Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 8, 2010

f.i.r.s.t.j.o.b.

semalam menonton Oprah Prime Time kat Hallmark Channel. Topik dia - my first job. so, ia memberi aku sedikit idea tentang first job aku.
aku start keje umur 18 tahun - after SPM. aku tahu ramai org seangkatan dengan aku yang keje mase tu. memula aku tak berniat pun nak keje. bulan november aku teman kwn aku fizah nak cr keje kat Zon Bebas Cukai. Masa tu management dia nama 'Selasih Eksklusif Sdn Bhd'. then mase interview and amek a few test - org tu suh aku isi sekali borang tu. by 45 minutes settle semua. aritu jugak dia ckp kitaorg dapat keje. boleh start keje on monday. (tak ingat tarikh dia).
aku dapat job as cashier. mase awal2 tu mmg agak bangangla aku keje. gaji masa tu RM900.00 rasenya. tak termasuk OT. RM200 merupakan elaun cashier which is bile kau ter short duit kat kaunter, elaun ni yang dorang akan potong dulu. and disebabkan kebangangannya.. first 2 months aku tak dapat merasa pun RM200 elaun cashier tu. tapi masuk bulan ke tiga aku dah expert. tapi kwn baik aku fiza behenti keje after 3 months. dia smbung matriks. so tinggalla aku survive kat situ.
after 5 months dorang amek aku jadi permanent. gaji naik sket. kakak2 cashier kat situ sangat baik. dan aku sangat enjoy keje as cashier. tak stress. cukup masa balik. takde bende berat nak pikir masa tu. :) tapi after that aku dapat offer smbung belajar. bos aku asik tanya betul ke aku nak sambung belajar? aku ckp haahla. takkan aku nak keje kat situ jek. tapi mmg sangat sedih tinggalkan tempat tu. mak guard kat situ pun aku dah sangat kamcing. :) maybe sbb aku sangat peramah kot.
aku paling suka jaga women departments dan perfume department - sbb kat situ busy. so bestla.
paling boring jaga atrium dan bahagian kaca2 tu. sbb atrium tak ramai orang - yang kaca2 tu kene bungkus kaca which is aku sangat fail. jaga perfume department paling ebst mase valentines day. berpuluh2 ribu sales untuk petang jek. :) then bile datang keje, mintak perfume sket. kasik wangi punya!
certain things aku belajar which is aku sangat mahir skang - bile aku taip dan tekan nombor. aku tak payah tengok key board. practice make perfect. and bile beli barang - aku sama-sama kire dengan cashier each time dorang nak bagi balance duit. entah - dah jadi habit.
dan sememangnya aku sangat suka keje. dalam family aku - aku jek yang keje each time ade cuti semester.
aku penah keje as PKS kat UiTM dan keje kat Stesen Minyak ProJET as sales assistant. Jadi SA ni kene buat semua tau. dari cashier sampaila cuci tandas. tapi aku tak kisah. keje kat ProJET even though part time jek dan aku tak dapat OT aku selalu buat OT sbb aku suka keje. gaji masa tu RM980.00 rasenya. dan bos aku sangat sayang aku sbb dia cakap aku rajin kalah orang keje permanent kat situ. dan aku bekerja di situ selama 3 bulan!
so.. i'm maybe workholic. sbb aku enjoy kerja. mungkin sbb mase tu kerja-kerja tu tak memerlukan aku berfikir untuk kemajuan syarikat. cukup masa balik. :)
sangat suka!

so.. gengs! what your first job??

4 comments:

m.i.l.a. said...

1st job saya ialah menolong jiran menjual petai di area gombak, melati n wangsa maju..haha..keje part time je.

then pas spm, keje kat uia as exam assistant plak.

ami wafa said...

mine was being a cashier kat kamdar. saja cari duit xtra masa cuti semester diploma. diorng xnak amek budak U, turnover rate tinggi bila abis cuti, so aku tipu x ngaku aku on semester break. tp akak chief cashier tu tau je aku kelentong and selamba je tnya "bila nak naik semester baru?" hahaha!!!

masa degree jadi PKS cum RA kat business school. walaupun cuma RA, tp kudos to pn normah dali, i learnt a lot there. punyalah seronok keja dgn dia (walaupun stres level adalah tinggi, u know her), bila dah mula semester baru pun aku masuk opis lps kelas.

swit@kon said...

kalau ikutkan first job aku ialah kerja di kedai stationery masa zaman sekolah menengah. aku suka buat kerja2 kat situ. selain dari kedai dia jual macam2 benda best, aku suka buat photostat. walaupun jariku luka kena paper cut, tapi best.

so sampai hari ini, aku pandai guna mesin photostat termasuklah kalau kertas sangkut dan sebagainya.

kerja pertama yang betul2 ialah admin exec di PJ. walaupun aku minta banyak keja sebagai sales girl, bila dapat offer aku tak pegi. kenapa tah. memang perangai buruk aku. contohnya dua kali aku kena lapor diri kat Reject Shop & MPH. dua2 aku tak pegi. orang tu kol, aku cancel. hahahaha

didi said...

my first job:

Housekeeping kat hotel Blue Wave, Shah Alam. Habis SPM. 18 years old.Kemas bilik. Yang best, aku memang dapat floor yang sama, tingkat 4 je iaitu tingkat untuk customer Jepun. Org Jepun sgt pengemas dan generous; awal2 lagi dah tinggalkan tips kat bawah bantal. Tapi tak sampai 1 bulan, berhenti. Tangan aku dah pecah2.

Pastu, keje sebagai sales assistant/cashier kat Guardian Shah Alam. Ha, kat sini aku lama. Sepanjang aku kat uni, tiap kali semester break, keje dgn diorang. Walaupun xde post kosong, diorang create post utk aku sebab bos dia sgt geng dgn aku + perangai mcm setan. Gaji dalam RM800 - RM1000. Tak masuk OT.

Sgt best keje situ, banyak make-up, dapat discount price. Almost separuh gaji pegi kat beli barang situ je. Haha.