Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 19, 2010

kisah.HIV.Test.&.Kek.

arini sy pegi settlekan HIV Test. fuh lega! at least ade something sy dh buat untuk settle kan kebenaran nikah ni. :)
nway - kisah sebelum HIV Test. katekan la sy naif lurus atau simply silly. sy tak tau mcm mane HIV test tu dibuat. seyes. dalam otak sy dh imagine dia akan cucuk sy dengan jarum untuk amek darah sy dan letak dalam tiub. pastu br dia leh uji untuk HIV test. seyes... itu jek yang sy pk.
semalam siap dh berdebar mcm mane nak buat HIV Test. sy penakut dengan jarum atau lebih spesifik untuk amek darah. takut pada jarum tu mcm dh reduce sket tapi.. takut amek darah tu mmg tak leh handle. mase sy sekolah menengah - badan sy lebam2. abah bwk gi klinik pakar dan amek darah sbb doctor ckp takut leukimia atau pape seangkatannya. sy kene amek darah 3 kali ok. TIGA kali. sbb dua kali cucuk darah tak leh nak kuar. bayangkan betapa sakitnya! cet! dramatik sungguh. tapi betulla! mmg sakit.so..sejak tu sy tak penah amek darah lagi. and mase sy kursus ptd - sy kene amek darah sbb sy selalu migrain. mase tu siap menangis ok. nangis smbil gelak2. kwn sy yang tunggu kat luar dengar sy merengek mcm budak kecik. nurse tu nak amek darah pun asik gelak2. tak penah jumpe pompuan umur 24 tahun merengek takut amek darah! cet sungguh! 
so.. bayangkanla betapa  takutnya sy bile nak amek HIV Test. dengan adik sy selaku driver yang bwk sy ke klinik kesihatan tu - asik meletakkan citer menakutkan itu. cet lagi!
taaaaapi....bile sy datang - alahat, HIV Test KIT jek rupanya. saiz mcm pregnancy kit. amek darah dengan cucuk jari telunjuk sket. alahaiiiii... buat penat jek sy takut! jantung berdebar mcm haram sebelum tu. alahaiiiii... tak mencabar langsung!
nway - nak share info sket. kat JB ni rupanya kalau untuk HIV test setiap klinik kesihatan serve untuk HIV test ni hari2 tertentu sahaja dan ade certain tu pada waktu2 tertentu sahaja. sebagai contohnya : Untuk hari Jumaat hanya dua je Klinik Kesihatan yang akan layan kes HIV test ni. Klinik Kesihatan Larkin dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Johor Bahru. Mcm Klinik Kesihatan Masai (area umah saya!) dan Klinik Kesihatan Pasir Gudang layan HIV Test ni pada hari selasa jek.  kwn sy ckp boleh jek redah mane2 klinik kesihatan sebenarnya. tapi nasibla.. kalau ade klinik yang strict.. dia takkan layan kalau anda datang tidak seperti jadual yang diberikan oleh Jabatan Agama. 


nway - lagi story lain. kwn sy ayie tu kan akan berkahwin pada esok hari. huhu.. dh besar rupanya kwn sy nih. and sy dengan baik hati (ceh!) sponsor dia hantaran cupcakes.. memula sy nak tempah dengan wizzcakes tapi kakak tu ckp dia amek cuti. al maklumla raya haji. then sy try survey kat JB. sy jumpe blog ni ---> comelcakes. dengan melihat blognya sy mcm kompiden dia akan buat cupcakes seperti sy mintak dengan jayanya. so.. sy pun request. alhamdulillah - kak comel tu setuju. and arini sy amek kat umah kakak tu. seyesli.. sangat cumellllll.. saya suka. dan paaaaling penting, sy happy kwn sy ayie tu pun suka! jap sy attach gambar dia. 
cumel kan?? sy sgt suuuukkkkeeeee...  so, kalau rase2 nak buat untuk kek kawen sy sarankan anda pertimbangkan kak comel ni. mmg comella dia buat. :)


4 comments:

Qaseh Qidzizie said...

Good info...
thanks um :)

anaztasias aira said...

saya seorang yang takut darah. macam mana lah test hiv nanti :(

CikSyafa said...

oo baru ku tau kirenye cucuk sket j ek?Syafa tak buat lagi HIV test!takot seyy..haha

ummphs.. said...

qaseh : welcome!
aira : takpe. cucuk ujung je.ala2.. tak terkenan paper cut. tp paper cut lagi teruk kot.. :(
ciksyafa : takot betul ke takot perli ni.. hhaah