Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 3, 2010

m.i.s.c.

lagi 88 hari? hmm.. betul kate che2 - bile prepare utk wedding ni sedar tak sedar hari makin dekat. psycho betul kan.. huhuhu
nway - arini sy sangat stress. 3/4 daripadanya adalah kerana kerja dan 1/4 daripadanya adalah psl kahwin. :( tak pyhla citer psl keje kan sbb - selagi tak tutup mata - kerja!kerja!kerja! ~ huhuhu... 
psl kawen - sgt menstress kan saya adalah psl hotel. ok.. mmgla sy tak begitu ber-wang ~ tapi penginapan kwn2 sy juga perlu disediakan dan penginapan family cik mila paling penting. memula psl penginapan kwn2 - saya nak book Tune Hotels. (sorry yek gengs! Tune jek aku mampu! :P) tapi untuk setakat 20 orang dia tak bagi buat group booking. so.. kene book mcm biasa dan kene byr gune kad kredit ye anak2. :( and sy request untuk check out sehingga 12.oo tengahari. uish.. mane tau dia sangat kemut dan tak bg kami stay smpai 12 tengahari. menci! kene gak check out jam 10 pagi. then gengs! nak pegi mane lepas tu kan? skang sedang usaha memikirkan solution. 
nway - family mila. hotel yang kitaorg aim nak duduk tu agak mahalla. yela.. nak stay 2 malam kopak jugakla kan tabung kami ni. tapi yang ini dh setel sbb satu malam ni sy survey homestay kat JB. ade 2,3 jek yang berhampiran dengan hotel dan dewan yang lain semua nun jauh kat area UTM tu.  tapi lega sketla sbb dah boleh nampak penyelesaiannya. 
then tadi dapat draf kad kawen. korang panggil draf ke? boleyla.. first emel tu byk gile pembetulan kene buat. plak tu cik mila sy sangat detail dan particular bab2 ni. seremban dengan Seremban pun dia byk cekadak. :P (sori yek dear!) second email dh ok sket. tu pun ade a few changes dia terlepas pandang. hopefully yang ketiga dah ok dan nanti by then end of november sy dah boleh edar kad! :) sukanya! 
then akhir sekali pasal goodies. ye.. sy tau. sepatutnya bende ni dh setel. yelah nak order untuk 1200 orang bukannya sket kan. kalau tempah at least 2 bulan awal. disebabkan sy target by december semua bende besar2 dh setel - so.. sy  agak stress la bile sy still tak bole decide psl goodies. bagi orang lain - goodies tu simple jek tak penting. tapi untuk sy pentingla. sbb tanda appreciation sy kat org tu sbb sudi datang majlis sy. sound chezzzy but its true! plus sy cerewet! dulu tak penah sedar yang sy sangat cerewet (sebelum ni bab cerewet hanya terpakai bile pilih kain baju kurung je) - skang ni barula sy tau sy sgt cerewet. sy nak bg org bende yang sy tau kalau sy dpt sy suka. pendek kata - benda yang sy suka. (ade org ckp : kalau nak bagi org hadiah, bagi hadiah yang kite suka. itu lagi bermakna). dan utk memastikan sy dapat barang yang sy suka dan murah - setiap malam, sy tido lambat sbb nah buat survey kat tenet. seyes! setiap malam tido kul 1 pagi. penat gile! menambahkan stress sy jek! huh! biarpun pelbagai survey dilaksanakan - mata sy masih fokus kepada satu barang ni yang sy sangat suka tetapi harganya - lebih 300 ratus dr bajet asal. :( sy tau lambat laun cik mila akan setuju tapi sy mmg serik nak kuarkan belanja besar sgt sbb duk teringat baju sanding sy yang huhuhu (ade sket rs nyesal amek baju tu tp deposit dh byr - redha jekla). so.. skang, sape nak sponsor um nyer goodies??? sila angkat tangan! hihihi..


dan skang tak bole tido sbb dah berapa hari tido lewat. huhu.. semua orang nak kawen mcm ini kah? lambat sket boley jadi bridezilla. :P 
yang sy tau.. kalau dpt bercuti2 mesia pasti dapat membantu mengurangkan stress ini. ye ker... nak cekau duit becuti2 mesia pun boley bikin stress ya umliyana! :P 
tapi sy tau - stress ni paling byk contribute adalah keje yang berlambak kat ofis. arini terlalu sibuk smpai in-tray tu tinggi menggunung. dan fail sulit bersepah smpai 6-7 fail atas meja disusun tinggi jugak. tak termasuk2 meluluskan baucar2 bayaran dan menjawab panggilan talian hayat kewangan ni. :( sape ckp keje gomen ni relax.. huhu..


No comments: