Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

p.a.m.e.r.a.n.p.e.n.g.a.n.t.i.n.





days to go : 172 days


saya penah nyatakan dulu yang - saya pernah experience ke pameran pengantin. but first time saya pegi untuk berangan. second time saya pergi sbb nak tengok apa menarik ntuk majlis pertunangan saya. then 2-4 julai ni ada lagi pameran pengantin di midvalley. ha..saya sangat excited nak pegi!! :) 
bukan sbb saya nak prepare pape untuk majlis perkahwinan saya. (since sy plan buat di jb so sy tak rase pameran pengantin disini tak byk membantu saya). tapi.. saya nak check juga. sebagai contoh : kad kahwin. photographer. persiapan untuk majlis bertandang.  mungkin orang akan ckp mcm awal jek sy nak buat pape.. tapi untuk orang yang mempunyai kerja mcm saya - hujung tahun adelah nightmare- saya dah meletakkan bulan 10 sehingga bulan 1 adalah tempoh saya bertenang dr stress kahwin tapi berdepan dengan stress di tempat kerja. huhuhuh..


anyway - if perasan saya ade letak gambar pelamin purple early june aritu. pelamin tu saya survey harga dia. 
RM3,450. termasuk make up dua kali, bilik tidur, meja beradab, pelamin nikah, aisle, arch ape ntah lagi. basically takde baju sanding sbb saya rase nak cari baju di KL. ( i have some in mind). mahal kan? tapi bile saya survey ditempat2 lain (bridal di jb) - kebanyakan pelamin yang dipasang didewan semuanya harga cecah rm4000. :( hmm.. tak murah kan? 


ala..gigi mcm sakitla plak. :(

Tuesday, June 29, 2010

i.d.e.a.s.

days to go : 173 days.


sejak mula buat perancangan pasal pertunangan dan perkahwinan (ye ker?) - saya sangat rajin buat blog hopping. (betul ke istilah ni). dan agak mengejutkan saya apabila sebenarnya banyak sgt orang yang suka buat blog specifically citer pasal arrangement kahwin dorang. sangat cumel dan sweet ok?
dorang bukan je citer psl arrangements tapi pengalaman dorang deal dengan mak andam, catering etc. ade yang sangat mewah wedding dia dan dia sangat cantik (saya sangat jeles!!). ade yang bagitahu tips mcm mane nak buat photoshot yang menarik. huh.. jap lagi saya copy paste kat sini. 
basically these are bloggers who shares their experiences to people like me - so, i will take it as guidance, taking some ideas and learn something from it! sampai ade satu blogger ni baju sanding dia sangat cantik dan saya rase nak tempah exactly same! cuma bile sy belek2 lagi - saya kompem dia nyer mahal. huhuhu.. keje kat oversea - kawen kat hotel. so.. hang ingat baju sanding dia rm1k-2k kah? takde maknanya. tapi seriously baju dia sangat cantik. huhuhu.. sangat suka! ( i take it as jodoh saya yang tak kesampaian). 
ok. kat bawah ni tips photo shoot yang dicadangkan oleh maira which dia amek ni from TheKnots. saya sangat suka baca blog dia. rase mcm kenal dia bile baca citer2 dia. :) 
daripada list ni saya rase sy suka - 2,3,5,13 and 14. kot. hmm.. rasenya semua saya suka. 
dan saya telah menambahkan list bloggers yang sy suka ditepi itu supaya sy boleh hupdate citer dorang. 



  1. Wedding dress hanging on the wardrobe, on the bedpost or over a chair
  2. Bridesmaids / mua going bride's hair and make up
  3. Bride and bridesmaids getting dresses, applying makeup
  4. Mom helping bride with one last detail such as veil
  5. Full length shot of bride in wedding dress checking herself put in mirror
  6. Detail of clothing, shoes, garter, something borrowed, something blue
  7. Touching shot of bride with parents during solemnization
  8. Touching shot of bride with siblings
  9. Bride hugging honor attendant
  10. Bride with bridesmaids
  11. Bride with all the women
  12. Intimate shots of bride and groom chatting with/crying with/hugging parents/ and siblings pre ceremony
  13. Bride ready to go
  14. Close up of bride's adorably nervous mug waiting for her other half
  15. Congrats hots : bride and groom hugging, laughing and crying with good friends and family
  16. Bride and groom in LIMO backseat.


Friday, June 25, 2010

~

GF : kwn saya tu lembut sbb tu sy rase tunang dia rase superior. then suka buli dia. 
BF : ala..sebab tu ke awak suka buli sy?
GF : sy buli awk ke mila? ... (smbil menunjukkan pisau potong steak)
BF : uish..tengok tu!


BF : nape awk suka saya?
GF : sebab awk sengal..
BF : :(
GF : japla..sy pk. hmm... sy rase sbb bile org usik awk, muka awk malu, then telinga awk merah.hahaha..sangat cumel! sbb tu sy suka buli awk. 
BF : kan betul awk suka buli sy..

days to go : 177 days.

Wednesday, June 23, 2010

s.c.h.e.d.u.l.e.

arini aku tergerak pegi kat setelkahwin.com. 
saje je nak tengok sbb kwn aku ckp kat situ byk membantu. (ye ke?)
so -  aku gatal2 pegi register. 
bile dah register dapatla tengok pelbagai aplikasi yang dioffer. 
one of it - senarai semak. 
dia suh tulis bile tarikh setel kahwin - so dia akan generate satu jadual - menyatakan item dan tarikh semua item tu perlu setel. spt dirancangkan 22 januari 2010. (subject to change).pastu keluarla satu senarai yang sangat panjang. wow! ini tak membantu aku. tapi menambahkan stress!  actually aku dan mila refuse nak buat any arrangement psl kahwin sbb kalau boleh nak setelkan majlis tunang dulu. 
tp menurut jadual tu semua tindakan aku kene buat as early as 4th july! mak ai. ms korang kawen mcm mane arrangement korang? adekah bermula seawal 6 bulan atau setahun atau 4 bulan dah ok dah? 
then ade jugak aplikasi belanjawan. huhuh.. paling menakutkan untuk difikirkan.
sesape nak join the club - boleh tgk kat setelkahwin.com. 


p/s : tak leh fokus menaip sbb sambil tengok game england nih. :)

Tuesday, June 22, 2010

n.e.w.f.a.c.e.

days to go : 180 days 






hehe..lain sket blog ni. saya agak bongek untuk menukar design blog sy ni. tetibe ms sy belek2 setting ade note kat situ tulis new design. so.. sy pun klik. hmm.. menarik. nampaknya banyak saya tak tahu. dan sy pick design ni sebab ianya nampak ceria. kan? hehehe..
then sy tukar jugak blog sy. jadi my white dress. heheh.. sebab blog sy ni skang ade purpose. so.. jadila my white dress. bile dah kawen maybe tuko lain plak. itu belum dipikirkan lagi. but i like my blog so much better skang. :) sbb ia menceriakan. hahahah
sambil menaip ni saya tengok france vs south africa. france ni dah lembikla skang. menyampah. dah tak macho! kegemilangan france dah tamat.huh! 
anyway - sedar tak sedar lagi 25 hari saya nak tunang. sy rase pejam celik pejam celik... smpaila 17th july tu. dan sy telah mengira dengan mila. we have 3 more weekends untuk setelkan apa yang patut. but then hujung minggu ni saya balik jb. maybe cuba mencari apa yang ade di jb.. alas dulang yang sy masih takde. :( dan mungkin other things too. maybe tudung dan maybe selendang. so.. tinggal dua kali weekend je untuk saya dan mila finalised everything. huhuhu.. risaunya. saya risau bende jadi tak spt yang diharapkan. :( normal kan untuk kita menjadi risau? 
dalam masa yang sama sy cari tudung jojet manik penuh untuk dijadikan tudung ms sy bertunang. sy cari online tapi takde yang menarik. boring betul. geram je. bukan senang tau nak cari tudung ni. huhuu.. sy dah nampak kat SEMUA HOUSE aritu tapi tak kompem sbb baju tunang tak bwk. takut lari kalernya. 
skang ni plak macam mase stress. mila banyak keja dan sy plak tak leh behenti menjadi risau. tak tahu pun apa yang sy risau. tu kadang2 gaduh. bukan nak gaduh pun tapi kadang2 tertinggi suara..mls nak layan etc. betul kah bile waktu mcm ni lagi byk cabaran.. semua kwn2 yang dah kawen ckp benda yang sama. biarpun refuse nak percaya somehow mcm betul.:( 
anyway - jumaat ni cuti. nak pegi Nilai lagi. for last time. cari reben dan maybe tgk tray hantaran. kali ni pegi ngan kakak sy ms on the way balik jb. seronok2. :)
daaa..

Sunday, June 20, 2010

some.progress.

days to go : 182 days


aku baru pulang daripada mengambil baju tunang ku. ok. cantik. cume - rase kosong. hmm.. nanti jap. aku try upload kat sini ok. anyway - saya sempat ke petaling street untuk survey bungan hidup untuk hantaran. so saya dah decide definitely white daisies for my hantaran! mila still tak decide whether dia nak fresh flower atau artificial flower. try not to influence him since dia dah beli pun artificial flower. tapi.. KEDAI ITU SANGAT HEAVEN!! banyak sangat pilihan. saya rambang mata. saya request mila nak fresh flower pink fuchsia  dan light pink of daisies and carnations. uwaaaa.. saya sangat sukakan kedai itu. dan semua pekerja dia sangat helpful ok. so.. saya akhirnya booking sirih junjung dan hand bouquet. saya tahu saya imagine mahukan hand bouquet fuchsia daisies but contoh dia bagi yang kaler pink tu sangat cantik! even dia rose. so.. its ok. mase kawen saya demand daisies!!
since baju tunang saya - baju kurung moden princess cut. saya cadang nak ubah sket untuk nikah. mungkin sbb agak kosong rupanya kain itu apabila dijadikan baju kurung moden. but saya masih lagi survey. 
then apa lagi progress saya buat arini?
itu je kot.  tapi sy lega sbb skang sy boleh cari tudung dan selendang. 
oo lupe lagi. cincin tunang sy dah siap engraved. biarpun tulisan dia engraved tak smbung2 sbb dia ckp kecik sgt ruang - its ok. ia cukup memuaskan hati. :)
oo.. lupe lagi. saya tengok gambar kamal (kwn saya) dengan ika (kwn saya juga) bertunang. smart plak kamal pkai baju melayu. bukan kamal smart - i mean dia smart tapi the point is saya nak katakan ok jek pkai baju melayu masa tunang! 
so misi saya arini untuk pujuk mila buat baju melayu kaler pink yang sy dpt free mase beli kain tunang di JAKEL. mila tak nak. tapi bile dia tengok muka kesian sy - dia ala2 beralah. tp lepas tu kakak sulung saya, ckp menggelabah pkai baju melayu. sepatutnya mila tak leh ada pun ms tunang. :( mila gembirala kakak sy backing dia. so.. dia decide beli kemeja kaler pink untuk puaskan ati sy. the truth is - sy tak puas hati juga. sy nak mila pkai baju melayu!! sedondong.. eh  betul kah eja?? dan kakak sy berpendapat saya memang gedik! huhuhu
jap.. sy try upload gambar. wait seminit! ok. dah!
sy rase nak tambah sket manik kat leher tu. ok kah?
and sy cadang nak beli tudung kain jojet yang banyak manik tu. apa pendapat anda?

daaa..



Saturday, June 19, 2010

s.a.y.a.d.a.n.b.o.l.a.

days to go : 182 days






arini mcm off topic sket. sbb sy tak leh tido lepas tengok game England vs Algeria yang tak memberangsangkan. Then saya ter pk - mcm mane sy boleh suka bola. u know.. sy tak main sukan. sy penah sekali je main futsal. sy cuma suka join apa-apa persembahan - tarian, gamelan dan teater. sukan is big NO for me. tapi mcm mana bola sepak adalah satu-satunya sukan yang saya gilai. saya tak ekstrem mcm orang lain. sy cuma suka bola sepak. game tu buat saya teruja. 
so.. sy try recall. mcm mana saya suka bola sepak. 
masa saya darjah 2 atau 3 saya dah follow bola sepak. bukan EPL. masa tu tak tahu EPL tu apa. tapi saya follow bola sepak Malaysia. Liga Malaysia. Best. dulu bola sepak Malaysia best. Saya adalah penyokong Selangor biarpun saya anak jati johor. Kedah pun saya suka juga. setiap game saya, adik saya, abah saya dan abang saya akan tengok bola. sy tertido2 tengok bola. dan mcm mane sy boleh terjebak? sebab adik saya. well.. saya dengan adik saya beza 11 bulan je. sib baik lahir tahun lain-lain, kalau tak leh jadi kembar tahun. opps.. ok. so..dia besfriend sy kat umah. so apa yang dia minat akan mempengaruhi saya. masa tu pun saya suka wrestling. oo.. itu sebab abah. ms kecik sy sangat rapat dengan abah. so sy terjebak jugak. 
saya dan adik saya akan kumpul majalah bola, kad-kad pemain, kitaorang ada buku sticker yang setiap kali beli ape ntah dapat free gambar pemain, saya akan tampal kat buku sticker tu. begitu tabah memenuhkan buku itu. 
then bile masuk high school. saya mula kenal apa itu EPL. dan masa tu saya sukakan Manchester United. ini kerana abang saya yang kedua die hard fan Man Utd. So, adik saya terjebak dengan saya sekali tgk bola EPL. saya mula minat MAN U sebab ERIC CANTONA. hahaha.. betul. dia brutal tapi main best. then saya kenal satu wajah kacak yang buat saya mengilai Man Utd lagi banyak iaitu DAVID BECKHAM. Sexiest Man Alive ok! (smpai skang!) so... sy buat lagi perangai yang sama. saya ade scrap book untuk beckham saja. saya ade kumpul sejarah dia dari dia start main bola, sir alex berminat dengan dia smpai dia masuk MAN U. game MAN U tak penah tinggal ok. smpai saya masuk U. mase kat sek. asrama curik2 tengok TV sbb nak tengok game MAN U je. so.. saya menggilainya. Bila Beckham pegi REAL MADRID - saya masih MAN U fan. sy tak minat real. tapi sy minat Beckham. Tengok game Real sebab nak tengok Beckham. Bila dia ke US - opps sorryla. tak tengok dah. game MAN UTD masih suka. masih tengok. tapi saya rase ade badi la sy ngan game MAN U ni. dari 10 game saya tengok - adelah 7 kali waktu MAN U kalah.hahaha.. suwei kah? hahah
so.. WORLD CUP ni saya memangla follow. dah beberapa tahun saya hanya sokong England. siap dekat UiTM kunci jam semata-mata nak tengok game England jam 3 pagi. huhuhu.. dan yang saya tahu saya takkan pernah suka Argentina. haha.. sebab kes Diego Simone tu pegi jatuhkan Beckham saya masa World Cup 1998 kot. menyebabkan Beckham kene kad merah, england kalah terpaksa main 10 orang je. bongeks! so.. sebab tu tak suka Argentina!! 
and start 2002 - belajar sokong Netherlands. 2006 - sokong Germany and Spain. England masih lagi! dan skang sokong lagi Germany and Spain. which both make me disappointed. England seri dengan Algeria dan US menyebabkan dia takkan ade harapan dah. nak komplen - lenkali letak yang fresh sket lwn Algeria. Semua player Algeria tu muda, dan sangat agresif. sangat laju ok. saya rase 90 minutes tu almost 60% game - algeria kontrol. . made me more disappointed. shots banyak utk england.. tapi seems like bola bagi takde tenaga atau bola terpesong atau goal keeper algeria terlalu hebat. hahahah..tapi sy kecewa. sbb sy sanggup tunggu game 230 pagi semata-mata utk tgk England. but yet - takde 1 pun goal. sangat frust!!
so.. sebab takleh tido saya bercerita kisah saya dan bola. saya bukan die hard fan yang ingat semua nama pemain. saya cume enjoy tengok bola sepak. nervous. caci maki. menarik!dulu tengok bola mesti ade bantal sbb kalau free kick atau penalti senang nak tutup muka. sekarang tidak lagi! hahaha..
okla. terima kasih kerana membaca kisah saya dan bola. bye.  

Friday, June 18, 2010

29 days..still counting

days to go : 183 days


biarpun 183 ari lagi majlisnya (insya allah) tapi majlis yang nak dekat ni : majlis pertunangan saya.. masih lagi samar-samar. tak tahu nape tapi rase semua bende tak ready. so let us do some checklist okai? 

  1. cupcakes hantaran - checked!
  2. coklat - last minute
  3. buah-buahan - last minute
  4. sirih junjung - order jek. last minute juga. 
  5. baju nikah - checked!
  6. baju kemeja - checked!
  7. samping songket - checked!
  8. sewa tray - checked!
  9. alas dulang - hmmm...
  10. dulang pahar - checked! (tapi belum amek!)
  11. baju tunang - checked! (tapi belum amek)
  12. selendang atau tudung - hmmm...
  13. cupcakes untuk guests - checked! (belum bank in)
  14. puding caramel - hmmm...
  15. dias - checked! (tapi design belum finalised!)
  16. make up - checked!
  17. makan dan khemah - my sister as person in charge. 
  18. bunga - still berfikir nak bunga artificial atau bunga hidup.. so tak beli lagi.
  19. lain - lain hiasan - hmmm..
rase-rasenya aku ada tertinggal pape tak?? mcm ade tapi tak leh recall. 
still rase mcm tak cukup bersedia. nervous sahaja kah atau mmg saya tak sedia?? huhuhuh..
maybe ongkosnya yang enggak redi. as u know sy br accident (bajet tunang sy telah digunakan utk byr repair itu), hujung bulan ni renew insurance kete. so.. maybe im not ready. uwaaaaaaa!!!


ok. nak tido. nt bangun semua masalah dah setel. bye. 

Saturday, June 12, 2010

m.a.j.l.i.s.

days to go : 189 days. 




hmm..betul ke 189 ari lagi? aku mcm tak percaya plak.kiraan sy betul kah? huhuhu..
ok. pasal majlis pertunangan. so far sy dah dpt org yang sewa bekas hantaran. dulang hantaran. alas - end of this month br nak cari ngan umey saya. barang2 hantaran semua dah beli except buah-buahan dan coklat. bende tu semua nak buat last minit. coklat maybe beli kat famous amos. saya dah tanya manager kedai tu. saya nak beli forrero roche yang dijadikan mcm kuntum bunga. entah - try jadi creative tapi xleh imagine plak. hampes. :)
skang tgh pk majlis pertunangan saya. nak makan apa ye? oo.. makan nasi minyak atau pape nasi sewaktu dengannya. nasi putih je ngan lauk2 dah memadai. umey nak buat laksa johor. dan sy mintak noriah buat puding caramel. (feveret sy okeh!). bile pk2 balik - uish, macam meriah sgt untuk majlis pertunangan. dulu kakak dan abang sy tak de pun mcm ni. dorang punya simple je. hmmm.... tahu kah anda sy sgt kureng ngan majlis2 ni? especially untuk family sbb sy takut mcm mae arrangementnya. ok kah? pastu sy sedang sibuk bermekap so.. kompem adik beradik sy kelam kabut je. hmm..  sy yang gelabah. mmgla majlis mcm tu kan? 
kwn sy ckp arrange for wedding is much much stress. dia berjaya turun 10 kilo dan buat fitting 2 kali sebab semakin kurus menjelang hari dia kahwin. bab kurus tu saya suka tapi bab stress tu - tak menarikla. hahah.. 
saya rase paling kritikal bile bab majlis ni - sy nak cari dewan. i.allah buat kat jb. so.. sy ade masalah untuk mencari dewan. sy dah buat a few survey. (actually kakak sy yang buat) seriously dewan kat jb murah daripada putrajaya ok? paling mahal persada. tp itu pun sama harga dengan dewan sri siantan atau dewan sri seroja kat p3 dan p15 itew. sy tak berniat buat kat rumah. parents sy kurang sihat. rumah saya jauh ke dalam kampung. maybe susah nak cari. so - dewan lagi mudah. sy prefer buat di putrajaya sbb senang nak buat arrangement. tapi paham sajalah. biarpun tu wedding kita - kwn2 parents lagi ramai. sedara mara pun ramai di jb. so - ok. jb. 
a few survey kakak sy buat pun - adelah wedding boutique yang ok di jb. fuh! sib baik. kalau tak mmg penuh kerawangla pelamin saya. :) 
okla. nak chow. daa..


* pics from syura bridal


soklan bijak - untuk bunga hidup - berapa lamakah sy perlu menghiasnya before majlis sy supaya dia tak nampak buruks dan still nampak segar? terima kasih di atas respond anda. :P

Sunday, June 6, 2010

s.e.w.a.?.b.e.l.i.?

days to go : 195 days.




semalam pegi nilai bersama-sama dengan mila dan adiknya farah. 
one side mila yang aku perasan masa kitaorg pegi shopping - kekurangan dia bercakap bile dengan adik beradik dia. ntah. dia lain bile bercakap dengan adik2 dia atau bile adik2 dia ada. 
dia jadi cold. bukan cool ok. sy prefer dia bile dia dengan saya. 
anyway - pegi nilai dengan niat suci untuk mila membeli bekas untuk hantaran. mula2 just nak beli english white tray sahaja. tetapi bile tengok yang ada kaki tu lagi senang sbb tak payah guna dulang pahar - dia beli yang itu. aku? mmg aku dah niat nak sewa. biarpun so far mmg takde yang sewakan tray tu lagi. huhuh.. its ok. lama lagi 17 julai tu. 
hahah.. sedapkan hati. sebenarnya mak saya dah suh saya beli je. sy bukan tak nak beli tapi takut tak guna lagi nanti. sy cuma ada adik sy aje yang belum kwen. sy rase tak berbaloi utk beli. untuk mila - dia ade 6 adik bawah dia. so.. definitely benda tu akan berguna. :)
mila beli sekali bunga untuk hiasan hantaran dia. cantik. cream pink. tgkla sape yang pilih. saya tak beli pape. sbb takde bunga yang mila ckp lawa (utk versi putih hijau) dan dia masih pandang bunga kat SSF tu sangat cantik. so.. bleyla.. layan kan je. 
by kul 3 kami dah balik semula ke putrajaya. 
kejap je shoppingnya. anyway - Nilai tu mmg gile kan tengok brg eksesori perkahwinan dia. semua ada. tapi satu je saya lemah di situ - panas terik!!!
sehingga saat sy menaip ni - sy masih tak jumpe lagi orang yang boleh sewakan tray. huhuhu.. kawan2 kalau ade kenal sesape bgtahu yek. :)


p/s : mlm semalam tak buat ape kat umah. pegi alamanda beli a pair of jeans without plan it!
mila - dont ever left me wit boredom. i will definitely - do some crazy things and bought myself an expesive pair of jeans!! (selalu dah mcm ni! lama2 byk jeans aku beli!)

Friday, June 4, 2010

o.u.t.o.f.t.o.p.i.c.

Ok. Arini things will be different sket.
Aku dah lama tak baca blog pinat. Tapi arini didi ngan yanti bercerita di secret recipe tentang blog pinat membuatkan aku balik je opis terus baca blog pinat.
First – srew you azani! Even mrAR tak bagi pinat mencarut – im pretty sure mila tak kisah i mencarut. So.. you such a asshole azani!!
Ok. Second – saya sangat setuju dengan pinat. Saya pun dah suarakan kepada yanti dan didi. Kenapa perlu wujudkan training alal commando??  For god sake. This people – i mean us peeTeedee – just government officer who assist in making good policy for malaysia. For malaysia development. We not meant to be on MALAYSIA DEFENSE you know. We meant to go miting (tmpat ade ircond atau sekurang-kurangnya kipas), ngadap komputer atau sekurang-kurang typewriter, kitaorg buat keje – buat surat, sign surat, fotostat etc – BUT NEVER MEANT TO HOLD A GUN!! Leave alone M16!
So.. kenapa perlukan training commando? Why? I just dont understand.
Replace OBS for something that more more more cruel? Adakah ini satu cara untuk mendisiplin kan pegawai muda yang dikatakan sebagai tidak berdisiplin, too celupar or.. whatever you put it as TOO...
You know .. DPA was my nightmare. I have to admit that. I was very thin in DPA (that im proud of). But i waas sooo sick in there. Vomit is my bestfriend. and when i was in tentera – i’d be forced to going back and do it next year. Which if i failed again – it will effect my confimation.
But – DeePeeA teach me everything. Made me stronger inside.
If anything aku tak leh buat aku akan ckp – BA lagi berat um.BA lagi berat.
DeePEEA lagi mcm haram um. Lagi mcm haram.
So.. as pinat said – its not entirely DeePeeA fault.
It’s the syllabus. It’s how you define technique to discipline young officer.
Ini bukan zaman 1950-an. Bukan.
Ni zaman yang celik IT. Zaman orang bijak pandai.
Buatla sesuatu yang lebih baik. Yang lebih diplomatic. You hire us to be diplomatic officers. You not hire us because want to make us hold M16. or teach us how to survive in Hutan.(definitely bukan mcm citer LOST). So – untuk buat latihan komando adalah satu silibus yang kau tak boleh masukkan pun at first place. Want to replace OBS to something fun like OBS. Bukan cruel than PULADA. Dah ade polis tentera bomba. Tak cukup kah lagi? Takkan  nak bende mcm ni jadi baru nak bertindak. prevention is better than cure. :)
Anyway..  takziah untuk keluarga mangsa. Takde apa yang masyarakat boleh cakap untuk legakan hati keluarga tu. takde pampas an yang boleh ganti seorang ibu kepada seorang anak. Takde.

Ok. Days to go : 197 days


Thursday, June 3, 2010

k.e.n.d.u.r.i.

days to go : 198 days




aku tak tahu orang lain kenduri mcm mane. 
tapi imaginasi aku kenduri pertunangan aku adalah sangat simple. org yang datang sangat terhad. kwn rapat. family of both sides. itu saja. but then - change of plan.
sedara mara umi abah start jemput. daripada cater makanan untuk 60 orang up ke 70 orang. 
last2 100 orang. tapi masih lagi wonder cukupkah makanan itu?
atau terlalu banyak kah? 
majlis pertunangan je pun. org yang dijemput tak semestinya datang. uish..uish..
kompius sudah saya. 
anyway - khabar gembira mahu diceritakan adalah - akhirnya boyfriend saya a.k.a bakal tunang saya a.k.a mila dia dah decide kaler. dia ckp ni final. dia takkan ubah2 lagi dah. kaler putih kehijauan. fuh! lega! aku bukan tak suka kaler purple. i dont mind kaler purple. tapi tuko2 byk kali mmg tak dapat dek nak nolong tau! 
so.. esok ade miting. di melaka. sepatutnya pegi kedah dengan wani dan cipiz tapi takleh. miting aku petang. dan aku sure lambat abis. 
untuk ex-housemate aku - selamat pengantin baru!!!
untuk wani - sorry sangat2 tak dpt join pegi kedah. seriously - saya sangat mahu pegi kenduri shidot. huhuhu.. dah lama tak kuar dengan kawan2 BTS. anyway - sabtu plan nak pegi Nilai. cari barang sket2.
survey org yang menyewa dulang. adela jumpe tapi so far orang tu masih tak reply msg saya bagi. 
leceh kan? rasenya nikah je terusla mila! hahahahah


ok. chow beb.