Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 26, 2010

k.i.s.a.h.k.a.i.n.d.a.n.s.o.g.o.

arini sy half day. sbb nak menyelesaikan satu kisah kelakar. pada sy kelakarla.. mungkin pd orang lain - geram. :P
dr zaman universiti - sy suke antar kain untuk buat kebaya @ kurung moden ke satu aunty kat wangsa maju ni. dia tailor yang sgt baik dan peramah. sbb sy dah terlalu biasa ngan dia sy mmg tak tukar tailorla kecuali ms sy tunang. terpaksa tukar tailor sbb aunty sgt busy. 
kisahnye sy antar 3 helai kain masa bulan februari. aunty tanya bile mau siap - dengan rela hati 'tak kisahla aunty.. bebile pun ok. i tak rushing'. aunty tu pun buat 1 je dulu daripada 3 baju sbb simple.. takde lining semua. 
then bulan april ke mei kol anty tanya baki baju tu kan. biasanya anty tu siapkan je..sbb dah almost 2 - 3 bulan kan. tapi kelakar sbb anty kata kain dia tak jumpe. dia suh dtg kedai carikan kain tu balik. dah jumpe... dia ckp nanti dia siapkan. ok fine.
last week - ingat nak kutipla baju tu. kol lagi - dia ckp dia tak ingat which one tapi dia akan cari dulu then dia kol balik. after 3 days dia baru kol balik ckp dia br jumpe 1 helai. itu pun belum siap lagi ye. dia tanya 'lu mau buat fesyen apa?' sy pun jawabla.. 'anty - baju tu dah berbulan. sy tak ingat pun nak buat fesyen apa' hahah.. last2 dia suh dtg arini dia akan kompemkan fesyen, ukur semula dan siapkan baju before raya. lawakla anty tailor ni. sib baikla.. aku suka kau... uish..uish..uish.. 




then after that sy pun pegila sogo. nak berbuka puasa sekali dengan cik mila sy. smbil tu kami shopping di Sogo. saje nak cari barang untuk hantaran. sy ingatkan lepasla sy nak belikan dia jeans levis atau kasut atau wallet set. but then - my boyfriend a.k.a. fiancee a.k.a. future husband dapat penyakit mcm sy. cerewet.. so.. dia tak nak beli pape. suka hatila.. anyway, brg hantaran dia paling mahal pun.. (sy je ke rase atau semua org pun setuju yang belikan barang lelaki ni sangat mahal drpd pompuan) - sy dah ckp, next time dia suh sy beli kan masa tengah mahal - you pay for it mister! 
untuk saya? sy beli sepasang kasut hitam untuk dibawak ke opis and definitely bukan untuk hantaran - dan satu set make up Maybelline. maybelline je dikk.. nak suh dia belikan bobbi brown ka.. MAC ka.. takkan dpt ok. Maybelline yang almost rm200 pun muka dia dh berubah ok. i have to pay back some of it sbb before this ckp make up just rm150 je... itula balasannye bile anda tak menepati bajet dia ye umliyana. cik mila sy bukan kedekut tapi dia fikir tu je cara nak bagi sy berdisiplin bile bershopping. dia tau sy sangat boros.. :( 
tp sy suka sy dpt maybelline sy. FYI, sy bukanla jenis bermake up. sy pakai simple je ke ofis - bak kate cukup syarat tak nak bagi muka pucat. so make up maybelline pun okai. :) kalau Bobbi Brown ke MAC ke sayang plak nak guna. hihihi..


okla. tula kisah sy dengan kain dan Sogo. bestnya sok dah jumaat.. :) sangat suka!




it's.sale.bebeh!


meh kawan2. kite rempuh sale di atas.

dimanakah ia?
Orchid Ballroom, Level 2
Hotel Park Royal jalan sultan ismail

jam?
10.00 a.m hingga 7 p.m.

when?
27 -29th August 2010
but 27th august - open for HSBC Credit Card Holder only
28-29 August - untuk public yeyeh!!

telah ku racun mila.
pagi2 kite pacakkan diri kite di depan Ballroom ini!
saya nak beli jam!!
nak beli la senza.
maybe handbag juga.. 

meh gengs!
saya nak beli utk hantaran saya. dan mila. (kalau ade!)
jom2.. kite rempuh dia!

Wednesday, August 25, 2010

l.i.h.a.t.d.i.a.

entry kali ni takde kene mengena dengan kawen ye kawan2.
just nak share satu blog yang saya amat suka..
nama dia zackzukhairi. (just klik kat nama dia)
sy suka tengok gmbar2 katun yang dia lukis dan dia jadikan satu jalan cerita.
sangat sweet. ade 2 citer tu sy nangis ok..sangat sedey.
tapi ade byk lagi yang happy dan sy rase dia sangat cumel. :)
so.. kalau rajin lawatla blog dia.
maybe sy je ketinggalan sbb dia dh ade follower 1700++ orang. and orang yang suka kat fesbuk dah 230,000++ orang ok.
sy banyak link kat fesbuk dia nyer gambar. sgt cumel.. :)
so.. ade masa, kalau rase nak release tension - sila lawat blog itew ye. kompem anda suka!

p/s : agak2.. dia boleh tak buatkan untuk slideshow ms wedding sy? hehehe..

b.o.l.e.h.ke?

jap eh. saya nak tanya pendapat je. 
wiken ni sy balik jb ngan cik mila. tapi dia kene tido hotella. :) 
target utama adalah untuk survey bridal. mak sy kata awal gile survey bridal.
awal ye umi ku? tahukah anda anak anda sangat cerewet smpai pegi 10 bridal belum tentu jumpe dia berkenan.:) 
ye.. sy mmg cerewet. bukanla high taste pun.. (sbb sy despise harga mahal) cume nak tunggu dia rase jumpe baju yang jadi jatuh cinta tu lambat sketla..hihihi
sy dah senaraikan 6 bridal yang akan ku buat survey. itu hasil drpd idea Ann (b2b blogger).


eh - bukan kisah tu sy nak tanyakan pendapat.


ade satu dewan ni. dewan ni ok. kat taman johor jaya. dewan baru. parking inside building ok. mmg modenla. sy tergerak kol dewan tu semalam. (dewan kol - BPH tak reti plak kau nak kol). and turn out that date 29hb January @ sabtu - dewan tu free. sy nak 22hb tapi.. sy dah hire photog. kalau buatnya tarikh 22hb tu dia tak free - tak ke burn deposit sy itew? 
kenapa sy tak survey dewan ni awal2? oo..sebab sy tak tahu kewujudannya smpaila kawan sy - hairil bagitahu. mase tu plak sy dh bubuh deposit kat dewan jubli intan. sebenarnya dewan jubli intan tu perfect. locationla. dalam dia pun ok. tapi 1 one tiny minny problem - majlis sy ari ahad. ari sabtu tu ade kenduri kawen lain. concern sy adalah - bile mak andam sy nak start pasang2 pelamin. susun2 meja. hiasan dewan? kompemla malam. and kenduri yang sabtu tu tak taula kul bape dia leh angkut2 barang2 dia kan... sejak drpd detik sy bubuh deposit utk dewan jubli intan tu - bende ni asik merungsingkan saya. :(
berbalik kepada dewan johor jaya ni - lokasi dia je kureng sket. i mean orang jb boleh datang. (kalau sy buat kat ceruk kampung pun org jb takde masalah nak dtg sbb tau jek bende alah tu kat mane). tapi kwn2 sy dr KL? Lokasi dia je agak complicated sket compare dengan Jubli Intan yang sy rase sgt senang nak bagi direction. :) 


so.. ape pendapat anda? boleh ke sy nak ubah lokasi..? dewan kat jb bukan mcm kat dewan putrajaya ok. lokasi senang, cantik.. kat jb ni very a few dewan cantik + lokasi yang sgt perfect. :( 
so.. terima kasih di atas pendapat anda ye. :)

Sunday, August 22, 2010

s.a.y.a.s.u.k.a.!.

semalam sy takde buat ape2 pun psl wedding sy.
actually takde plan pape. sy bangun jam 10 pagi dan terus pasang citer chuck dan langsung tak berganjak. mls sangat nak bangun. sedang berfikir nak pegi mane2 -last2 decide pegi mid valley. nak survey handbag. tanya mila if dia nak join - then dia join gak.
bukan ape ade pun nak survey. sy plan nak survy handbag GUESS sebab tgh sale kan. mane tau leh mengambil kesempatan ke atas sale raya ni kan? sy nyaris beli wallet GUESS tersebut di saat sy ngak ade duit ini. :( sabar ye umliyana.. nanti anda akan ade duit. :)
then survey rantai dan cincin kawen. jangan salah faham ye - rantai untuk sy dan cincin untuk cik mila. dia nak cincin kawen. dan sy pun mmg nak bagi dia. sy suka dia pkai cincin. rs mcm dia milik sy.. cewah! hahaa
setelah beberapa kali round akhirnya mila belikan sy handbag. dalam plan asal - sebenarnya nak beli kasut as one of hantaran. tapi mila cakap lagi berbaloi dia belikan sy handbag dr kasut. actually sy tak kisah. memane pun ok. sy pick kasut sbb pada sy lagi senang cr kasut murah dari handbag murah. jimat um! jimat!
cincin mila - sy ade jumpe yang sy suka dan mila suka.tapi harga dia  - mcm boleh beli cincin emas 916 ok. padahal cincin suasa je. tapi sy suka cincin tu - tapi jugak sy bersetuju ia tidak berbaloi. :(
jumpe rantai yang sy suka juga. mila ckp tunggu next week je. nanti dia belikan. sy suka! no worries. ianya murah saja. kami dengan sepenuh jiwanya cube menjimatkan kos ye.:(
akhirnya tahu apa yang buat saya sangat suka? 
- sy dah dpt photog yang sy nak! sy br je jumpe dia tadi. dia sgt ok, peramah (not too peramah) and he looked humble. sy suka. sy kompem amek dia untuk majlis sy!kompem! no change! tak kisahla family sy tak nak - sy nak jugak dia! hehehe... :)
saya suka!




p/s : sy still risau. sy takde jumpe my white dress. the right one. :(

Friday, August 20, 2010

d.o.o.r.g.i.f.t.s. (p.a.r.t.II)

kawan2 dan kakak saya telah membantu sy mencari list doorgifts yang saya perlukan.
sangat suka. tapi sangat rambang mata okai. 


kat bawah ni saya dh shortlisted a few :





  • Kaktus ( Idea saya cedok ms kenduri Mae)

  • Muffin (kakak sy ckp mak sy ade kenal orang yang buat sedapppp)

  • Box + Coklat / gula ( box mcm entry sebelum ni)
  • Baldi + Gula2 Fox (Favor Essence)

  • Brooch / Gelang (VIP)

  • Butang Baju melayu lelaki (VIP)

  • Box + tasbih (saya menerima cadangan yang sama dr 2 org berbeza)

  • Cd lagu (untuk kawan2 cumel - utk makcik2 sekampung tak ke kene kutuk?)
  • Paper Bag + Muffin + Telor Pindang (Ini adalah cara yang sangat biasa dibuat - mak sy pasti suka)
hehe..itu je kot. korang leh vote tak? first choice saya - Fridge Magnet and then Box + Tasbih. 
sy try attached gmbar sekali. :) 


* pics are from favoressence, cynthiamosser,wearepajamas.wordpress etc..


Tuesday, August 17, 2010

d.o.o.r.g.i.f.t.s.

hi.
umliyana masih berada di opis kerana di luar hujan dan dia tak tahu nak berbuka apa. :(
takpe. untuk menghilangkan kebosanan - sy surf tenet lagi. (padahal arini dia tak produktif gilerrr)
mencari idea tu untuk door gifts.
bile sy ckp sy takde idea - means sy betul2 takde idea. 
sy tak tahu door gifts ape yang menarik nak bagi kat org.
kakak sy ckp brooch untuk pompuan dan butang bj melayu untuk lelaki.
hehe - menarik2. sy boleh senaraikan. 
sy ade la bajet tapi kakak sy ckp apa yang sy bajet tu mahal sgt. huhu.. ku ingat itu sudah murah... :P
yang sy tahu sy tak nak yang bekas mcm vantage tapi bukan vantage tu. 
tak tahu nape - tapi sy rase bende tu biase sgt.
mungkin boleh beli tu tapi dalam bekas tu kene letak something. kan? jap2.. itu sy jadikan pilihan terakhir sy. yang sy tahu sy nak paper bag cumel. ala.. paper bag yang boleh tutup ngan strap tu. ala.. jap sy cari gmbar dia kat tenet eh. hah.. ade pun. tapi yang ini tak berapa cumel.




pelik kan - sy dah tahu nak paper bag ape tapi dalam tu tak tahu nak isi ape. hahahah.. :P
korang ade idea tak? 
seriously - sy akan pertimbangkan semua idea korang (asalkan tak ngarut dan beharga rm10 ke atas sebijik).
sy ade tengok satu blogger ni dia bagi gelas ikea - letak coklat dalam tu - then reben. cumel tau! 
gelas kecik je. kiut je.. :) 
bagi muffin ok tak? maybe sy leh cr sape yang sggup nak bagi muffin byk2 kan.. :)
kotak bawah ni cute kan? :)




gengs - kalau aku nak suh korang pkai badge mcm ni korang nak tak? :P
cute tau.. :) i mean badge tu cute. tapi design tu leh ubah.
cumel tak?? :) (agak pasti mila dh pengsan skang - ntah apela awek aku ni demand lagi.. HAHAHA)






pls bagi idea ye. saya seriously takde idea nak bagi door gifts ape dia. thanks!


Monday, August 16, 2010

it's.final.

ok. semalam - saya dengan cik mila - memuaskan hati saya - pegi butik rins suzana. hahaha..
biarpun mila cakap - nak settle je ngan udaimatunnur tu tapi dia layankan juga kerenah saya nak tgk butik rins suzana tu. 
saya nak sangat pegi situ sbb sy dah tengok kat web - ade satu wedding dress yang saya suka. kaler dramatic purple - as requested by mila - sangat cantik. pada saya cantikla.. maybe pada kamu - biasa saja. 
tapi mila suka juga yang kat butik rins suzana tu. siap try ok. SA dia - sangat baik. peramah tau. hmm.. perasan tak sy suka komen psl SA kat butik tu? sy saya sangat senang terpengaruh kalau SA dia atau Owner butik tu sangat peramah dan baik. :) senang sy nak bercakap dan cot cet cot cet tak berhenti. hahaha.. owh! bukan itu tujuannye ye. haha.. tapi itu memudahkan sy membuat keputusan. (tapi bile tiga2 butik kau pegi semua SA dia baik - kau nak ckp ape kan?!)
anyway - as told by my friend - kiera - kene la standby rm3k-5k. hmm.. memang tak pegi jauhla harganya itu. especially bile sy demand baju yang new arrival. HAHA - sape suh berkenan baju yang kaler purple tu mila? huh! (mila juga.. yang kene..)
kakak sy kata jangan survey dah unless nak survey yang lagi murah. sbb so far - harga lebih kurang je. kalau lagi survey.. lagila.. banyak pilihan. lagila sengal.. hahahah.
takpela. sy tengah pertimbangkan ye. 
sy segan nak ckp keputusan sy.
nanti bile anda semua tengok takdela cumel sangat apa yang saya cakap - so.. malula i. hahah
so.. basically pilih antara 3 butik tu je. :)



p/s : skang - gatai tengok photog. i dah gatal gi tanya kudegraphy price dia - tapi xmenjawab la pertanyaan tu sbb dia ade job lain mase hari kawen saya. :) senyum ye ummmm...
nanti sy bagi list of photog yang sy dah tanyakan pakejnya. :)

Sunday, August 15, 2010

huhuhuhu...

pernah tak rase situasi mcm ni - nak sangat something tu tapi .. mmg tak boleh smpai rase mcm nak meraung?!
hmm.. ni semua gara-gara tengok website wedding vendors. huhu... sangat cantik. sangat jeles kepada pengantin yang mampu buat - huhuhu.. anda tak bole. bukan sbb tak cukup duit je tapi ade isu lain mcm cth : family tak suke arrangement mcm tu, cik mila tak mau etc la..
ye.. ye wedding ni bukan psl anda je ye cik umliyana. plus - lin pun dah pesan - wedding ni just one day event. ye otak sy proses dengan cemerlang statement tu tapi hati saya .... sedey!! (dramatikla ko um!)

anyway - tadi sy tak sempat pegi 4 butik pun. sbb ade something came up wit my sis - then i have to settle it for her. sy cume sempat pegi 2 butik jek. ni sy nak buat review sket.

1. Rumah kebaya.
- sy suka butik ni.Sitti Nur - owner dan designernya orang indonesia. sangat baik. sopan dan peramah. dia melayan jek saya yang suka cot cet cot cet nih. :) baju dia? huhu.. sangat cantik. dia hanya sediakan kebaya saja ye. nama pun rumah kebaya. mcm2 kaler ade.. dan cantik2. sy aim kaler putih tapi bile mila tengok dia ckp- tak mau. dia kata tak nampak bidding tu semua kalau amek gambar.. huhu.. sy tahula.. and sy ade berkenan dengan satu ni. sy nampak je sy terus suka. siap ade bunga2 pink sket. kaler putih but bidding dia lebih kepada purple pinkish mcm tu. sy sempatla fitting baju tu. sitti ckp kalau sy tak fitting nt malam termimpi2. hahaha.. :P mila ckp cantik. sy pun rase cantik. tapi - kesian nye kat sy - baju tu muat2 je untuk sy. xpayah fitting dah. tapi umliyana - awk tak leh gemuk. tak leh naik badan walau seinci pun sbb kompem pas ni baju tu tak muat! hahaha.. tang kain tu tak payah ckpla. muat2 je. rasenya kalau duduk boleh koyak tau. tapi kain tu sitti kata boleh besarkan sket. tapi untuk besarkan baju tak boleh ye. ingat ye cik um. Rumah kebaya ni ade promo smpai esok. kalau sy jadi amek baju tu - disc. 30% (betulkan kalau sy salah) - so ianya lagi murah dr budget dan expectation sy. disebabkan promo tu tamat 15 Ogos - sy kene bagitahu sitti utk kompem booking by 15th August. kalau tak harganya mahal sketla. :( tu yang sy pening sbb dia first butik sy pergi.. sy tak survey butik lain lagi. :(  - mila fitting gak baju lelaki tu - peh! nampak ganteng! hahaha. mila terus jatuh cinta dengan baju tu ok.

2. Udaimatunnur
- first skali - sy cakap customer service dia mcm rumah kebaya. tip top. peramah. baik dan sangat sabar. Kak zety. baju dia - semua cantik2. serious. tak tipu. mmg - rambang mata. sy ade berkenan dengan kaler putih tapi mila keep on comparing dengan kat Rumah kebaya. harga dia ok. but slightly higher than Rumah Kebaya and my expectation. tapi - baju memang cantik ok. mila dah berkenan dengan satu kaler dramatik purple. ahh.. bukan 1 tau. tapi dua yang sy dan dia berkenan. buat kami rambang mata lagi. tapi kaler yang sy nak takde. ade satu kaler mcm mase sy tunang.. cume rase rugi sket sbb dia takde ekor kat baju tu. ape eh orang panggil? ala.. baju tu kire tak de leret2 la.. but very very elegant!
bayangkan - baru pegi 2 butik. dah rambang mata! huhu! tak senonoh kan?

anyway - mase pg rumah kebaya - sitti buat promo juga yang boleh pakej ngan photography dari ahmad fairus. ahmad fairus tu husband Sitti. senang kan keje? husband and wife. gambar dia amek cantik. yang tak caya tu siap ade mcm briefcase tau - isi 3 album kawen. briefcase yang sgt2 elegant. :) dr apa yang sy bace dr bloggers b2b - ahmad fairus is one of well known photographer kat mesia. sy tgh tunggu quotation untuk photography dr sitti.
so far - sy ade fad manaf ( i love him), the photolicious (repo dia bagus. br kuar newspaper aritu), ahmad fairus, daniel haikal - tapi semuanya bergantung pada bajet. sebenarnya all of them quote price lebih kurang je but pakej yang offered tu lain sketla. ade free outdoor free pre-wed etc.. bykla.pokoknya kene pandai pilih.  ade satu photog ni - gambar dia sangat cantik - kudegraphy . kalau rajin boleh tengok.. kompem best. tp sy takut nak tanya harga. takuttt - huhu.. meraung sbb tak mampu! uwaaa!! HAHA ~ (yela.. dia wat job dengan lyndarahim ok? what do u expect? huhuhu)
 sebenarnya - first choice sy adelah taufiqshariff. tapi dia tak amek job kat jb - especially kalau dia tahu weds sy ari ahad - sbb dia bkn full time photog - (which is sy sgt sedey). so.. sy tak dpt nak shortlisted kan dia. :(
tgk tu um dh tuko topik.
anyway - sok akan ku pegi rinssuzana. last kopek. sbb sok juga sy kene decide! :)

p/s :mila tak bagik lagi tarikh belah dia!! marahnye saya!! pastu ade hati ckp nak settles dengan udaimatunnur. tarikhnya takde - mane la boleh nak kompem bridal! huh!




Saturday, August 14, 2010

o.u.t.f.o.r.h.u.n.t.!.



im out for hunting today!
bridal hunting. 


list of destination 
- rumah kebaya.
- udaimatunnur.
- dina halim.
- butik rinssuzana.


ni betul2 round satu mesia tau. (bukanla..)
dr subang ke bukit beruntung ke sg.choh dan taman permata K.L. :)
wish me luck!

Thursday, August 12, 2010

k.a.n.?

umliyana cube mencari tajuk yang sesuai di atas.
tidak ketemu ye anak2. :(
anyway - perasan tak yang saya tak ubah lagi tarikh kawen saya.
hehehe - bukan ape. saya berharap lagi saya dpt kawen 22hb.. :( menggunung sungguh harapan anda umliyana. tapi selagi anda tak nak beralah dengan dewan - selagi tu la anda hanya akan dapat 30 januari 2010.
actually - biarpun tarikh 30 janauri tu mcm dah finalised tapi - hmm.. tahukah anda sy masih gatal2 tengok tempat lain? hah - ni semua salah wafi. (adik sy!) dia suh tanya pulai spring resort. uwaaaaa... lawa tau tempat tu. kalau bole nak buat kat sebana resort - on the way pegi kota tinggi. tapi ingat hang kaya kah umliyana?!  anyway - sy tanya jugakla pulai spring tu. dia ade wedding package dan ade sewa kelengkapan je. tapi yang harga sewa dewan je dia tak quote kat lagi. dia just bagi harga wedding package. as low as rm588 per table. murah kan ? (ayat poyo semata..)
then mila - dia check kat tenet - kenduri orang buat kat dewan jubli. hihi - dia cube mencari gambaran. sian kamu. nanti sy bawak kamu ke sana ye. :)
mila ckp bile hias dewan tu dah cantik. dahhh jangan cari2 lagi. dia puas hati dengan dewan tu. ahad pun ahad la. dia tak kisahh. kompem dia nak dewan tu! :) yela..yela..  nanti um ubah ye counting tu cik mila? :)
abah cakap kalau sy tukar2 dewan lagi dia kensel jek buat kat johor. nikah je - malas nak pk2 majlis. abah sy ni suka main ugut2 tau. tak suka betul! 
aritu sy lunch (before puasa) dengan sherry. saje. dia tanya pasal baju sanding kaler ape. baju nikah kaler ape. hehe - sy cakap sy masih nak kaler putih for both. tak kire! sy tak nak baju sanding kaler2. sy tak leh imagine sy pkai baju kaler2.. ms sy kawen. :P then - sherry tanya psl malam berinai. ala.. kan orang selalu pkai cheongsam la.. kimono la..sari la..(kakak sy pkai semua tu ms dia kawen!). uwaaa!! um tak nak! saya cume nak pkai baju nikah dan baju sanding je. as u know - sy sangat la batu bab amek gambar. then - apa yang anda ingat sy nak pakai pelbagai baju then amek gambar? - no..no..no...
siap terpk - ms outdoor photoshoot - leh tak nak pkai baju casual je? ye ye.. sy tahu tak boleh.. huh!
sherry kutuk sy plak. huh! - pelik kah? sy rase skang org dah kurang dah buat aktiviti mcm tu kan? kan?
takpela. stick to the plan. sy tak nak baju2 tu. sy tak nak amek gmbar atas pelamin pkai baju tu - smbil
terpinga2 sbb tak tahu nak tunjuk muka mcm mane dah. :) sy tak nak ade malam berinai pun. buat ape malam berinai tu? bukan pkai inai masa malam berinai pung! :)
sy tak pelik kan?? kan?


p/s : pelik aku tgk iklan mega sale ni. tagline dia - celebrate indulgence inexpensively. huh- then tunjuk KLCC. tak tahu ke - mane ade kedai murah kat KLCC? huh! ntah pape!


Wednesday, August 11, 2010

p.u.a.s.e.

(conversation over the phone)


BF : hello.selamat pagi. 
GF : hello. boleh saya bercakap dengan encik mohd fahmi? 
BF : ya. bercakap. 
GF : saya telefon nak ingatkan awak..
BF : ingatkan ape ye? 
GF : tahun ni.. awak last puase bujang. hihi..
BF : huhu.. terharu...
GF : so.. baik awak menghargai masakan mak awk di waktu sahur ye. 
BF : ala.. kawen nanti awk tak masak ke?
GF : mila - awk tak penah sahur. awk bangun minum air then tido. tp bile kawen - awak nak saya masak? 
BF : HAHAHAHA..


last puasa bujang. (i.allah) lepas ni puasa berdua. :)
everyone in the office seems to remind me about that. huhu..
pape pun - enjoy every moment now umliyana!! you will miss it someday! :)


Tuesday, August 10, 2010

o.u.r.d.a.t.e.

selamat berpuasa kawan2!! :)


td sempatla pegi terawikh dengan min di surau kat umah tu. seriously - saya dah berzaman tak pegi terawih. i mean - beberapa tahun. last terawih masa kat INTAN then adela beberapa kali last year kot. itu pun tak begitu rajin. tak senonoh kan? 
xpe. azam saya puasa kali ni - berusaha semayang terawih um!! caiyok2!!


anyway - wiken ni  saya ngan mila dah berjanji mahu ngedets. ok. not actual ngedets - bulan pose dikk.. kurangkan aktiviti sosial tak berfaedah ye. HAHAHA - ye ke ummm?? never stops u before kan? takpe. azam ramadhan. azam ramadhan. back to topic - sabtu ni - saya dengan cik mila mulakan sesi bridal hunting ye. area KL je. since saya br dapat anak buah baru - no. 10 ok - lelaki lagi (i likeeee..) - saya bercadang ke Bukit Beruntung sekaligus melawat butik udaimatunnur. kawan saya ckp they quite priceyy.. its ok. saya nak tengok kalau ade yang saya berkenan. :) then akan tengok butik rins suzana di taman permata. saya ade berkenan dengan baju sanding dia (cadang untuk belah mila) tapi xtaula bape hinggit. try my best to find the lowest since saya nak photog yang huhu - (faham kan maksud sy?)  :(
but before udaimatunnur - pagi2 morning sabtu saya nak survey rumah kebaya. :) yeyeh.. harga dia mcm acceptable sbb tu cam berani nak tengok. (sbb sy dh email owner nya dulu.. hehe..) 


rasenya tu je. :) ehh.. korang ade tak pape info tentang sri angsana catering? saya tahu dia based kat KL tapi xtau if dia extend services kat JB. saya tengok web dia tadi - their price as low as rm8.00 per pax and max rm12 per pax which is complete with canopy, pelamin etc. saya rs mcm ok. cume tak sure - dia cover JB tak? saya try kol orang tu beberapa kali - no faie bagi tapi asik tak angkat. kak - xnak buat business kah? kompius..kompius.. 


ok. mahu tido. sekali lagi : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. :) amek peluang dibulan yang penuh keberkatan ini.. (insaf jap!). 

Saturday, August 7, 2010

w.e.d.d.i.n.g.t.h.e.m.e.

heeeeeelllllllllllllllllllloooooooooooooooooooo!
semangat nyer sharifah umliyana!! :P
saya br smpai dr jay bee. mak ai.. lemah lutut ok. ada apa dengan mesia smpai - jalan sangat banyak kete yang datangnye dr Singapore?! ade apa dengan malaysia skang ni? saya kompius.. :( 
ok. arini saya nak ckp psl wedding theme. ye.. saya tahu kita dh bincang topik ni.
saya mcm nak settle dengan tema : fuchsia pink with white. 
then - sepanjang jalan saya pk - kaler saya nak ni sangat risiko ok? 
pink ade banyak pink tau. ms sy pegi ke one of the bridal (entry sebelum ni) - saya nampak cth wedding dress kaler fuchsia pink - huhuhhuhu tak cantikkkk.. :( mungkin sbb kaler baju. maybe pelamin ia akan ok. maybe.. 
then sy mulalah google wedding theme. mencari idea tambahan. mungkin..


brown + pink. (mila suke kaler cokelat..)






modern red (biarpun dulu sy ckp tak sesuai untuk wedding tp bile tgk gmbr ni - cantik kan?)






fuchsia pink - i looooove it! (baju maybe tak berapa cantik but hiasan dewan shud be lawa gilesss.. :P)




yellow + white + black (not bad kan..?)






peach + orange + cream (mcm lain jek...)




seriously - i love this! 




peach or champagne kaler? 




cokelat?




pretty pink?






pink + black (huhu...sgt cumey!!)






aqua + red wedding ( tak terpk kombinasi ni boleh jadi cantik.. tp tgk gmbr mcm cantik!)




tula.. kan betul. bile tengok mcm2 wedding theme ni baru jelas sket - pilihan tu mcm mane kan?
yang sy rase accpetable untuk sy : fuchsia pink, dramatic purple and pretty pink. pape pun baju yang saya ingin pkai - kaler putih.so, saya amat berharap ia akan masuk dengan apa pun pilihan kaler saya nanti. :) 
kalau diberi pilihan - korang nak mane satu? :)
bile dah nampak kaler yang berkenan - barula senang nak ckp ngan bridal saloon kan? :)



b.r.i.d.a.l.

okla. hal dewan saya beranggapan telah selesai. ini kerana - sy kompem amek dewan jubli intan dan bertarikh 30hb. untuk kawan2 yang rasenya mcm susah nak datang ari ahad - saya faham. saya tak leh nak buat ape dah. saya redha je ni. ahad pun ahadla. kite bukan selalu dapat apa yang kite nak kan? :) sebenarnya saat2 mcm ni la - berfikiran positif je jawapan yang ada. so.. tak kisahla pape pun - buat yang terbaik dengan apa yang kita boleh dpt. lagipun dh usaha mcm2 dah.. even before buat payment tu sempatla pegi ke Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat kat area Angsana. dewan itu best ok. mcm dewan serbaguna tapi sangat kemas. tak besar sgt.. mcm okla. cuma bajet lari sgt2 untuk dapatkan dewan tu. so.. settles with what you got jekla.. :)
ok.. sementara saya mencari dewan - saya survey la bridal yang ade kat JB ni. actually kawan saya suggest dua bridal - satu kat area JAKEL which is bile dicari takde pun. (kwn aku buat ajaran sesat - hahaha) then lagi satu yang mmg glamer kat JB ni AZ Saloon. kalau tgk baju dia mmg jatuh cinta la.. cantikkkk.. pelamin pun okla kot. (tp sy tahu pelamin yg dia tunjuk tu akan bakal dikutuk oleh pn.didi - ahaks!) harga dia - hmm.. sebab dia tawarkan service as wedding planner - they arrange everything (baju smpaila makan) so mcm price tu ok. tapi sy tahu satula - pape pun anda boleh dapat yang murah di KL lagi ok. maybe sbb KL very competitive - so you can get best price at KL.
another bridal saloon - Exclusive di Angsana. baju dia ok.. cuma pelamin dia je kot - kurang sket. tapi marketing exec dia sangat baik dan sangat peramah. sy suka. :) harga? starting price RM4000++ dimana anda dapat 2 baju - sanding dan potong kek, hiasan dewan, meja makan pengantin, meja VIP etc.. pada saya agak reasonable la.. price yang dioffer dengan service yang dia bagi. butik ni ok since ms kakak dan abg sy kawen pun gune bridal yang sama. owner dia sangat baik tau cakap sopan je.. sy suka jugak.
anyway - terlalu awal nak buat keputusan pasal bridal ni. sy masih lagi mahu survey di tempat-tempat lain jugak. ade Delima Bridal, Adie Boutique, D'Pesona, Jendela mempelai (tak ingat nama dia) azm bridal, banyak lagi..
anyway - akhirnya sok betul2 balik putrajaya. mila dh bising. dr sehari ke sehari janji nak balik - tapi duk lagi kat JB. harapan agar problem dewan ni je saya jumpe sepanjang sy prepare for this. saya plan nak cari baju kat KL. ade a few boutiques - i have in mind. tinggal nak buat Bridal Hunting ngan mila je lagi ni..
okla. nak tidola.. penat merayap petang tadi pun xabis lagi.
daaaa...





Friday, August 6, 2010

h.a.l.l.h.u.n.t.i.n.g.

seperti tuan sedia maklum - (ye ke sedia maklum?) saya buat majlis sy di johor bahru. dan entry sy sebelum ini adelah - majlis saya pada 22 januari 2011. dukacita dimaklumkan bahawa saya terpaksa meminda tarikh perkahwinan saya. sebab? - TAKDE DEWAN!!! uwaaaaaaa!!!
susah payah saya bercuti pada 4 ogos - dengan niat sucinya nak setelkan pasal dewan. kan sy kol MBJB tanya kekosongan dewan - dorang cakap ms tu kosong. sy tak mintak tolong family members sy - sbb ingat dorang bz. and plus sy nak pegi sendiri sbb mcm banyak bende nak tanya la.. and sy risau tetibe dewan takde - mcm mane?
rupanya kerisauan sy menjadi nyata. pada jam 10.30 pagi sy tibe di opis MBJB hanya untuk mengetahui yang dewan idaman sy (idaman kah??) dah diboooooooking!!!! kecewa dan sedih sungguh. lagi menyakitkan hati :  sy tempah a few minutes lewat daripada insan yang telah rosakkan plan perkahwinan sy!! (sorry ye.. bang. sy cume mahu kedengaran seperti dramatic shj).  dan sy marah kat MBJB tu sbb rupanya tempahan boleh dibuat thru phone sahaja! dem! ms sy kol dulu tanya mcm mane sy nak booking? dia jawab " ok. untuk booking akak datang  ofis Pusat Setempat kami." kalau boleh gune tepon - cakapla : akak booking thru phone then dalam ms tiga hari akak kene buat payment! sengal! 
so seharian 4 ogos sy round JB cari dewan. sy mengaku - sy mmg cerewet bab ni. bab dewan ni. bukan ape - sy cume nak majlis yang sentiasa ada dalam imaginasi sy. dan sy harap sy dpt merealisasikan imaginasi tu. :( ye - nak cari dewan mcm kat putrajaya - jauh sekali ye. kat jb ni takde. sy paham. tapi pls - saya tak nak dewan yang mcm dewan serbaguna - lukisan court badminton pun nampak. sy nak dewan yang dewan. dewan untuk majlis atau exhibition. bukan untuk bersukan. then sy pun pergi la ke persada johor. 
silap sy disitu sbb sy tanya pasal - wedding kat persada johor. so.. dia bagi sy wedding package. sepatutnya sy tanya - dewan!! sy nak sewa dewan!! sengal um! ok anyway - sy share la price range dia. 

persada johor : rm700-rm900 semeja. iye kawan2.. maksudnya satu kepala rm70. ok.. yang ini kalau aku anak dato' atau tan sri atau aku kawen yang sewaktu dengan nya aku akan cakap : "i tak kire. i nak dewan ni jugak!". tapi sy tidak kahwin dengan mane2 yang disebutkan diatas ye kawan2. sy berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan gred 41. so.. tahula kan.. it is BEYOND or OVER budget.

so.. lagi sekali sy try Danga Bay. niat sy suci. sy just nak tahu price if saya nak kawen kat area RUMAH LIMAS. tahu kan rumah mane satu? rumah2 johor yang kat sebelah Danga Festive Mall. tapi end up - dorang bagi sy quotation wedding package kat Danga Bay Convention Hall. Ady - marketing exec dia sangat peramah dan baik hati ye. sangat melayan je. sy suka. nway - Danga Bay murah sket daripada Persada Johor. price range : RM588 - RM1288. opps.. lupe.. tu semua harga SEMEJA. tapi menu dia offer memang puas hati la beb. mcm makan seafooood restaurant yang mahal nyer tau!

then sy pergi juga Dewan UTM. Dewan Alumni. kawan saya - hilmy pernah bersanding di situ. sy pergi ngan noriah (oo..sy angkut noriah  balik jb) dan fizah (besfren sy yang keje kat utm). dewan tu mcm ok. tapi somehow rase mcm rimas. tak tahu nape. mungkin lighting dia ms tu kot. ntah.. tapi sy bet - parents sy tak suka dewan tu. harga dewan ni ok tau everything complete rm2000. okla kan? kalau kat putrajaya pun RM2500 mcm tu.. akhirnya sy tak jadi balik putrjaya 4 ogos. sy just amek cuti satu hari je. 

5 ogos - bangun pagi. amek umi kat hospital sbb dia br abis physiotherapy. breakfast kat umah jap - then terus pegi - HALL HUNTING. first destination - Dewan Mawar. Masa sekolah dulu - kitaorg penah  ade event kat Dewan Mawar. tak ingat event ape tapi sy jadi sukarelawan la. seingat sy - dewan dia besau dan best. nampak exclusive. sy suka. so.. sy pun pergi. hati dh frust dengan kegagalan hari semalam - so ms depan pintu admin office tu kitaorg siap baca doa. dengan harapan kitaorang dpt la dewan. ngupenya - tak leh sewa dewan ye. kene amek wedding package juga. tapi murah.. rm30 per pax. okla kan.. dorg prepare everything. yang sy perlu ade cume : baju cantik, make up cantik.. siap kek tiga tingkat free tau! but then abah sy cakap makanan tak sedap. dia kata amek tempat lain. lagipun mahal. kawan sy plak cakap - its too good to be true. takkan murah sgt untuk semua tu.. then bile double check. they do have flaws. flaws yang sy tak leh tolerate. dia takkan buat weds ikut tema kite ye. dorang dh tetapkan tema iaitu GOLD. so.. by hook or by crook that's the only theme will be prepared for us. sorry.. takleh tolerate k? tp sedeyla sbb dewan tu mmg best. 
then pegi dewan spastik. dewan sekolah kanak2 spastik. 
ade something wrong tentang dewan tu yang sy tak suka. 
nampak tak kemas. mcm - biasa. :( as usual.. sy yang cerewet. so.. reject.

then pegi Hutan Bandar. kekunun nak tanya - if they open for wedding. nope. tak bukak ye kawan2. sayang nye.. sbb view dia sangat cantikkkk!!
then sy pergi ke Royal Johor Country Club.
yang ini sy suka. dia bagi sewa dewan je. catering leh amek luar. suka2. harga pun murah. 
cuma satu je kelemahannye : dia tak leh confirm date yang kosong. sbb dia cakap event planner untuk 2011 tak kuar lagi. so.. takleh nak dahulukan wedding. dia cakap kalau ade event kelab dia terpaksa ketepikan tempahan perkahwinan. uish...uish..risiko plak kan? sayangnye.. sbb Banquet Hall dia ok. lampu dia lawa. hahaha.. chandelier dia sangat mewah. yela..country club kan..sebelah tu ade swimming pool. tapi risiko yang sy kene amek tu susah sket - so, reject!
then kami pergi ke Dewan Kampung Melayu Majidee. ok. besau.. tapi dewan tu nampak mcm lama. mcm tak kemas. secara terus terang - nampak  mcm terbiar. tapi sy difahamkan every week ade wedding kat situ. kompius.. but still - reject. 
then Dewan BandarDato Onn. Kat Kompleks Mutiara Johorland Bandar Dato Onn. ok.. overall dewan tu kemas. nampak baru. cantik. jenis : dewan serbaguna. so.. court badminton semua kelihatanla. tapi kelemahannya : dewan tu sangat2 besau. kapasiti 1200 orang sekaligus. so.. boleh imagine kan mcm mane besaunya dewan tu. sy suka sebab orang dr JB senang datang - dr KL pun senang. tepi Highway PLUS je. senang sgt. parking senang. tepi tu ade swimming pool jugak.so - dewan ni sy KIV. 
penatnye... then ms sy mengadu kat Facebook - kawan sy abe - bagi sy senarai dewan. dua dewan dr senarai tu sy pergi mase pas maghrib. 
Dewan TNB Kempas - dewan nampak baru tapi tutup. dia suh datang esok untuk tengok dalam tu ok ke tak. tapi environment dia cantikla. cuma - dia terletak di belah belakang kuarters TNB. mcm tak sesuai je.. but still - KIV.
Then Dewan BBU - ok. dewan ni tak kemas. tak nak. so - reject. 
so cube kire - bape banyak dewan sy survey selama dua hari ni. sy dah siap kemas barang nak balik pjaya arini tapi disebabkan dewan still tak dpt - sy terkandas lagi di JB. hehe.. takdela terkandas sangat pun. saje je bunyi dramatik. suka je terkandas kat JB. hahaha.. 
actually - sy dapat jugak booking Dewan Jubli Intan (dewan idaman yang sy citer memula tu!) cuma tarikhnya sudah lari. 30 Januari 2011. Hari Ahad. sy bukan tak suka buat ari Ahad. sy tak kisah. tapi concern sy adalah jemputan sy dari KL. yela.. esoknya isnin.. tak ke penat nak balik hari.. ? then keluarga belah Mila. ade yang dari Kedah tu. Ahad - Kedah keje ok. serba salah dibuatnya. then sy tanya jugak.. tarikh bile free yang melibatkan ari sabtu? hmm.. paling awal sy leh dapat adalah pada 26 Mac. dah bincang ngan Mila. dia ckp lama sangat la plak. lagipun dia faham dan sy nak dia faham - Mac adalah bulan kritikal untuk umliyana. Buku Bajet 2012 kene submit before 31 Mac ok. Report2 Aset etc pun ari yang sama. so.. boleh bayangkan - betapa porak perandanya dunia ku? bukanla.. Januari tak porak peranda tapi at least ms tu boleh bernafas sbb dah tutup akaun and waran peruntukan biasanya belum dpt lagi. ye .. ye.. sy tahu. ni kahwin. sy kene fikirkan pasal kahwin. tp sy tak nak jugak after kahwin otak sy punah berfikir tentang kerja. kan susah kan? 
so.. esok sy kene finalised everything. booking sy dengan dewan jubli intan berakhir esok. pastikan sy ade plan B if sy tak nak 30hb. huhuhu... nak tidola. mane tau.. dalam mimpi muncul Plan B. :)

p/s : thanks kawan2 yang bagi idea kat facebook. jasamu ku kenang!!