Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 19, 2010

s.a.y.a.d.a.n.b.o.l.a.

days to go : 182 days






arini mcm off topic sket. sbb sy tak leh tido lepas tengok game England vs Algeria yang tak memberangsangkan. Then saya ter pk - mcm mane sy boleh suka bola. u know.. sy tak main sukan. sy penah sekali je main futsal. sy cuma suka join apa-apa persembahan - tarian, gamelan dan teater. sukan is big NO for me. tapi mcm mana bola sepak adalah satu-satunya sukan yang saya gilai. saya tak ekstrem mcm orang lain. sy cuma suka bola sepak. game tu buat saya teruja. 
so.. sy try recall. mcm mana saya suka bola sepak. 
masa saya darjah 2 atau 3 saya dah follow bola sepak. bukan EPL. masa tu tak tahu EPL tu apa. tapi saya follow bola sepak Malaysia. Liga Malaysia. Best. dulu bola sepak Malaysia best. Saya adalah penyokong Selangor biarpun saya anak jati johor. Kedah pun saya suka juga. setiap game saya, adik saya, abah saya dan abang saya akan tengok bola. sy tertido2 tengok bola. dan mcm mane sy boleh terjebak? sebab adik saya. well.. saya dengan adik saya beza 11 bulan je. sib baik lahir tahun lain-lain, kalau tak leh jadi kembar tahun. opps.. ok. so..dia besfriend sy kat umah. so apa yang dia minat akan mempengaruhi saya. masa tu pun saya suka wrestling. oo.. itu sebab abah. ms kecik sy sangat rapat dengan abah. so sy terjebak jugak. 
saya dan adik saya akan kumpul majalah bola, kad-kad pemain, kitaorang ada buku sticker yang setiap kali beli ape ntah dapat free gambar pemain, saya akan tampal kat buku sticker tu. begitu tabah memenuhkan buku itu. 
then bile masuk high school. saya mula kenal apa itu EPL. dan masa tu saya sukakan Manchester United. ini kerana abang saya yang kedua die hard fan Man Utd. So, adik saya terjebak dengan saya sekali tgk bola EPL. saya mula minat MAN U sebab ERIC CANTONA. hahaha.. betul. dia brutal tapi main best. then saya kenal satu wajah kacak yang buat saya mengilai Man Utd lagi banyak iaitu DAVID BECKHAM. Sexiest Man Alive ok! (smpai skang!) so... sy buat lagi perangai yang sama. saya ade scrap book untuk beckham saja. saya ade kumpul sejarah dia dari dia start main bola, sir alex berminat dengan dia smpai dia masuk MAN U. game MAN U tak penah tinggal ok. smpai saya masuk U. mase kat sek. asrama curik2 tengok TV sbb nak tengok game MAN U je. so.. saya menggilainya. Bila Beckham pegi REAL MADRID - saya masih MAN U fan. sy tak minat real. tapi sy minat Beckham. Tengok game Real sebab nak tengok Beckham. Bila dia ke US - opps sorryla. tak tengok dah. game MAN UTD masih suka. masih tengok. tapi saya rase ade badi la sy ngan game MAN U ni. dari 10 game saya tengok - adelah 7 kali waktu MAN U kalah.hahaha.. suwei kah? hahah
so.. WORLD CUP ni saya memangla follow. dah beberapa tahun saya hanya sokong England. siap dekat UiTM kunci jam semata-mata nak tengok game England jam 3 pagi. huhuhu.. dan yang saya tahu saya takkan pernah suka Argentina. haha.. sebab kes Diego Simone tu pegi jatuhkan Beckham saya masa World Cup 1998 kot. menyebabkan Beckham kene kad merah, england kalah terpaksa main 10 orang je. bongeks! so.. sebab tu tak suka Argentina!! 
and start 2002 - belajar sokong Netherlands. 2006 - sokong Germany and Spain. England masih lagi! dan skang sokong lagi Germany and Spain. which both make me disappointed. England seri dengan Algeria dan US menyebabkan dia takkan ade harapan dah. nak komplen - lenkali letak yang fresh sket lwn Algeria. Semua player Algeria tu muda, dan sangat agresif. sangat laju ok. saya rase 90 minutes tu almost 60% game - algeria kontrol. . made me more disappointed. shots banyak utk england.. tapi seems like bola bagi takde tenaga atau bola terpesong atau goal keeper algeria terlalu hebat. hahahah..tapi sy kecewa. sbb sy sanggup tunggu game 230 pagi semata-mata utk tgk England. but yet - takde 1 pun goal. sangat frust!!
so.. sebab takleh tido saya bercerita kisah saya dan bola. saya bukan die hard fan yang ingat semua nama pemain. saya cume enjoy tengok bola sepak. nervous. caci maki. menarik!dulu tengok bola mesti ade bantal sbb kalau free kick atau penalti senang nak tutup muka. sekarang tidak lagi! hahaha..
okla. terima kasih kerana membaca kisah saya dan bola. bye.  

No comments: