Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 1, 2010

b.r.i.d.a.l.h.u.n.t.i.n.g.

hype!
rasenya lama sgt  tak menaip pape di blog ni. heheh - sbb saya pulang ke JB. cet! macamla tak dpt nak access tenet bile balik JB. dapat cume malas nak menaip panjang2. 
ok. balik JB saya pegi bridal hunting. dalam list ade 7 bridal ok. tapi yang sy sempat pegi cume 6 je. Actually yang ke - 7 tu cik mila tak mau pegi dah. dia ckp nak limitkan pilihan sy sbb after yang ke - 6 tu saya asik cakap - semuanya best. semuanya saya suka! soo.. dia pun dah pening kapla tengok tunang dia tak abis-abis ckp semua bridal pegi semua best. HAHAHA~
meh review sket 6 bridal yang saya pegi. memudahkan sy nak recall each bridal bile sy nak buat keputusan nanti. :) 


1. AMY BRIDAL 
- Inilah bridal pertama sy pegi ye. tapi xdapat pegi kat butik dia sbb butik tutup dan dia sedang berniaga baju raya kat Angsana. tapi sbb saya dah kol dia - dia bawak semua album dia etc ke Booth dia untuk sy belek dan pertimbangkan. Their price starts at RM6,000 ok. if saya nak baju baru then i have to add RM1,000. Price RM6 tu including baju, persalinan potong kek, hantaran untuk 5 dan 7 dulang. means dia buat untuk lelaki sekali. pakej tu tak silap saya mahu sekali dengan baju nikah. pelamin nikah kene tambah depends kepada design pelamin yang saya nak. Amy ni sangat peramah ok. dan kualiti keje dia ok. Before this ade a few orang suggest Amy Bridal ni. Dia amek baju dari Man Kajang so.. memang cantikla. :) tapi sy still xpuas hati sbb tak dpt nak tengok butik dia dan koleksi baju dia. :( tapi paling sy suka tentang AMY BRIDAL ni  - pelamin dia yang roman tu. sangat cumelllll... kalau orang yang pegi Pameran Pengantin July kat Mid Valley - hah! pelamin yang dorang tunjuk tu. koleksi Dina Halim. cantik sgt!


2. JUWEIN E'ZAIN BRIDAL
Juwein ni dicadangkan oleh kawan saya, Fauzana. dia cakap Bridal ni ok and baju dia semua cantik2. sama mcm Amy- Juwein tak bukak butik masa bulan puasa. dia bukak booth kat Giant Taman Suria. Tapi sbb dah janji ngan dia awal - dia bwkkan semua album koleksi. and dia bwk jugak laptop untuk sy belek koleksi terbaru dalam tenet. Juwein ni sangat baik ok. dia ckp sopan and dia nampak innocent. :) pakej dia start at RM7 k. ni pakej dewan tau.. maybe sbb tu mahal sket. kalau nak baju baru - kene tambah a few bucks.Juwein ni highly recommended by my friend. kualiti service bagus - dorang ckp. :) mcm Amy gak - sy tak leh nak decide sbb sy still nak tgk koleksi baju dia. so.. maybe nanti amek masa jap lawat butik dia kat Setia Tropika. :)


3. SERI DELIMA
- terletak kat Taman Impian Emas. sy datang butik ni seawal jam 10.45 pagi tau. sebenarnya appointment jam 10 pagi tapi lambat bangun. bergayut nyer pasal! lepas amek mila kat Tune Hotel terus datang ke Butik ni. first thing nak puji pasal butik ni - customer service dia sgt bagus! seriously! dia kol - tanya pendapat, if nak mintak kurang ke ape ke.. kire dia rajin buat follow up. koleksi baju dia ok. pelamin dia sy suka! ade stail garden tu. sangat cantik! baju nikah pun cantik. :) tapi sy tak perlukan baju nikah. price dia starts at RM7k.  termasuk baju nikah. dan baju sanding etc la. ade bagi full package jugak tapi standard harga mcm butik lain rm30.00 per pax. nak baju baru pun kene tambah a few bucks gak tapi dia ckp depends pada design yang kite nak. 


4. ADLI BRIDAL
- ok.. byk2 butik - butik ni provide paling byk baju pengantin moden. seriously! Staff dia sangat baik dan sangat melayan saya ye. dia siap kuarkan majalah pengantin - nak tunjuk design paling terkini. starting price untuk dewan - rm5,500. untuk baju VIP atau baju baru kene plus RM1,000. pelamin dia cantik2. and as i said - mmg modenla. cantik! sy suka!. dan Adli Bridal ni paling banyak baju pengantin baru. mase datang tu - adela at least 3,4 pasang saya berkenan yang dh lari dengan tema asal kawenku. dia ckp - tunggu disember. mase tu banyak design pelamin kuar dan baju pengantin baru sbb disember kan - bulan perkahwinan satu mesia! HAHA - betul kan? pakej 5,500 tu pakej biasa je. tapi ade persalinan potong kek kot. bile round2 kat bridal jb ni - dorang suka bagi pelbagai persalinan. which is saya harap sy ade cuma baju sanding je. tak nak yang lain2. kalau nak tempah baju nikah, upah jahit rm300 ke atas (ni sbb kain sy chiffon). hantaran - rm50 per dulang which is okla kan.


5. ASTANA BRIDAL
- gosh! ini adalah bridal paling reasonable price so far! kak ungku - owner dia ni sangat baik tau. sy rase dia mcm baru lagi sbb koleksi baju dia tak byk sgt. tapi - kak ungku ni sangat melayan customer ok. saya bagi A+. hehe.. pakej dewan starts at RM3k. paling murah kan?? kalau amek pakej - rm20 k setel semua tau! termasuk goodies pun dia setelkan. i just perlu pk pasal kad jemputan je. paling best - kalau nak baju baru rm250 sahaja!! kalau kite ade kain sendiri nak - means dia akan bwk kite pegi JAKEL dan kite pilih sendiri kain dia add up RM500!! sangat suka!! kalau upah baju nikah pun rm250. sy cume lupa tanya upah untuk hantaran. seriously! sy suka juga butik ni. cume pelamin dia je - terhad sikit pilihannya. tapi bab minta baju baru just tambah rm250 tu sy sgt suka!!


6. Jendela.Impian.Mempelai.
- ni last bridal sy pegi. staff dia sangat baaaaik. koleksi baju dia terhad but then boleh buat baju baru yang dia ckp costnya depends ngan design yang sy nak. pelamin dia lain dr yang lain tapi sgt cantik. sy tengok koleksi foto pakej dorang buat - ade tu tema dia pink hitam. seriusly cantik beb! starting price pakej is RM4,000 if im not mistaken(nota kat dalam kete - nanti esok i hupdate ye!) tapi yang sy ingat - kalau full pakej RM24k! full package ni siap termasuk breakfast untuk 50 orang, makan malam untuk 150 orang dan kenduri untuk 1000 orang. sgt berbaloi! tujuan pakej ni - kirenya family pengantin tak payah susah2 fikir psl makan malam lepas kenduri atau bersiap makan breakfast before kenduri. semua dorang akan handle. menarik kan? sy suka!


itulah saja 6 bridal yang telah dikunjungi. practically yang dikunjungi 4 jek yang lagi dua tu menziarah owner je. hehehe.. still xleh decide which bridal. tak decide pun nak full package wedding planner atau separate kan bridal dengan catering. catering tak survey lagi. rasenya kalau tahu price range catering kat JB baru ok nak buat keputusan kot. tengok mane yang lebih menjimatkan. kalau ikutkan Astana Bridal paling menjimatkan tapi - pelamin dia terhad.Amy Bridal pun provide price ok sbb termasuk hantaran sekali kan - cuma nak tengok butik dia dulu.tp sy berkenan gak dengan Adli Bridal dan Juwein. huhuhu..rambang mata!

No comments: