Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 6, 2010

h.a.l.l.h.u.n.t.i.n.g.

seperti tuan sedia maklum - (ye ke sedia maklum?) saya buat majlis sy di johor bahru. dan entry sy sebelum ini adelah - majlis saya pada 22 januari 2011. dukacita dimaklumkan bahawa saya terpaksa meminda tarikh perkahwinan saya. sebab? - TAKDE DEWAN!!! uwaaaaaaa!!!
susah payah saya bercuti pada 4 ogos - dengan niat sucinya nak setelkan pasal dewan. kan sy kol MBJB tanya kekosongan dewan - dorang cakap ms tu kosong. sy tak mintak tolong family members sy - sbb ingat dorang bz. and plus sy nak pegi sendiri sbb mcm banyak bende nak tanya la.. and sy risau tetibe dewan takde - mcm mane?
rupanya kerisauan sy menjadi nyata. pada jam 10.30 pagi sy tibe di opis MBJB hanya untuk mengetahui yang dewan idaman sy (idaman kah??) dah diboooooooking!!!! kecewa dan sedih sungguh. lagi menyakitkan hati :  sy tempah a few minutes lewat daripada insan yang telah rosakkan plan perkahwinan sy!! (sorry ye.. bang. sy cume mahu kedengaran seperti dramatic shj).  dan sy marah kat MBJB tu sbb rupanya tempahan boleh dibuat thru phone sahaja! dem! ms sy kol dulu tanya mcm mane sy nak booking? dia jawab " ok. untuk booking akak datang  ofis Pusat Setempat kami." kalau boleh gune tepon - cakapla : akak booking thru phone then dalam ms tiga hari akak kene buat payment! sengal! 
so seharian 4 ogos sy round JB cari dewan. sy mengaku - sy mmg cerewet bab ni. bab dewan ni. bukan ape - sy cume nak majlis yang sentiasa ada dalam imaginasi sy. dan sy harap sy dpt merealisasikan imaginasi tu. :( ye - nak cari dewan mcm kat putrajaya - jauh sekali ye. kat jb ni takde. sy paham. tapi pls - saya tak nak dewan yang mcm dewan serbaguna - lukisan court badminton pun nampak. sy nak dewan yang dewan. dewan untuk majlis atau exhibition. bukan untuk bersukan. then sy pun pergi la ke persada johor. 
silap sy disitu sbb sy tanya pasal - wedding kat persada johor. so.. dia bagi sy wedding package. sepatutnya sy tanya - dewan!! sy nak sewa dewan!! sengal um! ok anyway - sy share la price range dia. 

persada johor : rm700-rm900 semeja. iye kawan2.. maksudnya satu kepala rm70. ok.. yang ini kalau aku anak dato' atau tan sri atau aku kawen yang sewaktu dengan nya aku akan cakap : "i tak kire. i nak dewan ni jugak!". tapi sy tidak kahwin dengan mane2 yang disebutkan diatas ye kawan2. sy berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan gred 41. so.. tahula kan.. it is BEYOND or OVER budget.

so.. lagi sekali sy try Danga Bay. niat sy suci. sy just nak tahu price if saya nak kawen kat area RUMAH LIMAS. tahu kan rumah mane satu? rumah2 johor yang kat sebelah Danga Festive Mall. tapi end up - dorang bagi sy quotation wedding package kat Danga Bay Convention Hall. Ady - marketing exec dia sangat peramah dan baik hati ye. sangat melayan je. sy suka. nway - Danga Bay murah sket daripada Persada Johor. price range : RM588 - RM1288. opps.. lupe.. tu semua harga SEMEJA. tapi menu dia offer memang puas hati la beb. mcm makan seafooood restaurant yang mahal nyer tau!

then sy pergi juga Dewan UTM. Dewan Alumni. kawan saya - hilmy pernah bersanding di situ. sy pergi ngan noriah (oo..sy angkut noriah  balik jb) dan fizah (besfren sy yang keje kat utm). dewan tu mcm ok. tapi somehow rase mcm rimas. tak tahu nape. mungkin lighting dia ms tu kot. ntah.. tapi sy bet - parents sy tak suka dewan tu. harga dewan ni ok tau everything complete rm2000. okla kan? kalau kat putrajaya pun RM2500 mcm tu.. akhirnya sy tak jadi balik putrjaya 4 ogos. sy just amek cuti satu hari je. 

5 ogos - bangun pagi. amek umi kat hospital sbb dia br abis physiotherapy. breakfast kat umah jap - then terus pegi - HALL HUNTING. first destination - Dewan Mawar. Masa sekolah dulu - kitaorg penah  ade event kat Dewan Mawar. tak ingat event ape tapi sy jadi sukarelawan la. seingat sy - dewan dia besau dan best. nampak exclusive. sy suka. so.. sy pun pergi. hati dh frust dengan kegagalan hari semalam - so ms depan pintu admin office tu kitaorg siap baca doa. dengan harapan kitaorang dpt la dewan. ngupenya - tak leh sewa dewan ye. kene amek wedding package juga. tapi murah.. rm30 per pax. okla kan.. dorg prepare everything. yang sy perlu ade cume : baju cantik, make up cantik.. siap kek tiga tingkat free tau! but then abah sy cakap makanan tak sedap. dia kata amek tempat lain. lagipun mahal. kawan sy plak cakap - its too good to be true. takkan murah sgt untuk semua tu.. then bile double check. they do have flaws. flaws yang sy tak leh tolerate. dia takkan buat weds ikut tema kite ye. dorang dh tetapkan tema iaitu GOLD. so.. by hook or by crook that's the only theme will be prepared for us. sorry.. takleh tolerate k? tp sedeyla sbb dewan tu mmg best. 
then pegi dewan spastik. dewan sekolah kanak2 spastik. 
ade something wrong tentang dewan tu yang sy tak suka. 
nampak tak kemas. mcm - biasa. :( as usual.. sy yang cerewet. so.. reject.

then pegi Hutan Bandar. kekunun nak tanya - if they open for wedding. nope. tak bukak ye kawan2. sayang nye.. sbb view dia sangat cantikkkk!!
then sy pergi ke Royal Johor Country Club.
yang ini sy suka. dia bagi sewa dewan je. catering leh amek luar. suka2. harga pun murah. 
cuma satu je kelemahannye : dia tak leh confirm date yang kosong. sbb dia cakap event planner untuk 2011 tak kuar lagi. so.. takleh nak dahulukan wedding. dia cakap kalau ade event kelab dia terpaksa ketepikan tempahan perkahwinan. uish...uish..risiko plak kan? sayangnye.. sbb Banquet Hall dia ok. lampu dia lawa. hahaha.. chandelier dia sangat mewah. yela..country club kan..sebelah tu ade swimming pool. tapi risiko yang sy kene amek tu susah sket - so, reject!
then kami pergi ke Dewan Kampung Melayu Majidee. ok. besau.. tapi dewan tu nampak mcm lama. mcm tak kemas. secara terus terang - nampak  mcm terbiar. tapi sy difahamkan every week ade wedding kat situ. kompius.. but still - reject. 
then Dewan BandarDato Onn. Kat Kompleks Mutiara Johorland Bandar Dato Onn. ok.. overall dewan tu kemas. nampak baru. cantik. jenis : dewan serbaguna. so.. court badminton semua kelihatanla. tapi kelemahannya : dewan tu sangat2 besau. kapasiti 1200 orang sekaligus. so.. boleh imagine kan mcm mane besaunya dewan tu. sy suka sebab orang dr JB senang datang - dr KL pun senang. tepi Highway PLUS je. senang sgt. parking senang. tepi tu ade swimming pool jugak.so - dewan ni sy KIV. 
penatnye... then ms sy mengadu kat Facebook - kawan sy abe - bagi sy senarai dewan. dua dewan dr senarai tu sy pergi mase pas maghrib. 
Dewan TNB Kempas - dewan nampak baru tapi tutup. dia suh datang esok untuk tengok dalam tu ok ke tak. tapi environment dia cantikla. cuma - dia terletak di belah belakang kuarters TNB. mcm tak sesuai je.. but still - KIV.
Then Dewan BBU - ok. dewan ni tak kemas. tak nak. so - reject. 
so cube kire - bape banyak dewan sy survey selama dua hari ni. sy dah siap kemas barang nak balik pjaya arini tapi disebabkan dewan still tak dpt - sy terkandas lagi di JB. hehe.. takdela terkandas sangat pun. saje je bunyi dramatik. suka je terkandas kat JB. hahaha.. 
actually - sy dapat jugak booking Dewan Jubli Intan (dewan idaman yang sy citer memula tu!) cuma tarikhnya sudah lari. 30 Januari 2011. Hari Ahad. sy bukan tak suka buat ari Ahad. sy tak kisah. tapi concern sy adalah jemputan sy dari KL. yela.. esoknya isnin.. tak ke penat nak balik hari.. ? then keluarga belah Mila. ade yang dari Kedah tu. Ahad - Kedah keje ok. serba salah dibuatnya. then sy tanya jugak.. tarikh bile free yang melibatkan ari sabtu? hmm.. paling awal sy leh dapat adalah pada 26 Mac. dah bincang ngan Mila. dia ckp lama sangat la plak. lagipun dia faham dan sy nak dia faham - Mac adalah bulan kritikal untuk umliyana. Buku Bajet 2012 kene submit before 31 Mac ok. Report2 Aset etc pun ari yang sama. so.. boleh bayangkan - betapa porak perandanya dunia ku? bukanla.. Januari tak porak peranda tapi at least ms tu boleh bernafas sbb dah tutup akaun and waran peruntukan biasanya belum dpt lagi. ye .. ye.. sy tahu. ni kahwin. sy kene fikirkan pasal kahwin. tp sy tak nak jugak after kahwin otak sy punah berfikir tentang kerja. kan susah kan? 
so.. esok sy kene finalised everything. booking sy dengan dewan jubli intan berakhir esok. pastikan sy ade plan B if sy tak nak 30hb. huhuhu... nak tidola. mane tau.. dalam mimpi muncul Plan B. :)

p/s : thanks kawan2 yang bagi idea kat facebook. jasamu ku kenang!!

8 comments:

thesweetlittlecat said...

beb, y not let ur parents or family kt JB yg settle kan??? u just think about ur personal prep.. but if u r comfort to do by urself... its ok.. aku lu parents aku wat sume yg kt kampung.. aku just fikir baju, make up, pelamin n jemputan.. :)

suhana azlin said...

relek la beb...aku dulu kawen dewan serbaguna jugak, ada je line court tu tp bila dah susun kerusi meja bukan nampak sgt pun...yg penting air cond, selesa, complete ada toilet, bilik pengantin bersiap, parking...murah je all in kerusi meja x sampai 1500 tau...

when talk about wedding sape tak nak fairy tale wedding yg best kan..tapi aku rasa apa yg penting simple dan x over budget..hidup selepas berkahwin lebih memerlukan budget yg maha byk seperti rumah dan isi mak nenek dlm rumah tu..belum kira kalau termengandung immediately lepas kawen which perlu amik kira kos preggie dan beranak nnt...(like moi hehe dan nak beranak pulak kat private)

wedding is just a matter of one day event while married life is about your life together forever as a husband and wife plus both families...

eh eh terpanjang pulak bebelan ku hehe...

ummphs.. said...

kiera : tula.. ingatkan nak wat sendiri. sbb mcm malas nak nyusahkan org. tp round satu jb carik dewan mmg cam haramla. :P

lin : insaf jap aku dgr bebelan kau. kalau kat jb ade dewan mcm dewan serbaguna tu - mmgla ade line court etc tu - tapi at least mcm proper - sebenarnya ok je.
aku ade jumpe dewan mcm tu tapi kapasiti dia 1200 orang untuk sekaligus. so.. kau bley imaginela betapa besaunye. ade lagi satu dewan pun mcm ok - i mean comparable to dewan p8 kat pjaya tu - dewan tu dalam kawasan perumahan kuarters tnb plak.and jalan complicated sket - susah nk bg direction org dr KL. :(
bile aku ade start byr deposit kat dewan jubli aku tu - barula.. mak aku ckp ade dewan ok sket kat situ la.sini la.. huhuhu.. ms anak dia round satu jb takde plak dia ckp. huhuhu... nway : final dah dewan. 30hb di dewan jubli intan. ralat sket sbb dapat yang ari ahad nyer.

Que & Wai said...

hi!
tq with info pasal dewan nieh.. :)
btw, kalau ada info pasal dwn tnb kempas or which ever yg agak ok boleh share x? tq again

ummphs.. said...

hi!
tnb kempas tu org sempat pegi gak. tapi tak dpt msk dalam.sbb dh lewat. taaapi.. berdasarkan reference dr kwn2 dewan tu cantik. moden. cume sy tak berapa ok sbb dalam kawasan kuarters TNB dan belakang umah2 org tu.
sy rase dewan johor jaya ok. harga afforable. parking senang. berdasarkan gambar - dalam dewan tu cantik. :)
selamat men-survey ye.. :)

Anonymous said...

hi...
Thanx kongsi info hunting hall..I pun baru nak survey dewan di JB...yg idaman sama mcm U gak..
cuma nak tanya...u book Dewan Jubli Intan nie...mcm mana? Dewan ni ada risiko tak...maksud sya...MBJB leh cancel last minute tak? N berapa cost yg diorg charge...
Kalau u sudi beri jwapn yg diatas ni...u leh drop ur answer in my email..rafidah_wahab@yahoo.com...
TQ

sugarpinky said...

hi dear,
ur post ni actually banyak membantu. i just nak tanya.. u kata RJCC punya cost affordable utk sewa dewan je, would u mind sharing with me berapa kos dia?

I nampak u talk about dewan johor jaya tu kan? im interested with the hall, tapi i dah google2 punya google satu pun gambar dekat hall tu i tak jumpa.. agak tension gak coz i nak tunjuk pada my mum. dia nak kat jubli intan but i think that hall is too small.. i heard my colleagues cakap pasal that hall, so i berminat la nak tengok2...

boleh tak u e-mail dekat i? nanie.mk[at]gmail.com

thanks in advance!

EDA ADLINA JB said...

Salam...
Entry nie sgt membantu....but leh x share skit price die....Sbb tgh survey2 dewan di Jb.. Minat sgt dengan dewan bandar dato onn.. leh x e-mail price die adlina_eda@yahoo.com....TQ in advance