Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 28, 2010

c.o.u.n.t.i.n.g.d.a.y.s.

ok. aku rasa telah begitu lama aku mcm tak tahu nak taip ape kat blog aku ni. hehehe.. maybe sbb aku selalu taip apa yang aku rasa pada hari tersebut. so- bile takde rase pape, aku pun mls nak taip pape kat blog aku ni. :)
so.. inspired by citer julie and julia, aku tahu apa aku nak buat dengan blog aku ni.
mulai 1 Mei 2010 - ia akan menceritakan perjalanan saya dalam memastikan 22 januari 2011 - sy selamat menjadi isteri kepada seorang yang bernama mohd fahmi. (haha..tak kisahla mohd fahmi mane2 pun! :P)
blog saya akan menjadi tempat untuk saya menceritakan :
  • persiapan pertunangan saya (skang ni tgh haru biru)
  • tempoh pertunangan saya
  • preparation untuk majlis perkahwinan
  • majlis perkahwinan saya.
so - blog saya akan menceritakan perjalanan saya menghitung hari selama kejap eh- saya kire. ok.. 232 hari. hehehe..rase mcm lama lagi jek. tak payah nak gelabah sangat ok um?hahaha.
sebenarnya sy sangat takut kalau tak menjadi. tak tahu nape. tapi sgt takut. :(
wish me luck ok!



Wednesday, April 21, 2010

m.e.s.s.e.d.


lately diri rase tak terurus. rase mcm keje banyak tapi tak tahu mane satu nak buat. mcm otak ade banyak bende nak fikir. rase diri tak tenang pun iye jugak.
bebile fikir balik - rupenya mcm nila orang yang nak kawen slalu rase. keje kat ofis tak terurus dan nak arrange psl tunang dan kawen.
nak beli ape.nak start mcm mane. duit cukup ke tak. kalau tak cukup duit mcm mane.etc.. huh! mila dah start pening kepala. kitaorg ade masa 6 bulan selepas tunang untuk arrange everything. kalau ikutkan hati lantik jek wedding planner - dia buat semua. tapi orang gile jek nak buat mcm tu. ingat anda kaya kah??
so..korek2la semua promotions pameran pengantin yang aku penah pegi.
mase pegi dulu takde planning pape so.. tgk brosur tu semua sebelah mata jek.
then bile dah bukak dua2 mata - hmm.. mahalnye! hahahaha..
dan sebenarnya tak tahu mcm mane nak mula. rase diri bodo jek biarpun aku dah tgk 4 kali majlis kawen diadakan dlm family sendiri.
dapatkan tips dari kwn2 cthnye didi, lin dan che2 - makin menakutkan. (kalau takut tak payah kawenla!)
basically - dari saat abah bagi approval - otak saya dah bengong!


p/s : kwn saya kata 6 bulan tu kejap je. nak arrange everything. pejam celik pejam celik dah abis dah 6 bulan.
sebelum kawen - orang ckp kat saya, tgk saya sibuk je buat keje- wiken datang ofis- balik keje lambat - dia kate nak hidup senang, kawen je. huh! tak membantu statement mcm tu. tak senang pun hidup! hahahah..



Thursday, April 15, 2010

f.i.n.a.l.l.y.


ok. saya cuma ada khabar gembira je nak kongsi.
masa saya on the way balik dr jb dan masa sy amek bf sy kat klia- sy sangat excited nak citer.
first person saya jumpa - min. saya sgt excited nak citer ngan min tapi saya tahan jugak. kene citer kat bf saya dulu. so..sabar2.
bile citer ngan bf sy - reaksi normal dia bagi - dia cuma senyum. senyum yang lain sket. tapi nampak happy. dia terus tanya 'so, skang bolehla cari cincin risik dan tunang?'hehehehe..
then - kami pegi dinner gengs kat restoran tasik putrajaya bersama gengs! - cuma ayol ngan lin jek takde.
before that bisik kat bf saya -'kite nak bagitahu dorang tak?' dia cuma senyum. angguk. senyum lagi.
so.. jam hampir kul 9 malam. bf saya ajak balik sbb sy kene antar dia kat gombak.
sy pun ketuk gelas. 'gengs! ade bende nak bgtahu - aku ngan mila tunang 17hb Julai'. mulut semua orang mcm buat bentuk O secara serentak. then semua cakap congratulations ramai2. seronok. sebenarnya dorang lagi seronok daripada saya. maybe sbb dorang faham dan penah tengok mcm mane susahnya saya dan bf saya bersabar dan bertahan. :)
dan pagi ni - dorang masih lagi bergembira. saya gelak2 bile dorang cakap 'akan ada anak gengs!'. hahahah..

dan.. sebenarnya saya sangat happy. dan saya masih senyum lebar lagi. bile ingat psl reaksi gengs! saya paling happy. :) so.. dah lepas satu stage. looking forward for another adventure with my bf and gengs!.

sayang korang!

Tuesday, April 13, 2010

d.e.a.r.j.o.h.n.


FYI, saya bukanla seorang yang amat menggilai buku. memadai dengan meminati buku.biasenya buku yang saya suka baca adalah buku self improvement. i mean - buku yang cerita tentang self enrichment dan self improvement. bukanlah membaca buku yang mengajar mcm mane nak improve diri semata. cthnya : buku mitch albom, buku chicken soup, buku what shud i do with my life. selain itu - sy baca buku nicholas spark. buku dia je saya ok nak baca. tak tahu nape. tapi most of the books - sy tahu ending dia. sy suka nak tahu ending dia. kalau nak bagi saya baca buku lain - boleh tapi still sy perlu tahu ending dia. atau jalan ceritanya secara asas.

so.. baru-baru ni saya baca buku dear john nicholas spark. drpd sinopsis dalam movie dan bile sy google saya tahu citer ni ending dia sedih. tapi stiilll.. sy nak baca jugak. bile dah baca smpai tgh. sy terus tutup buku. im not sure whether i want to read it further or not. its because - the book are soooo damn sedey. dan saya tak suka bende sedey. walau pun kedengaran saya budak-budak dan agak ridiculous - saya tak suka membaca kisah kesedihan org atau melihat kesedihan org. sbb tu sy suka tgk movie romantic comedy/comedy/cartoon je. kalau sy tgk citer sedih atau baca buku yang endingnya tidak menggembirakan - saya akan depressed sebentar dan mengambil masa untuk jadi ok. mungkin kerana sy membayangkan hidup di mana semua orang gembira. (sudah tentula bayangan sy tu merepek!)

ok - tentu kwn2 sy yang tahu ni sy boleh baca buku 'a walk to remember' atau 'the notebook' berulang kali biarpun citer tu pun sedih. tapi tricknya adalah - sy tengok movie dulu baru sy baca buku. as you know - movie tak penah resemble buku tersebut sepenuhnya. buku tu jauh lagi sedey. tapi sbb sy dah tgk movie - sy dah mentally prepared. prepare utk rase sedih.

and people ask - kau tak penah rase sedih ke? naturally sedih. sedih upon something hurts. penah. many times. tapi - sy akan tido dan bangun dari tido saya akan ok. dan most of the events - sy lagi byk melarikan diri daripada deal dengan rase sedih tu. :)

so.. buku dear john tu sy masih tidak membacanya lagi. sy risau sy akan jadi sedey membacanya. sy tak decide lagi sy nak teruskan membacanya atau pun tidak.

atau pun sape yang penah baca buku dear john ni - bagitahu sy jalan ceritanya secara ringkas. ending dia mcm mane. so- sy akan prepare diri sy, dan mungkin smbung membacanya semula.

wondering - adekah ini satu penyakit? :P

Thursday, April 8, 2010

bila.dia.pegi.jauh.

senarai perkara yang anda perlu ingatkan boyfriend atau tunang anda apabila dia ke jepun selama 10 hari :
1. jaga diri bebaik.
2. jangan ngurat awek jepun. (arini bace kat kosmo! awek jepun menarik.. huh!)
3. jangan ngurat pramugari. (biarpun room mate anda yang mengingatkan boyfriend anda)
4. jangan makan benda tak halal. (biarpun tau dia lagi particular bab makanan halal ni drpd anda)
5. jangan lupa mesej anda. (biarpun sms dr jepun bernilai RM2.50 satu sms)
6. jangan lupa mesej anda untuk membenarkan anda menelefon dia dari msia. (hehe.. sbb murah!)
7. ingatkan dia yang - setiap kali dia rase mcm nak ngurat pompuan lain ingat sepakan yang anda akan anda berikan padanya apabila dia balik ke mesia.
7. paaaaaaaling penting : kalau ada orang ngurat dia, dia wajib jadi gila! serius ok.

* dids - aku tau kau nak ckp aku meroyan dah tapi aku nak jugak ckp - uwaaaaaa!! lamanye boyfriend saya takde di mesia!!

Tuesday, April 6, 2010

cipan.golek.golek.



mesti tak faham ape yang aku cube smpaikan dengan tajuk diatas.
haha.. takpe.
anyway - last wiken pegi road trip gengs! biarpun tak cukup gengs!
but.. still meriah.
kami gerak ke penang - jam 3.30 pagi. berbeza dgn trip ke tganu - aku agak ceria pagi tu dan sihat. oo.. itu sebelum lalu bukit bengkang bengkok tu. aku tak penah pegi penang sebagai passenger. biasenya aku drive. so.. bile bukit bengkok2 tu aku jadi pening sket and vomit byk sket. :)
smpai jek penang terus pegi kayu original nasi kandar. makan roti kosong. 2 keping. (setelah muntah dgn berkesannye - aku sgt lapar). then terus aim chow rasta. aku first time pegi chow rasta tu. tapi byk kedai tak bukak lagi. then kami check in kat hotel b-suite. kwn2 hotel tu sangat besar ok. katil king!! mila tido kat bilik besau tu sensorang - but aku,min dan yanti kongsi!! huh..
kul 230 petang plak - mule menjalankan aktiviti mencari lauk tengahari.
makan nasi kandar kat kayu original tu lagi.
lepas itu kami ke batu feringgi. memula nak pegi tenpat spices ape bende nth tapi then kami singgah di hark rock cafe untuk tujuan mengambil gambar.



hehe.. part ni paling aku suka sbb amek gmbar tak hingat dunia.
yanti ngan didi penuhnye 'cumelnya' naik kuda.
tak behenti nak gelak.
pastu pegi marine fish spa. nak pegi spa sbb badan sakit2 stress dan nak relaxkan kaki.
first time pegi fish spa mmg tak tahan nak masukkan kaki kat dalam tu.
aku rase setengah jam pertama kami asik bantai gelak jek.. sbb semua orang geli2 kecuali mila dan yanti.


geli dia tak hingat beb.
tapi lepas tu urut badan plak. ha.. yang ni best gile. fyi, aku ni tak penah pegi mengurut sbb aku paaaaaaaling geli orang urut aku. tapi amoi tu urut best. lega siut badan.
then - misi utama mencari DVD HARAM!
aku telah berbelanja sebanyak RM 88.00 ye kawan2 untuk dvd sahaja. dan aku gile!
gile tgk dvd nih!

kami balik ahad pagi.
aku singgah sekinchan sbb kawan aku kawen. (HAPPY NEWLY WEDS ANNE!)
panas terik gile kat situ. huhuhuhu
smpai jek rumah terus terbongkang - smpai jam 7.00 pagi esoknye.
aku tido 530 petang.. so mmg cipan golek2 la aku tido.
13 jam!!
gile. um gile.
biarpun tido best tapi frust sbb tak tgk ABPPBH 2009.

anyway -gengs! thanks for wonderful and happy and rock road trip!
lepas ni kite gi selatan plak eh?
yeyeh!


Thursday, April 1, 2010

k.a.w.e.n.

ok. arini aku dgr citer yang aku paaaaaaling menyampah dan pada aku paaaaaaaling tak logik sekali wujud dizaman moden ini. bukanla sbb zaman moden ni semua perfect tapi zaman moden rase pendidikan dah membantu kita utk melihat sesuatu dari perspektif berbeza. (maybe aku yg terlalu naif)
one of close friends - dia nak kawen dengan long time boyfriend.parents dia tak tahu kewujudan boyfriend dia tapi mungkin diaorg boleh suspectla. yela.. anak kau kuar dating, bergayut kat tepon kdg2 bawak balik hadiah ke umah etc.. takkanla kau tak boleh nak tahu.
then - dia plan nak kawen. so niat di hati dia nak kenalkan boyfriend dia ni. tetibe parents dia tak setuju. parents dia cakap dah ade calon untuk dia. nanti weekend parents dia ajak mamat pilihan parents dia utk dinner sekali. wah! begitu sajekah. ayah dia siap plan nak tunangkan dia bulan Mei ni. wah!
faham tak konsep - tak kenal maka tak cinta? mcm mane kau expect anak kau kawen dengan lelaki dia tak kenal.
then kau paksa plak tu. kwn aku cakap tak nak sbb dia ade pilihan. ayah dia guna alasan sbb dia tak pernah kenalkan. dia pun buat alasan ckp skang dah konfiden nak kawen dengan lelaki tu baru dia nak kenalkan. ayah dia ckp dah terlewat. ayah dia dan ayah mamat tu setuju dengan arrangement tu.
mahunya tak melalak kawan aku tu. boleh plak ayah dia cakap dah terlewat. itu life anak dia. mane ade terlewat ke ape ke. pelik2. happen to be ayah dia bukannye takde pelajaran. ayah dia bijak pandai. level manager. mustahilla takleh fikir bende2 mcm ni. dan aku sangat bersimpati dengan kawan aku ni. sbb pada aku situasi dia lagi teruk dari aku la.
dia betul2 tak tahu nak buat ape. dia rase mcm nak lari rumah je sbb tak nak jumpe mamat pilihan hati ayah dia ni. masalahnye dah mcm filem hindustan beb. macam citer dilwale dulhania le jayenge atau kabhi kushi kabhi gham. hehehe... (um sangat tak membantu!).
kesian kan. nape masih ade situasi mcm ni? janganla ckp "ahh..dulu mak ngan ayah kau pun tak kenal juga. happy je smpai skang". dulu mane same. kalau sama memang tak membangun malaysia ni. hahahah.. (sekali lagi anda tak membantu!). bukan ape disaat mentaliti manusia kian berkembang masih ade lagi yang ditakuk lama.
aku nak tolong bg idea tapi seriously aku takde idea. setakat ni aku ckp - jangan reject terus. nak jumpe weekend ni - jumpela. tapi lepas tu ckpla "tak suka jugak!". hidup kene bijak! hahahah.. ke.. sebenarnye korang ade idea lagi bernas daripada aku?