Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 16, 2010

f.i.t.t.i.n.g.s.

15hb feb - mak aku mintak aku teman dia pegi wed anak jiran lama kitaorg. aki nama anak dia. kawan baik aku ms sek rendah. tapi bile dah besar - nak borak2 pun tak reti. :) maybe sbb ms sek menengah dah tak rapat mcm ms sek ren. so.. bile umur 27 ni gap makin terasa. anyway - mak aku bgtau aku last minit psl wed tu. so.. koleksi baju kurung aku mmg takde kat jb ni. semua di KL. nak buat mcm mane... aku ade jumlah baju kurung yang sangat sikit. so.. buat pe tinggalkan baju kurung kat jb when balik jb pun sebulan sekali jek?
so.. before pegi wed jam 11 pagi aku ngan adik aku pegi jusco. cari blouse untuk dipakai ke kenduri. one thing u shud know about me - aku hanya suka pakai tshirt. dan aku cume ade 1 blouse jek. itu pun di KL. so.. aku try mcm2 baju. adik aku dah gelakkan aku sebab skang aku try baju semua saiz M instead dulu badan aku hanya perlu pakai saiz S. bukan tak muat pakai saiz S. muat jek tapi dah tak selesa kot. biarpun M sangat longgar tapi at least selesa. (adekah kerana umur aku 27 - baju kecik2 dah tak menarik dipandangan?) so.. sepanjang try baju aku sempat amek gambar dalam fitting room. hahah.. sangat suka!


ni first baju yang aku sangat suka.
sekali tengok mcm Chu Li dalam Street Fighter. ;)
tapi aku tak jadi amek sbb adik aku ckp tak sesuai pegi wed and
pompuan umur 27 :(

yang ini sebenarnya sangat besau.
if i'm pregnant and try hide it
yes - i will definitely wear this one!

yang ini aku sangat suka.
tapi ia sangat besau even though
dalam pic nmpak mcm tak besau dan ia cume saiz M.
size S dah abis. :(

hmm.. napela aku terfikir try baju nih!
tak menarik dan sangat transparent!

Bj ni nampak menarik tp sebenarnya
SANGAT BESAU!
yg ini betul2 mcm baju pompuan ngandung
bile ia dipakai!

akhirnya aku beli baju kurung jek. :)
cantik dan murah dan plgg sesuai utk kenduri.
belila di First Lady. :)

aku ni bukanla konservatif. tapi pada aku - mase pegi wedding jek mase untuk pakai baju kurung atau baju kebaya. not blouse. ia nampak lebih sopan dan sesuai.
bukannya aku suka pakai baju kurung. tapi.. baju mcm tu resemble kenduri itself.
kalau pkai blouse - baik aku pegi shopping! :P
.. dan umliyana kamu telah menghabiskan banyak duit ketika berada di JB!!


Friday, February 12, 2010

k.e.j.i.

ada x korang bc paper thursday 11hb yg tnjk gmbr mayat baby yg dihurung semut.tgk gmbr tu buat aku jadi sayu dan sebak. Manusiakah yg buang bayi tu? Kenapa kene buang?apela slh dia? Dia curik duit kah? Merompak ke? For god sake! Dia tak tahu pape! Dalam dunia ni aku sgt despise dan memandang sgt rendah manusia yang memulakan perang, merogol dan bunuh, buang mak ayah dan buang baby! Aku jadi sgt emo bile org mcm ni wujud.manusia ni jenis mcm ni lg keji dr binatang haram. Tahu x ada beribu umat manusia yang nak kan anak yg buat mcm2 usaha utk pastikan impian tu tercapai. Dan pelbagai teknologi ada utk bantu org mcm ni. Aku sedih tgk kakak aku yg berusaha nak anak.But yet si keji ni simply buang. Then buat pe dikendong baby 9 bln dlm perut kalau hanya utk bunuh dan buang?ingat noble la tu buang depan masjid? Why dont u simply bg kat jab kebajikan masy?ada channel yg betul dan lebih baikk dr dibuang kat masjid,tong smpah,tepi jalan dsb!smpai skang aku stil tertanya nape baby ni dibuang. Baby2ni xmelawan pun kalau diberi pd org lain. By the end aku cume boleh simpulkan kdg2 takde ape yang perlu dirasionalkan bile dia memag manusia keji. Itu pilihan bukan terpaksa. Kau hanya memilih utk jd keji drpd jadi baik.

: selalu doa aku xkan penah jd manusia mcm ni. Amin.

Monday, February 8, 2010

f.i.r.s.t.j.o.b.

semalam menonton Oprah Prime Time kat Hallmark Channel. Topik dia - my first job. so, ia memberi aku sedikit idea tentang first job aku.
aku start keje umur 18 tahun - after SPM. aku tahu ramai org seangkatan dengan aku yang keje mase tu. memula aku tak berniat pun nak keje. bulan november aku teman kwn aku fizah nak cr keje kat Zon Bebas Cukai. Masa tu management dia nama 'Selasih Eksklusif Sdn Bhd'. then mase interview and amek a few test - org tu suh aku isi sekali borang tu. by 45 minutes settle semua. aritu jugak dia ckp kitaorg dapat keje. boleh start keje on monday. (tak ingat tarikh dia).
aku dapat job as cashier. mase awal2 tu mmg agak bangangla aku keje. gaji masa tu RM900.00 rasenya. tak termasuk OT. RM200 merupakan elaun cashier which is bile kau ter short duit kat kaunter, elaun ni yang dorang akan potong dulu. and disebabkan kebangangannya.. first 2 months aku tak dapat merasa pun RM200 elaun cashier tu. tapi masuk bulan ke tiga aku dah expert. tapi kwn baik aku fiza behenti keje after 3 months. dia smbung matriks. so tinggalla aku survive kat situ.
after 5 months dorang amek aku jadi permanent. gaji naik sket. kakak2 cashier kat situ sangat baik. dan aku sangat enjoy keje as cashier. tak stress. cukup masa balik. takde bende berat nak pikir masa tu. :) tapi after that aku dapat offer smbung belajar. bos aku asik tanya betul ke aku nak sambung belajar? aku ckp haahla. takkan aku nak keje kat situ jek. tapi mmg sangat sedih tinggalkan tempat tu. mak guard kat situ pun aku dah sangat kamcing. :) maybe sbb aku sangat peramah kot.
aku paling suka jaga women departments dan perfume department - sbb kat situ busy. so bestla.
paling boring jaga atrium dan bahagian kaca2 tu. sbb atrium tak ramai orang - yang kaca2 tu kene bungkus kaca which is aku sangat fail. jaga perfume department paling ebst mase valentines day. berpuluh2 ribu sales untuk petang jek. :) then bile datang keje, mintak perfume sket. kasik wangi punya!
certain things aku belajar which is aku sangat mahir skang - bile aku taip dan tekan nombor. aku tak payah tengok key board. practice make perfect. and bile beli barang - aku sama-sama kire dengan cashier each time dorang nak bagi balance duit. entah - dah jadi habit.
dan sememangnya aku sangat suka keje. dalam family aku - aku jek yang keje each time ade cuti semester.
aku penah keje as PKS kat UiTM dan keje kat Stesen Minyak ProJET as sales assistant. Jadi SA ni kene buat semua tau. dari cashier sampaila cuci tandas. tapi aku tak kisah. keje kat ProJET even though part time jek dan aku tak dapat OT aku selalu buat OT sbb aku suka keje. gaji masa tu RM980.00 rasenya. dan bos aku sangat sayang aku sbb dia cakap aku rajin kalah orang keje permanent kat situ. dan aku bekerja di situ selama 3 bulan!
so.. i'm maybe workholic. sbb aku enjoy kerja. mungkin sbb mase tu kerja-kerja tu tak memerlukan aku berfikir untuk kemajuan syarikat. cukup masa balik. :)
sangat suka!

so.. gengs! what your first job??

Thursday, February 4, 2010

road.trip. (iklan jap!)


br balik dr terengganu. road trip bersama gengs!.
sangat suka.
nak citer panjang tapi boleh update blog waktu lunch je before kene block balik.
so - nanti smbung!

p/s : jum pegi lagik!!