahaja!! kalau kite ade kain sendiri nak - means dia akan bwk kite pegi JAKEL dan kite pilih sendiri kain dia add up RM500!! sangat suka!! kalau upah baju nikah pun rm250. sy cume lupa tanya upah untuk hantaran. seriously! sy suka juga butik ni. cume pelamin dia je - terhad sikit pilihannya. tapi bab minta baju baru just tambah rm250 tu sy sgt suka!!


6. Jendela.Impian.Mempelai.
- ni last bridal sy pegi. staff dia sangat baaaaik. koleksi baju dia terhad but then boleh buat baju baru yang dia ckp costnya depends ngan design yang sy nak. pelamin dia lain dr yang lain tapi sgt cantik. sy tengok koleksi foto pakej dorang buat - ade tu tema dia pink hitam. seriusly cantik beb! starting price pakej is RM4,000 if im not mistaken(nota kat dalam kete - nanti esok i hupdate ye!) tapi yang sy ingat - kalau full pakej RM24k! full package ni siap termasuk breakfast untuk 50 orang, makan malam untuk 150 orang dan kenduri untuk 1000 orang. sgt berbaloi! tujuan pakej ni - kirenya family pengantin tak payah susah2 fikir psl makan malam lepas kenduri atau bersiap makan breakfast before kenduri. semua dorang akan handle. menarik kan? sy suka!


itulah saja 6 bridal yang telah dikunjungi. practically yang dikunjungi 4 jek yang lagi dua tu menziarah owner je. hehehe.. still xleh decide which bridal. tak decide pun nak full package wedding planner atau separate kan bridal dengan catering. catering tak survey lagi. rasenya kalau tahu price range catering kat JB baru ok nak buat keputusan kot. tengok mane yang lebih menjimatkan. kalau ikutkan Astana Bridal paling menjimatkan tapi - pelamin dia terhad.Amy Bridal pun provide price ok sbb termasuk hantaran sekali kan - cuma nak tengok butik dia dulu.tp sy berkenan gak dengan Adli Bridal dan Juwein. huhuhu..rambang mata!