Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 24, 2010

k.o.m.u.n.i.k.a.s.i.

ini bukan share tentang kawen. 
ni hanya nak share sesuatu. sharing is caring! :P
aritu sy dalam sitausi perbualan di antara hamba allah yang bercerita tentang kapel masing2. sangat banyak bende hamba allah ni communicate dengan pasangan dia smpai kan sy terfikir - semua pasangan mcm ni kah? actually - sy tak rase sy dengan cik mila sy pelik atau lain dari lain smpaila sy dengar kisah hamba allah ni. dia berbual tentang semua bende dengan tunang dia. everything. 
* pics by sanjeevhimachali.com

sy dengan cik mila jarang berbual perkara2 selain - kerja (which is most of the time!) persiapan kawen (selepas kami bertunang) dan some about our home stuff. bukanla sy bermaksud yang kitaorang patut bualkan - pendapat anda tentang BAJET 2011 atau North Korea yang serang pulau di South Korea. tidakla begitu sekali. tapi.. basically kami jarang berbual bende lain selain apa yang dinyatakan diatas. cakap psl past tense pun jarang - and cakap pasal future tense pun tidak. and yet we're getting married. dan sekejap sy rase takut. betul ke kitaorg nak kawen padahal there's a lot to improve in our communication. dan kamu tau - kami boleh spent hours in car without talking. magic bukan? which - after that sy akan menyanyi dengan sangat kuat dalam kereta atau saya tido. if im driving - yeps, i will sing out loud! :) sy tengok cik mila dengan adik beradik dia. dia mmg jenis pendiam. so.. sy perasan dia cuma cakap bile perlu. sy tak nak dia jadi mcm tu bile dengan sy jugak. :(
actually mase kitaorg jadi kawan - kitaorang lagi byk ckp dari sekarang. adekah masa tu menyebabkan kitaorang jadi kurang berkomunikasi? tidakk.. sy takde problem dengan cik mila. kadang2 sy mmg boring bile dalam kereta kami berdua senyap (bygkan la perjalanan dr JB ke KL?) tapi sy malas nak amek port. plus if kitaorg tgk TV kat umah bersama cik min, kami berbual sebab cik min byk input nak cakap atau kalau pegi umah kwn2 sbb orang lain byk ckp. and if kitaorg kuar lunch atau dinner - selain dr topik2 yang dinyatakan di atas, kitaorg akan makan smbil tengok tv (if kedai tu ada tv) dan makan dengan senyapnya.(adela conversation mcm - awk nak? sedap tak nasi awk? papela sewaktu dengannya) sy rase bende tu normal untuk kapel. tapi.. bile tengok orang lain.. hmmm sy jadi kompius. :( 
kadang2 bile kitaorg berbual sesuatu yang seyes - atau takdela seyes sgt - and thing become uncomfortable atau tak tau nak ckp ape dh - we will end up our conversation by saying okla atau owh atau tade ape atau pape yang sewaktu dengan nya. ini bukan cik mila jek. sy pun dh jadi mcm tu biarpun sy adelah manusia yang banyak cakap.. (maybe tak sebyk certain org but still... kay-poh!) 
bayangkan - dia dtang jauh2 dr gombak, ajak sy dinner but then diam sepanjang jalan dan makan. tade ape. then balik umah. all that take less than  1 hour. bukan silap cikmila - sy sendiri tak tau nak ckp ape. kadang2 takde mood pun nak ckp pape sbb tak de idea nak ckp ape pun.
bende silly mcm ni menjadikan sy kureng konfiden. mcm mane kalau kawen - still lagi mcm ni? marriage is too hard to be bored. sy tak nakla bende remeh mcm ni akan buatkan perkahwinan tu jadi boring. mcm kwn sy cakap - bende yang paling menakutkan dalam perkahwinan tu bukan anak, bukan duit dan bukan rumah tapi bile pasangan kita dah mulai rase bosan dengan institusi tu. :( 
ini cuma sesi meluahkan perasaan kot. atau cube mencari ayat2 dorongan dari org yang lebih berpengalaman atau cari panduan org yang penah dalam situasi ni. hmm.. sy tak tau. sy cuma rase sy perlu luahkan dan dapatkan idea orang lain mcm mane nak rancakkan perbualan sy dengan cik mila. :) 

4 comments:

anaztasias aira said...

dear, rasanya perkara pertama u kena buat adalah discuss with him pasal luahan ni. Insya Allah he will understand. just my 2 cent =)

ummphs.. said...

aira : dh borak dh psl bende ni. jap jek ok then pas tu.. :( bukan cik mila je , sy pun mcm tu gak. takde idea nak borak ape. boleh gitu? :(

whatever said...

orang kata setiap pasangan yang dikurniakan kepada kita memang akan berbeza dengan kita...cth wife dia sangat suka duduk rumah...but asben dia sangat suka keluar rumah.. jalan2..nak tak nak si isteri kena lah ikut gak...mcm cth ko...ko seorang yang byk ckp...cik mila ko seorang yang pendiam...sepatutnya ko byk lah bercerita ngan dia..buat dia selesa...kalau ko bole ckp semua benda ngan kawan2 kau..mesti ko boleh cakap ngan dia gak...tak dapat aku bayangkan ko lik KL-JB tanpa bercakap... huh... boringnya!!!emm.. try jadi kreatif...klau dah cik mila ko tu pendiam...tak kan ko nk ubah dia byk ckp which is sangat mustahil..so the bottom line..ko lah kena cuba..make it interesting and fun...

Miss Maira said...

hi um.. =)

kadang pekara yang remeh temeh la membuatkan sesuatu perbualan tu rancak and hangat tau, meleret2 dr satu topik ke topik lain.. lagi2 bila ada kena mengena dgn minat dia..

benda ni biasa jadi kat mana2 pasangan pn.. kita kena sentiasa ada inisiatif untuk semarakkan hubgn tu. (pesan utk diri sendiri jugak sebenarnya :P)