Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

p.u.r.p.l.e.? n.e.x.t !







days to go : 202 days
sorry ye kawan-kawan. telah begitu lama ku tidak meng-hupdate. 
al maklumkan berok-band takde dah di rumah. harapkan abis waktu keje saja - boleh blogging. 
anyway - semalam, hantaran hunting! 
saya dah beli body shower body shop as part of hantaran. and mila has to buy a shirt for hantaran as well. 
sebagaimana anda tahu - mila adalah sangat cerewet. i mean detail. dia sangat cerewet dalam pemilihan kaler hantaran yang saya perlu siapkan untuknya. ye.. ye.. tak semua lelaki special seperti boyfriend saya. saya tahu itu. sebab tu bile dia ckp dia nak kaler purple - otak saya sudah pening nak fikirkan purple mcm mane yang dia mahukan. dia nak purple yang sangat spesifik ok. bukan seperti purple dalam pensil kaler LUNA yang provide 12 kaler. maybe pensil kaler LUNA yang ada 36 atau 48 jenis kaler baru dia jumpe purple dia mahukan. 
kami dah survey. mmg susah nak cari purple yang dia suka. last2 he settles with  putih ke hijauan. sangat kemas ok kaler tu. saya sangat suka. selebihnya saya suka sbb bunga dan reben mudah dicari. dan saya telah memikirkan beberapa design hantaran yang sesuai dengan kaler yang dia berikan.
tapi selepas kami melawat SSF - dia masih nakkan kaler purple. huh! dia tak nak berganjak daripada keputusan dia. dan lagi membuatkan dia pasti dia nak kaler purple sbb dia jumpe satu baju kemeja padini kaler putih tp strip purple. fine. at least dia nak kukuhkan hatinya. 
but after balik dr SSF singgah semula kat Sogo untuk beli kemeja tu - hmm.. takde size. there we go! kerumitan itu berulang kembali. dan dia insist tak nak beli baju kameja sbb takde yang dia berkenan. huh! so.. target kami untuk memastikan gaji bulan ni setelkan barang hantaran yang besau2 tak tercapai. 5 dulang yang dia perlu prepare untuk saya semua saya dah lengkap. cuma dulang yang saya perlu beri dia je yang tak lengkap. nak imagine kaler pun tak boleh. 
so.. we back to square one. :(



Saturday, May 22, 2010

a.n.H.o.u.r.A.f.t.e.r.

heheh.. family mila selamat merisik. dan aku update blog after almost an hour they went back to kl. family mila datang balik hari je.

alhamdulillah. semuanya ok. cuma masa awal2 tu dorang kuran g bercakap. aku rase lagi banyak diam kot. masing-masing tengah panaskan enjon kot. after lunch barulah dorang ok sket. 
mase dorang start bincang - mila takde. dan aku berada di meja makan dapur dengan adik mila. heheh.. smbil borak2 curi2 dengar apa orang2 tua berbual. dan.. aku agak gabra sket bile abah mila suggest kami tunang dan nikah sekali julai ni. aku dah doa macam2 agar perancangan asal kitaorg tak berubah dek suggestion daripada abah mila. tapi akhirnya abah aku ckp - tapi kene bagi masa untuk kami berdua prepare. maklum sedara mara. buat persiapan. etc. 
so.. we back to original plan. 17 july kami bertunang sahaja. :) fuh! 
takde sesi sarung cincin ke ape ke. just bagi tangan kat mak aku. aku just lepak je kat tepi tu biarkan dorang berborak. hahah.. takdela jugak. lepas mila balik je dr kuar dengan adik aku - kami rancak bermesej. citerkan ape suggestion abah dia. hahah.. 
cerita psl lauk - aku rase mak dan kakak aku masak mcm nak smbut dua tiga kereta. punyela banyak lauk. aku sibuk2 tolong tadi so lupe nak amek gambar setiap lauk tu. tapi aku boleh bagila senarai nye :
nasi putih
tempe goreng pedas
daging dendeng (betul ke eja dia?)
sotong goreng kunyit
asam pedas
pecal
ayam goreng rempah
buah tembikai

kemudian menu mase berborak2 pasal pertunangan :
puding mangga cocktail
pisanng goreng
keropok lekor.

banyak kan? aku rase family mila puas makan jek. :) 
ok. lupe nak bagitahu - mila datang bwk sebakul besar buah-buahan. mila..mila.. um pesan bwk kecik je. jangan besau2. sudahnye gift aku yang berisi coklat ferrero roche (kat the zon jual rm27 untuk 30 bijik!) dan coklat whittaker's tu sangat kecik ok compare dengan dia punye. kakak aku najiha dengan efisiennya pegi ke umah dia dan decorate sebakul buah-buahan dengan mencuri semua jenis buah-buahan yang ade dalam peti sejuk. syabas mak petom! hahahah..
ok. itu jekla update saya.  opps.. sy lupe nak amek gambar coklat dan buah yang saya bagi. nanti sy suh mila amek ok. kat bawah ni gambar cincin saya (hehe.. 'jodoh saya') dan bakul buah yang mila bagi. :)



ok. cumel kan? bakul buah tu mila yang buat. :)
yang saya bagi semua orang tolong buatkan. heheh.. im not that creative. :)
ok. gembira!!

opps .. lupe.
days to go : 211 days!

Thursday, May 20, 2010

b.a.c.k.2.b.u.s.i.n.e.s.s.

days to go : 213 days. 


ok. back to business. last few days ade iklan jap. there's certain times i need a break from counting. hahaha...(really?)
ok. sekarang saya sudah berada di johor bahru. basically - saya ade miting di gelang patah esok. so.. arini sy dah balik jb sbb saya kene kemas rumah untuk hari sabtu. dan jumaat dah kire halal sbb saya sudah berada di gelang patah.
yeps.. sabtu ni family mila datang merisik. heheh..yeps.. first step. aku dah ade experience ni before this tapi nervous nya tak sama dengan nervous sabtu ni. ntah. ok.. tapi nervous aku masih boleh dikontrol. haha.. tapi saya suka gelabahkan mila. since isnin - saya counting days untuk dia di gTalk. dia smpai cakap - um, awak jangan buat saya bertambah nervous.
so.. arini pagi saya dah bertolak ke johor. saya amek kawan saya noriah then terus bertolak ke johor bahru. pada asalnya sy bercadang untuk pakai kebaya putih mase family mila datang merisik. tapi tetibe rase its too much. so.. saya plan pakai baju purple yang saya beli masa nak pegi kenduri kawin kawan saya.  saya  pack tudung, brooch dan gelang yang dah sesuai untuk dipakaikan masa ari sabtu tu. ok.  jam 8.30 saya gerak dr rumah ke pinggiran putra amek noriah. ok. di melaka saya behenti breakfast. tetibe baru teringat -
" yah! aku lupa bawak baju kurung aku!!!" terkejut le noriah tu. aku bertambah terkejut. mcm mana boleh lupe??? bukan je baju purple tu, baju kurung nak pkai untuk miting esok pun saya tertinggal!!!! uwaaaa....
nak patah balik - terase diriku sengal tahap dewa gaban! 
akhirnya aku terfikir idea bernas - suruh kakak sulung aku yang kebetulan akan balik masa family mila datang merisik untuk amek baju kurung kat umah aku. heheh.. dah nyusahkan cik min dan kakak saya sudah. 
tapi smpai di jb saya terpaksa survey jugak baju kurung kerana saya takde baju nak pegi miting. saya end up beli blouse kat jusco untuk miting sok. i know tak proper tapi setiap kali aku balik jb tak sah kalau saya tak beli barang dengan sbb saya terlupa bawak barang tu dr KL. contohnya : baju kurung, inner wear, charger handphone. so.. tak larat asik nak membelikan diri sendiri baju di saat hujung bulan nih. 


  


ok. another case. since family mila datang - at least kenela sediakan buah tangan kan? hehe.. saya tak tahu nak bagi ape. mila dah plan nak belikan buah yang akan dibungkuskan seperti hamper. bukan besau mcm hamper. just small hamper. dan aku - berfikir lagi sama ada nak bagi coklat atau cupcakes. hah! do u know its very very very few cupcakes seller in JB?? most of them - doing business thru internet. kedai mcm cupcake chics atau wondermilk mmg takde. huhuh.. so. rasenya lagi mudah bagi coklat yang siap bungkus kemas mcm hamper. yeps.. saya jumpe bungkusan itu di Jusco. semua Jusco ade jual coklat mcm tu? ker... just Jusco Permas? hmm... tak kisahla. yang penting ade benda untuk dijadikan buah tangan kan?
ok. darlings.. wish me luck. ops.. bukan. wish mila luck! supaya dia tak gelabah hari sabtu ni. dia yang drive tau! ok. thank u!


p/s : thanks pinat sbb tolong cr orang yg boleh sewakan dulang. :)

Tuesday, May 18, 2010

c.h.a.n.g.e.s.u.b.j.e.c.t.

arini tak nak ckp pasal kawen, tunang atau merisik saya yang hanya lagi 4 hari ni. 
arini saya nak ckp betapa selfishnya saya sebagai kawan. 
arini saya baru teringat - betul2 teringat untuk melihat facebook kawan baik saya cik yan. dia melangsungkan pertunangan pada 1 may 2010. mase dia buat announcement kat dalam email - saya ckp sy balik. and honestly mase tu mmg plan nak balik 1st may. biasela.. sy kan selalu balik once in a month.
tapi ntah mcm mane - sy betul2 lupe psl pertunangan dia. saya just decide tak nak balik sbb mak dan abah sy datang kl jumaat tu dan balik sabtu tu. langsung tak ingat psl tunang dia. dan pallling teruk arini sy tengok FB dia baru saya ingat tentang pertunangan dia. dan tengok gambar dia dan kawan2 baik saya yang lain - buat hati saya terdetik - teruknya kau um! dia kawan baik kau tau. mcm mane kau boleh lupa??? how could you! dan bile tengok gambar dia - hati saya sedih. kenapa sy takde masa tu? apa alasan saya takde masa tu?? dan paling teruk - mcm mana saya boleh lupa????
oleh sbb rase bersalah ni jugak - saya tak bgtahu kawan baik saya itu dan kawan baik sy yang lain - adda, uyah, seeyah dan yan yang saya akan bertunang. saya tahu dorang akan gembira dengan khabar gembira saya bawa tapi saya tak boleh share dengan dorang. saya tak nak jadi seorang yang hanya ingat ke-happy-an diri sendiri tetapi tidak kawan baik sendiri. arini ia membuktikan betapa selfishnya saya.
ms yan announce dia nak tunang dan jemput kitaorang - saya tak nak bgtahu saya pun nak tunang sbb sy rase hari dia bgtahu tu hari happy dia. at least tunggu lepas dia  tunang. tapi lepas tu saya terus lupa. lupa nak bgtahu berita gembira saya tu tak pela.. tapi lupe nak share happiest moment kwn baik sendiri - sangat teruk!!!
so.. untuk eyan - sorry. and congrats too. 
untuk adda - sorry. still tak lawat anak kau. 
untuk uyah - sorry. sbb dah lama tak kontek kau. 
untuk yan - sorry jugak dah lama tak kontek kau juga.
untuk seeyah - sorry jugak.  
basically - sorry because being very selfish friend. :(

Saturday, May 15, 2010

c.a.k.e.s.h.u.n.t.i.n.g.




days to go : 218 days. 
aku mendapat ilham tu buat cakes hunting sbb teman didi amek wedding cake che2 kat taman melawati. didi cakap Faith ni orang yang sama buat kek hantaran dan wedding cake dia. and yanti menyokong dengan manyatakan yang kek Faith ni sedap. if korang ade masa check : mysugarcreations
so.. sejak balik dr dating tadi keje aku duh belek blog faith ni dan beberapa blog bakery lain. menarik. aku tak penah amek port pasal kek sebelum ni. cupcakes ke.. pape la kek wedding. aku suka kek yang aku boleh makan je. hahaha.. kakak aku dah awal2 pesan suh demand ngan mila nak kek secret receipe. memula aku setuju jek kek secret receipe tapi bile tengok blog Faith - ala.. um nak kek yang ini plak!!
honestly - aku tak kreatif. aku suka cari kek apa yang aku rase 'jodoh aku' - aku just trus pick. aku takut nak design sbb takut design aku lagi teruk drpd yang asal. hahahaha
dalam tak sedar aku upload almost 50 pics of cakes.. hahaha.. dengan harapannya untuk dpt idea tapi aku rase tak membantu. lagi byk pilihan lagi bongek kau jadi. hahah..
cuma aku kompius - shud i take cupcakes? or icing cakes? or.. secret receipe je seperti idaman kakak aku. apa yang less messy dan tak menyusahkan aku dimase tunang? aku agak pasti nak amek yang icing cakes. maybe cupcakes. atau - maybe cake. ala.. tu pun tak leh decide! um..um..
gengs! dah blurla. :(

p/s : wedding cake aku pilih yang no.4 tu (gambar di atas). rs dia seperti jodoh saya!

Wednesday, May 12, 2010

b.u.t.i.k.dan.r.i.s.i.k.



days to go : 221 days. 


ok. semalam aku ade pemeriksaan bajet. aku bole katakan its quite smooth but not very smooth. :P
anyway - after pemeriksaan, aku dan kawan aku noriah pegi tengok butik mak andam. hahah.. yes yanti. aku dah pegi tengok butik Puteris. yeps! ada a few baju yang aku suka. especially kaler putih. dan harganya okla. sewa baju RM1,800 for men and women - lengkap aksesori dan tudung. ok kot. then ingat pegi hentian Qaseh kat alamanda. tapi dia tutup. huh! tak nak buat bisnes ke kak? : P
so.. aku masih target a few boutique. kat ampang, shah alam dan rawang. tpi sabar um. lama lagi nak kawen. 221 ari lagi kan? so.. yang patut aku pentingkan adalah 22hb Mei ni. mila dah nervous. aku tak nervous langsung sbb aku just pening untuk mengingatkan diri untuk mengemas rumah.
 yes! akhirnya saya dapat pakai cincin risik saya! :P citer psl cincin ni teringat ahad last week. pegi kenduri kawen bestfriend mila. disebabkan cincin risik sy kaler emas merah - saya mintak mila tanggalkan cincin silver yang ada kat jari tengah saya. sbb kononnya nanti ms merisik pastikan jari suci daripada cincin silver murah. tapi - horror gile nak tanggalkan cincin tu. 
1. sbb cincin tu berada di jari saya sejak umur saya 18 tahun. tak penah tanggalkan. 
2. sbb jari saya skang dah gemuk daripada jari saya masa umur 18 tahun!!
tapi berjaya juga tanggalkan cincin tu. sakitnya tak payah cakapla. siap ada berbekas putih kat jari tu sbb cincin tu terlalu lama dipakai dan kulit sy lain gelap compare dengan kulit yang ditutupi oleh cincin tersebut. dan sebenarnya nampak lagi tak cantik drpd pakai cincin silver murah. huhuhuh.. 
anyway - im looking forward for next weekend. first step. :)


p/s : saya dah abiskan citer dear john. min, dia tak matila. savannah kawen ngan Tim. Tim sakit. john byrkan kos rawatan tim. dan john tak de jumpa savannah lagi lepas tu. :(
okla ending dia. tak sedih sangat. hehehe..

Monday, May 10, 2010

i.k.e.a.

days to go : 223 days. 


as i told you before.. aku perlukan saat untuk berangan. heheh.. berangan how my engagement day will be. engagement period. wedding day. marriage. and especially - home. yeps. in my mind i always imagining that i will  have a very simple house. percaya tak - dulu aku nak rumah saiz mcm rumah dalam citer hanzel and grentel (betul ke aku eja?). kemudian aku jatuh cinta dengan rumah kat wisteria lane (desperate housewives). 
so.. sabtu memulakan ekspedisi berangan. dan tempat paaaaling aku suka adalah ikea. dulu aku ngan bestfriend aku ayu akan datang ke ikea dan berangan. nak rumah mcm ni. pastu duduk lepak kat sofa yang ikea display smbil borak2. haha..
so.. aku jatuh cinta dengan satu katil ni. harga dia ok je. murah la. tapi tu bed frame saje ye kawan2. bed frame besi dan kaler putih. harga rm749 kot. ( http://onlinecatalogue.ikea.com/2010/ikea_catalogue/MY/ - page 167) simple. dan nampak mcm klasik. but then boyfriend saya suka bed frame yang harganya RM1,059. (http://www.ikea.com.my/store-theme/2009/bedroom/ ) huh!.. then berangan psl sofa lah. coffee table la. closetla. statement mila akhirnya - semuanya idea awak. semuanya kaler putih. saya tak leh bagi pendapat kah? owh... boleh. tapi belum tentu dipertimbangkan. hahaha..  dan disebabkan terlalu banyak tidak sependapat - mila suggest kitaorg split into two. dia amek hall. dan saya amek bedroom. hmm... well i dont have choice right? so. ok.. awk amek hall. 
sesi berangan kami berakhir jam 3.00 petang. terpaksa balik rumah pastu sbb mila dah ngantuk tahap cipan golek2. huh! tak menarik langsung sesi dating saya!. 
tapi basically - sepanjang berjalan di ikea saya take note semua harga barang yang saya berkenan. as usual - ikea mmg sgt mahal. so.. mungkin rumah saya takdela sepenuhnya ikea. :( maybe saya dapat bed frame ikea. dan maybe dengan dressing table sekali. maybe dengan bed side table. hahaha.. kompem stress mila! :P


p/s : sangat relax apabila dapat berangan mcm tu.
hari ni saya melalui hari yang sangat bangang. bodoh. dan sy tak boleh berdepan dengan orang yang bodoh lagi. saya penat. tolong - tukarkan saya!

Saturday, May 8, 2010

p.e.l.a.m.i.n.



days to go : 225 days


aku tahu pelamin untuk tunang is quite extravagant. :P di awal perancang kitaorang  mmg takde pelamin utk tunang ni. kenapa eh nak pelamin untuk tunang? heheh.. then kakak aku yang sulung - munaz ckp dia nak sponsor pelamin. somehow aku adik perempuan dia yang last and dia nak best sket untuk pertunangan adik dia. so.. dia sponsor. baikkan hati kakak aku? hahaha.. 
so.. khamis : 6 mei 2010 aku jumpa dengan orang yang supply pelamin aku. so.. dorang ok. aku bagi dia picture of pelamin yang aku suka kalernya saja as contoh how my pelamin shud be. and dorang pagi aku option either to put bunga in sangkar or in vase. well.. to tell you the truth - even that i cant decide. i know. i know. if that is my bestfriend engagement im pretty sure that i'll have opinion on everything. but when it come to myself - sengal just the right word for me. 
so.. akhirnya aku just decide letak je bunga dalam vase. i thought its normal. aku tak tahu how big the cage is. so.. tak leh imagine. aku just boleh imagine something normal. vase is normal. so i'd pick vase.
ok. so i made a list. aku dah setel pelamin. catering akak aku setelkan. skang yang tinggal hanya hantaran je. maybe kitaorg buat sendiri. gaji bulan mei atau jun start rempuh nilai. arini ingat nak pegi survey barang rumah. nope. just survey ikea. nak berangan jap. well.. i need to berangan ok. :P


p/s : terpaksa apply kuarters cepat. aku baru tahu yang waiting list was 1600 people! maybe by the time kami kawen still tak dpt kuarters. hmm.. you have to figure out plan B um!

Wednesday, May 5, 2010

h.a.n.t.a.r.a.n.











days to go : 228 days. 


saya ade masalah. sebenarnya aku ngan mila ada masalah.
semua bende kami dah setel. psl tunang ni tapi satu jek. hantaran. 
untuk kesenangan bersama dan disebabkan kami ni sibuk je memanjang - kami ingat nak tempah je dulang hantaran. 
ade satu kakak ni buat cantik. dan affordable (biarpun akak aku kata mahal nak mampuih!) buat hantaran rm50 per dulang.dia guna fresh flower. masalah nye dia duk jauh. kat rawang. 
dan setakat ni dia sorang je offer murah. 
ade lain yang aku berkenan : caj rm80 per dulang. fresh flower. cantik. kedai dia di PJ atau damansara. ada kedai kat bangi pun caj rm80 per dulang. 
kat semua hoouse tu lebih kurang juga. rm75-80 per dulang. 
then akak aku bising sbb tempah. dia cakap buat sendiri jauh lagi murah. betul. tapi tahu tak betapa susahnya nak buat?? i have to admit - im not that creative. :(
plus - mcm mana nak curi masa nak buat? bulan Mei ni kire halal la. busy jek. bile balik rumah rase nak melepak je.. tak nak pandang bende2 yang buat yang pening. then bulan Jun which is kalau nak tempah takut suntuk sgt dan orang akan charge lagi mahal. 
so.. korang dulu mcm mane eh? boleh bagi idea? 

Tuesday, May 4, 2010

t.o.g.e.t.h.e.r.







days to go : 229 days.


ok. awal pagi ni mood saya baik. sbb saya ada 10 things to do in this week but, by this morning i'm complete 8 of it! kagum dengan diri sendiri. sangat suka!
then sy dah janji ngan mila nak sama-sama pegi cimb bank untuk bukak joint account.
ok.. actually i know its a big step for me. for us.
tapi aku amek iktibar daripada ayat dalam citer when harry met sally : "when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible" 
so..thats what i do. actually what both of us do. 
kitaorg bukak tabung. tabung melalui joint account tu.
tujuan utamannya adalah untuk : tabung untuk persiapan after marriage + honey moon. hahaha.. mengambil iktibar daripada kata2 didi : kawen ni bukan tentang majlis je. its about marriage itself. kene start rase tanggungjawab. dan kene start tahu apa yang penting untuk both of us. since aku tahu aku mmg susah menabung (mase kecik sgt suka pecahkan tabung!) so.. bukak akaun bersama ni sebagai langkah tanggungjawabla. masing-masing tahu yang ade komitmen sesame sendiri. and bile dah bukak joint acc. - mila akan tahu kalau aku ngelat tak nak menyimpan. hahaha... 
yang lawaknye - kad atm mila pegang (dia pandai jaga duit dan sy pandai spending duit!) tapi no pin aku je tahu. so.. both of us tak leh kuarkan duit tanpa each other. :) bijak tak? hehehe..
so - i told mila : we shud remember this day. today is one of those big step that we will do  in painting our life together.
anyway - sy dalam merangka menjadualkan pemakanan. risau baju tunang tak muat. huahuahua..

Monday, May 3, 2010

p.e.n.g.a.n.t.i.n.

days to go : 230 hari. 


ok. skang penyakit sue dah datang kat aku. beli majalah pengantin. aku belum extreme mcm sue lagi tapi mane tahu bakal jadi extreme. :P 
tapi as usual - membelek majalah pengantin adelah masanya dimana aku akan mengkomplen baju yang dipamerkan. hehe.. its just habis. old habits. :P apabila telah puas mengutuk barulah aku terfikir - mcm manela nanti aku cari baju bersanding aku. takkan la aku nak buat sendiri sebab i. mahal ii. sebab aku kompem takkan pkai lagi baju tu. so nak tak nak kompemla aku kene cari jugak cari butik pengantin ni. 
aku terfikir tema baju aku nak kaler putih. ye..ye.. saya tahu sy mmg suka kaler putih. tapi tula.. jarang orang tunjuk kat majalah pengantin baju bersanding kaler putih. kenapa ya? 
aku dah berkenan satu baju pengantin ni. unfortunately baju tu tak terpamer dimajalah pengantin - hanya terpamer di website je. aku ingat pengantinnya - dr. zairina dan dr ramzul. serius beb .. cantik baju dia. make up dia pun cantik. dan tengok drpd wedding reception dia - aku rase aku tak mampu jek nak pakai baju tu atau make up seperti itu. - so, jangan berangan ye um!
anyway dalam aku mengutuk majalah pengantin tu dan aku buat follow up website dorang - aku cuma boleh terima akal dua butik pengantin ni je setakat ni iaitu Udaimatunnur(ntah betul ke tak aku eja ni ) dan rinsuzana kat taman permata ampang kot. pelamin dia ok dan baju pengantin dia masuk akal. :)


dan setelah membelek itu semua - baru mak aku ckp, maybe wedding kat jb. huh! 
susahnye kat jb!! mane nak cekau mak andam atau butik pengantin yang best??
huhuhuhu... tensinya saya!
(dlm hati ckp : at least abah kau dah bagi kawen pun dah cukup baik!) hehehe..


ok. smbung lagi nanti. daaa..

Saturday, May 1, 2010

k.o.m.p.i.u.s.

days to go : 231 days


arini sepatutnya aku ade appointment dengan mak andam yang akan sediakan pelamin tunang dan mekap. ye..ye..saya tunang ade pelamin. sy tahu rase mcm extravagant tapi ade orang sponsor dan dia nak tgk sy ade pelamin tunang - why not? bukan susah pun. hanya perlu jadi cantik je masa tu. :)
tapi.. kakak tu ade emergency kat kampung. so terkensel.
so.. kami kembali kepada perancangan asal iaitu : mencari cincin risik. 
ok. aritu dah survey. kat habib ampang. dah jumpe yang berkenan tapi bajet lari. 
arini baru mila setuju meminda semula bajet tersebut.
tetapi malangnya - habib mid valley takde saiz dan habib alamanda langsung takde. 
nak pegi habib ampang - tak sanggup plak sbb ade acara lelong kat sana. kompem jem tak hingat dunia!
khamis dah pegi survey ngan min. pegi kat s.jewels kat alamanda. (sebelah MPH). aku dah berkenan dengan satu cincin ni. ade batu.target cincin risik just nak beli belah rotan. tapi hati dah jatuh cinta dengan yang itu. "its ok. sy datang esok dengan banker saya!" 
so - arini aku memuaskan hati aku nak tunjuk kat mila. huhhuh.. dia tak berkenan. dia lagi suka yang habib. so - aku pun follow ckp dia. ms dia suh aku pilih kat habib aku tak leh wat pilihan sbb aku dah suka yang kat kedai lagi satu. last2 mila mengalah. dia bagi aku beli kat kedai tu. hehehehe... wajah kesian sy mmg selalu berkesan dekat bf sy!! :)
so - saya dah dpt cincin risik yang sy suka!!! puas hati!
dan sy perasan dalam kitaorg buat arrangement utk tunang ni - so far takde satu pun yang aku dan mila sependapat. :) tapi hasil back up gengs! mila layan kan jek. :P
ms mila tanya nape suka cincin kat s.jewels tu? "ntah..sy rase cincin tu mcm jodoh sy." dia cuma mencebik. tak kisahla!