Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

m.o.o.d.

days to go : 141 days




sudah seminggu saya batuk. uhuk!uhuk! dan semalam - suara saya officially takde. huhu.. berusaha untuk tidak bercakap tapi apekan daya - kerja saya memerlukan saya bercakap. huhuhu.. dan arini umliyana takde sore lagi. tolong! isnin ade double miting back to back - pls..pls.. saya mahukan suara sy semula. nt dato BJ kutuk. huhu.. mcm mane nak present paper bile takde sore kan? uwaaa! 


anyway - last to days sy rajin melihat blog sorang b2b (bride 2 be) - ann. dia sangat happy go lucky. cara dia tulis blog dia mengingatkan sy tentang Pn.Suhana Azlin. ye.. mama mya tu. :) ok. dia br abis selesaikan perkara - kebenaran nikah di selangor dan johor. owh.. dia pun dr johor dan tunang dia dr selangor. so.. bile baca blog dia sangat membantu. dia citer as details as possible. so.. at least sy dah dpt gambaran  mcm mane bentuk permohonan tu nanti. 
nway - saya dh dpt dewan! ari isnin - sy mintak kakak sy pergi ke MBJB utk setelkan dewan Jubli Intan yeyeh! sy mls nak pk tempat lain lagi. utk tetamu yang bakal sy jemput - ampun ku pinta kerana anda bakal berdepan dengan masalah parking disitu. tapi jangan risau - akan ade pasukan RELA yang akan facilitate anda. (sy harapla!). if isnin ni takde perubahan atau sy berjaya booking - yeps my wedding will be on 22nd January 2011. ye kawan2 - sy definitely akan jemput anda. so - mark your diary! 
sebenarnya - sejak seminggu ni rs sangat down nak prepare pape psl kahwin. sebabnya? bc bende bwh ni :


um : umi, um dh kire bajet untuk kawen ni. huhu.. RM...K lebih. huhu.. 
umi : uish.. kawen mmgla byk belanja. 
um : tula umi. um ckp nak kawen kat siam umi tak bagi - hahahahah


itulah perbualan sy ngan mak sy - membuktikan sy mls nak prepare psl kahwin sbb tgk angka dia je dah boleh buat insaf kejap! huhu..
tapi dalam malas2 dan takde mood saya sangat suka satu photog ni. dia amek gambr sangat cumel dan cantik! (tahukah anda - sy tak suka tak amek gmbr kawen outdoor dengan memakai baju kawen?huhu.. tak tahu npe..) dan sy br tahu (dr blogger b2b) - sekarang adelah trend untuk amek gmbr pre-wedding. dan photog yang saya suka ini - fad manaf - dia amek gmbr pre-wedding sgt cumel. and usually bride to be akan mintak gmbr pre-wedding dengan tema - zaman sekolah, zaman 60-an, mcm video clip Akim pun ade . mcm2la. seronok juga tengok. :) 


tapi tula.. kalau ade duit - anything pun ok. buat majlis kat persada johor pun boley kalau ade ongkosnya. :) 
sy rs awal puasa sy nak cuti balik jb - and start survey butik mak andam kat JB. sy ade berkenan satu ni tapi baju dia offer tak tahu cantik ke tak. so.. awl puasa ni nak buat survey. bak kata che2 pastikan after raya - semua bende saya dah fikirkan telah di tempah. kalau tak - berebutla nak cr mak andam, photographer dsb. 
sy rase nak tgk when harry met sally la.. nanti smbung k? daaa..


pic - credit to flickr fad manaf.

Monday, July 26, 2010

l.i.s.t.

days to go : 147 days


im back. setelah depression sy di atas pembatalan cuti sy berakhir. 
(dptla majuk ngan mila satu hari)
anyway - arini sy cuti. mulanya cuti sebab nak settle kan a few things - but end up berselimut di rumah kerana demam. dan terpaksa setelkan a few keje opis di rumah. (thanks syeena kerana melayan semua kol dan msg sy!). 
tahu kah anda date reception sy belum finalised? hmm.. not my side. tapi belah mila.
sy dpt a panggilan dr photographer utk kompem date - tapi tak dpt juga.  belah sy insya allah 22 januari 2011. tapi pape pun pastikan dpt dewan utk make sure tarikh tu benar2 terjadi. 
arini sempatla buat senarai - things to get done before we get marry.
paling aku kompius adalah kebenaran kahwin. ade ke kebenaran kahwin?
sape kene dapatkan kebenaran? mila atau saya? huhu.. its 6 months ahead - simple things pun tak tahu. huhu.. takpe. akan ku dapatkan maklumat dr kakak ku. dia kawen dengan org KL juga. proses 4 tahun lepas tak berubah kan?
then - isu dewan. susah rasenya nak setelkan bab dewan ni bile anda berada di johor bahru. saya masih sedang fikirkan di manakah dewan yang best nak buat. sy rase dewan paling senang dijumpai - Dewan Jubli Intan. kat tengah bandar JB tapi parking dia mmg mcm haramla. rs mcm kesian kat tetamu yang dtg. lagi plak - arrangement. sy nikah 22hb kan.. then sempat ke after nikah majlis sanding kat  dewan? tak rs mcm rushing.. ? i wonder... sy mmg avoid waktu cuti sekolah sbb kompem - sy takkan dpt dewan dalam ms 6 bulan ni. 
mila ckp start bulan puasa br jalan2 cari bridal saloon. (sy masih belum let go impian sy nak ade baju sendiri) sy kene cuti sbb bridal saloon kat jb. so.. it will take at least 2 hari nak setelkan dewan dan mak andam. ye ke? kalau tak jumpe mak andam yang aku berkenan? 
photographer yang aku suka dah jumpe. tapi seems like he refuse to do job outside kl. :( rase sedihh plak. sbb sy betul2 sukakan dia..
huhuh... kat mane nak start ni... 
anyway - rasenya dh final tema wedding sy. ok kan pkai pink juga? hehe.. 
tapi sy nak pick fuchsia pink. :) mesti cumel.. :P


Thursday, July 22, 2010

s.a.y.a.s.e.d.e.y.

hmm...sedey.
backpack travel saya tak jadi. 
adik dia convo. (congrats fara!)
saya sedey. 
sy dh book tiket. dah plan nak pegi singapore.nak buat passport.
saya sedey.
saya tak nak ckp pape dah. :(

t.h.e.m.e.

days to go : 151 days


ya allah! malasnya nak memulakan semula segala pencariannya. 
nak start ape - nak mula dengan ape - semua tak de idea.
ade orang ckp ngan sy - start small. pk kan tema kahwin anda.
tahu kan kami bukan lama sangat tunang pun. 6 bulan. okla.start small.
apa dia theme perkahwinan anda umliyana? 
tema kahwin - bende paling simple pun tak tahu. hahah.. bukan ape. sy ni tak byk kaler sy suka. 
putih. pink. merah. purple.
merah - tak sesuai untuk weds. (dalam imaginasi sy - merah too bright for a wedding)
putih - my dress will be white.
pink - this is my first option (tp tunang dh kaler pink)
purple - mila dah cop untuk kenduri belah dia. :(
kan..? sy memang takde suka kaler yang pelbagai. no wonder la staf sy semua panggil sy cik putih. putih dan pink adelah kaler paaaaaaling sy suka. 
ade cadangan tak?
sementara memikirkan tema yang sy cadangkan untuk weds sy -  sy dan mila ingin melunaskan plan kami yang dah sekian lama nak buat tapi tak buat2 jugak. so akhirnya decide - after tunang kene execute jugak plan ni. kalau tak smpai bebile la takkan buat. 
plan : naik tren pegi dan balik jb. 
tak tido jb pun - just tido dalam tren. plan ini akan di-execute-kan sebelum puasa. yeyeh! tak sabar rasenya nak buat backpacking travelling. :) 
ok. promise. smbil tu pk psl preparation ok.
anyway - korang ade idea tak kaler apa yang sesuai untuk majlis resepsi ku? :)

Monday, July 19, 2010

e-d.a.y.

days to go: 153 days




pada 17 julai - saya selamat bertunang dengan mohd fahmi. hehe - sy still panggil dia mila. dia cakap okai!
haha - majlis saya? ok. tapi preparations - horror. :)
jumaat malam tu tidor kul 4 pagi sebab terlalu penat untuk tutup mata. 
yanti dan min ade di rumah mendecorate - hantaran. 
pagi2 tu bangun pegi alamanda sebab cari buah2an. buah untuk hantaran ok!
then pegi rumah transit. sbb abang saya akan stay di situ. 
lepas tu balik umah - angkut segala harta yang ada dan gerak ke rumah munaz.(kakak sy)
smpai umah kakak lebih kurang kul 11.30 pagi - buat hantaran semula. ade yang tak dpt disiapkan. 
then mak andam datang untuk mekap. 
dalam kul 12.30 br start mekap.  pastu ade kesilapan teknik sket - make up lagi sekali. mase ni duk gelak2 je sbb macam kelakar plak cuci mekap lagi pastu tambah mekap lagi. 
paling sakit hati - bile tudung tu takleh nak straight. huhuhu...
2 kali pakai tudung. sedey gile. orang dah smpai semua aku masih lagi terkapai2 pkai tudung. sib baik by the time suh aku turun tu aku ok dah. 
anyway - always use my best left side. :P


pape pun - thanks kat semua kawan2 yang datang.
thanks min sbb tolong amek cupcakes.
yanti sbb amek gambar cantik. 
yanti dan min sbb bersengkang mata hias hantaran.
paling utama - family saya yang tolong arrange majlis ni.
its nothing without any of your hardwork. :)


nak rehat jap. rehat drpd pk pasal majlis. sbb sy sdg sangat tak semangat nak pk kawen. 
nak rileks. nak enjoy the moment - jek.  :)


Friday, July 16, 2010

l.a.s.t.m.i.n.u.t.e.

days to go : 156 days


for engagement : tomorrow!!


arini saya bercuti. dengan hajat nak men-setelkan semua bende di saat2 akhir. 
sebagai contoh : cakes, bunga, buah-buahan dan iron baju tunang saya. um..um.. paling basic baju tunang. yang kau baru nak iron tu kenapa?! - huhu.. ntahla. baju tu tak penah kuar dr almari baju saya sejak saya amek dulu. :) 
kuar seawal jam 9 lebih ke petaling street untuk amek bunga dan beli bunga. 
bawak min sekali. rambang mata okai. beli banyak tak hingat. tapi papepun harga baru rm34.50. boleh beli lagi ok. amek sekali sirih junjung dan hand bouquet. cantik sangaat!! saya suka!








then balik pjaya just untuk letak bunga dan antar min. 
pastu - pegi ke umah faith untuk amek kek hantaran mila.huhu.. sgt cute dan cumel. 
berkali2 bukak kotak tu just nak tengok kek tu. heheh.. cantikk!!




then - pegi ke umah kak anna untuk amek cupcakes hantaran um plak. :) cute!! kaler hijau putih. sangat cute. :) 




ok. petang saya berakhir di situ je dulu.
pasni amek baju dan beli buah2an. pastu kene decorate hantaran yang langsung tak buat any decorations. 
then pegi TTDI - amek cupcakes untuk bagi kat tetamu esok. :) 
some are pics saya sempat amek untuk aktiviti saya arini. :)
wish me luck!


Tuesday, July 13, 2010

t.i.k.t.o.k.t.i.k.t.o.k.



dear - i know. you're nervous. chill ok?
i'm more excited than nervous. :) - hahah
nope. i'm more worried than nervous.
makanan cukup ke. khemah etc. 
mini dias - ok ke nanti. make up?.
hantaran? 
but - this saturday is more than just majlis tunang.
is us. we will take another step in our relationship.
so that's the most important. :)
ok. chill out ye. relax. tarik nafas. lepas. 
dah ok? - sekarang pegi buat keje!


Sunday, July 11, 2010

k.r.e.a.t.i.f.

days to go : 161 days


huhuhu - saya di Enggor. Bagi ceramah untuk induksi umum kump. sokongan II. sib baik esok dah balik dah. saya sangat tak senang hati sebab saya nyer hantaran tak siap lagi. sebenarnya tinggal buat reben dan ikat2 apa yang patut. selebihnya - nak tak nak memang kene setalkan jumaat sbb fresh flower baru nak beli ari jumaat. jadual jumaat tu agak sibuk la. :( amek 2 jenis cupcakes. kek hantaran. sirih junjung + bunga tangan + bunga untuk hiasan. 
semalam sy dah setelkan semua tray hantaran tu. bukan susah pun. cume leceh  jek main tampal2. bape kali jari ni rs mcm melecur sbb terkena gam panas tu. last aku gune bende alah pistol gam tu adelah 4 tahun ke 5 tahun lepas. masa kakak aku kawen dulu ok. so - agak bangangla saya menggunakan bende alah tu. sib baik tak kecah umah aku kerjakan. min awal2 dah pesan jangan kecahkan umah bile buat kerja. :P 
saya nak amek gambar bende yang saya buat. separuh tu - tapi laptop sy ni bluetooth dia tengah sengal. so.. xdapatla saya nak tunjukkan hasil kerja saya yang kunun kreatif. :P
saya beli coklat2 untuk hantaran. rase nak nangis tengok coklat yang dijual di The cocoa tree tu harga 2-3 kali ganda mahal dr apa yang kat langkawi atau at least the zon kat jb. tapi saya belila juga. rm24 - saya dapat semua coklat campur2. okla tu. saya suka. sbb at least nampak penuh skt balang coklat saya. hehehe..
okla. saya br smpai enggor. mahu golek2 sudah.. :P



Friday, July 9, 2010

s.t.a.r.t.s.

days to go : 163 days


malasnya saya nak start menghias hantaran. maybe sebab saya tak dapat lagi tray yang saya sewa drpd kak marlisa. so..semangat tu kureng. sy br tunjuk min brg-brg yang menunggu untuk dihias. hehehe.. sudahkah sy cakap yang min dan yanti dilantik membantu didalam hiasan hantaran. heeheh..tolong ye. cik mila pun dah hias hantaran untuk awak ok. awak ni um satu bende pun xstart.. uish..uish..
sy dah amek pelbagai gambar hantaran. tp nak start satu2 punyela payah. huhuhu...then sy decide nak guna fresh flower so mcm lambatla nak betul2 nampak ia cantik kan? 
majlis pertunangan sy - petang. so, sy baru nak beli flower hari jumaat. dan hiasan akan dimulakan pada pagi sabtu atau awal2 pagi sabtu.
didi tanya - dah bape kali try baju tunang? hah! suprisingly saya baru sekali jek try baju tunang tu. ingatkan jumaat cuti (consider as today) nak menggatal try baju tunang, tudung dan selendang yang baru beli. hehe.. sy sangat suka. :) excited tak hingat kan? kan betul - saya dah tak nervous. cuma gedik je. :P
sabtu ni nak cari coklat kot. and bekas nak letak coklat. maybe tambah reben jap sbb min ckp mcm tak cukup. :( 
heheeh - lagi bape ari ye kawan2? iye.. lagi 7 hari. seven. still tak finalized mini pelamin ni.opps!




Tuesday, July 6, 2010

d.r.e.s.s.e.s.

days to go : 166 days


ok. saya tahu mcm awal. tapi tahu kan - bile cakap pasal wedding it always associates with finding the right dress on that day. mcm sy penah cakap dekat kawan saya are-u - wedding day is the day that been dreamed by every girl since age 8! (aku quote ayat monica dalam citer Friends). saya saje nak tengok. saya suka tengok wedding dress. especially western wedding dress. it just look gorgeous. and i hope that i can wear it ! (this totally berangan!)
firstly - saya berangan nak wedding saya kaler putihh. totally white. and ade sikit pinkish - purplish (is it even a word?) maybe pinkish yang sangat pale utk match dengan putih. pale huh? kawan saya fizah sy menyampah dengan choice saya. dan saya memang nak wedding dress kaler putih! tak kire! 
so.. saya tengok bride bloggers nyer blog. huhu.. jeles... mostly dress dorang tempah. sebenarnya lagi puas hati tempah sebab dapat apa yang betul2 kite nak. kan? tapi.. harganya??huhuhu.. last time i asked  rm4k. and one of designer yang buat sangat cantik minimum charge is rm2k - depends dengan design dan manik2 kat baju. (kain sendiri beli ok!) masih lagi survey. . kalau affordable ingin sekali saya tempah. sekali je kawen beb. (ayat sedaapkan hati).
ade juga yang saya suka dan ia hanya perlu sewa sahaja. harga dia ok. RM1k. for bride and groom. mila setuju nak pegi tengok. hmm.. tapi mila ckp after tunang br bolehh. kat sini - sy attached a few wedding dresses yang saya sangat suka. (first one sy suka adelah spt entri yang lepas).pls vote! :) 





 


: pics from armaweddingcouture, wedding inspirasi, diahlicious and shamsultahir:




Sunday, July 4, 2010

s.h.o.p.t.i.l.l.y.o.u.d.r.o.p.

days to go :  168 days




semalam do some shopping. hehe..nilai - kenduri sue-mid valley. ingat kan nak letakkan slot Semua House kat dalam list shopping place tapi tak jadi. sbb takut balik lewat sgt sbb parents aku ade di sini. :)  tapi itu pun shhopping tahap sakit kaki ok. huhuhu.. 
memula pegi Nilai. pegi dah lewat sket sbb aku siapkan chicken caesar salad untuk kakak aku. saje nak bagi kakak aku test makanan yang sihat dan sedap. haha ( tp dressing caesar salad tu beli je). so.. aku ngan mila gerak ke Nilai lambat sket. janji ngan mila just nak pegi 2 kedai je - zc dengan thank u tu. tapi KK Deco Mart ade sale ngan ada butik aksesori yang baru aku pegi tengok. so melarat dari target jam 130 shopping kami berakhir jam 2.30 petang. mila dah bad mood. we're supposed to go sue's wed at 2.00. so..mila bad mood. semuanya gara2 aku excited tengok kedai murah. hahaha..  ok. kat Nilai aku just shooping reben, polistrin - mostly barang utk perhiasan hantaran je. aku siap kol min dan yanti (aku mintak tlg dorang utk hiaskan hantaran). berhabis almost rm200  for both of us. :( duit..duit..
then pegi kenduri sue. kami smpai tepat jam 4 petang. hehe.. majlis dah abis ok. just tinggal family je. huhu.. tak senonoh. :P
after that - mid valley here i come!! :)  ade pameran pengantin as i told you earlier. agak meriah la pameran tu. tapi dis time nampak banyak photographer  yang join. kami takde buat ape2 reservation pun.. sebab otal full occupied dengan tunang kan. so.. just pegi pameran pengantin nak tengok bridal yang ade. amek no phone. in case kami berminat. :) and happen to be yang aku berminat semua mahal. hah! then beli barang hantaran mila - loreal products for men ngan baju yang mila sesuai nak pkai dengan majlis tunang nanti. (since suggestion sy untuk suh dia pkai baju melayu tidak mendapat sokongan ramai). so..berbelanja lebih rm100 la. huhu..duit..duit ..dan duit.


so arini pegi cari tudung dan hiasan untuk letak cincin. yeps! jumpe tudung cumel kat Gulati's. aku nyaris nak terbeli tudung bawal yang harganya rm150.00. huh! rasa tak berbaloi tudung mahal2. kat GULATI's tu ok harganya. plak tu aku daftar as member. so dpt discount. :) suka!  tapi basically shopping ni okla. sebab kami pun tong2. so beban tu tak terasa sangatla. :) pegi ke Gulati's sajala tengok kain french lace. sbb aku ada berkenan dengan satu baju pengantin tu. sangat cantik ok. oo..rasenya mcm dah bagitahu kat entry sebelum ni. so.. gatal2 la pegi cari kainnya. huhuhuh... paling murah aku jumpe rm300 per metre ok. huhu.. itu pun sbb happy hour. kalau tak harganya rm450 per metre! huhu.. mahalnya!
hehe.. im past my nervousness. skang dah excited! hahaha.. 


p/s : pics from cherish this moment blog. cantik kan dia? 




Thursday, July 1, 2010

S.a.y.a.N.e.r.v.o.u.s.

days to go : 171 days




ok. saya nervous. cheche yang datang umah tadi asik mengingatkan saya yang saya cuma ada 16 hari saya lagi untuk persiapan majlis pertunangan saya. ye..saya nervous. cheche buat saya tambah nervous. so.. let me list down what things to do (yang tak setel) :


1. tray hantaran - payment tak buat lagi
2. alas dulang - payment tak buat lagi
3. reben
4. tudung
5. hantaran untuk mila - ada satu benda yang 
6. finalised pelamin - payment tak buat lagi
7. finalised cupcakes hantaran - payment tak buat lagi
8. dulang hantaran - pinjam
9. finalised cakes - faith. 
10. finalised cupcakes utk tetamu -payment tak buat lagi. 
11. bunga untuk hiasan hantaran - beli 16 july nanti


itu je kot. (actually sy tak leh ingat pape)tapi xtau nape.. saya rase mcm ade benda tertinggal. dan saya takut ada benda tertinggal. atau pun ni cume panic attack. ye ke? mila busy. dan saya rase if saya start ckp tentang kerisauan saya - mila akan stress. (dia lagi senang terganggu dr saya). dan lagi teruk bila saya stress dengan kerja saya. saya tak fokus. saya nervous. seriously - i'm nervous. :( 
biarpun hanya majlis pertunangan - but i dont want to miss a thing. :(
bile saya pk.. maybe sy nak ia jadi perfect and apa yang saya nervous if it doesn't turn out as what i expected. (yups..u know its hard for me to get the approvals. so when i get one - i want to make it as what i dream)


stop bite your nails um!!(bad habit bile nervous)