Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

l.a.g.u.

ari selasa - dengar topik kat hotfm.
"apa kah lagu kenangan anda?" - sebenarnye topik dia lain. tapi lebih kurang lagu yang mengingatkan kite kpd something etc.
so aku pun cube berfikir2 apa lagu yang jadi kenangan aku?
hah.. so there's a list :
lagu frust menonggeng - yang lebih kau cinta by fauziah latiff
lagu happy - generasiku by radhi OAG
lagu buat jatuh cinta - wonderful tonight by eric clapton
lagu mila - bila kau jauh by ... entah eh sape.

so..kawan2 ape lagu kenangan anda?

Thursday, March 25, 2010

p.o.l.i.t.i.k.

spt anda sedia maklum.. skang ni penggal parlimen bersidang. aku penah bertugas sekali je masa parlimen bersidang. itu pun aku ditugaskan buat laporan untuk dewan negara. so.. aku tak penah ade chance masuk dewan rakyat. most of friends said - dewan rakyat best. banyak isu. takde masa nak rase mengantuk. tapi still lucu tengok MP's ni bergaduh mcm budak2.
then semalam aku ngan min tengok buletin utama. start jek dorang citer pasal Parlimen. automatik - aku ngan min terus tukar channel. tengok Oprah's. ade interview ngan cast of NINE. (anyway - daniel tu sangat pemalu. dan cumel.orang tua yang cumel. hahahah)
ok. bukan itu yang aku cube highlight.
apa yang aku cube highlight adalah - MPs ni suppose tu represent people. rakyat. tapi bile dalam dewan rakyat - dorang tak lagi buat mcm tu. apa yang dorang cube ketengahkan keburukan parti lawan. tak kisahla bentuk atau cara ape pun. mungkin sbb dorang fikir kali ni dewan rakyat boleh tengok dalam tv. kalau dorang kutuk parti lawan - hilang kepercayaan. nope. it doesn't work that way.
sepatutnya faham - dia dilantik untuk mewakili rakyat setempat dia. parlimen dia. soalan-soalan parlimen yang cuba dijawab oleh kerajaan sepatutnya ditimbang balik dan fikirkan effect pada rakyat dia. kalau ok - setuju ajela. kalau rase ade persoalan lagi - tanye jekla. tak perlu smpai peribadi orang dibukakan dalam parlimen. Parliament actually for rakyat. bukan untuk mengembangkan agenda politik masing-masing. dalam dewan rakyat - dah tak nampak mcm represent rakyat. tapi nampak mcm represent diri sendiri atau parti sendiri. bende tu dah tak nampak menarik. dan rase memualkan. :(
mungkin pelik aku mengutarakan bende serius. tapi faktanya - aku dah menyampah citer psl dewan rakyat. menyampah citer psl politik. sbb pade aku above all nonsense been made - malaysia development is priority. mcm mane nak majukan ekonomi. macam mane nak kuar dari kemelut ekonomi globak ni. mcm mane nak jadi lebih berdaya saing sbb skang the world is flat. unfortunately - most of people forget about that.

Tuesday, March 23, 2010

m.a.s.k.

pics by aquarius for ever young

dulu aku selalu berfikir - mcm mane diri aku bile besar?
aku yang - selalu memain. tak tahu mcm mane nak serius. tak suka ckp dpn orang ramai. tak mature. mcm bebudak. suka bercakap. suka gelak. suka senyum dan garu kepala bile rase gelabah.
then bile abis belajar - mula kerja - mula tahu ape tu tanggungjawab - bende tu berubah sket demi sket. tak penah ckp diri dah bagus. tapi ckp - i' m getting better!.
bile dalam meeting - intonasi dah berubah. senyum dah jadi senyuman diplomatik. tak kisah bersuara untuk menyuarakan pendapat. bile gelabah - senyum masih ade lagi tapi garu kepala dah tak. cume ayat standard ' sy akan semak'. huhuuhu..
bile dengan kwn2 - hahahahha.. yang ini masih sama.
cuma kadang2 tak suka dengan penilaian orang ramai. my friends. colleagues. yang meletakkan aku masih lagi orang sama tak kira dalam situasi ape pun. kenapa? um yang dikenali tak boleh jadi orang berbeza ke bile diperlukan? kenapa? sebab korang rase diri korang yang normal adalah seorang yang komited, serius then bile aku dalam waktu normal adalah budak2 - aku tak boleh jadi serius dan komited? kadang2 statement orang yang mcm 'hmm.. ala.. itu si polan si polan la. boleh ke percaya dia jadi mcm tu bile meeting? boleh ke bawak dia pegi dinner kat hotel?'' - buat aku nak ckp / jerit kat org tu :
- diri anda sangat bagus kah hingga nak cop orang mcm tu?
- orang mcm dia tak leh berubah kah?
- orang mcm dia ni tak tahu mcm mane nak behave pada tempat yang sepatutnya kah?
kalau kau rase kau kenal orang tu - melayakkan kau nak buat komen mcm tu - obviously you're wrong!

people can change. people do change.
people can have few masks in their life.
people know what mask they should wear in particular occasion.
the masks that they're wearing never tells who he/she really are.
some people just have few personalities. that's it.
if you can't learn that - it's too bad for you.

quote from flickr (by Sion Fullana) :
We don't need to be heroes or villains to have masks on...
In fact, in life, with the different people we encounter, in our experiences in the online world (SPECIALLY there/here!), we have different aspects of ourselves, of our good and bad nature, that we bring out for whatever suits better the current need.
Some have masks, others have just complex multi-layered personalities. Some lie about what /who they are, while others decide to peel every layer off and show themselved raw and naked...
In the next 52 weeks, I hope I get to show, once every 7 days, one of my layers...
For I start with a mask today, and will not have any when it's all over...

Monday, March 22, 2010

alice.in.wonderland.



alice.in.wonderland.

sudah kah anda menonton citer ini?
ok. overall comment - citer ni menarik. directed by tim burton. and lakonan johnny depp as Hatter as predicted mmg best. tapi lakonan dia mcm aku penah tgk. yeps.. dalam citer charlie and chocolate factory. dia mengong2 mcm willy wonka jugak. ekspresi muka dia juga sama. especially bile dia bebel2 mcm nak marah. and bile otak dia mcm tgh mengimbau kenangan lalu. dia gune ekspresi yang sama. tapi pape pun lakonan dia best.
yg aku rase kelakar si red queen. (helena bonham carter). sbb dia kecik tapi kelakar besar dan berlagak diri besar.
ala2 tak sedar diri. :P
tapi.. aku tak puas hati sgtla ngan citer ni. maybe sbb ending dia tak menarik. ms si white queen bg alice minum air biru (uweeeek) alice wish utk dia balik. nape dia tak wish yang dia balik tapi dia leh ulang alik datang ke wonderland. kan lagi best ending mcm tu? :P
sebenarnye expectation aku pd citer ni sgt tinggi. then bile aku tengok citernya - citer dia best tapi .... there's still but in it! mcm citer tu tak reach my expectation. pape pun anda takkan rugi menonton citer ni. :)


the mad hatter : You used to be much more..."muchier." You've lost your muchness.

red headed queen : off with his head!!!

Monday, March 15, 2010

list.

tajuknye ringkas dan persoalan yang aku nak cube timbulkan pun senang iaitu :
"kalau korang takde degree - korang nak buat keje ape?"
persoalan ini timbul apabila keje di ofis banyak dan menyesakkan otak. persoalan ni timbul bile rase nak keje yang ari2 kau datang keje, tak payah perah otak dan cukup masa balik rumah. every 25th dapat gaji.
so aku senaraikan beberapa kerja yang aku terfikir aku nak buat if aku takde degree dan maybe dengan bakat lain yang ada aku nak kerja as :
1. receptionist kat hotel. yang selalu berdiri kat kaunter untuk layan orang yang nak check in dan check out. rasenya mcm kerja nye ringkas dan every job ade SOP. just follow SOP. tak payah perah otak sangat.
2. cashier. ha.. keje ni aku rase seronok. mungkin sbb mata aku bling2 ngan duit. hahaha... dan kerja tu buat kau berinteraksi dengan public. aku suka! ni pun sama - kerja yang sama jek kau just pastikan kau scan apa customer beli dan bagi baki yang betul. :)
3. cikgu tadika. heheh.. ni pun saya suka. mungkin ia ada melibatkan aktiviti memerah otak tetapi memerah otak untuk buat sesuatu yang kreatif - saya suka!
4. jadi penari. ha.. ni jek talent seni yang aku ade. actually ade lagi - sbg cth gamelan. tapi menari sesuatu yang buat aku sangat enjoy dan ceria. masuk kat yayasan warisan johor. belajar jadi penari and if ade event dapatla join. maybe boleh join so you think you can dance? :P
5. jaga kaunter tiket kat gsc. hahaha... mcm menarik kan? harap2 dapat tgk wayang free!!
6. pekerja di jabatan kebajikan masyarakat atau rumah orang tua. rase diri best bile dapat bantu orang. gaji tak perlula besar tapi cukupla buat aku happy! :)
7. jadi model. hmm... ni tak berapa prefer la. mungkin sbb body i tak cantik dan rupa i tak lawa mana atau aku tak nak dorang pakaikan aku baju yng bukan2 sbg cth pakai tudung yang memerlukan letak anggur diatas kepalanya. :P (heheh.. ingat tak didi?)
8. masuk akademi fantasia! hahahahahahahahahahahhaha... simpang malaikat 44! NEVER!!!

itu jek yang aku terfikir skang. yang peliknye jadi surirumah memang bukan impian aku sekalipun aku tak keje as gomen servant ni. :) pape pun, at the end of the day - kau sedar semua kerja adalah sama. mungkin pressure yang kau hadapi adalah berlainan tetapi still akan bagi kau stress dalam bentuk yang lain pula. yang perlu ade cuma rase bersyukur at least kau ade degree, ade gaji, boleh bagi parents duit dan boleh beli kereta. :P

Saturday, March 13, 2010

new.environment.new.me.

kadang2 rase hidup ni mcm fall apart - rasenya apa yang anda perlukan adalah pemandangan yang bagus. sekeliling yang baru. dan kadang2 fresh new start. semuanya benda baru. nak tinggalkan apa yang tak best di satu masa lalu dan apa yang tak best semalamnye juga.
ok. now some ideas mcm mane nak lupekan bende yang menyakitkan hati plus tak dapat ubah sbb tak boleh dapat new environment.
1. re-decorate office. susun balik ofis tu. susun balik meja ofis dan pastikan feng shui yang baik. hahah.. ape kah feng shui. tapi yang penting ko dapatla new environment biarpun sebenarnya kau masih di tempat yang sama.
2. re-decorate bilik tido. ganti balik katil kecik yang dah patah dengan katil yang besar dan buat kau tak nak bangun tido setiap pagi. hahaha.. :)
3. pindah rumah baru. pindah rumah. duduk sendiri. beli barang rumah. decorate rumah sendiri. beli sofa yang curvy dan fluffy - supaya kau boleh tido setiap kali lepas tengok tv. oo.. lagi bagus letak sofa bed terus. beli satu set katil yang sangat besar dan putih. cat rumah kau. hah! new environment created.
4. pegi cari scholarship. berambus dari malaysia ni lagi bagus. :) smbung belajar ape yang kau nak selama ni. then behenti then apply for lecturer. tak kisah la scholarship JPA ka.. MARA ka.. private sector ka...
5. pegi habib jewel yang tengah sale. beli cincin bunga tanjung yang kau nak selama ni tak payah tunggu smpai kau kawen. (sbb skang kau tak rase pun nak kawen dah!). hmm.. and feel good about yourself. :)
6. apply transfer jekla. skang dah tak kisah transfer mane.negeri mane pun. janji kau dapat buat memulakan hidup yang baru. :) kan?

ok. bagaimana dengan idea saya? adekah ia membantu saya untuk dapatkan persekitaran yang baru, diri yang baru dan lupakan semua benda yang lepas?



Wednesday, March 3, 2010

pi.mai.pi.mai.tang.tu.

penah tak korang dengar istilah ni?
bukan sbb citer lawak ms zaman kanak2 jek eh .. (sbb citer ni la glamer gelaran ayang,anje)
tapi yang aku nak citer adelah kesakitan kehatian bile ape jugak kite buat - berusaha buat - balik2 tak jadi atau kembali asal. rase penat.rase give up.
sebagai contoh - berusaha buat plan konon nak menambah baik proses kerja aku ni. berusaha untuk pastikan semua LO dikeluarkan oleh bahagian masing-masing. mcm-mcm buat. taklimat, hands on, helpdesk etc tapi balik2 anak buah aku jugak buat LO. then ape guna semua jenis latihan aku bagi tuh? tensi.tensi. so berbalikla kepada konsep - keje aku menimbun!
samela. mcm personal life. bile rase relationship ni ade cahaya-cahaya hijau yang agar samar and there's hope - then amekla one step ahead. tapi sebenarnye takde progress pun. akhirnya aku terpaksa amek dua tapak kebelakang dan sangat malas nak ambil melangkah satu tapak ke depan lagi. sakitnya hati.
biarpun aku tahu korang tak paham bab personal tu - tapi moral of the story - geramnye bile buat semua benda tak membaikkan keadaan pun akhirnya. rase kecewa tu lebih banyak dari rase marah. akhirnya yang boleh dibuat hanya - lay back and take one breath deeply then remind myself to breath again and again.

letihnya. :(

Monday, March 1, 2010

addiction.

addiction.
hehe.. mesti semua orang ade addiction sendiri. setiap orang ade penagih dalam diri dia.
mcm contoh - yanti. dia shoe-addict. lin plak - food.addict. :)
dan mcm aku - tv-addict. haha.. betul kan? bile difikirkan semula tv ade lah the most addiction that never recover since i was young girl. mase kecik - suka tengok citer GABAN.ULTRAMAN. SURIA BAJA HITAM. dan aku akan duduk didepan tv tanpa berkedip! dan kalau semua orang panggil aku masa tu aku takkan tolehla. uish.. kalaula cikgu mengajar pun dalam TV kompem aku score semua exam aku. :)
then sekolah menengah aku addict ngan citer cina. mase tu glamer kat JB citer cina singapore. mcm2 citerla. boleh kata aku ade magazine yang ade citer psl singaporean actor/actress. percaya la.. ramai budak sekolah - melayu - di JB addict dengan citer cina singapore. ZOE TAY. FANN WONG. CHRISTOPHER LEE. ramai lagi tapi aku tak ingat dah nama dorang.
then bile aku universiti - addiction kepada citer JEPUN dan KOREA. tapi mase tu aku very selective ngan citer KOREA. sbb citer dia duk menangis jek. penat aku tengok. so aku lagi suka citer JEPUN. citer yang tak byk orang jahat atau citer yang jenis satu episod -abis dah satu bab. mase tu TAKUYA KIMURA adalah lelaki yang jadi idaman semua pompuan ok. tapi aku menggilai TAKESHI KONESHIRO. citer-citer mcm HERO, LONG VACATION, GTO, THE INNOCENT WITCH etc.. antara yang jadi kegilaan ok. even skang aku masih tengok lagi semua cd2 lama tu.
bile abis zaman U ni - citer2 omputih plak aku gilekan. citer2 yang aku tak follow sejak aku sekolah - aku mula beli DVD dia dan tengok. sebagai contoh FRIENDS. 10 season. aku tengok berulang2 kali. then citer THE NANNY. mase aku sekolah aku penah tengok tapi citernya bukan feveret la. tapi skang kul 12 tengah malam setiap hari aku akan mengadap citer THE NANNY berjuta kali. then citer mase HOUSE, CSI, PSYCH, BURN NOTICE adalah citer2 yang aku akan tengok berjuta2 kali. :) addicted!

dan skang masih tak recover. kalau ckp psl movie - lagilah aku tak penah bosan. aku boleh tengok citer yang sama berulang kali dan masih terkejut, masih sedih, masih rase romantik dan masih marah pada scene yang sama. semua nye mcm baru first time tengok. :) seronok2.
dan kepada house mates saya - terima kasih kerana begitu tabah melayan addiction saya. :)

skang ni - GLEE addict! :)